Jumaat, Julai 20, 2007

tak semua orang sempurna

Anggaplah kita berada dalam satu perlumbaan larian 100 meter..tidak kiralah kategori lelaki atau wanita...keputusannya akan tetap sama..pasti ada yang bakal mendapat tempat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya...tapi ini tidak bermakna yang mula-mula tiba itu juara dan yang terkemudian itu tewas..Saya masih ingat lagi ketika berada di tahun pertama di sekolah rendah. Selepas sahaja tamat peperiksaan akhir tahun keputusan diumumkan mengikut siapakah yang paling layak menduduki enam tempat teratas dalam kelas. Bagi mereka yang tergolong dalam kedudukan tersebut akan/telah mendapat hadiah yang dijanjikan oleh guru kelas. Saya gagal kerana hanya layak berada di tempat yang ke sepuluh. Aduh, kecewanya bukan kepalang. Hampir menitik air mata kerana rakan sekumpulan yang lain semuanya menerima hadiah kecuali saya seorang!

Ada satu pengalaman manis yang saya ingin kongsi bersama ika (itu pun kalau beliau terbaca blogs ini). Ika merupakan antara sahabat saya yang paling rapat dan matang ketika menuntut di Universiti Malaya. Satu hari dalam kelas Media dan Budaya, kami diminta berdebat dalam satu isu yang saya fikir cukup sensitif kerana membabitkan rakan-rakan yang berlainan kaum. Tidak cukup dengan itu, ia perdebatan ini dilihat sebagai satu pertandingan kerana kelas yang berjaya menganjurkan debate yang membina akan dipilih sebagai juara.
Justeru, kami tidak melepaskan peluang ini dengan lengkap bersedia dengan segala pengetahuan dan maklumat. Buku-buku dan nota berkaitan dengan topik dikumpul hanya kerana mahu memastikan kemenangan berada ditangan kami. Sesi perdebatan juga dipastikan agar meriah dan membina untuk menarik perhatian tutor agar memberi markah yang lebih daripada biasa. Dan ketika keputusan diumumkan kelas kami gagal memenangi apa-apa kategori. Kelu juga seketika kerana pada pandangan kami, kelas yang menjadi juara tidak harus menang jika mahu mengambil kira daya usaha dan pendekatan ilmu yang digunapakai.

Kadang-kadang saya selalu terfikir bahawa kehidupan selalu tidak memberi keadilan dan berpihak kepada apa yang saya selalu tidak fikirkan. Namun saya terlupa, bahawa seteguk air percuma yang saya minum di Malaysia hanya setitik mampu dirasai oleh insan di bumi kering kontang di benua yang lain. Ada juga rakan taulan yang sering menuturkan bahawa saya bertuah kerana dapat belajar di XX dengan tajaan XX namun apa yang selalu tekankan ialah kejayaan tidak pernah datang bergolek hanya kerana saya layak atau terpilih. Kejayaan biasanya datang dengan usaha yang ikhlas tanpa mengadu domba.
Ella dalam lirik lagunya pernah meyebut "setiap manusia ingin berjaya, namun tak semua miliki tuah" dan saya selalu memikirkan betapa bertuahnya seseorang itu jika dia berjaya. Namun pada masa yang sama, saya selalu memotivasikan diri bahawa tidak bermakna kita harus menyerah kalah jika kita tidak berjaya bila mencuba sesuatu untuk pertama kali. Mungkin tidak jika peluang kali kedua, ketiga dan seterusnya datang. Pasti ada hikmahnya. Saya sertakan di sini lirik lagu Ramlah Ram "Gurindam Seloka" untuk renungan kita bersama :)

Biar buta penglihatan, Jangan buta hati dan fikiran
Biar pun miskin hina, Jangan papa adat dan bahasa
Berhelang helang buana, Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung di jumpa, Jangan pula pangkal kau lupa
Harumnya bunga rampai, Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi, Tapi sayang tiada bererti
Hidup dalam dunia, Banyak ceritanya
Selagi bernyawa, Ada saja kerenahnya
Yang indah hanyalah bahasa, Disebut dibaca
Gurindam serta seloka

Namun kenyataan hidup, masih tetap sama,
Tidak kira walau di mana,
Tepuk dada tanya selera
Amalan biasa

Tiada ulasan: