Rabu, Oktober 22, 2008

Terkenang Semasa dulu (Siri 5): Dari ITM ke Maktab Adabi Maharani

hidup biar berjasa - pertama kali aku masuk ke kawasan sekolah yang dikenali dengan nama maktab adabi maharani muar ialah pada tahun 1997, sekitar mac. masa aku sampai tu dalam jam 11 pagi. agak sunyi dan seperti biasa sebagai pelajar baru bila keluar jer dari pintu kereta semua orang tengok. malunya Tuhan sahaja laa yang tahu. Sebaik sahaja selesai pendaftaran di pejabat pengetua maktab adabi maharani muar, aku terus diarahkan ke asrama lelaki yang bertempat di jalan khalidi. Bila mendengarkan perkataan asrama terus sahaja ia mengingatkan aku kepada dorm di asrama perindu ITM, shah alam. Namun aku kuatkan jugak semangat sebab aku dah membulat nekad untuk masuk semula ke universiti menerusi tiket sijil tinggi pelajaran Malaysia. Asrama lelaki maktab adabi muar tidaklah seperti asrama di ITM yang lengkap dengan kafetaria dan segala kemudahan. Ia hanyalah sebuah rumah ala filem bukit kepong yang diubahsuai menjadi tempat kediaman. Pertama kali melangkah aku sudah dapat membayangkan bagaimana bentuk dan sikap pelajar yang mendiami asrama ini. Kasar, bengkeng, dan amat defensive. Orang yang pertama menyambut aku masuk ke dalam asrama adalah rezal abdul rahman. Berasal dari parit keroma pontian, dia menyambut kedatanganku ke dorm D asrama dengan senyuman. Aku diperkenalkan dengan beberapa lagi dorm mate yang lain seperti azmi, otai, unn, ajak, din, dan beberapa orang lagi yang lain. Sesudah itu aku dibawa pula mengadap ketua asrama iaitu abang auzar dan seorang lagi – timbalan ketua asrama (hai macam parti politik) iaitu jai untuk diberi penerangan tentang selok belok dan juga undang-undang asrama.

Boleh dikatakan semua yang menghuni asrama lelaki maktab adabi maharani muar adalah mereka yang kandas sewaktu spm atau yang tidak layak masuk ke tingkatan enam di sekolah menengah kerajaan. Aku diberikan katil di sebelah hujung dorm berdekatan dengan tingkap. Malam pertama tidur di asrama ini hampir-hampir sahaja buat aku patah semangat untuk belajar di sini dan balik sahaja ke felda simpang waha. Tidak termasuk asap rokok dan pekik bingit penghuni asrama, kedatangan ribuan nyamuk yang menggigit membuatkan aku terfikir sama ada aku tinggal di asrama atau belukar yang telah lama ditinggalkan. Aku tidak memberitahu segala kesusahan dan juga keperitan yang dialami kepada mak dan abah aku sebab aku tak mahu mereka memulangkan paku buah keras lantaran aku menolak mentah-mentah untuk kembali semula ke ITM. Selepas tidur hanya lebih kurang beberapa jam aku terjaga pada waktu awal pagi kerana semuanya sedang sibuk bersiap untuk ke sekolah. Aku mencari-cari tuala dan terus ke bilik air. Di asrama ini ada dua buah bilik air. Satu di dalam asrama dan dua di luar. aku pun pergi ke bilik air di bahagian dalam asrama. Bila sampai sahaja ke situ, alamak…rasa tak jadik laa pulak. Sekali mandi sampai 10 hingga15 orang. Dah macam mandi sungai pulak. Bila tengok macam tu aku terus lari ke bilik air di belakang. Pun sama jugak. Alamak, macam mana ni? Jam pulak dah hampir pukul 7 pagi. Kalau lambat datang habislah!

Nak tak nak terus aku cari baldi dan ambik dan mandi di dalam toilet. Teruk betul. Lama jugak aku mandi kat dalam toilet dekat 5-6 bulan sebelum aku dapat menyesuaikan diri dengan mandi beramai-ramai di dalam bilik air. Apa laa teruk betul. Aku mandi kat dalam bilik air tu pun selepas unn, din dan bob membuli aku dengan mengintai aku mandi kat dalam tandas. Celaka betul budak-budak ni. Walaupun mereka kasar, tapi semuanya agak baik jugak. Ada sekali budak-budak dorm lain cuba membuli aku, din sebagai ketua dorm akan make sure aku tak buat apa yang depa suruh. Din amat defensive dan dia antara salah seorang teman satu dorm yang agak rapat dengan aku. Aku masih lagi contact dia sampai laa ni. Penghuni dorm yang sangat nakal ialah unn. Dia selalu membuli semua orang dalam asrama termasuk aku. Ada satu hari tu dia begaduh dengan pengetua sekolah di asrama. Takut betul bila aku ingatkan kejadian tu. Satu lagi insan yang mendaftar sekali untuk stpm di maktab adabi ialah sham. Aku tak begitu ingat namanya yang sebenar tapi dia cukup baik dengan aku. Pagi hari pertama untuk ke sekolah aku berjalan dengan sham dan rezal. Menurut rezal, setiap pelajar asrama dikehendaki menikmati sarapan pagi di kantin sekolah. Ia dikira sekali berserta yuran yang telah dibayar secara bulanan dan maknanya makan free laaa..bila dengar makan free rasa seronok semacam jer. Tapi bila tengok secawan the dan dua bijik kuih yang macam hidup segan mati tak mahu, rasa menyesal timbul semula. Tapi aku tetap kuatkan semangat.

Tingkatan 6 di maktab adabi maharani muar johor ni cuma ada dua iaitu 6 bawah dan 6 atas. Masa aku hari pertama di kelas 6 bawah hanya ada tak sampai 30 orang pelajar. Antara muka-muka yang aku ingat ialah Ard (Adriana), Emi gemuk (Ermiyanti), Murugan, Gobi, kak huda, semah, eja, diana, arwah suhana, yati, kak sabarina natijo, ajak (Abdul Razak), tasha (natasha rafidah), Ina, am (Zihamdi), abang N (Syafrizan), asrul, azmi, nazalilah (awek bob) dan ramai lagi. Aku ingat lagi masa tu aku malu-malu kucing. Nak bertegur sapa pun malu. Hahaha. Kira jual mahal laa, sepatah kata bob. Masa ni bob masih belum masuk. Dia masuk lambat sikit. Jadi dia tak boleh laa nak buli aku sebab aku ni kira senior dia laaa..kah kah..masa time aku masuk kelas tu cuma aku dengan sham jer yang daftar. Kira nasib baiklah tak ramai sangat yang daftar masa tu. Kami duduk di depan emi gemuk dan ardyana. Budak dua orang ni dulu satu sekolah tapi berpisah waktu masing-masing masuk sekolah teknik. Lepas tu tak sangka pulak dua-dua masuk maktab adabi. Kira insaf nak balik ke pangkal jalan laa ni. Haha. Cikgu yang bertanggungjawab untuk jadi cikgu kelas tingkatan 6 bawah masa tu ialah arwah cikgu haznah. Cikgu ni baik sebenarnya walaupun agak sinikal. Bob paling tak suka dengan cikgu ni, nak-nak bila dia dipanggil dengan nama sebenar – khaira khaled! Awak buat apa tu? Cuba contohi safuanezam tu…punya laa bob bengang..masa aku masuk zam tak join lagi..dia pun masuk kira lambat laa…

Bila zam, bob dan beberapa lagi pelajar baru masuk waktu penggal kedua makin meriah laa kelas tingkatan 6 bawah ni. Kalau tak silap aku adalah dalam 30 orang dalam kelas tu. Masa penggal pertama kat tingkatan 6 bawah ni aku banyak main. Aku rasa pengaruh duduk asrama buat aku jadik terjal kata orang johor. Aku skor cukup-cukup makan jer masa tu. Aku ingat lagi aku bohong cikgu maimunah (cikgu yang ajar pengajian am dan trademark dia yang paling aku tak lupa ialah ‘sogoshosha’) dengan cara tak tunjuk pun kad laporan kemajuan aku kat mak bapak aku. Dah laa failed semua paper kecuali sejarah dan pengajian am. Takut aku..tak pasal-pasal kena hempuk dek bapak aku. Dah laa tak nak sambung study balik kat ITM plak tu main-main lagi kat maktab adabi ni. Masa kat asrama aku asyik main jer. Belajar ikut suka. Tahu jer laa budak asrama lelaki adabi kat jalan omri ni. Ada jer benda nak buat lawak. Kalau tak buat lawak tak sah. Habis buat lawak semua tido macam batang kayu. Itu jer laa aktiviti kami masa tu. Tapi satu perkara yang aku tak lupa duduk kat asrama maktab adabi ni ialah kegiatan drug addiction di kalangan penghuni. Nasib baik aku terkecuali. Masa tu zam dan seorang lagi pelajar spm bernama tajul (laa ni dah jadik librarian kat bandar penawar) selalu melarikan diri bersama-sama aku ke dorm lain bila aktiviti yang tak best ni dijalankan oleh puak-puak ‘sekstan’ gelaran terunggul untuk dorm kami. Haha. Tapi budak-budak ni semua memang rock! Walaupun rock kapak. Haha.

Penggal akhir lower 6 aku berjaya skor dengan baik dan dapat no 1 dalam kelas. Ewahh..kira bangga laa tu. Aku berjaya menewaskan semua calon-calon favourite dalam kelas dengan mudahnya nak-nak geng-geng budak India macam murugan, Sheila, kasturi, yang mendapat bantuan tuisyen khas dari sri murugan centre. Dah ler kedekut ilmu lepas tu tak nak share kalau ada knowledge baru. Nasib baik laa murugan tolong aku banyak dengan memberi banyak supply soalan ramalan baru dari sri murugan centre. Masa zaman aku ambik stpm ni, sukatan baru telah diperkenalkan oleh kementerian pendidikan. (sorry laa ek masa ni takde lagi kementerian pelajaran atau pengajian tinggi). Jadi, apa yang kami buat ialah dengan berhubung dengan bekas member sekelas macam tasha dan ina yang membelot masuk sekolah kerajaan dan mengucapkan selamat jalan romeo kat maktab adabi waktu upper six. Selepas depa dua orang ni blah, beberapa pelajar baru masuk macam kamarul, taufik (adik normala shamsudin) yang memberi saingan yang cukup sengit untuk mencapai kejayaan waktu stpm. Hehe. Aku ni suka competition sebab ia boleh membakar semangat aku untuk jadi yang lebih terbaik. Taufik memang hebat dalam pengajian am terutamanya untuk kertas 1. tapi aku akan beat dia untuk kertas 2 yang menjadi favourite aku sebab selain daripada buat graf yang aku benci tu ada esei yang aku sentiasa skor. Persaingan aku dengan taufik tidak terhenti setakat di maktab adabi tetapi diteruskan sehingga di Universiti Malaya apabila kami masuk sekali satu kursus yang sama di jabatan pengajian media. Sayangnya taufik tidak menamatkan pengajian dan terus hilang macam tu jer. Kali terakhir aku terima berita dari taufik ialah menerusi satu poskad yang dikirimkan dari London. Kamarul ni pulak terror giler bab ekonomi. Tapi disebabkan aku tak ambik ekonomi jadik aku takde chance ler nak compete dengan dia. Tapi yang menariknya ialah kamarul pun masuk universiti Malaya cuma mengambil kursus yang berbeza. Dan kami jadik housemate waktu duduk kat vista angkasa jalan kerinchi tu.
Bersambung... ~

9 ulasan:

hahaha berkata...

berapa principal ko dapat maser STPM? tak lak ko citer. udahla weih,ko ingat ko sorang jer leh jadi best student. kalo amik minor campur2 takdek maknanya.

cherita nan lalu berkata...

jangan ler jeles hahaha, Tuhan marah tau...keh keh keh..

K.h.a.a.L.i.s.h berkata...

dok blok 3,4,5,6, 7 or 8 masa kat vista hehe.....

papamama berkata...

am kat aadk, zam kat sk, wetex kat pej.pertanian, murugan dah join hindraf, uun kat s'pore pakai keta evo 8. diorang semua makin hensem. tapi aku lagi hensem.
hohoo...

yAt berkata...

sy student maktab adani gak..sesi 2010..skrg upper 6..
sy jgk ex-UiTM..negeri sembilan..
tp msuk UiTM 1 sem je..
harap2 sy pn jdi cm awk..
berjaya dan trus berjaya..

farra berkata...

hurmmm...sadis gak eh crite ni...me..Syafrizan's wifey.xpe...nnt bakal jd Dr dah...

farra berkata...

hurmmm...sadis gak eh crite ni...me..Syafrizan's wifey.xpe...nnt bakal jd Dr dah...

farra berkata...

sadis gak crite korg ni...me...Syafrizan's wifey

aljazira51 berkata...

Nk tye ea,yurn bln kna bpe,lau psnal student blh dpt sjil bnti x,n sjil koko,,