maaf ler sebab aku dah lama tak mengupdate hapa-hapa kat dalam blogs ni. sibuk lah. walaupun kadang-kadang tu cuma buat-buat sibuk. GRC ada lagi bersisa dua hari. apa yang aku dah buat so far? cuma bagi power siket ayat-ayat kat dalam chapter. itu pun pakai bateri cap ayam jer. nak pakai bateri energizer sampai melompat-lompat tak berhenti-henti macam arnab tu tak bleh laa kot. belum sampai tahap tu lagi. so untuk menghilangkan nervous aku pon dengar ler lagu artis favourite aku sherryl crow...sorry laa kat sesape yang tak kenal sherryl crow ni. ..lagu dia yang paling aku suka ialah if it makes you happy...wargghhhh..rock baby! cayalah...tapi takde laa rock kapak macam raja nok..walaupun dia peminat nombor satu feminin, tapi dia tetap sayang kat rock kapak dia tu...
semalam aku called dayang erwanita...lama betul aku tak call dia..walaupun aku baru jer called dua hari yang lepas...tiba-tiba malam tadi dia text aku cakap lupa nak bergosip pasal cik ponti. aku ni pantang dengar gosip cik ponti apa lagi aku called ler dia lagi semalam...dia kata dia dengar cik ponti dok mengilai kat belakang rumah dia....hihihihi....huhuhu....ahhhh...ahhhh...lebih kurang macam tu laa cara dia mengadaptasi bunyik hilaian cik ponti tu...seram jugak aku dengar..nak-nak kalau si dayang erwanita tu yang buat lakonan semula..haha..jangan marah laa erwanita...lepas tu kami pon bergosip hal ehwal semasa, luar dan dalam...kira okay lah tu..
lepas tu aku called elis jelita pulak..lama betul aku tak dengar cerita minah yang perasan jelita ala beyonce ni...laa ni dia dah tukar ke bank lain pulak..biasalah minah ni kan suka kerja-kerja yang glamour..tu yang perasan glamour siket...keh keh keh..jangan marah you..aku mintak si elis tolong carik responden berkualiti...senang siket aku tak payah buang karen macam tempoh hari...kali ini minah dangdut tu janji nak tolong aku tapi cuma waktu weekend..mula-mula dias ibuk nak jadik responden aku..tapi bila aku cakap aku nak wanita yang berumur 40 tahun ke atas tak jadik pulak....insaf laa tu kot takut aku panggil dia wanita pertengahan umur..
then aku called mas kirana...aku tanya dia pasal penduduk kampung di bahagian tumpat, kelantan untuk dijadikan responden. menurut mas kirana, dia ada kenal dengan beberapa peminat setia soap opera thai kat sana. jadi mudahlah sedikit untuk aku mencari responden. dan satu lagi si mas kirana kata nanti dia tolong carikan tempat tinggal kat kolej. kalau takat dua bulan jer, menurut beliau boleh sewa kat kolej. susah laa ni semenjak dayang erwanita pulang ke melaka, maria farida pergi ke rawang, dan rihanna umbrella dah ke desaru (dengarnya dalam usaha nak jadik kakitangan iskandar malaysia, harap-harap berjaya), aku takde tempat nak tinggal. nak duduk kat rumah che we gebu pulak, nanti kang payah dengan past gedebe issues yang tiada penyelesaiannya.
lepas tu aku called maria farida yang sibuk nak pindah rumah baru. mentang-mentang laa dah jadik artis popular sekarang, sibuk manjang. laa ni kata nak beli kereta proton pesona. harap-harap bila aku dengan dayang erwanita tumpang, kami akan terpesona. jangan plak tak terpesona, kami lebih rela naik teksi bermeter. aku try telefon datin paduka norsiah ahmad, tapi pompuan tu sibuk buat taik mata. jadik takde laa gossip. biasalah, dengan datin paduka ajer laa aku selalu bergossip untuk kategori panas membara. walaupun tak layak untuk jadik wartawan hiburan sebab tak lulus LCE, tapi bakat beliau tetap tak boleh dinafikan.
okay laa..nak sambung buat keje...jumpa lagi next time...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan