sebenarnya foto-foto ni telah dikirimkan oleh Miss menerusi e-mail sekitar bulan puasa lepas. tapi aku tak sempat nak upload sebab aku busy banget. laa ni time aku tak busy buleh laa aku upload siket-siket. hari ni begitu tak best sebab terlalu sunyi. maklumlah uni dah tutup untuk summer break. bagi insan-insan yang bukan undergrade dan bukan aussie macam aku dan rosya, muka kami ajer laa yang tercongok kat uni. iya lah nak buat apa lagi selain dari tunjuk muka. tapi aku takde laa serajin rosya tu. keh keh keh. menurut miss perayaan hari raya kat nigeria ni hebat. seakan ada pesta jom heboh-heboh. pagi raya selepas solat raya tu depa akan berkumpul ler untuk memulakan pesta lumba kuda dan jugak pertunjukan kebudayaan. miss ada laa jugak buat rumah terbuka, tapi malangnya konsep rumah terbuka tut ak difahami oleh penduduk kat situ. penyudahnya yang datang cuma 4-5 orang. makanan punya laa banyak masak. dah laa sedap-sedap pulak tu. tapi kira okay laa dapat laa save lauk-pauk untuk hari yang berikutnya. tahun ni si miss ni balik ke malaysia selepas 6 bulan berada di kano state, nigeria dok mengajar insan-insan terpilih kat sana cara-cara menanam padi. sampai kan orang-orang tempatan kat situ semua panggil dia mr paddy. ceh, setakat tanam padi aku pon boleh..hahaha..tapi okay laa tu nanti aku suruh hang tanam padi kat belakang rumah aku. anyway, aku tak siapkan apa-apa pun lagi untuk conference di Adelaide. tapi takpe laa aku spin jer laa apa kebenda yang aku dah present waktu GRC lepas. jangan depa tanya dan soal aku macam-macam udah ler. eh dengar-dengar budak parid tu tak dapat kereta yang diidam-idamkan. ala parid tk kisa laa tu janji hang bergerak. jangan laa mare sangat sampai terkeluar perkataan tut! dan tut! serta tut! kat dalam blogs. eh apa cerita dayang erwanita. lama takd engar berita (walhal aku baru jer called dia 3 hari lepas)..dia beritahu aku yang dia terseksa jiwa dan raga walaupun enjoy kat dalam induksi tu. terutama sekali bab naik flying fox tu. kalau aku tahu, aku kirimkan kat dia baju yang ad asayap pari-pari tu. at least, nampak laa macam terbang dari jauh. keh keh keh. dayang erwanita kata sampai memantul-mantul punggung dia (ala inul laa kot) terkena air tasik waktu buat flying fox tu..keh keh keh..takd apat aku nak bayangkan macam mana..kalu aku yang kena mahu pengsan..hahaha....anyway, aku nak balik rumah dah. bosan laa takde apa-apa kat office. pulak tu laporan kemajuan pun tka dapat lagi dan aku pun tak tahu nak baut apa lagi lepas ni. apa nak makan ya malam ni? takkan nak makan sosej lagi. alamak bosannya. tapi kria okay laa tu kot. aku akan suruh si faizal tu letak sos dan masak dengan roti pun okay jugak. okay laa..dah lambat ni..jumpa lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan