Jumaat, November 21, 2008

tunggu sekejap

sekali jer hujan pulak turun. rasa malas betul nak balik rumah. tadi aku keluar sekejap dengan wokar pi window shopping. hujan turun renyai-renyai tapi sejuk jugak. malam ni mesti ada cerita menarik. aku tengah dok siapkan kerja yang perlu dihantar dengan segeranya. walaupun dateline dah lepas tapi aku rasa secretariat tu masih buleh terima kot. hentam sajer laa. hari pulak semakin sejuk. aku ingat nak balik jer tarik selimut dan buat taik mata pun best jugak. esok pagi ada high school musical ll. aku tak nak lepaskan peluang nak tengok..kang tak update pulak susah. lepas tu ada cerita harry potter petangnya. harap-harap cepat laa siap semua kerja-kerja tertunggak. boleh laa aku dengan selesanya tarik selimut sambil minum teh menonton rancangan kegemaran. nasib baik aku tak terlepas slot favourite aku SVU (Special Victim Unit) - Law & Order. walaupun nampak kelakar sebab orang lebih suka tengok CSI, tapi aku rasa SVU lebih baik in the sense of narrative. lagi pon kes banyak yang mewakili realiti khalayak.
sejuk-sejuk teringat pulak kat kampung. aku tak tempah lagi tiket nak balik kampung ni sebab dok tunggu progress report macam buah tak jatuh. rasanya chris sakit lagi ni. kesian jugak aku tengok makcik tu. aku dah tempah tiket untuk ke adelaide. kali ni disertai oleh alvion, wokar dan angkatan sendirian berhad rosya sekeluarga. aku nak jumpa christine. tiba-tiba dia ada masalah pulak dengan dia punya supervisor. tapi aku dah suruh dia fight for the justice. mana buleh nak salahkan student manjang walhal supervisor sendiri tak betul. aku rasa supervisor christine tu mesti ego tebal sangat. biasalah kalau ego dah tebal susah. okay laa sejuk ni. nak balik tido..tata.

Tiada ulasan: