sekali jer dah hari khamis...banyak lagi benda aku tak siapkan..presentation lagi, ethics lagi...aku dah e-mailed chris dan brian pagi tadi. nampaknya brian yang amat responsive. rasanya chris masih sakit lagi kot..mintak-mintak dia sembuh dengan cepat dan bersemangat kembali untuk bertugas. aku tak prepare apa-apa pun untuk trip ke adelaide kali ni. hadiah christine pun aku tak beli lagi. nak beli hadiah apa ek? beli laa apa yang patut esok. balik jer dari adelaide nanti aku nak tempah tiket balik kampung. aku nak pi revise balik paper yang aku dah siapkan untuk event di serdang. hari ni panas. plak tu windy. makin laa panas. kalau orang tengah sakit gigi mahu mengamuk. tapi tahan jer laa kan. nak buat macam mana. yang penting study, habiskan cepat-cepat, lulus cemerlang, dan balik berbakti kepada agama, nusa dan bangsa. ewah sekali keluar bahasa motivasi. ayat buku teks pulak tu. kali ni aku tak menyempat nak tulis dan sambung kembali siri terkenang semasa dulu. banyak sangat komitmen laa dik. tunggu dulu laa..nanti balik malaysia aku ambik gambar banyak-banyak dan publish kat blogs ni. tak payah ler aku recycle foto yang sama setiap kali nak buat cerita. bosan gak kan. kay laa..nanti sambung lagi..nak kena sambung kerja semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan