Sabtu, September 25, 2010
kenangan lalu...(episod 3)
aku rasa agak pelik kenapa aku takde banyak koleksi foto-foto yang diambil ketika tahun enam di sekolah kebangsaan bandar easter, kota tinggi, johor...tapi koleksi tahun lima yang banyak...takde laa banyak pon cuma beberapa keping foto sahaja..tapi kira ada artifact laa jugak berbanding takde langsung....tak apa, nanti bila aku pulang ke kampung aku korek laa semua pusaka bergambar yang aku ada...mesti ada punya foto-foto yang terselit...foto klasik ini disumbangkan oleh miss..tak sangka pakcik tu ada lagi simpan foto ni..tapi yang lawak tu siap berkulat lagi..ni mesti entah kat mana dia campak...kalau dalam entry lepas aku bercerita tentang budak-budak lelaki kelas 5 cempaka, kali ni aku nak cerita pulak tentang budak-budak pompuan pulak...tapi sebelum tu aku mintak maaf laa kalau tak dapat identify wajah-wajah murid perempuan 5 cempaka ni sebab dengan keadaan gambar yang begitu mengharukan...berdiri dari kiri kalau aku tak silap ler si norzita othman...makcik ni aku baru jumpa kira-kira 4-5 minggu yang lepas..tak sangka dah berubah muka menjadi makcik...aku pon hampir tak kenal..walaupun rumah si norzita ni takde laa jauh sangat dengan rumah aku tapi aku takde laa kenal sangat dengan makcik ni..tapi kakak kepada si norzita ni aku kenallah si kak lela tu sebab dia masa tu geng dengan jiran sebelah rumah aku...tapi memori daun pisang yang aku paling ingat tentang makcik ni ialah dia antara salah sorang ahli kelab tut! dengan beberapa orang lagi dalam kelas 5 cempaka ni yang aku akan huraikan kemudian...hahahaha...
sebelah norzita ialah geng baik si miss...namanya rokiah khamis...nama glamournya ialah rokoyah...time ni rokiah menghadapi waktu-waktu getir dalam kehidupan beliau setelah kematian mengejut ibunya...hampir setahun juga rokiah berpindah sekolah dan kembali semula ke kelas 6 cempaka selepas keadaan pulih...rokoyah selalu digosipkan dengan zahid....ada satu hari tu rokoyah telah disandingkan dengan zahid oleh cikgu rukimin...memang lawak time tu...rokoyah juga begitu hebat dalam aktiviti menyanyi...kalau dia menyanyi siap menari-nari lagi...hahahaha..tak boleh nak ingat...sebelah rokoyah ialah norfamilah ngatmi atau nama glamournya "abang kita"...ada gak yang panggil norfamilah ni fami, tapi nama "abang kita" tu gak yang melekat...namun, nama glamour tersebut hanya diketahui oleh insa-insan tertentu dalam kelas 5 cempaka...antara sebab norfamilah dipanggil "abang kita" sebab dia suka merujuk kepada abang-abangnya dalam apa jua subjek...apa pon aku just assume si fami ni anak perempuan tunggal yang sangat rapat dengan abang dia laa kot...tapi si fami "abang kita" ni sangat terkenal dengan business kerepek pedas...pandai betul dia buat business dan duit poket...sampai kena bagi amaran di makcik jah kantin..tapi fami "abang kita" yang bijak ni tetap berjaya dengan perniagaan kerepeknya walaupun terpaksa melalukan secara underground..
sebelah fami "abang kita" aku dapat agak-agak ajerlah walaupun mukanya telah diconteng seperti menconteng arang ke muka...apa laa si miss ni suka conteng muka orang...tak silap aku ni amizah lenggang kangkong atau nama glamournya azah...amizah time ni glamour kalau bab suruh menyanyi kat depan perhimpunan sekolah oleh cikgu dalimah siap berlenggang-lenggang...tapi bila dia perasan semua orang tak berlenggang macam dia terus dia berhenti...satu-satu perkara yang tak dapat dilupakan tentang azah ialah bila dia terkencing kat dalam kelas...tu laa agaknya dia malu sangat kot nak pegi toilet sampai terkencing kat kelas...kesian azah masa tu...hahahaha....sampai dia tergelak-gelak baca entry lepas bila terkenang peristiwa itu....sebelah insan yang tidak dikenali ni ialah marlina omar atau nama glamournya malaklina...dia ni anak pengurus felda bukit waha time tu...malaklina mula mencipta nama glamour kat skbe bila dia dapat no satu antara kelas dengan markah tertinggi...aku ingat lagi muka-muka tensen budak-budak ni sebab dikalahkan dengan begitu mudah oleh malaklina pada tahun 1985....tapi tahun 1985 ajer laa...lepas tu hampir semua kategori telah diambil alih oleh kelas melati yang diketuai oleh suzana abu sairin dan geng baiknya si rinda hamin....malaklina terkenal dengan penampilan lain dari yang lain sebab suka pakai tudung kain berkilat-kilat...dari dalam kelas dah nampak dia berjalan ke sekolah...maklumlah, rumah depan padang sekolah jer...satu algi malaklina suka bawak jemput-jemput udang pegi sekolah dan juga air yang ada ais...lepas tu yang makan bukan dia tapi insan-insan terpilih dalam kelas 5 cempaka jugak...malaklina juga kira trend setter dalam pelbagai hal yang melibatkan stationary...kalau budak-budak lain guna pensel warna jenama luna yang ada 12 warna, dia plak guna yang ada 24 warna...punya laa besaq...hahahahah...satu lagi trademark malaklina ialah tahi lalat latipah omar..kebetulan nama bapak pon sama hahahaha...malaklina juga mencipta kontroversi apabila menghadapi tuduhan mengganggotai kumpulan erabella walaupun dia tak tau apa-apa time tu...kesian malaklina time tu sampai melalak dia kena marah dengan cikgu aminnudin (bukan amilludin)...
sebelah malaklina ialah lailizah rahman atau elly atau nama glamournya nenek lailizah...aku pun tak tahu macam mana nama tu bleh timbul...mungkin agaknya dia suka nyanyi lagu nenek-nenek si bongkok tiga....elly antara budak yang terpandai dalam kelas 5 cempaka dan sering mendapat cabaran hebat dari miswadi, md zaki, nizam dan zahid dalam acara matematik...sebab tu laa jugak si elly dilantik jadik pengawas...elly juga antara murid skbe yang suka bawak bekal..tapi air yang dia selalu bawak tu selalu habis kena mentekedarah oleh insan-insan terpilih kelas 5 cemapak..kesian elly...sebelah elly ialah norulazlin abdul rahman...anak pengusaha kantin ketika itu...ayah norul telah berjaya membida hak untuk berniaga dikantin tersebut dan mengambil alih dari mak jah yang bersara...yang aku ingat pasal si norul ni bila arwah cikgu khalid buat pertandingan mewarna lepas tu dia yang menang...mungkin sebab kaedah pewarnaan tu kemas kot..aku pon tak pasti...sebelah norul ialah norwati abdul rahim merangkap best friend miss...norwati ni duduk dekat jer dengan rumah aku...dah lama aku tak jumpa si wati ni....kalau dirujuk entry yang lepas norwati telah aku coretkan dengan insiden membaling kaki asnor atmuri dengan batu bata...sampai melalak budak asnor tu kena belasah dek norwati ni...tapi yang aku paling ingat ialah bila si norwati ni berkomplot dengan si miss dengan tidak membayar duit buku alam dan manusia..kah kah kah....norwati juga telah membuat penampilan sulung dalam acara muzik-muzik kelas cempaka dengan menyanyikan lagu wann - esok tetap di tangan Tuhan.....
dua orang sebelah norwati tu aku tak dapat kenal pasti tapi yang aku masih ingat ialah budak yang muka tak nampak langsung tu ialah murni abdul latiff ibrahim....murni atau nama glamournya moni (tiba-tiba sama dengan nama jenama keropok) dulu memang kecoh dalam kelas...terus dia dilabel murai oleh rakan-rakan sekelas...tapi satu perkara yang aku tak dapat lupa bila murni tiba-tiba dapat tempat 10 terbaik dalam kelas....tak semena-mena dengan aku-aku sekali berjaya ditewaskan oleh beliau...sekali jer bila disiasat rupanya dia telah berkosnpirasi dengan si miwadi ni haa...tu laa miss ko bagi lagi si moni ni jawapan exam dengan engkau-engkau sekali hampir terduduk hampir ditewaskan oleh si moni kah kah kah....lawak laa ko moni....sebelah moni ialah nahidah mehah...aku ingat lagi nahidah sebab waktu darjah satu kami satu kumpulan...masa tu aku tak kenal sangat budak-budak yang lain...nahidah kawin awal walaupun pendiam dalam kelas....last aku jumpa dia waktu pegi makan kat rumah asnor last year itu pun aku hampir-hampir tak kenal....dah ada anak 3 orang tak silap aku....sebelah nahidah ialah roslila ishak, jiran belakang rumah aku....roslila pendiam sangat masa sekolah rendah...tapi bila dah masuk sekolah menengah banyak cakap laa pulak hahahaha...lama tak jumpa beliau walaupun tinggal berdekatan....
depan roslila yang sedang duduk tu ialah noorlindah riduan...time ni dia baru join kelas 5 cempaka tak silap aku...noorlindah, atau linda, atau noorlida "durien" merupakan geng baik hairul zairi time tu...rasanya sekarang depa masih contact kot...sebabnya mudah depa duduk dekat2 dan dari felda yang sama - bukit easter....noorlinda terkenal dalam banyak perkara...antaranya ialah siput tinggi yang menjadi trademark tudung beliau...tapi bila ditarik oleh si miss maka pecah rahsia kerana siput tinggi tu rupanya bukanlah gumpalan rambut beliau tapi gumpalan kain-kain yang diperosok untuk menampakkan ia kelihatan tinggi...noorlinda juga berkebolehan menyebut perkataan durian sebagai durien...tak silap rasanya masa tu dia masuk syarahan bahasa inggeris tentang durian...kah kah kah...lawak pulak bila aku ingat balik....satu lagi peristiwa yang tak boleh lupa bila si noorlinda ni dok bawak tag label yang digunakan oleh perkerja kilang untuk melabel product..siap tampal kat kasut laa kan...dulu tak silap ada satu jenama kasut rasanya Pallas atau BM2000 yang ada satu bahagian yang berkilat-kilat kalau disuluh dengan lampu...aku pon sebenarnya tak paham apa fungsi benda tu..nak kata sebagai tanda amaran, budak-budak ni dulu eprgi sekolah waktu siang hari...sah-sah laa kau nampak kan budak-budak dari jauh...berbalik dengan cerita si noorlinda ni, dia pi promote menatang tu kat budak-budak ni utk ditampal kat kasut, kotak pencil, etc...yer laa kan time tu nak beli kasut Pallas dengan BM2000 tu mati hidup balik pon tak dapat...jadi sebagai alternative, tampal ler dengan menatang tersebut...kalau aku tau menatang tu diguna kat kilang eletronik, mampus aku takkan tampalnya....kah kah kah..
sebelah noorlinda tu aku tak hengat..nanti kalau aku ingat aku tulis balik...sebelahnya pulak ialah roslizawati ebarahim atau nama glamournya mak mok..time tu roslizawati kan badan gempal siket..entah pedajal mana laa dok panggil dia mak mok..tak silap aku nama mak mok ni datang dari watak mak mok majalah kancil ke majalah bambino...lama dah majalah tu...rasanya aku beli bambino ni adalah dalam 4-5 kali...roslizawati duduk dekat dengan rumah zaki...dulu waktu darjah satu dan dua aku selalu balik sekolah saing beliau....sebalah mak mok ialah lilihidayu nasir atau lili...lili pindah bila dah masuk tahun enam...dia ni sepupu si moni...lama dah aku carik si lili ni...tiba-tiba sekitar 2 bulan lebih yang lalu jumpa kat facebook...masa ni lili antara murid tercantik sampai cikgu ahmad kassim pun suka usik-usik dia...tapi ada satu peristiwa tut! yang aku masih ingat sampai sekarang pasal si lili ni...alah kisah budak-budak kalau bergaduh semua buat cerit ayang bukan-bukan...sampai bila aku fikir balik tak nampak langsung rationalnya....sebelah lili ialah cikgu zulkifli shariff...pon jumpa balik kat facebook...cikgu zul ajar muzik, dan tak sangka plak aku dia kawin dengan ckgu khairunnisa, guru kelas kami time ni...sebelah cikgu zul ialah cikgu rodziah yang kuat lari...time ni dia ajar kami pendidikan jasmani...sebelah cikgu rodziah ialah cikgu khairunnisa, isteri cikgu zul...sebelah cikgu khairunnisa ialah cikgu ahmad shah yang pernah melempang aku sebab buang sampah...ingat siket cikgu jangan sampai saya lempang anak cikgu pulak next time (hahahaha..amaran keras tu)....dia ajar subjek alam dan manusia...malangnya dia telah diperbodohkan oleh insan-insan yang tak bayar buku yang dia paksa orang suruh beli kah kah kah.....sebelah cikgu ahmad shah ialah cikgu noraini abdul karim...tak tau mana cikgu noraini laa ni...harap-harap dia buat facebook cepat-cepat...dia ajar matematik dan sangat bagus mengajar...cikgu favourite si miss ni..tu yang si miss siap bagi dia majalah wanita bila hari guru....
sebelah cikgu noraini karim ialah cikgu ahmad kassim...masa ni cikgu ahmad kassim kurus lagi dan bawak kereta warna merah...aku masih lagi ingat cikgu ahmad kassim ni pelempang aku sbb tak lulus BM...biasalah kan bila karangan berformat yang paling aku benci macam tulis surat rasmi tu...bila lupa format terus aku hilang markah....tapi takpelah kalau melempang bersebab kalau melempang tak bersebab tu memang aku anti siket..tapi apa pun aku memang tak berapa gemar cikgu yang suka melempang anak murid sebab ia tidak practical dan hanya menggalakkan dendam kesumat (terpaksa tulis berlapik-lapik...hahahaha)...sebelah cikgu ahmad kassim aku tak ingat sapa...tapi yang pakai baju biru pengawas tu aku ingat laa si esmawati multar atau esmakoti...budak ni pon aku baru jer jumpa bila baru-baru ni....sampai aku tak kenal nama tengku raihana tapi muka macam esmawati...tapi nasib baik laa taik lalat bawah mata dia tu mengingatkan aku dengan beliau....esma ni suka bawak bekal nasik goreng yang sedap...insan-insan terpilih gak yang bagi perabih nasik goreng si esma ni.....sebelah esma aku tak ingat laa sapa...sigh...tunggu ler si miss dok perkenalkan semula sapa ya....nanti aku sambung balik....
Labels:
felda simpang waha,
kenangan di SKBE,
kengkawan,
kota tinggi
Khamis, September 23, 2010
kenangan lalu...(episod 2)
kalau tengok entry yang lepas-lepas banyak betul aku dan miss sebut tentang nostalgia ketika pergi camping waktu sekolah di sekolah kebangsaan bandar easter...tapi yang aku rasa pelik, laa ni aku paling menyampah nak pegi camping...budak-budak ni ada laa ajak pergi camping sambil tengok bintang di musim panas tapi aku rasa malas yang amat nak buat benda-benda macam tu....dayang erwanita pon selalu ajak aku pegi camping tapi dia mesti bagi statement: "aku dah tau jawapan kau...sudah; jangan cakap lagi" hahahahaha....leceh laa...lagi pon bila ada keje lagi laa aku tak boleh nak focus dengan camping-camping ni....first time aku pegi camping waktu sekolah rendah - sekali dengan si miss ni laaa...tak silap tahun 1989 di jason bay atau tanjung lembu di sedili...aku masa tu nak balik ke kelas tiba-tiba cikgu yassin panggil...haa lan, saya nak awak pergi camping...cepat balik siapkan semua barang-barang keperluan...aku masa tu tak tau amende tu camping main bantai okay jer laa kan...bila tengah nak balik kelas tu aku jumpa si miss dan cakap kat dia cikgu suruh aku pergi camping...dia pon sibuk nak ikut gak, and cikgu yassin (cikgu penasihat pbsm) kata haa okay laa pergi semua...jadi kita orang pon balik ler menyiapkan segala kemudahan asas seperti yang diminta oleh cikgu penasihat pbsm...mak aku kat rumah dok merungut apesal ler banyak sangat barang korang kena bawak mengalahkan nak pergi kenduri...sekali bawak beg tu dia punya besaq mengalahkan nak balik kampung...
tak silap kita orang pergi naik van berasak-asak macam sardin dalam tin...aku sampai hari ni dok tergelak kenapa laa time tu aku sanggup buat benda-benda macam tu??? kalau aku dok bercerita dengan si miss mesti asyik nak tergelak besar....antara cikgu lain yang turut serta dalam perkhemahan ni ialah cikgu amiel, ustazah mariam dan cikgu shamsudin...masa sampai kat jason bay ni kita orang diarahkan pasang khemah...aktiviti pbsm pon tak pernah pergi pasang khemah pon berterabur laa kan...bak kata orang kelantan 'mapuh kerah' khemah tu dikerjakan..tapi ada satu peristiwa nostalgia bila aku terketuk kepala saudara latiff ramlan dengan hammer sampai berdarah-darah kepala dia...pucat lesi aku time tu sebab aku tak perasan kan dia duduk belakang aku....jadi dia pon tertunduk-tunduk menahan kesakitan...nak dijadikan cerita, kira sesuai laa incident tersebut sempena dengan perkhemahan tahunan pbsm kota tinggi...kesian kat kau latiff, takpe laa nanti aku belanja hang minum kopi kat pj hilton hahahaha....
tapi bila tengok foto muka kanak-kanak riang di atas, aku sendiri rasa macam tak riang gembira....senyum pon macam kena paksa (contohnya si miss tu haaa...) aku plak dengan muka masam sebab penat dan tak dapat mandi 2 hari...membosankan betul....tapi yang paling aku tak tahan tengok ialah shade cikgu amiel tu haa...kalah pelakon bollywood...ni mesti time tu banyak sangat tengok filem hindustan....yang cikgu perempuan sebelah kanan tu cikgu mariam...yang buat sign dengan jari telunjuk tu tak ingat plak aku cikgu sapa....kalau tengok bentuk tent kat sebelah kanan dan kiri tu, mesti dapat agak betapa menderitanya kita orang time dulu-dulu perg camping....bayangkan jer laa bila masuk hari kedua hujan turun lebat mencurah-curah sampai masuk ke dalam tent....bukan macam tent sekarang water proof, nyamuk pon tak boleh masuk....tu yang sampai ada yang kena sampuk dek jembalang tanah...kah kah kah...sebelah kiri aku tu aku tak ingat siapa nama budak tu....budak tu ler yang aku dengan miss buli sampai dia menangis-nangis...alkisahnya dia dok ejek-ejek kami, jadik kami pon gelarkan dia mr os...dah ler dia merajuk sampai menangis-nangis...kesian kat dia..sorry laa dik ya....antara isan-insan lain yang aku dapat kenal dalam foto ni ialah nasrul hisham - rakan sekelas....tajul, michael sam (nama tak mengalah...), latiff, nasaruddin noh, nazri noh, yang lain tak berapa nak ingat...tapi yang syoknya perkhemahan ni ialah dapat menyaksikan persembahan diva-diva popular skbe yang diketuai oleh kak razilah yang menyanyikan lagu may - kau umpama bunga yang mekar dihatiku dan juga lagu ciptaan sapa entah pom pom pom...antara lirik yang masih segar dalam ingatan - pom pom pom pom, dua dua...pom pom pom pom, dua dua...lihat ini, kami dari skbe, datang sini untuk berkhemah....aku rasa macam nak tempeleng jer sapa yang tulis lirik sampah ni....memalukan...lepas tu korus untuk lagu may semua tak sampai suara...yer laa nak cari penyanyi dengan nada f sharp time tu memang takde kan...tapi yang aku pelik boleh dapat juara persembahan terbaik...kalah siti sampah....hahahaha anyway, enjoy...aku nak sambung buat keje...
Labels:
felda simpang waha,
kenangan di SKBE,
kengkawan,
kota tinggi,
miss
Rabu, September 22, 2010
kenangan lalu...(episod 1)
waktu bersekolah di sekolah kebangsaan bandar easter, kota tinggi, johor dulu (siap promote nama penuh sekolah), ada tiga kenangan yang pasti takkan dapat dilupakan sampai bila-bila...pertama: ketika berada di dalam kelas, kedua: pergi camping, ketiga: pergi rombongan cik kiah...aku bila tengok balik gambar-gambar ni memang tergelak besar...teruknya muka aku time ni hodoh nak mampos....tapi untuk berlaku adil, bukan aku sorang jer yang hodoh time ni, yang lain pon sama...nak-nak budak2 pompuan kelas 6 cempaka....masa time ni kalah intan terpilih, laa ni semua dah jadik macam mak puteri gunung ledang...nak kata puteri gunung ledang tak boleh dah sebab semua dah kawin dan dapat anak...hahahaha....foto-foto ni semua agak klasik...terima kasih ler kepada miss yang bersusah payah scan semua foto-foto ni...mula-mula aku ingat nak tolong edit bagi cantik laa kan..tapi masalahnya aku pon takde masa nak buat....satu lagi kalau edit nampak sangat bohong..yer laa kan kalau muka hitam legam asalnya tiba2 putih time ni rasa macam tak logik pulak...foto pertama ni ialah budak-budak lelaki kelas 5 cempaka skbe...time ni cikgu khairunnisa hj baharum a.k.a cikgu yune jadi guru kelas kami..sebenarnya cikgu yune ni jadi guru kelas kami sejak darjah 4 lagi...tapi ni laa tahun last cikgu yune jadik cikgu kelas puak-puak cempaka sebab muridnya mak tuan degil nak mampus...apatah lagi berketuakan orang yang suka memekak dalam kelas..susah laaa kan...tu tak masuk lagi bab bendahari yang suka peras urut..eh ugut (silap daaa) orang suruh bayar duit tiap-tiap bulan...kah kah kah..
kalau tengok balik foto budak lelaki kelas 5 cempaka ni memang unik siket...tengok kat papan hitam tu (time ni hanya papan hitam jer laa yang mampu diberikan oleh kerajaan, tak macam sekarang canggih manggih), siap ada tulis tarik lagi...tak silap 12 mac 1989...kira-kira lapan hari jer lagi seorang insan terpilih punya birthday...kah kah kah...time ni cikgu yune punya laa bersemangat nak mengajar budak-budak felda ni bahasa inggeris...tu yang siap ada poster mcdonald laa (time tu kita orang tak tau menda pon apa itu mcdonald, yer laa kan tv pun kurang tengok sbb takde eletrik)...then cikgu yune siap buat poster pasal birthday yang boleh tukar-tukar nama dan hari....tapi time tu yer laa kan nak bagi hadiah tiap2 bulan masak laa....dah ler gaji cikgu pon kecik gila masa tu..dan kita orang plak cuma tau bagi hadiah untuk hari guru jer....hari murid jer takde kan? hahahahaha...jadi, apa yang kita orang buat ialah baca ayat-ayat kat poster tu..misalannya, today is monday...the date is bla bla bla...its miswadi's birthday...bla bla bla...then let sing happy birthday to him....meriah ler kan satu kelas dengan acara menyanyi..macam citer nasib labu labi laa plak....lepas tu ada jadual waktu...siap kaler-kaler lagi kan...yer laa nak tau gak perbezaan subjek...time ni tak silap cuma ada 5 subjek ajer dan tambahan satu - pendidikan jasmani...aku pun tak berapa ingat nama-nama puak cempaka ni...harap kalau salah boleh tolong betulkan ya....berdiri dari kiri, sarizan abdul hamid (wak yan)...lama aku tak jumpa mamat ni...waktu kat sekolah menengah dia sekelas dengan aku...tak tau mana peginya...lepas tu md hisham parman...mamat ni satu blok dengan aku (felda dibahagikan mengikut blok)....walaupun seblok, tapi rasanya tak pernah berjumpa selepas tahun 1990...kah kah kah...imagine ler laa ni dah tahun 2010...dekat 20 tahun aku tak jumpa beliau....sebelah hisham ialah mohd asnor atmuri...mamat ni pon aku tak pernah jumpa..tapi last year aku pegi makan nasik ayam kat gerai mak dia...sebelah asnor tu aku ler sapa lagi...time ni aku baik dengan cikgu yune..tu yang si miss ni jeles agaknya dia pergi pangkah X kat muka aku...ingat aku ni x-men ke....
sebelah aku tu cikgu yune ler...muka serius jer kan cikgu yune time ni....lagi ler nak kena bergambar dengan budak-budak nakal semuanya....time ni cikgu yune pelopor tudung ikat cam ni kat skbe kota tinggi....rasanya memang takde cikgu lain yag pakai tudung gaya ni....sebelah cikgu yune tu si khairul nizam jamaluddin anak pegawai felda....laa ni jadik producer rancangan raja tak lawak astro...sebelah nizam ialah ramli idris...hero 5 cempaka merangkap ketua pasukan reebok...time ni ramli antara budak lelaki popular skbe sebab pandai main bola dan ada syle ler orang cakap...tengok rambut pon tau...tak macam budak-budak lain muka sememeh....lama aku tak jumpa ramli...last aku jumpa kira-kira berbelas-belas tahun yang lampau di bangunan sultan iskandar kota tinggi....sebelah ramli idris ialah bendahari kelas 5 cempaka, miswadi abdul rahim...tak payah cakap orang pun tahu dia kuat membuli....kah kah kah...aku tak boleh lupa kes buku alam dan manusia tu...kah kah kah....sayang betul takde gambar budak-budak perempuan 5 cempaka..kalau tak boleh aku kenal pasti orang-orang yang ada skandal watergate kat 5 cempaka time tu...kah kah kah...si miswadi ni jer laa yang contact aku sampai sekarang...dari tadika, SKBE, SMBE, lepas tu dia keluar sekejap masuk asrama, dan masuk uni, berkerja tetap contact...tak pernah putus...wa salute laa lu brader...
macam mana aku nak describe ek..baris kedua ni nak kata duduk tak jugak...ke berdiri separuh??hahaha...dari kiri ialah khairul anuar dagang...aku pon tak tau apa laa yang terjadi dengan mamat ni...sebelah khairul anuar, ialah mustakim saman atau nama glamournya mustakimomok...mula-mula aku pelik sebab bila masuk darjah enam dia dah takde kat sekolah..rupanya siasat punya siasat dia telah berpaling tadah masuk sekolah kebangsaan bukit waha (skbw) daaa...kesnya sebab kena pelempang dengan cikgu ahmad kassim kot sampai telinga dia berdarah...ke aku yang silap dengar...hahahaha...sebelah mustakim ialah kawan baik aku md zaki pua'at atau koki...zaki ni dari dulu sampai sekarang still contact dengan aku lagi...lama tak jumpa zaki...wei, miss ko dah call zaki ke belom? lupa daratan laa kau...ko kan selalu buli mamat ni sampai menangis nak balik rumah....sebelah zaki ialah azman aziz...mamat ni banyak cakap...pung pang pung pang tak abis...lepas tu tak mau mengalah pulak...kalau kena marah boleh argue lagi secara ilmiah (jgn main-main budak zaman dulu) dengan menggunakan comparative studies...ada satu kes dia kena marah dengan cikgu roslina abu bakar sampai keluar hingus...menangis tak hengat...siap ugut-ugut nak scratch parut kudis (time tu budak-budak memang senang sangat kena kudis sbb takde kesedaran terhadap kesihatan sangat macam sekarang) sebagai protes....
sebelah azman ialah rostam mohammad...selalu kena panggil rostampok oleh zaki sebab suka membuli orang..tak padan dengan songkok kat atas kepala tapi nakal kemain...tu yang selalu kena lepuk songkok tu dengan cikgu...sebelah rostam ialah norizad din, anak kepada driver pegawai felda...lama dah tak jumpa norizad...last aku ternampak dia di felda simpang waha tak silap 6-7 tahun yang lalu...sebalah norizad ialah faizal riza rahmat...kira popular laa jugak mamat ni time tu sebab main bola sepak kan....aku time tu jangan bola sepak, bola lompat pon belom tentu boleh main....kah kah kah kah...last aku terjumpa faizal riza ni kat facebook..menurut adik beliau dia bersekolah di kampung selepas tamat sekolah rendah...no wonder tak pernah nampak muka dia kat smbe...barisan hadapan yang duduk mencangkung, dari kiri ialah nasrol hisham someran tak silap aku...aku ni tak berapa ingat nama bapak orang...nasrul adalah rakan tuition bahasa inggeris aku....selalu kami dok berjalan melalui kolam ikan pergi belajar kat rumah cikgu Guna di kediaman pegawai felda....sebelah nasrol ialah mohd zahid ponari...zahid masa ni baik gila....pakar matematik...tapi bila dah masuk sekolah menengah macam jahanam jer kan perangai...tapi kenangan paling tak lupa dengan zahid ialah bila dia cakap soonday, moonday isntead of saying the real sunday, monday....akibatnya kena cubitan berbisa sampai menangis dek cikgu kalsom....hahahaha...
sebelah zahid ialah mohd rizal miskom? nama dia tu dah betul tapi nama bapak tu aku rasa macam silap....tapi miss suka panggil dia rizal wak dojer...sebabnya dia suka pakai songkok ala-ala watak wak dojer dalam komik Bujal...sapa ingat Bujal?? dulu aku suka baca komik tu...sebelah rizal yang macam nak masuk dalam kamera ialah hairul zairi bachok...yer laa kan time ni tak pernah jumpa kamera kot tu yang pelik amat...zairi pun ada contact jugak...on and off...last, selepas aku kena maki hamun dengan aku terus tak contact-contact lagi dah....hahaha...sorry laa zairi, biasalah kan adat berkawan....anyway selamat hari raya dan maaf zahir batin...banyak baut burasak tak tahun ni???sebelah zairi yang terlentok ayu tu mohd ridzuan yusuf...kami panggil dia iwan kecik sebab ada sorang lagi nama iwan tapi badan besar (tak silap budak kelas kenanga)...tak silap si iwan ni pon geng-geng kumpulan caltext (entah hapa-hapa laa budak-budak ni letak nama kumpulan sama brand dengan kasut dan minyak kereta...nasib baik tak letak nama kerosin)....sebelah iwan ialah mohd azlan lazim....sebelahnya ialah kembar beliau mohd azlin lazim....tak silap mamat dua orang ni baru masuk sebab depa baru berpindah ke felda simpang waha.....isk terror gak aku hafal nama semua anggota kelas 5 cempaka....kalau tanya orang lain aku rasa cuma miss dengan koki jer ingat...tak tau ler bila boleh jumpa lagi....hahahahaha....
Labels:
felda simpang waha,
kenangan di SKBE,
kengkawan,
kota tinggi
Langgan:
Catatan (Atom)