hari ni aku rasa dah sihat sikit..badan rasa macam nak patah-patah sebab duduk dalam bilik berhawa dingin berjam-jam dan cuaca panas di luar yang menyiksakan...hampir juga nak demam malam tadi..proses akhir DVD Al-Jauhar: The Precious Jewel telah tiba ke penghujung. Sebentar lagi aku kena ambil 30 set DVD tersebut di bilik Scott. Cuma satu lagi dokumentari Emma Hack: From Brush to Body masih lagi dalam proses rendering dan mixing kerana terdapat sedikit kecacatan. Tapi masih ok laa..at least aku dah dapat produce dua benda tahun ini..Nanti kalau dah start teaching aku nak produce lagi banyak dokumentari...mesti seronok punya laa..nak-nak kalau dokumentari pasal natural-history.
Next week aku nak pergi ambik transkrip kat enrollment office. nasib baik laa dia orang dah prepared kan awal-awal..senang laa siket aku datang nanti tunjuk muka lepas tu blah..wei..tak sanggup laa aku nak pergi situ berkali-kali nak-nak dengan cuaca yang panas membahang...kang tak pasal-pasal aku rasa macam nak terajang orang..aku tried call kak haizan pagi tadi tapi dia tak dengar suara aku..rasa telefon kat Malaya rosak kot..biasalah kat situ kalau rosak kena tunggu berabad baru pulih..tak tahu semua orang pergi mana kalau call. Makan kot..
Esok aku ingat nak ke Glenelg dengan si Tawakal..tapi aku dah janji dengan Zura nak angkat kotak..rasa sempat kot sebab angkat kotak lepas maghrib pon boleh...lagi pon waktu siang sampai pukul 9, lepas tu baru betul-betul gelap..pening laa kepala aku..nak kata tak cukup makan, malam tadi aku dah masak gulai lemak labu...hehehe.....terror jugak aku masak...cuma takde daun pegaga ajer...ok laa..banyak sangat membebel..jumpa lagi...