Khamis, Disember 31, 2009

apa azam tahun baru?


macam-macam perancangan dan harap menjadi...tapi bak kata wati, bila nak amek lesen kereta ni? hahaha...teruknya hidup aku...lesen kereta pon takde...camner nak pikat anak ketua kampung? muahaha...zaman dah berubah laa..orang sekarang guna lrt...keh keh keh..haruslah aku kena maki dengan raja humalagapas bila dengar aku cakap camni...ala biasalah kan...pelan-pelan..ada rezeki nanti dapat gak aku lesen kereta tu...apa pon biar aku perabihkan dulu study kat sini..selamat tahun baru 2010...wokar nak datang jap lagi..mesti dia nak ajak aku pi new year celebration..tak hingin aku pegi..banyak keje nak buat laa beb..haha..

selamat tahun baru 2010


selamat tahun baru 2010...cepat betul masa berlalu dan aku masih di sini...tahun 2009 berlalu dengan pelbagai kenangan pahit dan manis sebagai pelajar...banyak yang aku belajar kat sini....apa pon aku akan tabah untuk menghadapi tahun 2010, tahun paling kritikal dalam hidup aku...tahun yang akan menentukan masa depan...selamat berjaya - anugerah yang diberi, kekuatan kita sebenarnya...

post christmas BBQ

beberapa hari selepas christmas gregoria call untuk BBQ..kali ni dia cakap nak sponsor semua sekali yang penting aku, alvin dan wokar mesti datang...jadi pagi-pagi buta aku dah bangun beli gift dan soft drink - lime, lemon and bitter. hari tu agak mendung dan sunny pada sebelah petang jadik kami pon enjoy ler makan-makan...alvin bertindak jadik tukang masak, wokar tukang potong bawang, aku menyediakan flavour dan kemas meja, gregoria buat salad....bila start makan memang best..tapi bila dah makan terlalu banyak terus mengantuk...hahaha...lepas tu gregoria sediakan coffee dan kami makan dengan desert yang dia beli dari turkish pastry...bila dah berbual2 lebih kurang 2 - 3 jam lebih, gregoria ajak tengok transformer 2 pulak...so kami tengok ler kat bilik dia yang comel tu...habis tengok movie dalam jam 9 lebih...then aku balik ofis kemas barang-barang, sampai rumah dalam jam 11 malam..then call parents aku plak...berceloteh dengan setengah jam, ingat nak tido tapi dah lama tak call dayang erwanita...aku pon call ler mamat tu...dekat 2 jam aku call dia...then aku tido sekitar jam 2 pagi..kah kah kah...


















Sabtu, Disember 26, 2009

ke geelong...






disebabkan wokar tak puas hati dengan williamstown, we all decide pergi ke geelong...sekitar 30 minutes by car, kira okay laaa....view agak menarik..teringat aku kat glenelg di adelaide...hari ni tak ramai orang..mungkin masih lagi christmas jadik tak semua orang keluar...geelong takde laa sebesar mana, tapi bandar tu agak cantik juga...banyak juga histroci building kat sini..tapi yang paling penting pizza kat sini memang best kakakaka....aku makan tak ingat dunia sebab lapar sangat...mahu ejr aku bungkus bawak balik tapi tak nak laa nampak macam buruk lantak sangat kan..jadi aku terpaksa pura-pura bersopan santun..hahaha...anyway, enjoy!!




christmas journey



masih lagi dalam mood christmas...tengah lepaks-lepaks kat alvin's secret garden tiba-tiba wokar ajak pergi lepaks kat beach di williamstown..aku tak berapa gemar melepak kat tepi pantai sebab panas...hahaha..jadi aku ajak depa pegi garden dekat pantai tu...memang best dan mendamaikan...alvin dan wotka amek kesempatan baring-baring tapi aku sibuk shoot photo...dah lama aku tak practice amek gambar jadi semua yang aku amek entah hapa-hapa...lusa ni gregoria ajak bbq kat umah dia jadik kenalah pegi sebab dia dah buat preparation..aku tengah dok fikir nak beli apa untuk dia...chocolate and wine kot..tapi pompuan tu tak suka minum wine...kang aku beli tak minum membazir plak..tapi takpe, alvin dan wokar ada..depa bleh tolong perabihkan...kakaka...



alvin's secret garden




kesempatan cuti christmas tahun ni dihabiskan juga kat rumah alvin...lama aku tak pegi rumah mamat ni sebab takde masa..alvin ada jugak cakap kalu nak datang anytime cakap jer laa..tapi masalahnya aku sibuk terus tak datang-datang..last aku datang rumah dia waktu winter tahun ni bersama-sama wokar dan gregoria...satu perkara yang aku paling suka kat rumah alvin ialah mini garden...housemate dia si collin yang macam kasim selamat (sbb suka tiup saxs)memang pandai berkebun..walaupun tak banyak pokok tapi sangat redup mata memandang...sayang betul sebab rumah tu bukan depa punya, jadik tuan rumah telah potong apricot tree yang sangat cantik dan membuatkan taman tersebut lebih redup...buster (kucing ningrat)takde plak hari ni..kalau tidak dia mesti datang berkenalan...keh keh keh...

Jumaat, Disember 25, 2009

Happy Christmas



Nothing much to do on Christmas day this year...disebabkan hari ni semua public transportation free, aku pon keluar dengan wokar ke footscray..sampai kat situ, alvin dan agus dah tunggu..kami ke Lentil as anything...cawangan baru telah dibuka kat area situ..biasanya kami ke collingwood tapi kali ni alvin nak test kat footscray..lentil as anything adalah vegetarian restaurant yang berasaskan charity..konsepnya mudah, perkhidmatan kelas satu, makanan memang ngetop, dan harganya? terpulang kepada anda nak bayar berapa...tak nak bayar pon takpe...pekerja tak dibayar apa-apa gaji kerana ia berlandaskan sukarela...kebanyakan perkerja adalah imigran yang digalakkan melakukan kerja-kerja amal sebelum layak untuk mendapatkan taraf penduduk tetap...pendedahan berterusan menerusi kerja-kerja amal kebanyakannya telah berjaya membentuk masyarakat prihatin di sini...bila tengok makanan yang ngetop aku dan wotka pon melantak ler tak ingat dunia..al-maklumler, murah dan sedap..sapa nak bagi makanan best-best dgn harga berpatutan macam ni? kalau kat lygon st mampos kena bayar at least more than hundred bucks..kakakaka...lepas makan, terus pi rumah alvin jap...lepaks-lepaks kat mini garden belakang rumah dia....lucky him..at least bleh lepak best-best every weekend...



Rabu, Disember 23, 2009

ah, hampir tiga tahun...


masa berlalu pantas...tak sangka dah pun hampir tiga tahun kat sini...dan aku masih seperti tiga tahun lalu walaupun banyak benda aku dah belajar...bukannya mudah untuk teruskan perjalanan yang sudah dimulakan...dan aku paling takut dengan istilah give up..tapi aku harap istilah itu tidak akan wujud dalam kamus hidup...hari ini begitu panas..tapi aku tetap keluar lunch bersama N dan seorang rakan lain dari China...aku ingat nak balik felda waha summer break ni..aku betul-betul perlukan vacation...tapi dalam bentuk balik kampung..kah kah kah...okay laa tu...orang lain pergi vacation kat tempat ekslusif aku pi balik waha jer laa...at last bleh gak aku makan tido seminggu dua...tapi apa pon aku kena siapkan kerja sebelum bercuti...kalau tidak habislah..dan aku kena bersedia untuk event di canberra april ni...mampus satu perkataan pon aku tak tulis untuk event tu..tapi akur asa aku bleh start seawal bulan februari...kat opis ni dah takde orang..yang ada hanyalah muka-muka berwajah asia yang bermata dan berambut hitam...yang bermata grey dan berambut blond dah start bercuti..seperti biasa opis akan jadik rumah berhantu buat seminggu...satu hapah manusia langsung takde...yang ada balik-balik muka aku - bukan rajin, tapi sebab tak tau nak pergi ke mana...hahaha...