Isnin, Ogos 31, 2009
selamat hari merdeka
bila bercakap pasal merdeka, aku kecik-kecik dulu suka tunggu Merdeka Parade live dari saluran perdana RTM1. punya laa excited dan bersemangat siap bawak breakfast makan kat depan TV anak beranak...tapi itu dulu ler, sekarang dah takde laa buat macam tu...tak tahu ler kenapa mungkin perasaan menyambut kemerdekaan tu dah boleh diterjemahkan dalam bentuk yang lain..bentuk yang macam mana? aku pon sukar nak explain...tapi yang penting aku selalu berdoa agar orang Melayu di Malaysia terus bersatu dan ekonomi bertambah kukuh...okay laa cukup ler setakat tu sebab aku tak berapa gemar bercakap tentang politik di sini...apa pon selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. selamat! foto ehsan -- http://blog.fizaljohari.com/
Ahad, Ogos 30, 2009
sahabat lama -- md zaki pua'at
hari ni aku nak berehat seketika..tak mahu merungsingkan kepala aku yang berserabut...memang laa kata orang menulis bukanlah mudah...kecuali menulis apa yang kita tahu...haha..aku baru jer telefon zaki...sahabat baik sepermainan dari kecik di felda simpang waha...zaki masih seperti dulu dan tidak pernah berubah...sebab itu aku amat senang berborak sambil minum kopi dengannya tiap-tiap kali pulang ke kampung...agak lama aku tidak menghubungi zaki lantaran kerja yang melambak...sebenarnya takde laa melambak sangat tapi aku ni agak kering idea nak bercakap semenjak dua...kalau boleh aku nak type jer apa yang aku nak cakap kat orang...haha...aku dan zaki sekelas dari darjah satu di sekolah kebangsaan bandar easter sehinggalah tingkatan dua di sekolah menengah bandar easter...tingkatan satu dan dua ilham...kami duduk sekali sehinggalah pada satu masa aku tukar tempat lain tanpa bagitau zaki...terus marah mamat tu...alasannya, aku tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan hitam..masa tu aku rabun..nak beli glasses tak mampu..biasalah hidup kat felda; benda-benda lain menjadi keutamaan...aku pun tak sangka dapat sekelas dengan zaki semula sewaktu di tingkatan satu dan dua ketika itu sebab aku ingat aku akan kekal di kelas damai bersama hairul zairi bachok...nasib aku agak baik bila satu announcement dibuat sewaktu assembly sapa yang dapat 2A waktu UPSR jangan balik ke kelas dulu...jadi aku bertemu zaki sekali lagi dan belajar dalam kelas yang sama..terpaksa aku ucapkan selamat tinggal kepada hairul zairi bachok walaupun dalam hati aku bersyukur sebab attitude student kelas tu terlalu teruk...
sewaktu di tingkatan tiga, zaki dipindahkan ke kelas 3 gemilang...masa ni aku masuk kelas tingkatan 3 Jasa yang kononnya terlalu pandai berbanding kelas-kelas yang lain...alah aku masuk ke kelas tiga jasa tu pun sebab aku lulus matematik cukup-cukup makan iaitu 40 markah - nilai terteruk...kah kah kah....thats why aku anti matematik dan selalu berfikiran positif yang 'saya boleh berjaya tanpa lulus cemerlang dalam subjek matematik'....selepas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang pertama kali diperkenalkan pada tahun itu, aku masuk ke tingkatan empat di sekolah yang sama beraliran teknikal...manakala zaki mengikuti aliran perdagangan...walaupun kami tidak sekelas lagi, tapi kami kerap bertemu sebab jarak antara kelas sangat lah dekatnya..ketika ini pelajar cemerlang macam miswadi abdul rahim, norzam zam minirin, yazid abu bakar, azrul aziz, zulkefli saian, anim abdullah, suhayani rugani, nerazuan nen, norfaezah hanafei, irwan mohamad, dan ramai lagi masuk ke kelas aliran sains untuk seketika sebelum hampir kesemuanya berpindah sekolah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang (sorry pak lah, i pinjam you punya slogan)di bandar-bandar besar sekitar bandaraya johor bahru dan kuala lumpur.
maka tinggallah insan-insan macam aku, zaki, hairul zairi bachok, rizal haron, razali muhammad, ramizan rafaei, dan ramai lagi kat sekolah berjenama felda di Gugusan Waha ni...aku dengan zaki ni selalu saing sekali pergi dan pulang sekolah..kadang-kadang zaki 'bawak' motor dan aku pon selalu tumpang dia...dan kami selalu study sekali kat sekolah khususnya kalau cikgu buat extra class pada sebelah petang....kira ala tuition tapi haram satu benda pon tak masuk dalam kepala otak aku masa tu terutamanya subjek matematik...aku selalu tertanya kenapa laa matematik tidak dijadikan subjek pilihan teras..contohnya, di amerika jika seseorang tu tak minat matematik dia boleh amek aliran humanities yang lebih fokus kepada pengajian falsafah dan seni...ni tak..balik-balik sains dan matematik...aku tengok malaysia pon tahap macam tu gak pemikiran...kakitangan awam yang graduated dalam aliran sains dan teknikal pon tak efisyen..lembab nak mampos...uikss...kutuk laa plak..tak kira laa tu, at least hati aku puas...kakakaka.....
zaki kira cemerlang dalam matematik...aku rasa kalau zaki dapat masuk boarding school masa tu mesti math and science dia lebih cemerlang..malangnya selepas dia join geng-geng 'tak hengat dunia' dengan aku sekali, apa yang kami dapat ialah keputusan PMR yang sangat teruk...terutamanya aku ler...hahaha....selepas SPM, zaki dapat masuk UTM tapi kami masih lagi berhubung...sehinggalah sekarang...selepas aku gagal keluar dari ITM shah alam, zaki jugak laa datang ke rumah siap bagi encouragement kat aku...lepas aku masuk maktab adabi maharani di Muar untuk amek STPM dia selalu tanya perkembangan aku menerusi surat dan kadangkala datang ke rumah juga....dan dia jugalah yang menghantar aku mendaftar ke Universiti Malaya pada tahun 1999....dan sebelum itu dia jugaklah yang menemankan aku berjumpa kak rahimah mohammad di felda bukit easter untuk bertanya lebih lanjut tentang kursus yang aku perlu ambil di UM..dan aku rasa bersalah pulak sebab dah lama tak call dia...mesti dia tertanya-tannya kenapa aku dok mendiamkan diri....rasa tak best laa kan...jadi aku pon called ler zaki tadi...banyak kenangan lama terungkit...zaki ada bertanyakan member baik kami dahulu macam syamsudin razali, miswadi abdul rahim, dan hairul zairi bachok...masa berlalu pantas dan persahabatan kami tetap terjalin mesra...p.s - sorry laa alvin...gua pinjam lu punya shot...
Labels:
felda simpang waha,
kenangan di SKBE,
kengkawan,
SMBE
Jumaat, Ogos 28, 2009
tak tau nak tulis apa
break kejap...lima minit pon jadik laa...at least, aku bleh tulis something kat sini...aku dengar dayang erwanita telah disampuk hantu...aku rasa mungkin faktor bilik beliau yang terlalu menawan dengan hiasan langsir-langsir berwarna purbakala...keh keh keh....tu nasib baik tak letak kemenyan, kalau tak mesti bangun tido terus jadi dukun besar paya rumput...kena laa pulak aku mai umah hang bawak pulut kuning dengan ayam panggang...cuaca hari ni panas dan gembira....takde laa muram kesejukan...apa pon petang ni aku ingat nak pegi shopping...aku dah remind gregoria untuk pergi membeli teh bercitarasa tinggi kat shopping mall...sekali-sekala kena laa jadik mat salah siket kan..keh keh keh...okay ler aku nak sambung buat keje....jumpa lagi... p.s- wah erwanita, aku dengar ko dah passed lesen kereta...bleh ler nyanyi a thousand miles macam citer white chicks...hahaha
Rabu, Ogos 26, 2009
boleh laaa....
hari ni takde mood nak menulis...jadi aku ubah siket penampilan blogs ni walaupun tak bleh kalahkan blogs malay mok yang ngetop tu (sebab hari-hari tukar template)...semalam hujan ribut melanda tapi nasib baik aku tak terperangkap kat uni...balik jer bilik faizal dok tanya dah makan ke belum...? aku seperti biasa buat ler muka puppy lookk siket terus dia bagi aku kari ikan kering, kek lapis dan roti...banyak betul makanan dan aku tak tau bila nak makan...masuk jer bilik aku terus nonton filem the night of the hunter (1955) yang aku beli kat jbhifi...akuc arik totoro tapi tak jumpa...dah takde baru carik...masa melambak hari tu aku tak nak beli...okay ler...sambung lagi lain kali...
Jumaat, Ogos 21, 2009
sahabat lama - Marlina omar a.k.a. Malaklina dan Nadzir Mohadjir (ketua pengawas berlagak) haha
sori ler sebab aku takde masa nak layan pakar-pakar gosip power root macam miss dan wartawan pelatih kawasan johor bahru, abang zairi bachok kita akhir-akhir ni....aku busy la bengong...lain ler kalau aku takde keje, boleh laa aku dok bagi komen hari-hari kat facebook atau chatting berjam-jam..kang ada orang cakap aku makan gaji buta kat sini....tak rock laa pulak kan...kalau tak dah lama au upload gambar-gambar pergi holiday macam kat profile abang zairi bachok kita...wah makin mantap sekarang....sekali pandang macam bintang drama korea pon ada...maklumlah dah nak kawin dengar-dengarnya....kah kah kah...kelmarin aku ada terima e-mail nun jauh dari benua yang tengah bergolak..mana lagi kalau tak dari afrika yang rakyatnya asyik bergaduh manjang..thats why tak maju-maju....hahaha...miss telah melayangkan satu e-mail yang menceritakan detik-detik penemuan beliau secara virtual dengan bekas ahli kumpulan permata zamrud kelas 6 cempaka yang tak lain dan tak bukan marlina bte omar....kita orang panggil beliau malaklina sebab masa tu dia berangan for being different. contohnya, tudung berkilat satin dan kasut jenama mewah (masa tu laa kan, masa ni jeling siket pun terus sakit mata)...dan yang paling aku tak lupa ialah beliau bawak air siap letak ketulan ais...oh lupa nak bagi tahu, waktu tu kat felda gugusan waha ni, elektrik hanya datang pada tahun 1993...kiranya banyak rancangan menarik kat tv kita orang missed...jadi tak ramai yang mempunyai refrigerator (fridge) atau dalam bahasa kampungnya peti sejuk/peti ais....disebabkan marlina tinggal di kediaman rasmi pengurusan felda yang membekalkan voltan elektrik dalam kapasiti lebih banyak, maka penggunaan peti sejuk adalah perkara biasa...takde laa macam rumah peneroka, kalau satu rumah guna elektrik dalam kapasiti yang banyak habis meletup generator...aku sekelas dengan marlina dari darjah satu di sekolah kebangsaan bandar easter, sampai laa tingkatan tiga di sekolah menengah bandar easter...aku pon tak paham macam mana aku boleh sekelas dengan mak cik ni dengan begitu lama sekali..keh keh keh...
bila sebut nama marlina omar ni, semua orang akan ingat bila dia menggondol anugerah pelajar terbaik untukkategori tahun satu bagi tahun 1986...tapi yang aku paling ingat dengan marlina ni cuma tiga kes jer...satu - bila dia kena marah dengan teruknya oleh cikgu aminuddin sehingga melalak waktu assembly sebab dengan tak sengajanya (aku romanticise siket fakta ni kah kah) menganggotai kumpulan haram bernama erabella...walaupun menurut pakar sejarah 6 cempaka dan skbe, miss pernah menyuarakan bantahan atas kapasiti ia diambil sempena nama kumpulan rock kapak ekamatra, aku tetap mempertahankan pendirian aku yang nama tu diambil sempena kempen rubella injection ketika itu....kes kedua ialah bila aku bergaduh dengan dia pasal apa pon aku tak tau....tapi yang aku ingat ialah bila aku ketuk kepala dia dengan gulungan cardboard sampai dia melalak balik rumah...kira ganas jugak aku masa tu ketuk kepala budak pompuan...tak rock betul masa tu....kes ketiga ialah bila tiba-tiba miss ajak aku pedajal pemadam malaklina..aku tak tau ler apesal si miss tu tiba-tiba kerat pemadam minah tu dan sumbat dalam botol...then kita org masukkan dalam saluran paip kat dalam kolam yang ada peta malaysia...nasib baik ler malaklina tak tau...kalo tak mesti kita orang kena public canning sbb masa tu bapak dia pegawai...bila dengar pegawai masa tu semua orang bertempiaran lari...last aku jumpa marlina ni bila habis PMR..lepas tu aku memang tak tahu dia belajar kat mana....bila chat dengan miss mesti tak eprnah lekang nama malaklina daripada topik perbualan...kelakar betul masa tu....
sorang lagi member lama yang terjumpa sejak dua menjak ni ialah mohd nadzir mohadjir...kalau sebut tentang mamat ni, aku mesti kaitkan beliau dengan budak-budak skbe lain masa tu macam azmam abu dan norman salleh..sebabnya - mereka tinggal berdekatan...begitu teruknya aku menghafal nama orang...bukan hafal nama sangat pon, tapi hafal nama kawasan tempat mereka tinggal..aku tak berapa ingat sangat nostalgia dengan nadzir mohadjir ni sebab kami tidak belajar dalm satu kelas...tapi bila pakar sejarah skbe 1986-1990, miswadi abdul rahim mengingatkan aku tentang peranan beliau sebagai ketua pengawas pada tahun 1990, baru aku dapat membuka beberapa isu yang terapung-apung dalam kotak pemikiran aku....yang aku ingat miss selalu buli budak nad ni..maklumlah walaupun dia ketua pengawas, tapi size badan miss yang macam budak sekolah tinggi (ye ke?) berjaya meredakan sedikit penguasaan beliau di sekolah...tapi yang pasti si nadzir mohadjir ni selalu bersaing dengan si khairul nizam jamaluddin anak pegawai felda yang sekarang dah jadik celebriti astro laa ni, khususnya dalam bidang kurikulum beruniform...tu yang bila aku tengok gambar dia berebut tongkat pengakap yang macam tiang meja makan tu aku rasa nak tergelak laa pulak..aku masih ingat lagi bila terdengar cakap-cakap hear say budak-budak pompuan masa tingkatan satu ilham kat sekolah menengah bandar easter, yang beliau telah digosipkan dengan ratu cantik kelas satu jasa - norliza abdul wahab, budak aping timur...walaupun aku tak tau sejauh mana kebenarannya, well itu cuma gosip kan...? korang jangan plak nak menokok nambah...walau apa pun, budak dua orang ni dah pon kawin dan ada anak kecik-kecik..pakar-pakar gosip jugak yang tak kawin-kawin....apa laa nak jadik..memalukan betol....anyway, aku ada banyak keje nak buat...disebabkan stress sangat jadik aku tulis ler gossip kat sini..baru hilang stress siket.....kah kah...jumpa lagi....
Labels:
felda simpang waha,
kenangan di SKBE,
kengkawan,
SMBE
Rabu, Ogos 19, 2009
busy, busy, busy
aku busy banget lately. sampai nak terkeluar bijik mata aku mengadap menatang pc ni hari-hari. kalau dah tensen sangat tu aku bukak ler video klip beyonce. at least terhibur gak hati aku....hahaha..pas tu kena sambung balik buat keje..tak sabar aku nak habiskan menatang ni..lepas ni boleh ler aku pi honeymoon...pergi bercanda di tepian pantai ke kan...keh keh..bab imaginasi punya laa hebat...hari ni cuaca sangat baik..langit membiru dan angin penghujung musim sejuk sepoi-sepoi bertiup...hari ni mesti tulis banyak siket...walaupun akubaru ejr type lapan puluh perkataan, tapi aku berazam nak jadikan lapan ratus..keh keh keh...nak buat macam mana...susah betul nak goreng..aku bukan pakar goreng...goreng ikan boleh laa....itu pon tak pass gak...hari ni office sunyi sepi..vicky baru e-mail aku semalam...katanya nak balik this friday...chris tiba-tiba cakap nak ke singapore...alamatnya, lambat lagi ler dia baca aku punya draft..cesss....aku baru jer balik lunch di restoren jepun dengan alvin..mamat tu siap tanya lagi aku lagi -- aren't you supposed to fast? errkkkk...alamak, ye ke? 'one, 21 guns, lay down your arms, give up the fight...lalalala....' (belum puasa laa gi laaa)
Selasa, Ogos 11, 2009
sori ler beb
betul-betul sibuk banget...aku pon dah macam tak sempat nak tulis apa-apa kat sini...cuma teringat plak bila lepak2 sambil minum last weekend cakap pasal single mingle ni....being single is cool but you may feel nervous when you feel lonely....itu laa yang tak seronoknya...yang best cuma bebas takde orang kongkong....wakakaka....teringat kata-kata keramat raja nok humalagapas semalam - bila dah kawin rasa macam nak solo balik...haha...apa pon life kena laa enjoy siket..takkan nak sedih-sedih selalu..tak rock laa kan...aku called dayang last weekend...lama betol tak dengar suara merdu dia tu...nak-nak pulak tiba-tiba coverage clear hari tu...mungkin tak hujan kot..hahahaha..tapi malangnya dapat cakap sekejap jer sebab dia nak pergi makan..aii aku dengar hari tu hang sibuk berdiet siap purchase herbalife lagi...hahaha....
Rabu, Ogos 05, 2009
testing
aku baru jer beli kamera semalam...boleh laa walaupun cap ayam....at least bleh laa aku amek foto dan upload kat sini selalu....semalam alvin suruh aku test dulu camera ni takut kalau-kalau rosak ke kan..bleh laa tukar lagi baru...tambahan lagi, warranty 24 bulan..bleh laa aku amek gambar sampai ngetop...tengah dok boring-boring ni aku sempatkan diri aku untuk tulis kat blogs ni..dah bersawang pon...so aku amek ler gambar koleksi DVD aku...bukan benda bukan-bukan okay...aku ni budak baik, tak suka tengok benda bukan-bukan ni...berdosa tau...Tuhan marah...ayat cam budak sekolah...okay laa tu....tadi aku pi beli aiskrim bercitarasa tinggi..kalau dayang erwanita rasa aiskrim ni mesti nak lagi....apa nama jenama tu? mais? aku pon tak hengat laa....kah kah...takde laa best sangat pon aiskrim tu...lagi pon aku bukan peminat aiskrim pon..saja beli-beli...makan ramai-ramai....
Langgan:
Catatan (Atom)