Ahad, Ogos 30, 2009

sahabat lama -- md zaki pua'at














hari ni aku nak berehat seketika..tak mahu merungsingkan kepala aku yang berserabut...memang laa kata orang menulis bukanlah mudah...kecuali menulis apa yang kita tahu...haha..aku baru jer telefon zaki...sahabat baik sepermainan dari kecik di felda simpang waha...zaki masih seperti dulu dan tidak pernah berubah...sebab itu aku amat senang berborak sambil minum kopi dengannya tiap-tiap kali pulang ke kampung...agak lama aku tidak menghubungi zaki lantaran kerja yang melambak...sebenarnya takde laa melambak sangat tapi aku ni agak kering idea nak bercakap semenjak dua...kalau boleh aku nak type jer apa yang aku nak cakap kat orang...haha...aku dan zaki sekelas dari darjah satu di sekolah kebangsaan bandar easter sehinggalah tingkatan dua di sekolah menengah bandar easter...tingkatan satu dan dua ilham...kami duduk sekali sehinggalah pada satu masa aku tukar tempat lain tanpa bagitau zaki...terus marah mamat tu...alasannya, aku tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan hitam..masa tu aku rabun..nak beli glasses tak mampu..biasalah hidup kat felda; benda-benda lain menjadi keutamaan...aku pun tak sangka dapat sekelas dengan zaki semula sewaktu di tingkatan satu dan dua ketika itu sebab aku ingat aku akan kekal di kelas damai bersama hairul zairi bachok...nasib aku agak baik bila satu announcement dibuat sewaktu assembly sapa yang dapat 2A waktu UPSR jangan balik ke kelas dulu...jadi aku bertemu zaki sekali lagi dan belajar dalam kelas yang sama..terpaksa aku ucapkan selamat tinggal kepada hairul zairi bachok walaupun dalam hati aku bersyukur sebab attitude student kelas tu terlalu teruk...

sewaktu di tingkatan tiga, zaki dipindahkan ke kelas 3 gemilang...masa ni aku masuk kelas tingkatan 3 Jasa yang kononnya terlalu pandai berbanding kelas-kelas yang lain...alah aku masuk ke kelas tiga jasa tu pun sebab aku lulus matematik cukup-cukup makan iaitu 40 markah - nilai terteruk...kah kah kah....thats why aku anti matematik dan selalu berfikiran positif yang 'saya boleh berjaya tanpa lulus cemerlang dalam subjek matematik'....selepas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang pertama kali diperkenalkan pada tahun itu, aku masuk ke tingkatan empat di sekolah yang sama beraliran teknikal...manakala zaki mengikuti aliran perdagangan...walaupun kami tidak sekelas lagi, tapi kami kerap bertemu sebab jarak antara kelas sangat lah dekatnya..ketika ini pelajar cemerlang macam miswadi abdul rahim, norzam zam minirin, yazid abu bakar, azrul aziz, zulkefli saian, anim abdullah, suhayani rugani, nerazuan nen, norfaezah hanafei, irwan mohamad, dan ramai lagi masuk ke kelas aliran sains untuk seketika sebelum hampir kesemuanya berpindah sekolah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang (sorry pak lah, i pinjam you punya slogan)di bandar-bandar besar sekitar bandaraya johor bahru dan kuala lumpur.

maka tinggallah insan-insan macam aku, zaki, hairul zairi bachok, rizal haron, razali muhammad, ramizan rafaei, dan ramai lagi kat sekolah berjenama felda di Gugusan Waha ni...aku dengan zaki ni selalu saing sekali pergi dan pulang sekolah..kadang-kadang zaki 'bawak' motor dan aku pon selalu tumpang dia...dan kami selalu study sekali kat sekolah khususnya kalau cikgu buat extra class pada sebelah petang....kira ala tuition tapi haram satu benda pon tak masuk dalam kepala otak aku masa tu terutamanya subjek matematik...aku selalu tertanya kenapa laa matematik tidak dijadikan subjek pilihan teras..contohnya, di amerika jika seseorang tu tak minat matematik dia boleh amek aliran humanities yang lebih fokus kepada pengajian falsafah dan seni...ni tak..balik-balik sains dan matematik...aku tengok malaysia pon tahap macam tu gak pemikiran...kakitangan awam yang graduated dalam aliran sains dan teknikal pon tak efisyen..lembab nak mampos...uikss...kutuk laa plak..tak kira laa tu, at least hati aku puas...kakakaka.....

zaki kira cemerlang dalam matematik...aku rasa kalau zaki dapat masuk boarding school masa tu mesti math and science dia lebih cemerlang..malangnya selepas dia join geng-geng 'tak hengat dunia' dengan aku sekali, apa yang kami dapat ialah keputusan PMR yang sangat teruk...terutamanya aku ler...hahaha....selepas SPM, zaki dapat masuk UTM tapi kami masih lagi berhubung...sehinggalah sekarang...selepas aku gagal keluar dari ITM shah alam, zaki jugak laa datang ke rumah siap bagi encouragement kat aku...lepas aku masuk maktab adabi maharani di Muar untuk amek STPM dia selalu tanya perkembangan aku menerusi surat dan kadangkala datang ke rumah juga....dan dia jugalah yang menghantar aku mendaftar ke Universiti Malaya pada tahun 1999....dan sebelum itu dia jugaklah yang menemankan aku berjumpa kak rahimah mohammad di felda bukit easter untuk bertanya lebih lanjut tentang kursus yang aku perlu ambil di UM..dan aku rasa bersalah pulak sebab dah lama tak call dia...mesti dia tertanya-tannya kenapa aku dok mendiamkan diri....rasa tak best laa kan...jadi aku pon called ler zaki tadi...banyak kenangan lama terungkit...zaki ada bertanyakan member baik kami dahulu macam syamsudin razali, miswadi abdul rahim, dan hairul zairi bachok...masa berlalu pantas dan persahabatan kami tetap terjalin mesra...p.s - sorry laa alvin...gua pinjam lu punya shot...

1 ulasan:

SHAFIQ KAMARUDDIN berkata...

knal keluarga pak cik hamdi di fleda simpang waha??.