ni kali kedua aku pi tonton avatar..first time aku tengok hari tu dengan vikrant dan isterinya di melbourne central..laa ni aku tengok kat Imax melbourne dengan akmal..lepas jer tour museum kami pon beli tiket..terpaksa beli awal, kalau tak jangan harap ler nak dapat tiket on the spot...citer biasa2 jer, tapi nak tengok kesan visual..haha..terbang ler dua ploh dollar semata-mata nak tengok cerita ni di layar paling lebar...hahaha...
Selasa, Februari 16, 2010
still at the museum
masih lagi di museum..terlalu banyak benda nak cerita sampai aku pon tak larat nak tulis..jadik aku just uploadkan beberapa foto yang aku rasakan menarik untuk dikongsi bersama. tapi dalam banyak-banyak koleksi di melbourne museum, aku lebih suka dengan phar lap satu-satunya kuda lumba yang sangat terkenal di australia....punya laa besar kuda tersebut, no wonder ler menang banyak race..anyway, enjoy!
afternoon at the museum
walaupun melbourne museum ni kat belakang rumah, tapi aku tak pernah pergi pon..ada laa sekali aku lalu tiga tahun lepas tu pon sebab aku nak pergi tengok spiderman 3. tapi kali ni aku pi ajak si akmal tu pergi melawat museum untuk kali yang pertama dalam sejarah aku dok kat sini kah kah kah...boleh tahan laa museum ni sebab interaktif dan semua pameran diletakkan dalam suasana yang indah dan harmoni..yer laa tu...hahahaha...aku habiskan masa hampir 3-4 jam nak tengok dan membaca fakta tentang haiwan, sejarah australia dan juga seksualiti...yang lawak tu aku siap amek gambar replika orang telanjang terus kena marah dengan guard kat situ..keh keh keh...aku terus delete pic tersebut sbb itu kan sensitivity jadi kena laa jaga dan hormat orang lain punya personal matter..betoi tak?
keluar dengan akmal
aku keluar minum milkshake dengan akmal kelmarin di Brunetti dah lama tak keluar jadi aku ajak laa mamat tu keluar sekali...mula-mula nak makan kek coklat, bila aku cakap semua kek coklat ni 100 peratus mengandungi alkohol terus dia tak jadi nak makan hahaha...bila aku nak order tiramisu pondia tak bagi jadi terpaksa ler aku melupakan semua benda-benda tersebut..jadi aku order ler french tart..boleh tahan ler gak sedapnya..rasa macam tart nenas masa hari raya...brunetti ni memang terkenal dengan makanan yang ngetop2...tapi yang aku suka tengok (tak pernah minum okay) ialah kop yang dicampur dengan liquor dan diletakkan sedikit krim...mesti sedap kan? hahahaha...kalu terminum mesti jadik macam nyamuk lepas kena racun serangga.
Ahad, Februari 14, 2010
komen yang menyakitkan hati
aku betul-betul geram dengan karenah umat yang suka bagi komen tanpa memikirkan kesan komen tersebut dengan sedalam-dalamnya...aku mahu jer memanggil umat-umat seperti ini sebagai 'fuckin idiot' (itu sahaja yang layak) kerana suka membuli personaliti orang lain dengan melakukan pembunuhan karektor...bukan itu sahaja, hal-hal peribadi yang boleh membawa kepada rasa malu dan rendah diri juga ditabur sama...dan yang lebih teruk nama keluarga, mak, bapak dan atok nenek juga diletakkan untuk menambahkan perencah kutukan...bagi aku ini adalah pembulian cyber dan perlu diambil kira..apatah lagi bila komen-komen lancang seperti ini datang dari jemari orang-orang yang aku kenal sejak kecil lagi...ini tidak memberikan alasan bahawa seseorang itu boleh diberikan komen sewenang-wenang dan menjadi tatapan lawak jenaka rakan-rakan cyber yang lain. cukup-cukup laa aku dibuli dengan teruk waktu zaman sekolah dulu...takkan itu pun tak cukup lagi? dan jangan berikan alasan 'ah, komen sebegitu pon nak kecik hati'..cuba kalau aku pulak yang bagi komen macam tu? kita tengok siapa yang akan melenting hingga tak mahu bertegur sapa?
Isnin, Februari 01, 2010
sibuk!
aku terlalu sibuk dalam sebulan dua ini..jadi,takde masa langsung nak update blogs...hari ni tak panas sangat...jadi,aku keluar minum dengan akmal..dah lama aku nak keluar dengan mamat tu sebenarnya tapi tak sempat....bila fikir-fikir balik better pergi makan crepe..dah lama aku tak makan menatang yang serupa lempeng orang jawa tapi tiba-tiba harganya punya ler mahal kat sini....sapa-sapa yang suka makan lempeng tu jangan tak percaya lempeng tu harga dekat dua puloh hingget sekeping kat sini...hahahaha....so, aku dok melepak jer laa kejenya hari ni dengan akmal..ala rileks laa siket..nanti bila dah tak tensen baru sambung buat keje..betoi tak? hari ni gak bayar sewa rumah untuk tiga bulan berikutnya dan aku tak perlu pening-pening kepala lagi lepas ni...malam tadi aku called dayang erwanita...maklumlah, dah lama tak call beliau...katanya sekarang tugas dah semakin mencabar...kira ala-ala PA artis sekarang ni...bila dah jadik PA glamer ni kena laa menjaga penampilan ala artis gak...apa kata ko pakai topi yang ada bunga-bungaan tu...mesti orang lagi respect kat hang...hahaha...
Langgan:
Catatan (Atom)