Ahad, Februari 14, 2010
komen yang menyakitkan hati
aku betul-betul geram dengan karenah umat yang suka bagi komen tanpa memikirkan kesan komen tersebut dengan sedalam-dalamnya...aku mahu jer memanggil umat-umat seperti ini sebagai 'fuckin idiot' (itu sahaja yang layak) kerana suka membuli personaliti orang lain dengan melakukan pembunuhan karektor...bukan itu sahaja, hal-hal peribadi yang boleh membawa kepada rasa malu dan rendah diri juga ditabur sama...dan yang lebih teruk nama keluarga, mak, bapak dan atok nenek juga diletakkan untuk menambahkan perencah kutukan...bagi aku ini adalah pembulian cyber dan perlu diambil kira..apatah lagi bila komen-komen lancang seperti ini datang dari jemari orang-orang yang aku kenal sejak kecil lagi...ini tidak memberikan alasan bahawa seseorang itu boleh diberikan komen sewenang-wenang dan menjadi tatapan lawak jenaka rakan-rakan cyber yang lain. cukup-cukup laa aku dibuli dengan teruk waktu zaman sekolah dulu...takkan itu pun tak cukup lagi? dan jangan berikan alasan 'ah, komen sebegitu pon nak kecik hati'..cuba kalau aku pulak yang bagi komen macam tu? kita tengok siapa yang akan melenting hingga tak mahu bertegur sapa?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
betul2, komen biar berpada-pada. jangan sesekali menyakitkan hati orang, fikir sama ada komen itu untuk memalukan atau sekadar hiburan. namun masih ada batas.
Catat Ulasan