Ahad, Mei 16, 2010

Edisi Khas: Selamat Hari Guru 2010 - Sekolah Kebangsaan Bandar Easter Kota Tinggi Johor. ,



Apa pon terima kasih kat miss sebab sudi menulis entri khas sempena hari guru 2010. kalu korang semua pelik apesal ler aku dengan si miss suka tulis entri-entri macam ni bila tiba hari guru...sebenarnya ini adalah projek dokumentasi untuk generasi akan datang tentang sekolah kebangsaan bandar easter kota tinggi johor ni...ia tidak formal tetapi cukup memberi memori indah kepada sesiapa yang pernah bersekolah di sekolah kebangsaan bandar easter, kota tinggi johor pada tahun 90an. selamat membaca. (p.s - kalau korang bertanya apa kejadahnya aku letak gambar budak-budak pompuan yang bergaya ala kak melah kat atas nu haa, sebabnya mudah..aku takde gambar lain nak letak.....kah kah kah....apa pon sambil membaca entry khas ni, sila laa dengar lagu kegemaran miss waktu kat SKBE dulu-dulu...menyanyi tak hengat..tu yang UPSR dapat result teruk...kah kah kah...)






Salam...

Hujung minggu lepas kepala aku betul2 rasa pening nak siapkan story kisah dulu2. Maklumlah lama tak tulis apa2. Si noya sibuk nak publish story aku dalam blog batu bata dia. Jangan dia gatal tangan duk edit sudahla. Hancuss karya agung aku yang maha suci nie. Memang nak kena penampar jepun gamaknya. Dah ler sakit hati aku tgk perlawanan Piala Thomas antara Malaysia-Jepun. Tapi kemarahan tersebut reda bila Malaysia menang selepas membenamkan cabaran Denmark smlm..Lega aku..Barulah de selera nak makan nasi..hahahhaah...lawak!! So kita tunggu la perjalanan skuad badminton Malaysia selepas nih. Aku teruja sebenarnya, bila Malaysia dan Nigeria dalam group yang sama. Sikit kecewa skuad badminton Nigeria dibatalkan penyertaan dalam kejohanan kali ini disebabkan masalah teknikal…terlepas flite..hahahhaha…Problem biasa di sini…kadang2 last minit leh cancel flite…

Masih lagi berkabung dengan kematian Presiden Nigeria yg amat dikasihi, Malam Umar Musa Yaradua. Oleh sebab Kano nie dikuasai oleh puak ala2 PAS so public holiday yang sepatutnya 7 hari tapi disingkatkan sehari jer. Bendera pun dipasang tak sampai separuh tiang. Tak ikhlas la tue....hahahah..Aku rasa maybe penduduk kano gembira kot...Ish2 macam nie pun ade. Ingat kat Malaysia jer rupanya kano pun mengamalkan cara berpolitik yang sempit...Politik ala2 mak jah kerepot (musuh aku no 1)...hahahahaha...
Rasanya dah lama kot aku tak menulis dalam blog yang suam-suam kuku lagi berpuaka nih. Seronok sakan dapat balik Malaysia. Tapi dek kerana ramai yang merungut kenapa aku senyap dan tak update story kat blog berpuaka nie termasuklah empunya blog nih, aku try la gagahkan diri menaip aper jer yang terlintas di otak aku yang semakin benak nie..Adoiii noya monthly report aku tak siap lagi..ko dera aku ek...

Lately dalam facebook ramai plaks member SKBE yang muncul. Ala2 jejak kasih jer..Anyway thanks FACEBOOK!!! sebab merapatkan mane2 hubungan yang longgar. Macam2 komen ada…ada yang baik…komen jahat pun ada…tp aku komen yang baik2 ajer….ada jer yang upload gambar2 lama. Kadang-kadang aku nak tergelak pun ada bila tengok gambar2 nie..Betul2 nostalgia..Especially gambar yang boleh diumpamakan kembang semangkuk..Yelah gambar lama yang macam dah lemau. Kalau ikut istilah biskut...Masuk angin gitew!!! Dulu2 nak dapatkan gambar kena buat tempahan..ala2 tempah baju…sekeping 50 sen jer dulu..Tapi tak mampu nak beli kadang-kadang. Siap ade nombor siri lagi dan tulis nama dalam list yang disediakan. 2 minggu baru dapat kot. Yelah jauh dari Bandar…Kamera??? Haram tak mampu!!!! Tapi pelik la dulu2..kenapa suka ambik gambar angle tak cantekk..main bantai jer ambik gambar…wakakakka…

Zaman nakal-nakal kat sekolah telah pun berlalu sekejap sahaja putaran hidup ni kan? Ramai yang dh jadi mak budak..bapak budak..ibu tunggal..bapak tunggal…tue ketentuan (lagu Kak melah) hanya segelintir jer member2 yg still membujang..ntah pasal aper..nak tunggu Puteri Gunung Ledang kot..Tak pun Intan Terpilih....Elooo Intan Terpilih pun dh jadi Intan Terserlah ok...Hahaha
Sekarang ni bila pikir-pikir balik, ‘bodohnya aku zaman sekolah dulu’. tapi kelakar pun ada. Tapi, semua tu dah jadi kenangan dalam hidup kan..kan….

16 Mei…Hari Guru disambut pada tarikh keramat tue setiap tahun. Mengingatkan aku kepada sumbangan guru-guru mendidik tanpa rasa jemu di SKBE (1985-1990)….takkan aku lupa kenangan belajar di SKBE selama 6 tahun. Dimana aku dan member-member satu group (6 Cempaka)…azlan, zaki, nizam, malaklina, esmakotty, elly rahman….RASAKAN korang dulu belajar malas keje main jer…UPSR ntah ape2 result..padan muka korang….hahahahahh…Alhamdulillah masing2 bangkit dari lamunan terhenti…masing2 jadi ORANG bukan jadi HANTU!!!!…So tema hari guru pada tahun ini…GURU PEMBINA NEGARA BANGSA…Rasa sebak plaks dada..sambil melayan lagu arwah A. Ramlee-Kenangan Mengusik Jiwa…Ok aku imbas kembali 10 orang guru-guru yang boleh dianggap top pada zaman kehebatan SKBE..layannnn!

1) Cikgu Noraini Abdul Karim – Merupakan cikgu favourite aku dulu. Dia mengajar subjek Matematik. Sampai sekarang aku masih teringat formula matematik yang diajarnya. Selain aktif menjadi coach team netball SKBE dulu dan jugak cikgu persatuan tunas puteri. Kira cikgu rock la dulu…lagi dia jenis stylo dan tau berfesyen..paling aku tak tahan kalo pakai lipstick tudia..dari jauh dah nampak! Sebab cara pengajaran dia aku jadi minat kepada matematik yang jadi subjek cari makan aku setiap kali exam. Cikgu..kau memang debomm….

2)Cikgu Zaini Karim – Cikgu Library. Aku tak ingat dia mengajar subjek ape time tue. Tapi dia guru yang baik dan lemah lembut. Dia lantik aku jadi ketua librarian dulu. Tue yang si azlan frust menonggeng..hahahhaah….bila dia jadi guru pengiring aku ngan azlan semasa lawatan ke KL tahun 1990…hahahah…macam orang jakun jer dulu..banyak gak dia habis sebab belanja aku ngan azlan melantak especially aiskrim dulu. Wei lan ko dah bayar lum duit gambar??? Ish2 dosa dowh….kira berhutang tue…Kalau sesiapa ingat, kakak cikgu zaini kerani dulu..nama dia kak tim..penjual lencana SKBE yg besi tue…Mane tah cikgu sekarang???

3)Cik Kalsom – Cikgu English yang sangat garang. Memperkenalkan gaya ikatan tudung ala2 3 dara pingitan dalam majalah gila-gila…Ingat lagi bila dia ajar kitorang menyanyi lagu English..ala dulu2 mane ler tau nak sebut..lidah kelu…lagu old mc donald..bila part and the moo moo here..moo moo there…si azlan ngan aku punya menyembur moooo…last2 kena marah..hahhahaha..tak leh lupa aku kisah tue 1989….hahahahah…macam lembu daaa…satu lagu insiden bila dia menempeleng md zahod ponari…hahahahah..tak yah aku ulang cerita nie…

4)Cikgu Norliyah Idris- Mengajar subjek agama islam. Kitorang gelar dia cikgu tepuk tangan sebab aper??? Sebab bila bagi ucapan di perhimpunan, cikgu norliyah akan tepuk tangan..so kitorang start la countdown…satu..dua..tiga…smpai abis bagi ucapan! Maapkan kitorang cikgu. Lagi satu dia pelopor motor jenama pasola dulu…sapa yang tak tau cari sendiri la…sehingat aku motor tue warna kuning kot…Glamer dulu…

5)Cikgu Khairun Nisa – Guru kelas aku 4 & 5 Cempaka…juga dikenali dengan nama yune! kitorang gelarkan dia si mata jengkol. Sebab mata cikgu yune akan membesar seperti jengkol apabila start marah dalam kelas..Dia paling sayang ngan si azlan dan malaklina. Ntah la dulu aku rasa dia cikgu yang paling aku tak suka sebab asyik marah2 dan mencari kesalahan aku jer..Tue perasaan aku kot.

6)Cikgu Dalimah Dali – Guru kelas aku 2 amanah dan 3 cempaka. Masa darjah 2 la dia yang memainkan peranan atas best performance amizah mohd amin menyanyikan lagu lenggang kangkung sambil menari di perhimpunan harian pada tahun 1988. Hahahha…vasssttt! HEBAT ko amizah..kalah beyonce! Wakakakakaka. Pergi Sekolah Naik Bas dari Aping Timur. Masa darjah 3 cempaka kelas kitorang sebelah kantin sekolah. Selalu kene baling ngan minyak oleh tukang kantin..eee..malas aku sebut namanya…naik darah tinggi aku!!!! Sebab kelas kitorang suka MEMEKAK bila takde cikgu…

7)Cikgu Rukimin Abu Kahar – Guru kelas aku, 6 cempaka. Style rambut ala2 david arumugam. First day mengajar, tulis nama dia macam ejaan cina..ruy key meen…hahahah…aku tak tau la korang sume ingat ker tak!!! Paling aku tak lupa sampai sekarang bila dia MENGHALAU aku dari kelas disebabkan aku berbual dengan Suzy Sani (datang SKBE training netball zon sedili) dan juga MENGHALAU kitorang satu group keluar kelas sebab sibuk menyanyikan lagu ISTANA RATU..tak guna nyer azlan..ko la spoil dulu…nasib baik kumpulan koir kalah dulu..wakakkaakaka.

8)Cikgu Khalid – Guru bahasa inggeris. Banyak kali gak aku kene lempang ngan dia. Memang aku anti giler2 ngan dia dulu. Sangat garang dulu tapi dia sangat baik dengan ayah aku. Aku, azlan, nizam dan malaklina belajar kelas malam di rumah dia time tue. Kira student harapan la. Kalau tak silap aku tahun 1989. Bila masuk sekolah menengah dapat berita dia dah meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Al Fatihah buat Cikgu Khalid.

9)Cikgu Zulkiflee Arshad – Guru muzik. Perghhh…seronok kalau time kelas muzik..lagi2 dapat main rekorder! Dulu rekorder harga baru RM3 pun tak mampu nak beli. Paling seram bila ade ujian rekorder. Bila training kat rumah semua ok. Bila depan cikgu zul ntah ape2 bunyi yang keluar…tunggang langgang mane satu A, B…sumbang…Selain rekoder dulu alat2 muzik lain seperti drum sampin, kerincing, tamborin…aaaaahhh aku tak ingat da….

10)Cikgu Subri Sumirin – Mengajar subjek bahasa melayu di kelas malam. Tapi selalu la lepak2 berbual2 kat kelas aku. Coach team netball SKBE dulu. Kalau sape ingat dinding naik tangga yang lukis mural tue adalah kerja cikgu subri dulu. Satu geng ngan cikgu rukimin ngan cikgu bob. Selepas 20 tahun terputus hubungan akhirnya FACEBOOK menemukan kitorang..Thank you cikgu sebab rajin duk chat ngan saya..hahahahah…cikgu subri maybe bakal jadi ahli politik satu hari nanti…All the best cikgu….Paling buat aku terkejut dia boleh ingat kebanyakan ex pelajar2 dia…kagum!

Aku walaupun ada kalanya jahat gak tapi tkde la sampai kena buang sekolah dulu..Paling kuat kene penampar ngan cikgu md shah...berdiri atas kerusi...berdiri atas meja..berdiri atas meja yg diletak kerusi...hahahah..bila pkir2 balik lawak la..yelah cikgu dulu kalau denda murid2 sampai tak hengat dunia....Kalau sekarang tak pasal2 cikgu kene saman. Mak bapak sekarang terlalu memnjakan anak2. Tue aku no comment la. Curi2 kertas jadi amalan biasa dulu disekolah..konon2 main sukan sea la...time tue kan Malaysia hebat melahirkan perenang nurul huda Abdullah..konon2 nak ikut dia la...hahahahah..macam lakhanat jer dulu...

Tahun-tahun akhir di SKBE, ada perkhemahan tahunan bagi unit beruniform. Time tue cikgu-cikgu sibuk la duk mengajar cara ikatan, buat gadjet, pasang khemah dan banyak lagilah. Penat dowh dulu pasang khemah…sampai lebam2 tangan melecet…yelah khemah dulu bukan mcm khemas sekarang pasang siap…dulu nak korek tanah, nak cari kayu, tali…khemas jenis open air..sape yang duk tepi alamat sejuk la waktu malam..hahahaha..tapi memang best! Cikgu PBSM dulu seingat aku cikgu md yaasin, cikgu syed jaafar (dah arwah cikgu)..terima kasih sebab bagi saya makan ikan pari bakar…smbil menonton malam kebudayaan kekwat petet yang macam gampang dulu…kenyang aku makan kat dalam parit sebelah kantin sekolah.

3 hari perkhemahan tersebut, yang paling menarik ialah pertandingan masak cara hutan la…konon2 la…pakai daun keladi sebagai pinggan…Paling syok ape lagi kalau bukan masakan ‘Telur ayam dalam tanah’…ops!! silap…’telur ayam dibalut tanah kot’..hehehe..camne tu ek…huhuhu…Nak tau kenalah panggil doraemon kembali ke zaman silam 20 tahun yang lalu. Hehehehehe….hari terakhir perkhemahan semua pelajar dijamu dengan roti dan sup daging..kalau siapa masih ingat la…Dalam banyak2 insiden yang aku tak leh lupa ialah aktiviti sembunyikan barang. Konon2 ade yang hilang..bukan setakat barang jer..member2 pun kene sorokkan…tak jumpa esok pagi kena denda..macam tue pulak! Hahahaha..Lastly dapat la sekeping sijil yang dibuat dari kertas manila kad yang sangat famous ketika itu. Pilih jer nak warna apa…dicetak menggunakan mesin penggelek..cikgu ko kurikulum dulu ialah cikgu muhaini yang juga dikenali sebagai cikgu kelas pemulihan.

Kalau sesiapa masih ingat, dulu ada minggu kerja GERKO..dimana setiap unit beruniform akan pergi kerumah2 peneroka...ala macam unit kebajikan la. Bekerja sambil mintak derma. Berjalan dari pagi sampai ke petang semata2 nak mengutip derma untuk tabung. Biasanya satu group ade dalam 10 orang! Nasib baik kalau datang kerumah dapat duit jer..nasib tak baik kena siang ikan la..sapu sampah luar rumah la…lagi2 kalau rumah yang kitorang pergi ada buat kenduri…siap..sampai kene potong sayur! Hahahahah….semata2 nak dapat duit tuh…kalau dapat 50 sen dah kira nasib baik la. Kalau tak dapat memang menyumpah seranah la dulu…tapi tue semua kenangan indah yang tak leh dinilai dengan duit sekarang!

Aku pun dah kehabisan idea untuk menulis..Lagi bila dapat info terkini Malaysia kene belasah ngan China badminton Piala Thomas…3-0 lunyai beb..hilang mood aku nak menulis. Lastly selepas menghabiskan masa selama seminggu nak menyiapkan story nih aku noktahkan tangan aku menaip. Terima kasih buat member2 yang selalu menghubungi aku samada dalam FACEBOOK, YAHOO MESSENGER dan jugak EMAIL. Especially md azalanshah md syed, hairul zairi bachok, amizah md amin, norbaya ismail, khir ramli, yusry baai dan md naziri md iman...selamat maju jaya kepada semua member2 lain..Special kepada cikgu Subri Sumirin kerana selalu berhubungan melalui FACEBOOK. Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia.

"GURU....
Akulah yang kau pimpin dahulu
Melangkah dari teratak jahil itu
Meniti di titian ilmu
Belum puasku menghirup pengetahuan
Biarpun kini mendakap kejayaan
Sungguh.... tanpamu GURU
Siapalah aku
Justeru... kata ikhlasku
TERIMA KASIH GURU"

Tiada ulasan: