Ahad, Mei 02, 2010
pertemuan...
dengan kemudahan moden seperti facebook aku bersua lagi dengan rakan-rakan lama...mula-mula aku terjumpa abang N, dan sekarang aku jumpa emy...dua umat ni dari dulu aku cari baru laa sekarang terjumpa...masing-masing dah berkeluarga...sebut tentang abang N aku masih ingat tentang pengalaman yang sama-sama kami tempuh di Maktab Adabi Maharani...pengalaman menyewa rumah, tak cukup makan dan dapat housemate yang kepala otak mereng masih lagi kekal dalam ingatan...hahaha...aku lost contact dengan abang N bila lepas dia habis study kat UPM....dekat enam tahun laa jugak baru aku dapat contact dia semula...kelmarin aku telefon dia semula...masih tak berubah sama seperti abang N yang dulu...kami bercerita itu ini...termasuklah kisah taufik, BJ, azmi, zihamdi, ajak, emy, ard, pena, etc. ramai sangat sampai aku tak larat nak sebut di sini...tak sabar rasanya mahu jumpa abang N semula...aku pon tercari-cari mana taufik...lepas jer dia ke UK terus hilang contact...aku rasa dia mesti bermastautin terus di sana...tapi kenangan yang aku tak boleh lupa tentang abang N bila cikgu zack suruh dia present tentang sejarah Malaysia kat depan student2 lain..aku yang duduk di meja paling depan nak tergelak bila cikgu zack cakap - 'macam pembaca berita tamil'...hahahaha...lawak2...
Emy atau nama popularnya Emy gemok (bukan aku yang panggil okay, ni bob punya kerja) memang famous kat Maktab Adabi Maharani time tu...sebut jer nama dia, semua orang kenal...tu tak masuk lagi dengan geng-geng dia macam adriana, mumtazah, eja, etc. yang aku pelik dia pergi maktab bukan sahaja belajar tapi mengajar jugak...yes, mengajar cikgu-cikgu menjahit....lama betul aku tak contact emy...tahu-tahu jer dia dah kawin dan dapat anak lagi...(jangan tanya aku bila nak kawin laa dol)...emy dulu bawak motor pegi sekolah..merempit sana-sini dengan si ard lepas tu siap beli nasik lemak lagi..dia baik betol masa tu selalu belikan aku dengan zam nasik lemak tiap-tiap hari...tapi yang aku lawak pasal emy ni, dia memang brutal..yer laa dengan size badan yang comel, tak masuk lagi dengan mulut longkang dia yang kuat melawan apa orang cakap...tapi peristiwa lawak tentang si emy ni bila dia sibuk nak mempertahankan si mumtazzah dari serangan psikolgi tahap gaban si BJ...kesian BJ masa tu dah ler kena buli dengan budak-budak ni,lepas tu kena main-mainkan pulak ketulusannya untuk bersahabat dengan si mumtazzah...entah apa jadi satu hari tu, si emy ni ajak laa si mumtazzah ni bersemuka dengan si BJ untuk membetulkan salah faham...sekali kena tengking dengan si BJ terus bertempiaran lari...kah kah kah...nasib baik laa tak terburai semua nasik lemak yang dia bawak...lawak betol lah kalau nak ingat-ingat balik...okay lah, aku ada keja nak kena sambung, sat lagi nanti aku smabung cerita okay?...bye-bye..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan