Sabtu, Jun 23, 2007

pesan...

Keadaan penuntut-penuntut di negara-negara sebelah Barat adalah berlainan kerana universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi di benua itu telah ditubuhkan beratus-ratus tahun. Mereka boleh mencuba apa jua yang mereka fikir secocok dengan jiwa mereka dengan tidak mendatangkan sebarang bahaya, tetapi bagi kita Malaysia ini kedudukannya sangatlah berlainan. Negara ini masih muda, universitinya masih muda dan boleh dikatakan bergantung sepenuhnya kepada sokongan kerajaaan. Universiti ini telah berkembang dari sebuah univesiti yang teratur baik dengan mempunyai lebih 6,000 penuntut. Banyak lagi perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk memperelok universiti itu setelah kita mendapat pengalaman dan dapat mengadakan peruntukan yang lebih banyak. Hasrat Kerajaan ialah hendak menegakkan universiti ini dan juga universiti-universiti lain menurut sebagaimana yamg telah kita rancang dan meletakkan kepada satu darjah dan kedudukan yang tidak kurang dari universiti-universiti yang terbaik dalam Komanwel.

Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam 13 Mei: Sa-belum dan Sa-lepas

Tiada ulasan: