Ahad, Jun 17, 2007

secawan kopi dan roti apricot

Aku malas betul nak baca apa-apa hari ni..sebabnya senang - takde hati laa...biasalah bila nak baca tapi tak ikhlas, nanti semuanya tak ingat..better aku baca time aku ikhlas...tapi aku kan budak baik, of course laa selalu ikhlas...heheheh...buat lawak laa pulak..semalam budak Allynerd tu beritahu aku news yang dia tulis keluar kat paper hari ni..takde pon kat dalam Utusan online...mesti mamat tu syok sendiri kot? aku called erwanita beberapa hari yang lepas..kali ini telefon beliau telah berfungsi seperti biasa..kalau tidak Masya'allah mengalahkan zaman perang Iraq nak call pun susah lah! Sebenarnya aku nak pergi IMAX esok nak tengok Fantastic Four dengan Abi dan Fariha..sekali jerk hari khamis ni baru masuk pawagam...tensen betol ler...so terpaksa ler delay kami punya plan mau nonton rame-rame...tak kisah laa tu at least depa tetap tayangkan kat IMAX..baru seronok siket...pagi tadi ada news tentang sesi tembak-menembak kat CBD...sorang mati, dua kritikal...takut plak aku nak merayap sana-sini...persitiwa kat Virginia Tech tu pon tak habis lagi isu..harap-harap takde laa apa-apa berlaku sampai nak tembak semua insan...

semalam aku called Miss..seronok betul ler ungkit kisah-kisah lama..antara cerita wajib yang akan kami perkatakan saban kali ialah kenangan sewaktu di sekolah rendah..sudah hampir 22 tahun kami tinggalkan Sekolah Kebangsaan Bandar Easter...antara sekolah yang terawal ditubuhkan dalam penempatan Felda yang kami diami sejak tahun 1981. Antara cikgu yang menjadi topik perbualan utama ialah Cikgu Khairunnisa Hj Baharum atau pun cikgu mata jengkol (jering). Miss ler yang selalu kutuk cikgu tu cikgu mata jengkol sebab kalau makcik tu tengah naik hot sebab kami tak paham apa kebende dia ajar (beliau merupakan cikgu bahasa Inggeris ketika itu) dia akan menjenggilkan matanya sehabis ada..kelakar betul..beliau berkahwin dengan Cikgu Zulkifli Shariff yang merupakan cikgu muzik di sekolah kami. Last kami dengar berita tentang dia ialah sekitar tahun 1991...masa tu kami semua dah masuk sekolah menengah..beliau terus berpindah ke sekolah lain sebaik sahaja selepas melangsungkan perkahwinan....Seorang lagi cikgu yang kami senaraikan dalam top list ialah cikgu kalsum. Dia ni amatlah terkenal dengan kegarangannya sebab suka mencubit dan menempeleng pelajar yang selalu salah pronounce suku kata dalam bahasa Inggeris.
Paling lawak bila dia suruh kami buat persembahan nyanyian beramai-ramai kat perhimpunan sekolah..perghh....memalukan betul...satu hari tu dia suruh aku baca satu buku cerita kat perhimpunan rasmi hari ahad (dulu hari ahad adalah hari persekolahan di Johor - Jumaat dan Sabtu kami cuti)..entah hapa-hapa....dia pernah cubit aku waktu exam sebab aku dok sibuk kaler gambar berbanding jawab soalan..dia kata nak kaler apa pon nanti dulu..jawab semua soalan...kaler tak masuk dari segi pemarkahan...sejak hari tu aku terus jadik lembab siket terutamanya dalam subjek pendidikan seni sebab aku selalu fikir mewarna tu tak penting...keh keh keh...Cikgu kalsum hanya ajar kami setahun iaitu ketika kami berada di darjah tiga..masa tu tahun 1987..dah lama pon..trademark beliau ialah tudung yang diikat ke belakang dengan jambul terkeluar di depan...selain cincin yang berbagai-bagai bentuk kat jari dia (kes nak menunjuk laa tu kot- gurau jerk)...hehehehe...

bila sebut matematik, cikgu yang paling ngetop ialah cikgu Noraini..disebabkan aku ni tak cukup protein setiap kali belajar matematik so anggap jer laa semua result math aku dari primary sampai laa secondary school semuanya merah menyala...masa ambik PMR dan SPM pon tetap logo atau simbol yang sama jugak aku dapat...apa punya lembab daa....Miss selalu cakap aku ni slow motion betol kalau bab-bab kira-mengira..la nak buat macam mana dah aku tak suka tengok simbol-simbol zaman firaun (ceh nak kutuk laa siket) sebab aku cepat pening...hik hik hik...sabor ajer laaa...cikgu noraini mengajar di sekolah tersebut agak lama tetapi beliau mengajar kami ketika di darjah lima dan enam....Aku rasa sepanjang kami di sekolah rendah tak terfikir langsung nak masuk uni..yang kami fikir ialah main games, makan, tidur dan tengok TV..kalau tengok sesuatu program kat TV mesti jadi semacam satu budaya untuk membincangkannya sehingga ke akar umbi..maklum ler, masa kami sekolah rendah elektrik terhad...bukan 24 jam dekat kawasan bandar atau pinggir bandar..kawasan FELDA (jangan ler cakap pedalaman kecik hati aku beb) tempat aku tinggal ni tak silap waktu aku form 3 baru ada elektrik. Hai, ketinggalan zaman betul masa tu...nak buat macam mana kan, tanya laa sapa yang organised electricity masa tu...memalukan betul....kami guna generator untuk generate electricity...itu pun dari jam 7 malam sehingga pukul 12 tengah malam..lepas tu dah takde elektrik..guna laa pelita bagi sapa-sapa yang rajin nak belajar overnight..fridge? Iron? wei jangan harap ler...

Aku ingat lagi kalau nak minum air sejuk terpaksa ler beli ais kat kedai runcit berdekatan..itu pun depa beli dari cina yang datang tiap-tiap hari hantar sayur dengan ikan..tak silap about twenty cents jer masa tu..kalau fasting month naik plak sampai 30 cent..entah hapa-hapa...kalau nak seterika baju pulak kena laa guna yang letak arang dan bara api kat dalam tu haa...(manual okay)..berabuk laa mulut nak meniupnya sebab nak kemas punya pasal..masa tu aku tak pedulik sangat nak pakai smart-smart pergi sekolah...masa tu mana laa reti nak bergaya sakan macam budak-budak zaman sekarang ni...nak ke sekolah pun mengalahkan artis..nak pakai kasut yang berjenama..ceh! bukan pi belajar pon- bercinta lebih-lebih....
Sapa yang pakai smart, scorer dan ada rupa siket (sapa yang perasan lebih) akan ngetop laa kat sekolah...everyone will say ohhhhh..awwww....uhhhhh...bila tengok 'popular student' ni berjalankat koridor atau ke kantin sekolah..glamour laa konon..rasa macam artis pulak kan? siapa? aku? aku takdelah sampai ke tahap popular student (tapi aku takde laa nerd okay- melampau pertuduhan tu)...biasa ajer laa....nak buat macam mana kan...masa tu susah jadik kena laa belajar betul-betul...kalau tak mati aku nanti kena tempeleng percuma dek bapak aku nanti...my father is very strict in academic matters...more or less tempiasnya kena jugak pada aku...so aku ni kira garang laa siket kot...keh keh keh....

masa kat sekolah rendah kami dibahagikan mengikut kumpulan..aku berada dalam kumpulan yang dirasakan paling okay laa...satu group dengan Miss yang terrorist in math..ahli kumpulan aku ialah Miswadi Abdul Rahim...Miss suka buli aku sepanjang kami kat sekolah rendah disebabkan badannya yang besar itu..kira aku ni jadik nobita laa masa tu...well, no choice so telan ajer laa...tapi kami memang very closed sampai laa ni....persahabatan kami terputus bila Miss masuk ke sekolah asrama penuh..seorang lagi ialah Md Zaki Pua'at...sorang lagi yang rapat dengan aku....dari sekolah rendah sampai laa menengah kami sentiasa seiringan...Khairul Nizam Jamaludin - anak pegawai FELDA...dia berpindah ke salah sebuah sekolah di bandar sebaik sahaja tamat darjah enam..selepas bertahun-tahun Miss berjumpa dengan Nizam ketika menuntut di UPM.....
Marlina Omar....dia ni anak Pengurus Felda..so, kira ngetop laa di kalangan cikgu-cikgu sebab "oh, awak anak pengurus kan?"..kadnag-kadang tu nak muntah ler jugak bila dengar...tapi nak buat macam mana..as I said, no choice..well telan ajer laa...kami lost contact dengan beliau...tak tahu apa Marlina buat sekarang...kali terakhir dengar berita tentangnya ialah dia melanjutkan pengajian ke sebuah universiti di utara semenanjung...Lailizah Abdul Rahman...semua orang panggil dia Elly...bosan betul..dia ni dulu perasan siket sebab dia antara yang boleh digolongkan cerdik dalam math dan bahasa Inggeris..tapi dia ni kira okay laa jugak dengan aku sebab kami tinggal dalam satu blok (di FELDA penempatan penduduk berdasarkan blok - satu blok ada 24 orang penghuni)...Elly dah kawin..dah ada anak pon..sekarang mengajar..tapi tak tahu kat mana..hehehe...

Seorang lagi calon favourite cikgu-cikgu sewaktu di sekolah rendah ialah Esmawaty Multar...dia pun terror Math..pendek kata kalau dalam kelas tu persaingan untuk merebut hadiah untuk subjek matematik setiap tahun ialah antara Miss, Zaki, Nizam, Elly dna Esma..aku? takde maknanya...lupakan ajer laa...jangankan matematik, subjek lain pon aku tak score...gampang betul aku masa tu..keh keh keh...well, well, well...tapi aku takde laa teruk sangat...at least aku aktif laa jugak dalam ko-kurikulum..s, setiap tahun muka aku jer laa yang akan ambil hadiah untuk kategori kokurikulum (bukan sukan) sebab selalu wakil sekolah..walaupun ia tidak dikira sebagai satu pencapaian terbaik dalam akademik tapi kira okay laa tu....Then, masa berlalu dengan begitu pantas..diam tak diam sudah hampir 22 tahun aku tinggalkan Sekolah Kebangsaan Bandar Easter..dan kami coretkan begitu banyak kenangan serta titik kehidupan pahit dan manis yang mewarnainya...
aku ingat lagi kata-kata emak "belajar seperti kak ina...boleh masuk sekolah asrama penuh" sambil merujuk kepada kak Sarina, anak jiran sebelah rumah aku..setiap kali cuti sekolah akan ada kakitangan FELDA yang ditugaskan untuk menghantar dan menjemput beliau untuk di hantar sama ada ke FELDA atau ke bandar Kota Tinggi..beliau bersekolah di salah sebuah sekolah terbaik di Kuantan,Pahang... sekarang kak Sarina sudah menjadi Dr Sarina selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan di UKM...

Aku? masih lagi mencari cita-cita...nak jadi apa yer?

Tiada ulasan: