sekali jer dah hari khamis...banyak lagi benda aku tak siapkan..presentation lagi, ethics lagi...aku dah e-mailed chris dan brian pagi tadi. nampaknya brian yang amat responsive. rasanya chris masih sakit lagi kot..mintak-mintak dia sembuh dengan cepat dan bersemangat kembali untuk bertugas. aku tak prepare apa-apa pun untuk trip ke adelaide kali ni. hadiah christine pun aku tak beli lagi. nak beli hadiah apa ek? beli laa apa yang patut esok. balik jer dari adelaide nanti aku nak tempah tiket balik kampung. aku nak pi revise balik paper yang aku dah siapkan untuk event di serdang. hari ni panas. plak tu windy. makin laa panas. kalau orang tengah sakit gigi mahu mengamuk. tapi tahan jer laa kan. nak buat macam mana. yang penting study, habiskan cepat-cepat, lulus cemerlang, dan balik berbakti kepada agama, nusa dan bangsa. ewah sekali keluar bahasa motivasi. ayat buku teks pulak tu. kali ni aku tak menyempat nak tulis dan sambung kembali siri terkenang semasa dulu. banyak sangat komitmen laa dik. tunggu dulu laa..nanti balik malaysia aku ambik gambar banyak-banyak dan publish kat blogs ni. tak payah ler aku recycle foto yang sama setiap kali nak buat cerita. bosan gak kan. kay laa..nanti sambung lagi..nak kena sambung kerja semula.
Khamis, November 27, 2008
Selasa, November 25, 2008
Kano State, Nigeria
sebenarnya foto-foto ni telah dikirimkan oleh Miss menerusi e-mail sekitar bulan puasa lepas. tapi aku tak sempat nak upload sebab aku busy banget. laa ni time aku tak busy buleh laa aku upload siket-siket. hari ni begitu tak best sebab terlalu sunyi. maklumlah uni dah tutup untuk summer break. bagi insan-insan yang bukan undergrade dan bukan aussie macam aku dan rosya, muka kami ajer laa yang tercongok kat uni. iya lah nak buat apa lagi selain dari tunjuk muka. tapi aku takde laa serajin rosya tu. keh keh keh. menurut miss perayaan hari raya kat nigeria ni hebat. seakan ada pesta jom heboh-heboh. pagi raya selepas solat raya tu depa akan berkumpul ler untuk memulakan pesta lumba kuda dan jugak pertunjukan kebudayaan. miss ada laa jugak buat rumah terbuka, tapi malangnya konsep rumah terbuka tut ak difahami oleh penduduk kat situ. penyudahnya yang datang cuma 4-5 orang. makanan punya laa banyak masak. dah laa sedap-sedap pulak tu. tapi kira okay laa dapat laa save lauk-pauk untuk hari yang berikutnya. tahun ni si miss ni balik ke malaysia selepas 6 bulan berada di kano state, nigeria dok mengajar insan-insan terpilih kat sana cara-cara menanam padi. sampai kan orang-orang tempatan kat situ semua panggil dia mr paddy. ceh, setakat tanam padi aku pon boleh..hahaha..tapi okay laa tu nanti aku suruh hang tanam padi kat belakang rumah aku. anyway, aku tak siapkan apa-apa pun lagi untuk conference di Adelaide. tapi takpe laa aku spin jer laa apa kebenda yang aku dah present waktu GRC lepas. jangan depa tanya dan soal aku macam-macam udah ler. eh dengar-dengar budak parid tu tak dapat kereta yang diidam-idamkan. ala parid tk kisa laa tu janji hang bergerak. jangan laa mare sangat sampai terkeluar perkataan tut! dan tut! serta tut! kat dalam blogs. eh apa cerita dayang erwanita. lama takd engar berita (walhal aku baru jer called dia 3 hari lepas)..dia beritahu aku yang dia terseksa jiwa dan raga walaupun enjoy kat dalam induksi tu. terutama sekali bab naik flying fox tu. kalau aku tahu, aku kirimkan kat dia baju yang ad asayap pari-pari tu. at least, nampak laa macam terbang dari jauh. keh keh keh. dayang erwanita kata sampai memantul-mantul punggung dia (ala inul laa kot) terkena air tasik waktu buat flying fox tu..keh keh keh..takd apat aku nak bayangkan macam mana..kalu aku yang kena mahu pengsan..hahaha....anyway, aku nak balik rumah dah. bosan laa takde apa-apa kat office. pulak tu laporan kemajuan pun tka dapat lagi dan aku pun tak tahu nak baut apa lagi lepas ni. apa nak makan ya malam ni? takkan nak makan sosej lagi. alamak bosannya. tapi kria okay laa tu kot. aku akan suruh si faizal tu letak sos dan masak dengan roti pun okay jugak. okay laa..dah lambat ni..jumpa lagi...
Jumaat, November 21, 2008
tunggu sekejap
sekali jer hujan pulak turun. rasa malas betul nak balik rumah. tadi aku keluar sekejap dengan wokar pi window shopping. hujan turun renyai-renyai tapi sejuk jugak. malam ni mesti ada cerita menarik. aku tengah dok siapkan kerja yang perlu dihantar dengan segeranya. walaupun dateline dah lepas tapi aku rasa secretariat tu masih buleh terima kot. hentam sajer laa. hari pulak semakin sejuk. aku ingat nak balik jer tarik selimut dan buat taik mata pun best jugak. esok pagi ada high school musical ll. aku tak nak lepaskan peluang nak tengok..kang tak update pulak susah. lepas tu ada cerita harry potter petangnya. harap-harap cepat laa siap semua kerja-kerja tertunggak. boleh laa aku dengan selesanya tarik selimut sambil minum teh menonton rancangan kegemaran. nasib baik aku tak terlepas slot favourite aku SVU (Special Victim Unit) - Law & Order. walaupun nampak kelakar sebab orang lebih suka tengok CSI, tapi aku rasa SVU lebih baik in the sense of narrative. lagi pon kes banyak yang mewakili realiti khalayak.
sejuk-sejuk teringat pulak kat kampung. aku tak tempah lagi tiket nak balik kampung ni sebab dok tunggu progress report macam buah tak jatuh. rasanya chris sakit lagi ni. kesian jugak aku tengok makcik tu. aku dah tempah tiket untuk ke adelaide. kali ni disertai oleh alvion, wokar dan angkatan sendirian berhad rosya sekeluarga. aku nak jumpa christine. tiba-tiba dia ada masalah pulak dengan dia punya supervisor. tapi aku dah suruh dia fight for the justice. mana buleh nak salahkan student manjang walhal supervisor sendiri tak betul. aku rasa supervisor christine tu mesti ego tebal sangat. biasalah kalau ego dah tebal susah. okay laa sejuk ni. nak balik tido..tata.
Rabu, November 19, 2008
selamat pagi sayang yehaaa!!
Bertemankan lagu favourite aku - selamat pagi sayang, nyanyian noorkumalasari, aku pon mengupdate blogs ni...busy ler tu yang tak update...dengan presentation ler, kertas kerja itu ini tak siap lagi...seminggu lagi aku akan ke Adelaide untuk satu conference tentang 'globalising religion and culture'. jadi dengan tak confidentnya, aku akan present satu paper dengan wokar...tapi yang lebih penting ialah aku nak melawat christine. lama dah tak jumpa. last jumpa christine masa last winter. itu pon dia datang mengejut dengan sam. laa ni christine pi travel ke sydney. semalam dia ada bagi kat aku beberapa keping foto. cantik betul sydney. bila tengok sydney ingat min. lama tak dengar berita apa jadik budak kecik tu laa ni. mesti seronok main snow kat warwick.
bercerita tentang christine, teringat aku waktu first-first time jumpa dia kat dewan kuliah. satu-satunya insan kulit putih australia yang begitu friendly dengan aku. bila time semester break dia akan bagi e-mail untuk pergi excursion. biasanya kami akan pergi hiking di adelaide hills dan victor harbour. lepas tu kami akan tengok reservoir dan juga ikan paus setiap kali sekitar september. bila dah penat berjalan sana-sini, dia akan ajak aku pi lunch kat rumah dia bersama suami dia, val. kali ini aku ke adelaide tak keseorangan. alvin, wokar, rosya + family akan ikut serta. tak sabar nak jumpa stefi dan kiki. menurut christine mereka semua dah membesar bagai johan. haha.
Isnin, November 10, 2008
antara GRC dan Sherryl Crow
maaf ler sebab aku dah lama tak mengupdate hapa-hapa kat dalam blogs ni. sibuk lah. walaupun kadang-kadang tu cuma buat-buat sibuk. GRC ada lagi bersisa dua hari. apa yang aku dah buat so far? cuma bagi power siket ayat-ayat kat dalam chapter. itu pun pakai bateri cap ayam jer. nak pakai bateri energizer sampai melompat-lompat tak berhenti-henti macam arnab tu tak bleh laa kot. belum sampai tahap tu lagi. so untuk menghilangkan nervous aku pon dengar ler lagu artis favourite aku sherryl crow...sorry laa kat sesape yang tak kenal sherryl crow ni. ..lagu dia yang paling aku suka ialah if it makes you happy...wargghhhh..rock baby! cayalah...tapi takde laa rock kapak macam raja nok..walaupun dia peminat nombor satu feminin, tapi dia tetap sayang kat rock kapak dia tu...
semalam aku called dayang erwanita...lama betul aku tak call dia..walaupun aku baru jer called dua hari yang lepas...tiba-tiba malam tadi dia text aku cakap lupa nak bergosip pasal cik ponti. aku ni pantang dengar gosip cik ponti apa lagi aku called ler dia lagi semalam...dia kata dia dengar cik ponti dok mengilai kat belakang rumah dia....hihihihi....huhuhu....ahhhh...ahhhh...lebih kurang macam tu laa cara dia mengadaptasi bunyik hilaian cik ponti tu...seram jugak aku dengar..nak-nak kalau si dayang erwanita tu yang buat lakonan semula..haha..jangan marah laa erwanita...lepas tu kami pon bergosip hal ehwal semasa, luar dan dalam...kira okay lah tu..
lepas tu aku called elis jelita pulak..lama betul aku tak dengar cerita minah yang perasan jelita ala beyonce ni...laa ni dia dah tukar ke bank lain pulak..biasalah minah ni kan suka kerja-kerja yang glamour..tu yang perasan glamour siket...keh keh keh..jangan marah you..aku mintak si elis tolong carik responden berkualiti...senang siket aku tak payah buang karen macam tempoh hari...kali ini minah dangdut tu janji nak tolong aku tapi cuma waktu weekend..mula-mula dias ibuk nak jadik responden aku..tapi bila aku cakap aku nak wanita yang berumur 40 tahun ke atas tak jadik pulak....insaf laa tu kot takut aku panggil dia wanita pertengahan umur..
then aku called mas kirana...aku tanya dia pasal penduduk kampung di bahagian tumpat, kelantan untuk dijadikan responden. menurut mas kirana, dia ada kenal dengan beberapa peminat setia soap opera thai kat sana. jadi mudahlah sedikit untuk aku mencari responden. dan satu lagi si mas kirana kata nanti dia tolong carikan tempat tinggal kat kolej. kalau takat dua bulan jer, menurut beliau boleh sewa kat kolej. susah laa ni semenjak dayang erwanita pulang ke melaka, maria farida pergi ke rawang, dan rihanna umbrella dah ke desaru (dengarnya dalam usaha nak jadik kakitangan iskandar malaysia, harap-harap berjaya), aku takde tempat nak tinggal. nak duduk kat rumah che we gebu pulak, nanti kang payah dengan past gedebe issues yang tiada penyelesaiannya.
lepas tu aku called maria farida yang sibuk nak pindah rumah baru. mentang-mentang laa dah jadik artis popular sekarang, sibuk manjang. laa ni kata nak beli kereta proton pesona. harap-harap bila aku dengan dayang erwanita tumpang, kami akan terpesona. jangan plak tak terpesona, kami lebih rela naik teksi bermeter. aku try telefon datin paduka norsiah ahmad, tapi pompuan tu sibuk buat taik mata. jadik takde laa gossip. biasalah, dengan datin paduka ajer laa aku selalu bergossip untuk kategori panas membara. walaupun tak layak untuk jadik wartawan hiburan sebab tak lulus LCE, tapi bakat beliau tetap tak boleh dinafikan.
okay laa..nak sambung buat keje...jumpa lagi next time...
Langgan:
Catatan (Atom)