Jumaat, Ogos 21, 2009

sahabat lama - Marlina omar a.k.a. Malaklina dan Nadzir Mohadjir (ketua pengawas berlagak) haha

sori ler sebab aku takde masa nak layan pakar-pakar gosip power root macam miss dan wartawan pelatih kawasan johor bahru, abang zairi bachok kita akhir-akhir ni....aku busy la bengong...lain ler kalau aku takde keje, boleh laa aku dok bagi komen hari-hari kat facebook atau chatting berjam-jam..kang ada orang cakap aku makan gaji buta kat sini....tak rock laa pulak kan...kalau tak dah lama au upload gambar-gambar pergi holiday macam kat profile abang zairi bachok kita...wah makin mantap sekarang....sekali pandang macam bintang drama korea pon ada...maklumlah dah nak kawin dengar-dengarnya....kah kah kah...kelmarin aku ada terima e-mail nun jauh dari benua yang tengah bergolak..mana lagi kalau tak dari afrika yang rakyatnya asyik bergaduh manjang..thats why tak maju-maju....hahaha...miss telah melayangkan satu e-mail yang menceritakan detik-detik penemuan beliau secara virtual dengan bekas ahli kumpulan permata zamrud kelas 6 cempaka yang tak lain dan tak bukan marlina bte omar....kita orang panggil beliau malaklina sebab masa tu dia berangan for being different. contohnya, tudung berkilat satin dan kasut jenama mewah (masa tu laa kan, masa ni jeling siket pun terus sakit mata)...dan yang paling aku tak lupa ialah beliau bawak air siap letak ketulan ais...oh lupa nak bagi tahu, waktu tu kat felda gugusan waha ni, elektrik hanya datang pada tahun 1993...kiranya banyak rancangan menarik kat tv kita orang missed...jadi tak ramai yang mempunyai refrigerator (fridge) atau dalam bahasa kampungnya peti sejuk/peti ais....disebabkan marlina tinggal di kediaman rasmi pengurusan felda yang membekalkan voltan elektrik dalam kapasiti lebih banyak, maka penggunaan peti sejuk adalah perkara biasa...takde laa macam rumah peneroka, kalau satu rumah guna elektrik dalam kapasiti yang banyak habis meletup generator...aku sekelas dengan marlina dari darjah satu di sekolah kebangsaan bandar easter, sampai laa tingkatan tiga di sekolah menengah bandar easter...aku pon tak paham macam mana aku boleh sekelas dengan mak cik ni dengan begitu lama sekali..keh keh keh...
bila sebut nama marlina omar ni, semua orang akan ingat bila dia menggondol anugerah pelajar terbaik untukkategori tahun satu bagi tahun 1986...tapi yang aku paling ingat dengan marlina ni cuma tiga kes jer...satu - bila dia kena marah dengan teruknya oleh cikgu aminuddin sehingga melalak waktu assembly sebab dengan tak sengajanya (aku romanticise siket fakta ni kah kah) menganggotai kumpulan haram bernama erabella...walaupun menurut pakar sejarah 6 cempaka dan skbe, miss pernah menyuarakan bantahan atas kapasiti ia diambil sempena nama kumpulan rock kapak ekamatra, aku tetap mempertahankan pendirian aku yang nama tu diambil sempena kempen rubella injection ketika itu....kes kedua ialah bila aku bergaduh dengan dia pasal apa pon aku tak tau....tapi yang aku ingat ialah bila aku ketuk kepala dia dengan gulungan cardboard sampai dia melalak balik rumah...kira ganas jugak aku masa tu ketuk kepala budak pompuan...tak rock betul masa tu....kes ketiga ialah bila tiba-tiba miss ajak aku pedajal pemadam malaklina..aku tak tau ler apesal si miss tu tiba-tiba kerat pemadam minah tu dan sumbat dalam botol...then kita org masukkan dalam saluran paip kat dalam kolam yang ada peta malaysia...nasib baik ler malaklina tak tau...kalo tak mesti kita orang kena public canning sbb masa tu bapak dia pegawai...bila dengar pegawai masa tu semua orang bertempiaran lari...last aku jumpa marlina ni bila habis PMR..lepas tu aku memang tak tahu dia belajar kat mana....bila chat dengan miss mesti tak eprnah lekang nama malaklina daripada topik perbualan...kelakar betul masa tu....

sorang lagi member lama yang terjumpa sejak dua menjak ni ialah mohd nadzir mohadjir...kalau sebut tentang mamat ni, aku mesti kaitkan beliau dengan budak-budak skbe lain masa tu macam azmam abu dan norman salleh..sebabnya - mereka tinggal berdekatan...begitu teruknya aku menghafal nama orang...bukan hafal nama sangat pon, tapi hafal nama kawasan tempat mereka tinggal..aku tak berapa ingat sangat nostalgia dengan nadzir mohadjir ni sebab kami tidak belajar dalm satu kelas...tapi bila pakar sejarah skbe 1986-1990, miswadi abdul rahim mengingatkan aku tentang peranan beliau sebagai ketua pengawas pada tahun 1990, baru aku dapat membuka beberapa isu yang terapung-apung dalam kotak pemikiran aku....yang aku ingat miss selalu buli budak nad ni..maklumlah walaupun dia ketua pengawas, tapi size badan miss yang macam budak sekolah tinggi (ye ke?) berjaya meredakan sedikit penguasaan beliau di sekolah...tapi yang pasti si nadzir mohadjir ni selalu bersaing dengan si khairul nizam jamaluddin anak pegawai felda yang sekarang dah jadik celebriti astro laa ni, khususnya dalam bidang kurikulum beruniform...tu yang bila aku tengok gambar dia berebut tongkat pengakap yang macam tiang meja makan tu aku rasa nak tergelak laa pulak..aku masih ingat lagi bila terdengar cakap-cakap hear say budak-budak pompuan masa tingkatan satu ilham kat sekolah menengah bandar easter, yang beliau telah digosipkan dengan ratu cantik kelas satu jasa - norliza abdul wahab, budak aping timur...walaupun aku tak tau sejauh mana kebenarannya, well itu cuma gosip kan...? korang jangan plak nak menokok nambah...walau apa pun, budak dua orang ni dah pon kawin dan ada anak kecik-kecik..pakar-pakar gosip jugak yang tak kawin-kawin....apa laa nak jadik..memalukan betol....anyway, aku ada banyak keje nak buat...disebabkan stress sangat jadik aku tulis ler gossip kat sini..baru hilang stress siket.....kah kah...jumpa lagi....

2 ulasan:

Unknown berkata...

Alahai...

Unknown berkata...

Alahai...