Ahad, Mei 16, 2010
Edisi Khas Kedua: Sekolah Kebangsaan Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor
Kini aku yang keseorangan
Bersama kesedihan
Kudatang mengutip sisa kenangan
Yang telah pun engkau tinggalkan…
Walau ada sempadan yang terbentang….
Akan kukirim salam serta harapan
Tiada aku memungkiri
Janji di hati ini….
banyak benda nak kena buat...baca dan baca...walaupun tak paham, terpaksa cari jalan untuk paham...tulis gak walaupun tak paham apa yang aku tulis...cuaca seram-seram sejuk akhir-akhir ni..tu yang best..apatah lagi kalau nak bermalas-malas kat atas katil sambil tengok citer mistik...lepas tu makan chips sambil nyorok-nyorok bawah selimut sambil jeling-jeling scene yang ada hantu...uiks, best tu...bukan selalu bleh buat macam ni....muahaha...sambil baring-baring ni aku ter'hengat' apa yang si miss povoke kat aku...muahahaha...ewah, ewahh, ewahhhh...cam sial jer ek ko memanipulasi sejarah peribadi aku yang ngetop.....Dah lama betul aku tak update blogs kesayangan aku ni dengan memori silam…bila dah nak dekat hari guru ni maka kena laa menulis entry khas yang telah pun disediakan secara berterusan sejak tahun lepas lagi…tapi kali ni aku dapat tulis dengan begitu bersemangat sebab dapat ‘mengutip sisa kenangan’ disebabkan hairon alami telah upload beberapa keeping foto waktu bersekolah di sekolah kebangsaan Bandar easter, kota tinggi johor. Walaupun takde gambar aku (nasib baik!!!!) tapi ada pulak gambar-gambar budak-budak lain yang kebanyakannya aku hampir dah tak kenal….contohnya, yang dulu gelap gelita sekarang sudah menjadi terang-benderang, yang hodoh menjadi Cinderella, dan bermacam-macam lagi….dan yang paling seronok bila nak sambut hari guru ni (macam laa aku ni cikgu kah kah) ialah pertemuan semula dengan cikgu-cikgu lama yang pernah berkhidmat di sekolah kebangsaan Bandar Easter dan juga sekolah Menengah Bandar Easter….walaupun boleh dibilang dengan jari, tapi kemampuan guru-guru tersebut mengingat nama bekas anak murid sangatlah membuahkan perasaan bangga…yer laa bangga laa kan, dah meniti usia matang macam ni pon cikgu-cikgu masih kenal…
Dengan kemudahan facebook (terima kasih dengan bantuan miss), aku berjaya menjejaki semula beberapa orang ahli kelas 6 cempaka (paling bodoh), dan juga murid-murid kelas lain seperti kelas 6 mawar (paling ngetop – alaaa sebab ketua pengawas kelas ni), 6 kenanga (paling degil) dan 6 melati (paling pandai – kononnya, ketika itu)…tapi disebabkan aku ni alumnus 6 cempaka, maka entri ni akan berkisar tentang hal ehwal 6 cempaka jer laa kan…jangan laa marah-marah aku bila kisah kelas mereka takde disebut dengan jelas….apa yang istimewanya dengan kelas 6 cempaka ni? Nak kata kelas terpandai, takde laa jugak…paling hebat pon pencapaian UPSR tahun 1990 cuma dapat 3A 1D…itu pun sampai ada yang tersalah tengok keputusan ingat dapat 4A…tapi bila tengok betul-betul rupanya dapat 4D maka terus lidah kelu tak berkata…namun walau apa pon itu bukan lah tanda selama-lamanya akan gagal….
masa zaman sekolah kat sekolah kebangsaan bandar easter....yer laa kan, tahun 1985 masuk sekolah tak sama dengan daftar sekolah tahun 2005..masa tu takde internet, takde wiki, ipod jauh sekali....walkman ada laa...itu pon besar tahap peti ais...(lama tak sebut perkataan ni)...disebabkan sekarang ni sibuk dengan isu bahasa inggeris, jadik aku akan start cerita kali ni dengan pengalaman belajar bahasa inggeris kat skbe...cikgu english aku yang paling garang ada tiga orang, cikgu kalsom tudung kaunseling, arwah cikgu khalid dan cikgu khairunnisa haji baharum yang asyik cop barang-barang dia dengan cop nama yang ada alamat parit pinang seribu...kah kah kah....
cikgu kalsom ni garang mak aii, Tuhan jer laa yang tahu...dia pakai tudung yang ikat belakang macam cikgu kaunseling...aku beberapa kali kena cubit dan penampar percuma dengan cikgu kalsum ni...tapi takde laa sama dengan cubitan yang diterima oleh zahid sebab salah pronounce nama-nama hari...baik-baik sunday, monday, etc..dia pi sebut sooonday, mooooonday....tu yang tak pasal-pasal kena cubit-cubitan (senggol-senggolan takde lagi time tu) sehangat api oleh cikgu kalsum...ada satu hari tu disebabkan kelas 3 cempaka ni degil selalu buat bising, cikgu kalsum bawak mohidin dari kelas 3 mawar dan suruh cerita kat kelas 3 cempaka apa yang berlaku kepadanya...yang aku hengat mohidin cakap, 'saya buat bising kat dalam kelas. lepas tu cikgu telah lempang muka saya' dengan nada sedih...macam tu lebih kurang....kira nak bagi amaran keras kat kelas 3 cempaka supaya jangan buat bising terutamanya kumpulan nilam dan zamrud (isk betul ke? kah kah kah)....aku tak hengat ler nama-nama kumpulan masa tu...yer laa dah lama sangat...so, kiranya kalau kami buat bising masa tu memang kena penampar jepun laa....arwah cikgu khaled pon kira garang tapi dia baik...pernah ler jugak dia tempeleng aku sekali sebab buat bising....yer la tak pernah tengok sekolah banjir kan, tiba-tiba satu hari tu banjir punya laa excited..tak sedar cikgu khaled ada kat belakang...sedap laa aku kena pelempang free hari tu...tapi cikgu khaled memang baik...dah pon meninggal cikgu yang satu ni…al-fatihah...
cikgu khairunnisa ni cikgu kesayangan si miss...biasalah asyik gaduh-gaduh manja kan..tu yang timbul gelaran cikgu mata jengkol laa....kih kih kih...tapi cikgu ni mula-mula baik dengan aku sebab dia tengok aku kira terrorist ler siket dalam english...masa aku scored english waktu darjah 4 dia siap bagi aku hadiah lagi..dan seperti biasa cop nama dia ada ler kat situ dengan alamat parit pinang seribu muar...tapi yang aku paling lawak ialah ujian oral english darjah 5….bila tiba turn aku jer cikgu ni suruh ler aku baca soalan..tiba-tiba masa tak cukup sebab dah bunyik loceng tamat kelas..jadi dia suruh test oral tu esok sedangkan aku dah baca soalan oral tu..jadik bila balik rumah aku dok carik ler jawapan yang sesuai..dan tak semena-mena aku dapat marakah paling tinggi luar biasa sehingga ahli kumpulan aku yang diketuai oleh misswadi abdul rahim, lailizah rahman, esmawati multar, marlina omar mengugut aku nak mengadakan demo terbuka kat dataran skbe...(muahahaha - demo tu aku tokok tambah ler)...sebenarnya depa jeles tak puas hati tu sebab teori konspirasi yang aku tak tahu apa-apa telah berjaya tanpa dapat dikesan...hek elleh, si miss tu pon lagi teruk...siap tambah markah sendiri sebab nak lulus matematik cam jadah...at least aku takde laa padam kertas jawapan objektif tu sebab nak lulus...kah kah kah...lepas tu dia dengan zaki puaat dapat markah subjek alam dan manusia 98/100 tu pon cikgu aris bagi tips kontroversi sebelum masuk exam...macam aku tak tau....aku hengat tau...kah kah kah..
tapi yang paling seronok kat skbe ni mestilah subjek muzik....masa tu skbe miskin yang amat...langsung takde pancaragam..bila sekolah-sekolah zon sedili anjurkan pertandingan koir, tarian dan genderang (apa tu genderang?), skbe cuma bawak pasukan koir dan tarian yang hebat, dan paling menyedihkan ialah hanya pasukan peniup rekoder punya laa ramai macam nak halau ular dalam semak (sbb itu jer laa alat yang mampu dibeli ketika itu). masa pertandingan tu koir skbe yang menyanyikan lagu - sungguh gemilang negeriku, yang kupuja oh tanah malaysia, bla bla... kalau tak silap pertandingan koir, tarian dan gendering (aku pon tak tau apa itu gendering, cengkerang aku tau ler) peringkat zon sedili ni telah berlangsung di sekolah kebangsaan seri setia jaya di sedili kecil…kami berlatih hampir tiap-tiap hari dan diselia cikgu zulkifli serta cikgu latifah. Walaupun pasukan koir sekolah kebangsaan Bandar easter ketika itu ala-ala hidup segan mati tak mahu, tapi berjaya jugak menjadi johan…jangan main-main korang…yer laa masa tu mana laa formal sangat nak menyanyi koir dan sekolah lain pon bantai nyanyi koir macam nyanyi nasyid, tu yang skbe menang mudah…
tarian pulak dapat tempat kedua dan malangnya pasukan peniup rekoder skbe hanya dapat tempat ke-4 kalau tak silap...tapi aku paling hengat dengan pasukan peniup rekorder ni ialah lagu yang depa mainkan iaitu burung tiung - 'aku burung, burung tiung berperi..di dalam sangkar ku ini…tapi bila masuh peringkat daerah kota tinggi, terus pasukan skbe kalah teruk tak silap aku nombor lapan….kira kalau na buat analogi dalam bentuk sukan, macam pasukan bola jarring thunderbirds lawan pasukan sekolah menengah lok heng….pasukan thunderbirds tak payah melompat pon dan boleh jaringkan gol…tu laa buat lagi gaya yang bukan-bukan bila dah nak last-last minute..siap angkat tangan laa, toleh ke sana ke mari..antara yang buat spoil tu aku laa…kah kah kah…bila dah bertemu dengan rakan-rakan lama dalam facebook, aku terserempak dengan satu insan bernama si baya...kalau aku tengok balik gambar-gambar aktiviti kokurikulum skbe sekitar tahun 90an mesti ada muka makcik ni especially dalam bidang nyanyian berkumpulan…aku pon pelik kenapa dia tak masuk muzik-muzik 6 cempaka anjuran si miss tu…tapi bila fikir-fikir balik, masa tu muzik-muzik 6 cempaka tidak menawarkan nyanyian kategori berkumpulan…tambahan lagi program tu khas untuk kelas 6 cempaka jer…kah kah kah….
masa kat skbe dulu ada dua cikgu muzik yang hebat..cikgu zulkifli sharif (sorry yer miss ko memandai2 ubah nama bapak cikgu ni) dan cikgu latifah...cikgu latifah ni paling best mengajar muzik dan aku yang bersuara merdu ni laa yang selalu tak sabar tunggu kelas dia...kah kah kah..thats why aku dapat skor A masa tu walaupun suara macam katak...tapi suara budak-budak lain yang macam cengkerik tetap tak dapat A…nak buat macam mana kan dah aku ni bersuara emas (muahahahahaha gelak sambil menutup mulut)…aku hengat lagi si miss ni dok menyanyi kat depan kelas waktu ujian muzik tetap dapat B…mungkin dia tak amalkan telan telur dan madu sebelum buat persembahan….paling kuat pon pencabar masa tu si lailizah dan esmawati multar….tapi sesiapa pon tak boleh mencabar zaki puaat dalam kategori nyanyian solo sebab dia mempunya suara berkelas tersendiri….tak silap aku hanya zaki jer yang mampu menyanyikan lagu kak melah, kau kunci cintaku dalam hatimu dengan begitu baik sekali…tapi sekarang sore dah pancit jangan harap laa nak nyanyi dengan bagus….cikgu zulkifli ni boleh laa tapi takde laa aku rasa excited nak belajar muzik sebab dia banyak sangat ajar teori rekorder yang aku tak berkenan...lain ler dia ajar main piano bercitarasa tinggi...haha...aku ingat lagi ada satu ujian muzik dan aku tak tahu apa-apa langsung nak jawab soalan...tapi sebelum masuk tu sorang student perempuan yang dikenali ramai dengan nama gelaran istimewa 'abang kita' asyik nak propa yang dia ler paling tahu segala tentang soalan apa yang keluar...maka berduyun-duyun ler seisi kelas 6 cempaka dok tanya 'abang kita' yang kesudahannya 'abang kita' takde laa score mende pon....cakap banyak cam jadah....kah kah kah...
sebut pasal rekorder ni marlina omar atau nama glamernya malaklina ler yang mempunyai teknik meniup rekorder paling unik…aku rasa semua orang termasuk member comolot dia miss cuba nak ikut teknik tu…teknik meniup rekorder malaklina ni kira salah satu identiti kelas cempaka ketika itu dengan memasukkan rekorder tu hampir separuh ke dalam mulut untuk mendapatkan tiupan yang nyaring….kesudahannya bersembur-sembur air liur kat dalam rekorder tu tapi bunyiknya takde ler best pon…kah kah kah….Masa kat sekolah kebangsaan Bandar easter ni aku aktif dalam bidang kokurikulum…tapi bukan dalam bentuk sukan,tapi dalam bidang muzik dan badan beruniform….sebab tu laa sampai sekarang aku ni kaki bangku…jangan kan main bola, tengok bola pon tak pandai…kah kah kah…tapi aku paling suka masuk aktiviti syarahan bahasa melayu dan bahasa inggeris…jurulatih syarahan bahasa melayu aku ialah cikgu rukimin abu kahar dan cikgu subri sumirin….mana entah agaknya cikgu rukimin…cikgu subri dah pon aku jumpa dalam facebook….tak macam cikgu subri, cikgu rukimin ni garang nak mampos bila train orang…tapi walau pun garang tapi boleh dapat johan dan naib johan dan sampai ke peringkat daerah bertanding….
Sebut pasal kisah cikgu-cikgu kat SKBE ni kehidupan mereka amat ringkas…mereka takde laa bergaya ala ratu macam cikgu sekarang…tapi yang penting ilmu yang mereka curahkan..tapi nak buat camner kan, dah nama kelas 6 cempaka…anak-anak murid pon vokal dan kritikal…kadang-kadang tu apa yang dicurah macam mencurah air di atas daun keladi..yer, yer jer aku ni bagi perumpamaan…dulu rumah-rumah cikgu kat felda gugusan waha ni hanyalah rumah-rumah pegawai felda yang telah diubahsuai…takde laa cantik dan selesa banget macam sekarang…laa ni kerajaan siap baut rumah ala flat untuk guru-guru tinggal…udah ler selesa, pulak tu dapat menjimatkan banyak belanja…pendek kata memang banyak laa yang dilaburkan untuk pembangunan pendidikan….tapi bila dah banyak kemudahan pon tetap cikgu-cikgu dulu-dulu ni terutamanya kat SKBE tetap gagal mengajar aku matematik…aku ni bab-bab yang melibatkan matematik memang aku anti siket…penat dah si dalimah, fauzah dan noraini dok mengajar aku matematik kat sekolah rendah tapi aku tetap give up…memang tak boleh laa…sampai sekarang aku memang anti betoi dengan matematik ni…dan sentiasa mencari jalan untuk mempersoalkan reliability yang membabitkan kaedah pengiraan..umang hai…teruk betul gue…sampai begitu sekali…kakakakakakaka….
Dulu masa kat skbe aku paling enjoy subjek bahasa melayu, bahasa inggeris dan alam manusia…subjek bahasa melayu ni agak mudah sebab hanya menggunakan imagination jer..hahaha…tapi antara perkara yang aku paling tak suka dalam subjek bahasa melayu ketika itu ialah menulis surat rasmi…benci betul aku bila soalan peperiksaan semester ada yang bertanyakan sila buat surat rasmi berdasarkan permasalahan di atas…punya laa kepala aku pening sebab ia melibatkan format yang specific…tapi aku paling suka kalau soalan subjek BM esp karangan yang berbunyi: hari sangat panas. miswadi sedang makan dodol. Baya juga sedang makan dodol bersama beliau. Tiba-tiba…. Soalan: selepas perkataan tiba-tiba, sila sambungkan cerita tersebut agar ia menjadi cerita yang lengkap. Cikgu favourite aku dalam subjek bahas amelayu ialah cikgu rukimin dan cikgu subri…ada sorang cikgu tu nama dia cikgu ahmad kassim…udah ler menggatai dengan budak pompuan siap boleh failkan aku lagi..aku tak bleh terima dengan keputusan tersebut…kalau aku tau harus aku failkan kes tu ke mahkamah tinggi…ewahh…..sedap-sedap jer aku nak menyaman orang…tapi betoi laa sebab justification permarkahan lebih berdasarkan kepada siapa baik dengan dia….mesti laa aku tak bleh terima….hahahaha….selain bahasa melayu, aku amat suka subjek alam dan manusia…laa ni dah takde agaknya subjek tersebut..tahu jer laa kan asyik bertukar tak habis2…tapi cikgu yang ajar ni memang ngetop….cikgu aris padillah….nampak memang garang sebab suka mencubit orang tapi dia sangat baik sebab selalu bagi tips kat budak-budak kelas 6 cempaka apa yang nak keluar exam…yer laa kelas terejal macam 6 cempaka nak melawan kelas 6 melati? Jangan harap ler….sebab masa tu kelas 6 melati adalah kelas terpandai dalam felda simpang waha (boleh caya ke?) ..sampai ada sorang cikgu tu siap cakap, kalau awak ni pandai macam tut! atau tut! tak apalah…(nama tak boleh disebut kang tak pasal-pasal aku dapat surat saman)…elleh, macam ler pandai sangat (kata puak2 6 cempaka dalam hati terutamanya si miss kah kah kah..nasib ko laa miss sebab ko sorang jer yang hengat peristiwa tu…aku ni hengat2 lupa..tapi aku hengat laa dia masuk kat dalam kelas 6 cempaka yang bising mak tuan sambil marah-marah)….
Dulu masa kat SKBE aku aktfi gak pergi perkhemahan…pertama kali aku pegi berkhemah kat Jason bay, tanjung sedili…masa tu PBSM yang agak lembab guru penasihatnya pon nak berlawan dengan scout (pengakap) yang aktif pegi berkhemah sana sini…maklumlah masa tu pengakap didominasi oleh pelajar-pelajar ngetop lagi popular….antara pelajar skbe yang popular dalam pengakap ni termasuklah si nizam jamaluddin (anak pegawai felda), nadzir mohadjir (ketua pengawas) khir ramli (jangan confuse dengan khir toyo – pemain bola sepak, sepak takraw, etc, etc.), entah sapa lagi aku tak ingat…yang masuk PBSM semuanya muka tak laku tahap ikan kering jual kat gerai simpang waha macam aku, miss, zaki, etc. ramai sangat aku pon tak tau nak sebut sapa…(ceh walhal tak hengat)….yang lawaknya satu hari tu cikgu yassin tiba-tiba panggil aku suruh pergi camping…aku yang tak tau apa-apa masa tu pon yer kan jer laa….masa aku balik ke kelas aku terjumpa si miss cakap nak pegi campign dia pon pi cakap dengan cikgu yassin nak pegi…maka kami pon pegi laa dengan persiapan hanya satu hari…bodoh betul PBSM masa tu…senang-senang jer suruh budak2 prepare barang2 last minute semata-mata nak pegi berkhemah kat Jason bay…pulak tu aku dengan si miss bukan nya bawak barang nak pegi berkhemah, tapi macma nak pindah rumah…barang punya laa banyak…entah hapa-hapa yang dibawaknya…bukan guna pon semua menatang tu….tapi perkhemahan kat Jason bay takde laa perkara yang menarik hati pon…selain daripada incident jasopha kena rasuk hantu ketika budak-budak skbe sibuk membuat persembahan koir hidup segan mati tak mahu (yang tak tahan tu siap nyanyi lagu rock kapak tapi sore tak sampai), apa yang aku paling ingat ialah aku dnegan miss tak mandi selama 2-3 hari laa jugak….bau pon dah macam lembu tapi akhirnya dapat gak mandi selepas kita orang bangun pagi-pagi buta…tapi yg paling syok ialah time integration dengan peserta perkhemahan yang lain bila aku kena masuk kalau tak silap sekolah menengah air tawar punya camp…kira okay laa gak kan, at least aku dapat makan ikan bakar free…tapi yang aku tak tahan si miss masuk camp budak sekolah India….tapi kira allrite laa , ada unsur satu Malaysia….cuma dia tak boleh cakap tamil jer bila balik semula ke khemah SKBE….
Pengalaman pegi camping kedua dengan cikgu-cikgu SKBE ialah takde laa jauh pon..kat sekolah menengah Bandar easter jer…it upon aku dengan si miss bawak barang punya laa banyak….tapi kali ni yang pergi tak ramai..tak silap aku cuma aku, miss, norhanizam, zairi bachok, ramlee idris, sarizan, etc. tapi perkhemahan kat SMBE ni seronok sebab bukan sahaja dapat mandi dengan selesa, makanan cukup tempat tido pon okay…tak silap aku kelas sebelah library SMBE (sekitar tahun 1990an) tu tempat kami tido…yang tka bestnya kat sini banyak sangat kawat…udah ler panas berdentum, depa suruh kami kawat macam orang gila…kalau sekarang jangan harap ler aku nak buat…tak sanggup aku….lepas tu ada larian berhalangan ala-ala iron man…naik bukit turun bukit melompat sana sini…tapi ada tiga kenangan paling lawak sepanjang perkhemahan di SMBE yang melibatkan pelajar SKBE yang hampas ni…satu, buat persembahan ala gampang nyanyi lagu Isabella…kalau hantu dan jembalang dengar, depa pon takut….aku dengan si miss dok bantai gelak macam nak rak kat belakang kantin SMBE tu dengar si ramlee dan norhanizam terlolong-lolong nyanyi lagu Isabella…peristiwa kedua ialah incident menyorok bawah meja sebab terlambat bangun untuk kawat tengah malam…kesudahnnya, urusetia dok mencarik ke mana hilang semua budak-budak SKBE ni…takut lari balik rumah ke kan….walhal semua menyorok bawah meja takut kena denda…kah kah kah…tapi yang tka bleh tahan si zairi bachok boleh cakap sakit perut (udah ler menyorok, berbohong pulak)…dah kena tahan tak memasal….insiden ketiga, persembahan sketsa ala gampang tentang pertolongan cemas…ada umat tu siap berlakon pengsan patah kaki sampai aku nak mengangkat punya laa berat….last-last dapat makan rambutan masam….jadiklah, kira sesuai kalau nak diukur mutu lakonan budak2 skbe tahun 1990….last aku sertai perkhemahan kat SKBE ni ialah perkhemahan tahunan kat belakang sekolah jer…tapi mis dah banyak cerita tentang bab berkhemah kat SKBE ni…sila rujuk enry-entry lepas….
Bila fikir-fikir balik tentang pengalaman belajar kat SKBE ni, memang seronok…malahan terdapat sebilangan pelajar SKBE batch tahun 1990 yang menjadi guru dan ada yang mengajar juga di SKBE…antaranya macam Norfaezah Hanafei, Rinda Hamin, Shalawati Sidek, Hairon Alami Ibrahim, Nurazuan Razali, Lailizah Rahman, Suhayani Rugani etc. Kira fair laa sebab nama-nama yang aku sebutkan tu mewakili kelas 6 Cempaka, 6 Mawar, 6 Melati dan 6 Kenanga. Tapi majoriti lebih berpihak kepada 6 Mawar. Takpe laa at least Lailizah dapat jugak mewakili budak-budak separuh masa 6 cempaka yang terkenal dengan kedegilannya ketika itu….okay ler , akud ah letih nak menulis…aku nak kena sambung buat keje yang lebih penting…nanti ada masa aku sambung balik cerita…okay?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Aku tak sekolah kt SKBE..aku kt sekolah lagi satu. Tapi, nama aku disebut2 jgk kengkadang kt sini.. Huk.. Azlan, klu aku ada buat silap kt ko, ampun ye!!
Salam....hmmm seronok bc cherita2 psl zmn dolu2 nih....walau tak menyeluruh tuk sume kelas... cuma nak kata ada pljar terisolasi tu macm tak kena sgt la... kelas melati, mawar, cempaka n kenanga bukan dipisah ikut kepandaian pun... kecuali kelas malam je yg ada streamin'... we were saperated but not isolated...right... cikgu kita yg baik2 tak kan buat camtu...
ceh..very the cover ko ye..ms prkhemahan kt jason bay ko hentak kepala si latip ngan hammer ko dh lupa ker...wakakakakakaka..meraung2 mamat tuh....pucat lesi muka ko ye..pesal la dulu time nk p perkhemahan kita jer yg bwk mcm2...mcm nak pindah rumah..wakakakaka....
Catat Ulasan