Ahad, November 21, 2010

~ serenade


aku masih lagi menghitung hari dan membuat persiapan untuk hantar semua kerja-kerja yang telah aku lakukan sepanjang empat tahun di sini...musim panas datang lagi dan mengembalikan segala kenangan indah di Adelaide kira-kira 4-5 tahun lalu....tapi segala kenangan indah itu tidak mudah menjadi indah...begitu juga dengan segalanya yang aku dapat di sini...sifirnya sangat mudah...sama ada berkorban atau terkorban...berkorban dengan tekanan emosi dan kerja-kerja yang tak mungkin akan tamat, atau terkorban dengan rasa putus asa yang sentiasa mengintai peluang...walau apa pun, kerja-kerja ini mesti dihabiskan hingga ke garisan penamat...walau bagaimana susah pun perkerjaan ini ia tetap akan diteruskan...aku bukan membesar dalam dulang emas yang menawarkan seribu macam cara untuk berjaya...walaupun kadang-kadang hati ini terasa perit menelan pelbagai bentuk karenah manusia yang senang lenang menelan keringat hasil bumi tanpa bersusah payah, semangat ini tidak mudah akan patah...apa pun aku belajar begitu banyak perkara di sini...saatnya pasti tiba satu hari nanti...

Khamis, November 18, 2010

cepat-cepat


semasa keluar lunch dengan vicnesh semalam, dia bertanya aku soalan yang pernah amran (rakan sekelas sewaktu di sekolah menengah bandar easter) dan Wokar timbulkan sebelum ini...why do you always in a hurry? aku pun perasan jugak...kalau aku berjalan, mesti nak cepat-cepat...kalau bercakap mesti tergesa-gesa....kalau nak ambil makan pon sama...makan jangan cakap laa...rasa boleh kira mesti tak sampai 5 minit....aku pun perasan jugak...tak tau nak cakap sama ada aku boleh ubah attitude cepat-cepat ni kepada lambat sedikit atau lambat macam siput babi....malam tadi aku call erwanita...wah sakan betul dia beraya...tapi tak dapat cakap banyak sebab dia tengah drive...lepas tu sibuk pulak nak masuk jamban...dah lewat malam nak call balik aku rasa mengantuk...jadi aku terus tidur dan bangun seawal jam 9 pagi...

Rabu, November 17, 2010

salam aidiladha 2010


ini adalah tahun terakhir aku menyambut aidiladha di perantauan...selepas ini, aku kena kembali semula ke Malaysia untuk bertugas di Malaya...seperti biasa, kak nora yang menjadi host wajib tiap-tiap kali ada majlis hari raya...jadi semalam aku bertandang ke rumah beliau bersama-sama nurul, alvin, vicnesh, wokar, rosya, etc. Memang banyak kak nora masak sampai aku makan macam hantu raya...terkenang aku peristiwa puaka di tengah malam ketika tinggal bersama-sama erwanita di teratak muhibbah...entah bila kita boleh bergelak-gelak sebegitu lagi...

borak dengan eliz jelita


lama sungguh aku tak call makcik tu...kelmarin aku cuba call tapi tak berjawab. jadi aku cuba hubungi dia lagi. kali ni dia angkat..maka keluar ler semua kisah-kisah lama...pada mulanya tujuan aku call si eliz ni hanyalah nak bertanyakan tentang procedure untuk membeli rumah..tetapi melarat pula kepada budaya popular yang berlaku di Malaysia hari ini. menurut eliz, ada tiga budaya popular yang menjadi ikutan wajib generasi baru. pertama, pergi gym. bak kata eliz, kalau tak pergi gym, mesti ada sesuatu yang tak kena. pegi gym tu dah macam satu pemandangan cliche di mana-mana pun. aduhai, nak buat weight lifting pon aku kena pikir dua puluh kali.. kedua, cup cake. semua orang sibuk bake dan jual cup cake...seakan satu kemestian dalam mana-mana parti hari jadi atau majlis bertunang, mesti ada cup cake..tak paham aku...tidak hairanlah kalau ramai yang diabetic di Malaysia...ketiga, SLR camera..semua orang sibuk amek gambar...laa ni kalau majlis kawin kena ada unsur-unsur poetic..itu belum yang gambar serangga atau melancong ditempat menarik di luar negara...tapi macam biasa, budaya popular sebegini tidaklah berpanjangan...tak lama lagi diamlah tu...

tunggu sekejap


ia bermula pada tahun 2007. pada masa itu aku ingatkan kerja-kerja ini sangat mudah. tapi bila aku lihat dengan teliti ia terlalu rencam. penuh dengan campuran perasaan yang berbaur. aku cuma belajar satu perkara: jangan sesekali menyerah kalah. jangan ada secuit pun rasa untuk berputus asa. aku masih lagi ingat dengan doa yang aku kirim kepada Tuhan dalam rimbunan ladang kelapa sawit kerana terlalu sedih dan insaf dengan kesusahan dan kemiskinan. hidup di luar bandar tanpa kemudahan asas dan pendidikan sempurna. generasi hari ini terlalu bertuah. segalanya ada: elektrik, pengangkutan, internet, handphone, tuition, apa lagi yang mahu disebut. tapi apa pun aku tetap bersyukur kerana Tuhan masih menabur rahmat yang tidak terperi. perjalanan masih jauh dan ia tidak akan berhenti hanya setakat ini. Tuhan masih lagi mahu aku meneruskannya.

mencari ruang


seringkali aku terfikir, apakah yang mahu dilakukan lagi selepas tamat belajar nanti? adakah terus sahaja mengikut tuntutan cliche - berkerja, kahwin, merancang keluarga dan menjadi religious? ay yay yay yay...tak tahu nak cakap...pernah aku bercakap dengan erwanita tentang masa depan...kadang-kadang kesian juga aku mendengar luahan emosinya...di Malaysia, kalau tak berkereta mewah orang akan bercakap, kalau tak berkahwin orang akan mengata...jadi, mahu tak mahu kena juga mengikut rutin sebegini...bak kata erwanita, kita bukan hidup di Turki, kita hidup di Malaysia...nak tergelak pun ada bila dengar dia cakap begitu...semalam aku menghubungi eliz jelita..seperti erwan, dia pun meluahkan perasaan yang sama...tapi apa nak buat, kadang-kadang jodoh tidak ada dan kekangan pendapatan hanya setakat itu untuk hidup lebih baik...tapi kalau dah ada jodoh adakah kita sedia untuk berkahwin...? atau hanya berkahwin semata-mata nak menyedapkan hati orang yang 'fanatic' terhadap perkahwinan...adakah kita mahu berkereta mewah semata-mata orang lain juga berkereta mewah? tersenyum aku mengenang kata-kata alvin kepadaku pada satu hari di musim panas 2007: marriage is not practical and it sounds quite bullshit sometimes...tapi yang lebih lucu, ada yang berkata: cuba hang cakap macam tu kat depan mak bapak hang, mau dicilinya mulut hang tu...walau apa pun, aku punya impian sendiri...dan aku mahu impian itu menjadi kenyataan satu hari nanti...bak kata orang tua, kalau dah jdoh takkan ke mana..sebut pasal jodoh, apa khabar miss? masih tak boleh give up lagi ke tetap nak suruh aku jadi hang punya pengapit? urghh...

Jumaat, November 12, 2010

nak buat apa lagi?


hari ni amat membosankan, jadi aku ingat nak balik awal dan habiskan menonton siri supernatural season 5 yang aku baru beli kelmarin....maka lengkaplah semua season koleksi supernatural aku..tup tup plak aku dengar nak buat season 6 hampess...nampaknya kena mai sini balik laa next year...hari ni mendung dan nampak akan hujan..baguih laa sebab dah lama sangat tak hujan asyik berdebu jer cuaca kat sini....aku ni sampai kena sakit tekak baru nak baik...gregoria plak nak bagi aku lollies percuma maka aku tunggu laa gak kan walaupun dah sakit tekak...kah kah kah...minggu ni tak banyak benda aku baut melainkan buat bacaan yang lebih rapi sebab takut repetition...tapi rasanya wokar dah awal-awal warning ada repetition tapi aku malas betul nak baca semula...takpe laa tunggu apa si chris tu cakap...malas dah aku nak tengok...laa ni aku nak rileks sekejap...

Ahad, November 07, 2010

tak sihat


pada mulanya aku nak habiskan masa seharian di rumah sebab aku tak berapa sihat hari ni...tapi disebabkan wokar dah called aku nak jumpa di office terpaksa laa aku datang...tak tahu plak apa makcik tu nak cakap...hari ni agak berangin tetapi tidak terlalu sejuk...yang aku tak berapa gemar ialah debunga yang berterbangan ke sana ke mari yang boleh menyebabkan aku sesak nafas dan sakit tekak...minggu ni antara minggu yang palik sibuk sepanjang aku kat sini...aku kena siapkan draft pertama hasil kajian bertahun-tahun untuk disemak kali pertama...harap-harap semua okay...aku target sebelum akhir february semua dah boleh hantar dan aku boleh berehat sekejap kat sini sebelum pulang ke Malaya...

Jumaat, November 05, 2010

yang dekat di hati


Memang ramai sungguh kenalan sewaktu zaman persekolahan; di Sekolah Menengah Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor; tiba-tiba muncul dalam facebook...ada yang dulu-dulu memang tak bercakap langsung bila berjumpa hari-hari dalam perhimpunan sekolah tiba-tiba menjadi super friendly...yang kelakarnya ada juga yang aku tak ingat langsung muka tapi mujurlah namanya masih ada sedikit pertalian dengan memori lalu...tapi yang dah tukar nama sampai jadi nama yang bukan-bukan memang aku tak kenal terus..hahahaha...kelmarin aku call Rohana, isteri kepada Am, rakan sekelas...bercakap macam sahabat rapat tapi waktu zaman sekolah rasanya boleh kira berapa kali aku bercakap dengan dia...tapi itu semua tak penting sebab rasanya persahabatan itu yang lebih berharga...bila aku menelek foto album Rohana, dia memang aktif menganjurkan pertemuan semula...aduhai, rasa seperti semalam meninggalkan SMBE...walaupun rasanya sudah hampir lima belas tahun aku tak menjejakkan kaki ke satu-satunya sekolah menengah dalam Felda Gugusan Waha itu...