Rabu, November 17, 2010

tunggu sekejap


ia bermula pada tahun 2007. pada masa itu aku ingatkan kerja-kerja ini sangat mudah. tapi bila aku lihat dengan teliti ia terlalu rencam. penuh dengan campuran perasaan yang berbaur. aku cuma belajar satu perkara: jangan sesekali menyerah kalah. jangan ada secuit pun rasa untuk berputus asa. aku masih lagi ingat dengan doa yang aku kirim kepada Tuhan dalam rimbunan ladang kelapa sawit kerana terlalu sedih dan insaf dengan kesusahan dan kemiskinan. hidup di luar bandar tanpa kemudahan asas dan pendidikan sempurna. generasi hari ini terlalu bertuah. segalanya ada: elektrik, pengangkutan, internet, handphone, tuition, apa lagi yang mahu disebut. tapi apa pun aku tetap bersyukur kerana Tuhan masih menabur rahmat yang tidak terperi. perjalanan masih jauh dan ia tidak akan berhenti hanya setakat ini. Tuhan masih lagi mahu aku meneruskannya.

Tiada ulasan: