Menempuhi minggu terakhir di bumi Adelaide memang menyakitkan apatah lagi dengan cuaca panas melampau yang boleh menghitamkan lagi kulit aku kat sini. Hai tak sabar betul rasanya nak pulang ke Malaya..bosan laa bila dah takde member kat sini. Tambahan lagi bila semua kerja dah siap..nak menganga sepanjang masa pun tak best jugak..baik laa balik buat apa yang patut kat Malaya...at least aku boleh menyibukkan diri..
Hari ni aku ke Harbour Town pergi beli barang siket..aku pi teman si Tawakal ke sana sebab kalau pergi sorang memang tak best..aku ajak si Azura tapi dia sibuk pulak dengan kenduri kesyukuran dengan course mate dia kat Fel-Fella Pizza...hari ni tak seronok macam semalam sebab panas sangat..aku rasa macam dalam filem yang ada shot kat padang pasir..nasib baik laa ada sumber air yang mencukupi..
Tiket flight aku dah tempah dan tinggal ambik ajer kat MAS office di City next week..lepas tu boleh laa boleh, aku packing barang-barang last yang perlu di bawa pulang Khamis depan..sedih jugak nak tinggalkan Adelaide ni..ye laa bila dah lama-lama kat sini dan dah ada member lama dan baru..tapi nak buat macam mana kan, friends come and go but family is forever..yang penting keep in touch...dah laa..tak perlu dibicarakan lagi soal bertemu dan berpisah sebab itu lumrah alam..nanti bila dah start keje jangan kan nak berpisah, bertemu muka pun susah...err..where is my tissues? kah kah kah...