Khamis, Disember 07, 2006

Good bye, my friends...

Hari ini sangat panas dan membosankan. Pada mulanya aku mahu ke bandar untuk mengambil tiket tapi dibatalkan sahaja hasrat tersebut lantaran angin panas yang boleh mendorong aku menjadi marah bila-bila masa. Ok. Kita berhenti bicara pasal cuaca. Nanti semua akan menjadi panas.

Semalam aku dan Azura pergi hantar Tawakal ke Airport. Punya laa ramai umat Malaysia nak balik kampung. Kelakar betul. Bila tengok-tengok muka insan-insan yang nak balik Malaysia ni rasa kelakar pulak. Sejauh mana pun terbang bangau akan hinggap juga di belakang kerbau. Tapi lain laa kalau bangau tu dah duduk kat dalam zoo memang takkan hinggap kat belakang kerbau punya laa...hahahaha..Lepas ajer hantar Tawakal pulang ( Tawakal, keep in touch allright, 'lil fella!!) kami pun sibuk laa bershopping kat harris Scarfe di Rundle Mall.

Punya laa banyak barang kami shopping mengalahkan rancangan Supermarket Sweep yang popular dahulu tu. Yang paling lawak kami mengangkut kotak-kotak tu macam nak pergi berniaga kat pasar Malam Kerinchi ke parking kereta. Memang aku takkan lupa punya laa pengalaman ni dan ini laa kali terakhir aku beli benda-benda ni semua. kah kah kah kah...

Aku terima e-mail dari Christine pagi ini. Kami akan meronda-ronda di South Australia untuk kali yang ke enam kalau aku tidak silap. Seronok betul. Tak sabar rasanya mahu bertemu di main campus isnin hadapan. Semasa hendak ke library tengahari tadi aku bertemu Cole yang sedang makan tengahari di cafetaria. Kami merancang untuk makan tengahari di Adelaide city rabu hadapan. Seperti Scott, Cole menggalakkan aku ke Melbourne untuk sambung study. Kepala aku pun dah menjadi pening sekarang. Tapi tak mengapa, aku perlu mendapatkan nasihat dari beberapa orang mentor dan penasihat tetap aku di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Hampir semua barang aku dah packing. Cuma tinggal nak masukkan kat dalam bag dan boxes jer. Rasa menyesal pulak aku beli barang banyak-banyak. Sebab dah menjadi tradisi aku sejak dahulu tak suka travel dengan membawa barang yang berkotak-kotak banyaknya. Bosan betul. Rasa macam nak pergi berniaga pulak. Isk..Isk..Tensen betul. aku tak terima lagi apa-apa respond dari Dr Mary. Aku rasa minah tu dah excited nak sambut Christmas kot. Entah hapa-hapa laa..

Tiada ulasan: