Khamis, Disember 21, 2006

siti nurbainah

Sedang aku sibuk menguruskan kerja-kerja yang tak sepatutnya aku buat kat dalam makmal ni tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari luar..dengan wajah yang tersengih girang Siti Nurbainah yang lebih mesra ku panggil Along sewaktu sama-sama menuntut di kampus Universiti Malaya sekitar tahun 1999-2003 menjengukkan kepalanya..lama betul kami tidak bersua....tapi begitulah along sama macam dahulu walaupun dah melangsungkan perkahwinan pada bulan mei yang lepas...kami bertamu sejenak di kedai kafetaria Fakulti Pendidikan dan mengimbau kenangan lampau..along bertanyakan semua rakan-rakan baiknya seperti ika, alin, liza dan lain-lain..kali ini dia betul-betul ingin bertemu mereka dan berdamai..tidak mahu meneruskan permusuhan yang pastinya tidak membawa apa-apa keuntungan...inilah melayu..penuh dengan santun dan susila..tidak perlu dendam dan amarah...

Tiada ulasan: