Ahad, Disember 03, 2006

Cerita lawak di musim panas..

Aku menulis blogs ini ketika sedang berada di Barr Smith Library, University of Adelaide. Pada mulanya aku ingat nak pergi melawat Zoo Adelaide (Min, jangan kutuk ok..kah kah kah) sebab tak pernah pergi laa pulak..nanti kang menyesal tak menjelajah dengan sebetul-betulnya seperti kata Linda...Anyway, semalam Azura tolong aku mengangkat segala kotak-kotak untuk shipping minggu ini...nak patah jugak laa rasanya belakang aku mengangkat kotak-kotak yang maha berat itu...

Lepas ajer mengangkat semua kotak-kotak kami pun bergegas ke rumah Tawakal untuk menghantar TV, DVD Player dan apa lagi aku tak berapa ingat..Dengan cuaca yang agak nyaman pada hari ini kami sampai ke rumah Tawakal di Westbourne Park sekitar jam 1 tengahari..habis ajer memunggah apa yang ada, kami terus laa ke Marion Shopping Centre untuk membeli-belah...tapi entah ke hapa malangnya kereta yang dipandu oleh Azura telah mnegeluarkan asap sehingga berkepul-kepul dari jauh...mula-mula aku ingatkan bau bush fire...atau pun kesan khas macam kat dalam movie (sebab malam tadi aku baru jer tengok The Matrix)..tak tahu laa pulak aku kereta tu boleh keluarkan kesan khas sebab nak menaikkan mood gembira kami nak pergi shopping..rupa-rupanya kereta yang dipandu buat hal..aiseh...nasib baik tak meletup...kalau tak tentu kami-kami ni popular masuk The Advertiser..

Check punya check rupanya takde air..kering kontang mengalahkan tasik kat main campus..rupanya telah masukkan air kat salah tangki..terpaksalah kita orang membuat rayuan untuk mintak air kat rumah insan-insan yang berdekatan untuk menyelamatkan kereta tersebut...tak lama lepas tu Pak Din, merangkap penghulu kat South dan Abang Naz datang melawat tragedi berkenaan...nak pecah perut aku gelak sebab nasib baik kereta tu tak buat hal kat tengah-tengah jalan raya...kalau tak semua orang mesti lari punya laa sebab ingat kita orang ni pengebom berani mati...

Tiada ulasan: