Rabu, Disember 31, 2008

selamat tahun baru 2009


penulis blogs ini mengucapkan selamat tahun baru 2009 kepada semua pembaca.buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih. semoga persahabatan kita semua menjadi lebih erat dan ikhlas. selamat tahun baru 2009!(foto - sekadar hiasan)

Isnin, Disember 29, 2008

Sekolah Menengah Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor

disebabkan aku takde apa-apa kerja nak buat, jadi aku akan tulis sedikit sejarah tentang sekolah menengah bandar easter, kota tinggi, johor. nasib baik ada majalah ulung (keluaran XII), jadi aku copy and paste jer laa dari situ. satu lagi aku dah dapat shot-shot menarik dari kamera miss. so, please enjoy okay? maklumat yang diperolehi dari majalah ulung ni tak begitu banyak, justeru aku tak dapatlah menyediakan informasi yang lebih terkini mengenai sekolah menengah kebangsaan bandar easter atau lebih dikenali dengan singkatan smkbe atau smbe. menyingkap tentang keistimewaan sekolah yang terletak di felda gugusan waha ini, hampir kesemua anak peneroka di sini pernah mendapat pendidikan awal di smbe. paling lama 5 tahun macam aku, dan paling singkat adalah dalam 2-3 minggu - untuk golongan cerdik pandai yang masuk ke sekolah berasrama penuh di bandar-bandar besar menerusi program semai bakti. walau apa pun, sekolah menengah kebangsaan bandar easter memang rock. haha.


sekolah menengah kebangsaan bandar easter terletak di dalam penempatan felda gugusan waha iaitu kira-kira 41km dari bandar kota tinggi. sekolah ini siap dibina pada penghujung tahun 1982 di kawasan seluas 13.5 ekar dengan menelan belanja sebanyak rm1.5 juta di bawah skim pinjaman bank dunia. sebelum ini, anak-anak peneroka terpaksa dihantar ke sekolah-sekolah di bandar kota tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. sesi pertama persekolahan telah dibuka dengan rasminya pada awal tahun 1983. pada awal penubuhannya, sekolah menengah kebangsaan bandar easter adalah merupakan sekolah cawangan kepada sekomah menengah kebangsaan tan sri jaafar albar, tanjung sedili, kota tinggi. sekolah ini ketika itu telah diselia oleh seorang penyelia iaitu encik mohamed bin jaaman (pembantu pengetua sekolah menengah kebangsaan tan sri jaafar albar pada masa itu ialah encik idris bin hj. jusi)

pada peringkat awalnya, sekolah menengah kebangsaan bandar easter dikenali dengan nama sekolah menengah rendah bandar easter yang diambil sempena dengan kedudukan sekolah ini yang terletak di kawasan felda bukit easter. sekolah menengah rendah bandar easter telah ditukar namanya kepada sekolah menengah bandar easter pada tahun 1987 dengan taraf gred c yang mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang. seterusnya pada tahun 1989, sekolah ini telah dinaikkan ke taraf gred b dan kemudiannya ke gred a pada tahun 1992. sekolah ini dengan rasminya ditukar namanya kepada sekolah menengah kebangsaan bandar easter pada tahun 1997. pelajar sekolah menengah kebangsaan bandar easter terus bertambah dari setahun ke setahun iaitu seramai 221 orang pada awal penubuhannya kepada 1650 orang pelajar pada tahun 2003.

bagi menampung bilangan pelajar yang ramai, sekolah menengah kebangsaan bandar easter telah membuka sebuah sekolah cawangan di sekolah kebangsaan sri aman, felda aping barat pada tahun 1997. pada awalnya sekolah cawangan ini menampung seramai 194 orang pelajar tingkatan 1 dengan khidmat 10 orang guru. bagaimanapun, pada tahun 1998m bilangan pelajarnya telah meningkat kepada 341 orang iaitu 191 pelajar tingkatan 2 dan 150 orang pelajar tingkatan 1 dengan tenaga pengajar seramai 14 orang. kini sekolah menengah kebangsaan bandar easter telah maju setapak lagi dimana pada buat pertama kalinya ia menerima pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah aliran sastera seramai 63 orang pada tahun 2004. mereka ditempatkan dalam 3 buah kelas yang diberi nama sempena tokoh ilmuan terkenal iaitu pra-u zaaba, pra-u hamka, dan pra-u ungku aziz.

Ahad, Disember 28, 2008

miss datang!

pagi-pagi miss dah datang rumah aku. terperanjat jugak aku sebab aku ingatkan dia nak datang lambat lagi. dah ler aku tak mandi lagi. haha. tapi lepas jer mandi miss terus ajak aku keluar jalan-jalan untuk mengimbas kembali memori di felda simpang waha ni. ini ajelah masa yang kami ada sebab miss akan pulang ke nigeria dalam masa seminggu lagi. dan aku pulak akan bertambah sibuk dengan ethnography research di simpang waha, johor bahru dan lembah kelang. tadi kami ke sekolah kebangsaan bandar easter, sekolah menengah bandar easter dan juga sekolah agama bukit waha (dahulu namanya sekolah agama gugusan waha) tempat kami belajar. then kami singgah ke kedai wak kemad beli majalah dan snacks. miss seperti biasa akan beli majalah favourite dia - media hiburan. sebenarnya kami ada ambil beberapa keping foto, tapi masih lagi pada miss. jadi kemudianlah aku uploadkan di sini. selepas merayau di bukit waha dan bandar easter kami ke rumah zaki. lama betul tak jumpa zaki dan dia tak banyak berubah. lepas ni mesti ajak zaki dan miss keluar ke bandar kota tinggi dan tengok apa pula kemajuan dan pembangunan terbaru di kota kecil ini. sampai jumpa!

makan-makan di simpang waha

kalau di 112, lygon st aku hanya breakfast cereal, fresh milk, roti bakar dan segelas jus, kat rumah di felda ni menu terus bertukar menjadi lebih eksotik. antaranya nasi lemak dan bihun goreng yang dibungkus rapi dengan helaian akhbar lama dan daun pisang serta lontong yang aromanya cukup menusuk jiwa. itu belum lagi waktu makan tengahari. menu utama yang menjadi kegemaran aku ialah ikan kembung goreng dan ulam daun pegaga. nasib baik daun pegaga boleh dapat kat tepi rumah atau mintak jer dengan jiran tetangga. aku bab ulam-ulaman ni memang favourite. biasalah bak kata wanita melayu tercantik - normala shamsudin, ulam-ulaman ni penting untuk kesihatan. ni pagi-pagi lagi parents aku dah bangun masak dan beli breakfast kat gerai di bawah sana. mak terpaksa masak awal hari ni sebab ada rewang untuk majlis pertunangan anak ahli blok. hari ni aku rasa nak habiskan masa baca dragon ball. semua kerja-kerja penyelidikan aku akan mulakan selepas tahun baru. oh ya, apa azam tahun baru untuk 2009? keh keh keh.

Jumaat, Disember 26, 2008

Felda Simpang Waha

hari ni dah masuk hari ketiga aku melepakkan diri kat felda. nak cakap kampung tak boleh, jadi term 'felda' tu rasa paling sesuai. aku sampai di klia sekitar jam 5.45 pagi dan tiba-tiba aku rasa tensen yang amat sangat bila aku tengok schedule - boarding flight ke JB delayed 10 pagi. hapa ler aku nak buat sementara menunggu jam 10 pagi? dah ler semua kedai tengah renovate. jadi, aku pi laa minum kopi jap, lepas tu carik port untuk melepak, on i-pod dan enjoy..tapi mata tetap nak terlelap..jadi aku pun bertawaf ler takut terlepas flight...tepat jam 10.50 aku terus check-in dan fly ke senai ...sekitar 45 minit...tapi cuma bagi jus dan kacang..kemut betoi ler local flight ni..aku bayar dekat seribu...cam hampes..sampai jer senai parents dah tunggu. then, we all terus ke bandar kota tinggi. aku singgah post office jap, poskan kad tahun baru alvin ke singapore. lepas tu buat bank draft di cimb bank dekat dengan dataran kota tinggi..

dah siap semua aku terus ke felda simpang waha..hujan turun renyai-renyai. bila dah sampai gugusan waha, lagi ler lebat terus. tapi seronok betul. aku paling suka hujan (bukan kumpulan hujan keh keh keh) . sampai jer rumah aku terus rasa letih giler. mata ni terus nak tido dan fikir bantal tilam jer. nak-nak bila dengar bunyi hujan renyai-renyai kat luar. teringat kisah-kisah waktu dulu. waktu-waktu zaman sekolah rendah dan menengah. masa begitu cepat berlalu. kadang-kadang tu aku rasa rindu betul dengan zaman sekolah. esok aku nak bukak diari-diari lama. aku tulis diari sejak tahun 1994. dan aku stop tulis tahun 2003. tapi kira banyak laa jugak koleksi diari-diari aku. sejak zaman sekolah menengah di tingkatan 4 hingga tahun akhir di universiti malaya. start tahun 2004 aku pun tulis blogs. tapi takde laa terlalu personal seperti apa yang aku catatkan menerusi diari. okaylah, esok kita sambung lagi. ciao!

Ahad, Disember 21, 2008

lunch appmt.

weekend ni macam biasa aku ada lunch appmt. dengan alvin dan wokar. jadi, pepagi buta aku dah bangun, breakfast apa yang patut then pi school baca paper. sebenarnya sejak malam tadi alvin sms dan called aku tapi aku tak angkat sebab aku rasa macam tak sedap badan - terus tido awal. pukul 9 malam dah tido..rasanya kalau waktu tempatan dalam jam 6 petang. nampaknya balik ke malaya ni terpaksa ler aku 'adjust' siket aku punya timetable supaya jam 6 petang aku tak mengantuk dan menguap-nguap. keh keh keh. lunch kali ni kami akan ke 'lentil as anything' somewhere dekat abbortsford kalu tak silap. aku sebenarnya suka makan pasta dan salad organic tu..sedap ler..satu lagi pumpkin soup...mmmm...yummy..tapi seperti biasa aku bukan boleh makan banyak-banyak...tu yang rugi...sebabnya makanan yang dibayar boleh di bayar dalam sebarang bentuk harga..sebenarnya kalau tak nak bayar pon takpe sebab kafe 'lentil as anything' ni lebih kepada pusat kebajikan yang diuruskan oleh pusat masyarakat di sini. jadi duit yang dibayar tu digunakan untuk menguruskan kafe dan membeli bahan mentah untuk di masak. semua pekerja kebanyakannya lebih bersifat sukarela tanpa di bayar gaji.


tak tahu pulak kat malaysia ada ke tak macam ni. rasanya ada kot cuma aku pun tak tahu kat mana. keistimewaan negara mat salleh ni terletak pada sikap volunteer atau sukarela. mereka suka buat kebajikan. kat malaysia sebenarnya bukan tak ada, sikap volunteer ni hanya wujud di kawasan kampung. contoh terbaik ialah kampung aku. keh keh keh. tak habis-habis puji felda simpang waha. nak buat macam mana kan. dah itu jer yang aku tahu. kalau ada kenduri kawin gotong royong akan diadakan. begitu juga ketika hari raya haji. masing-masing turun beramai-ramai potong daging. tak caya cuba tanya kak gie. cuma sikap volunteer ni terhad laa di kawasan tertentu. aku rasa memang patut kalau student menyemai sikap sukarela ni. keh keh. kadang-kadang tu aku dok terfikir bila agaknya last aku buat kerja sukarela ni. haha. ops, tak boleh sebut nanti riak.

Khamis, Disember 18, 2008

jom, kemas!

sejak semalam aku dok mengangkut semua buku-buku berharga aku dari research precint kat uni...kang kalu aku biar 2 bulan kat rak, ada ler tangan-tangan gatal yang tukang alih sana-sini...jadik, untuk tidak merumitkan lagi keadaan aku letak jer semua buku kat bilik sewa...penat gak aku mengangkut dari dua hari lepas...ada lagi dalam enam tujuh buah yang aku kena hangkut hari ni..nasib baik tak tebal...aku pon terfikir macam mana agaknya kalu aku nak bawak semua buku-buku ni ke Malaysia? nampak gayanya kena pos ler semua ni. kalu nak hangkut guna flight memang tak cukup 25kg. mahu aku kena bayar beratus dollar lagi..semalam aku dok berborak dengan Jose..nasib baik dia sudi review aku punya thesis structure...penting ler second opinion ni sebab biasanya mereka nampak apa yang kita tak nampak. pagi tadi peter datang jumpa aku bagi christmas gift..nampaknya aku tak sempat nak bagi apa-apa kat semua orang..bukan apa, bila nak balik malaysia terus broke..kih kih..biasalah aku bukan anak lord..lain ler bapak aku MP ke kan.


sebut pasal anak lord ni, memang ramai anak-anak lord sambung study kat sini. dan yang pelik tu kebanyakan daripada mereka dapat scholarships. kadang-kadang tu bila fikir-fikir balik rasa macam tak adil pulak..bagaimana pula dengan nasib anak-anak orang luar bandar. jika mahu diukur dari segi keupayaan untuk mendapatkan ilmu menerusi sistem asing memanglah tidak dinafikan bahawa anak-anak orang bandar memang bagus kerana pendedahan berterusan ilmu-ilmu baru dan kepakaran guru yang terlatih. tapi kita tak boleh nak salahkan anak-anak luar bandar yang 'tidak ada' keupayaan tersebut kerana kemudahan yang diberikan mungkin tidak secocok dengan apa yang dikurniakan oleh pelajar di bandar-bandar besar di Malaysia. kelmarin aku called sahabat lama - safuanezam mahmud. dia antara orang yang aku percaya kerana pandangan yang diberikan biasanya bersandarkan fakta. disebabkan zam bertugas sebagai seorang guru di sekolah jenis kebangsaan cina, aku tak melepaskan peluang untuk bertanya mengenai sistem pendidikan terutamanya pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.


zam memang tak setuju dengan program tersebut kerana ia menyusahkan pelajar untuk memahami ilmu yang cuba disampaikan oleh guru. ini memang tak boleh dinafikan kerana pelajar hanya didedahkan dengan bahasa melayu sejak mereka kecil. tambahan lagi, bahasa inggeris bukanlah bahasa ibunda. tetapi, kita tidak boleh menafikan kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa globalisasi. kadang-kadang tu aku agak rasa pelik kerana kebanyakan rakan yang berbangsa cina dan india mempunyai keupayaan bertutur dalam bahasa inggeris dengan lebih baik berbanding rakan-rakan melayu luar bandar. bagi rakan-rakan melayu yang memang tinggal di bandar keupayaan berbahasa inggeris memang lebih baik - mungkin disebabkan faktor-faktor seperti mass media, expertise dan segala kemudahan lengkap di sekolah. apatah lagi, jika ibu-bapa mereka educated dan mendapat pendidikan sekular. aku juga tanya zam tentang kelebihan pelajar cina menguasai matematik dan sains. jawapan yang zam bagi adalah lebih kruang sama seperti apa yang dilontarkan alvin beberapa minggu lepas kepada aku - tentang bagaimana pelajar cina di singapura berjaya menguasai matematik dengan begitu baik sekali.


resepinya mudah sahaja - menghafal. menurut zam, pelajar melayu sebenarnya bukan lah tidak cerdik. mereka sebenarnya lebih berkebolehan menguasai subjek kritikal seperti matematik dan sains. malangnya, kebanyakan pelajar melayu begitu malas untuk menghafal. hafalan yang dimaksudkan bukan hafal untuk hari ini sahaja tetapi untuk hari-hari mendatang. kebanyakan pelajar cina di kerah menghafal setiap formula yang diajar oleh guru dan menurut alvin, subjek matematik di singapura amat kurang dari sudut naratif. maksudnya di sini, permasalahan lebih ditumpukan kepada nombor berbanding penceritaan masalah. jadi aku menganggap bahawa 'kegagalan' aku dalam kebanyakan subjek matematik lebih terarah kepada kurangnya minat untuk menghafal formula matematik. seperkara lagi, minat terhadap matematik menjadi luntur dek kerana rasa putus asa yang amat sangat dengan subjek yang aku boleh cakap - paling tidak digemari sepanjang hidup aku. tapi yang peliknya aku tidak mempunyai sebarang masalah dengan 'matematik' dalam subjek lain seperti ekonomi dan pengajian am. jadi, adalah tidak tepat mengatakan bahawa orang melayu ini tak cerdik dalam matematik walau di ajar dalam bahasa apa pun.


berbalik kepada tradisi menghafal formula matematik di sekolah jenis kebangsaan cina ini, ia bukanlah satu perkara baru bagi aku dari sudut 'hafalan'. sebabnya aku pon mempraktikkan kaedah yang sama tetapi bukan untuk matematik tetapi untuk subjek-subjek favourite aku yang lain terutamanya sejarah dan ekonomi. walaupun ramai yang cakap sejarah adalah satu perkara yang membosankan tapi aku disebabkan minat takdelah perkataan bosan bila belajar sejarah. aku rasa kalau aku minat matematik mungkin sekarang aku tak buat benda yang aku sedang buat. keh keh keh. lawak sungguh rasanya pulak. tak tahulah kadang-kadang bila aku fikir-fikir balik macam mana aku tak boleh kuasai matematik waktu sekolah rendah dulu walhal bukannya susah sangat pun. rakan-rakan sekelas lain aku tengok rileks jer bila tiba exam untuk subjek matematik ni, tapi aku akan rasa macam nak pitam bila nak menjawab. tapi seperti biasa matematik 'bukanlah segalanya'. tak semestinya kita tak pandai matematik kita tak boleh berjaya, betul tak? dunia hari ini lebih menuntut kepada critical creativity. maksudnya jika kita tidak kreatif, kita tak boleh nak bersaing walaupun dapat phd in mathematics dari harvard sekali pun. tapi ini tak bermakna matematik itu tidak penting. akut ak nak ler pulak mewujudkan sentimen jangan belajar maths - tu perkembangan tak sihat. hahaha. okaylah aku nak sambung buat kerja yang bukan matematik ni. haha.

Jumaat, Disember 12, 2008

long way home

okay..baru jer lepas jumpa Chris dan Brian. semua dah clear..flight pon dah clear...semalam called erwanita dia sibuk nak ajak aku bercuti..tak tahu ler sempat ke tak sebab aku betul-betul busy kali ni. dengan conferencenya, dengan chapter yang kena tulis..tu tak masuk lagi wanita-wanita yang aku akan jumpa untuk jalinan 'teman tapi mesra'. tapi Insya'allah, harap semua okay kali ni, amin..tapi takpe, aku akan jumpa jugak erwanita kat melaka...lama aku tak ke melaka..teringin jugak nak tengok pembangunan kat kawasan paya rumput..katanya dah ada lebuh raya..mesti best! tapi erwanita cakap kat aku hari tu sekarang ni banyak cik ponti..ada laa hari tu dia diganggu sekali dengan cik ponti sampai dia takut tak bergerak-gerak..tapi aku rasa kalu erwanita menyanyi lebih ganas dari cik ponti..jangankan cik ponti, segala jembalang tanah semua sujud kat dia...keh keh..sorry ler erwan, kutuk siket...seminggu dua ni hujan asyik turun di victoria..okay laa tu kalu tidak mesti panas berbahang-bahang...tapi nasib baik aku dah nak balik malaya..keh keh keh..seperti biasa proses menghindari musim panas...sekali balik waha terus lagi panas..biasalah Malaysia truly asia...tropical climate...lain ler kalu balik kat tempat lain..haha...tiket aku dah amek kelmarin..so tak perlu ler risau lagi pasal tiket...cuma aku nak kena inform kat ustaz rock mintak tolong hantar aku kat airport..better bagi duit kat ustaz daripada bagi duit kat taxi driver..at least dia tau jalan short cut apa..kali ni aku terus balik ke johor bahru dan terus ke kota tinggi...bukan malas nak turun KL cuma saje nak test market terus balik johor...lagi pun takde sapa kat KL..kang nanti aku nak duduk mana..?lain ler kalu ada istana hinggap ke kan...haha..tapi kira allrite ler tak lama sangat macam naik bas sampai 5 jam baru tiba larkin..


misi balik malaya kali ni aku nak habiskan masa siapkan semua interview yang telah aku plan sejak ogos lepas..kali ni tak buleh buat silap seperti apa yang berlaku masa pilot test kelmarin..tapi aku rasa kan, aku banyak buang masa di KL..sebab tu ler aku tak dapat fokus dengan apa yang sepatutnya aku buat kat research setting di kota tinggi. okay kali ni ignore jer apa yang bakal berlaku di Kl kecuali conference yang aku rasa penting di serdang. lagi pun aku ada projek besaq kat kampung...kenapa? mana bleh bagitahu..rahsia tau...aku sorang jer yang tahu..nak tahu gak kena laa tanya mak bapak aku kat kampung..wakaka...mommy boy! bahaya, nanti pecah rahsia satu malaya tau..tadi pagi waktu aku dok browse internet aku terjumpa plak member lama waktu study kat maktab adabi muar - adriana musrik. dah lama betul aku tak hubungi pompuan ni..last rasanya tahun 2003 kot..lepas dia kawin terus lost contact...ceh kawin pon tak jemput aku..dulu member aku si bob memang admire ler konon dengan adriana ni..sampai kereta bob yang advance tu langgar tiang lampu semata-mata nak bagi good impression kat minah ni waktu hari raya tahun 2002 kalu tak silap...apa laa bob, kata pakar lumba kereta...ko bawak kapal selama ler lagi baik...lepas peristiwa tu terus bob patah hati dan tak nak ada girlfriend lagi katanya..tup-tup hari tu dia bagitahu dah ada girlfriend baru..dasar lidah burung kakak tua betul...aku ingat nak jumpa bob ler balik kampung nanti..lagi pon dia keje tak jauh dari hometown tempat aku tinggal..apa lagi aku nak kena buat sebelum balik malaya ni? buku-buku library ni semua kena pulang...kang nanti berpuluh dollar aku nak kena bayar...cukup laa aku dengan rekod hitam kena bayar 1 dollar kelmarin..kononnya tak pernah kena denda laa...hehehe....okay laa, nanti kita sambung lagi, ciao!

Selasa, Disember 09, 2008

Adelaide, after a year

mulanya aku memang malas nak tulis sebab takde mood laa...laa ni mood aku nak balik malaya jer..walaupun aku baru jer balik februari lepas tapi seperti biasa aku tak boleh duduk tempat orang lama-lama..otherwise, aku memang malas nak balik...tapi bila dengar tawakal balik kelmarin, aku rasa macam terus nak tempah tiket jap lagi..haha...itu belum alvin yang akan pulang ke singapura januari nanti. lagi ler aku takde member mati kutu sorang-sorang kat sini macam waktu summer last year. dah ler panas, pulak tu takde satu insan pun yang datang kat ofis melainkan angelo, steve dan ashley..trip kali ni aku rasa paling simple sepanjang aku berada kat sini. selain dari hanya sebuah beg yang mengandungi empat buah buku favourite aku - Lewis, 2002 - Appadurai, 1996 - Iwabuchi, 2002 - Maxwell, 2005, aku hanya bawak sebuah backpack untuk di isi dengan pelbagai khazanah seperti lappy dan tape recorder. okay, enough talking about balik kampung trip - tiket pon tak beli lagi, apa laaa...aku nak sambung cerita pasal trip ke adelaide. aku rasa ini adalah trip yang paling buat aku happy dan rasa tak nak balik ke melbourne. dan buat aku paling sedih ialah bila aku menapak masuk ke uni of adelaide. walaupun pahit tapi aku nak buat macam mana kan. aku rasa aku laa orang paling malang sekali sebab tak dapat sambung study kat situ. sedih tak terkata. tapi aku rasa setiap perkara yang kita lalui pasti akan ada hikmah di sebaliknya. dan aku sentiasa bersyukur sebab keputusan yang aku buat untuk ke melbourne memberikan aku banyak pengalaman berbanding sewaktu aku di flinders beberapa tahun sudah.
trip aku ke adelaide kali ni berteman - tidak seperti biasa, selalunya aku akan keseorangan ke sana. alvin, wokar, rosya and co - zack & cicah, turut pergi sekali. flight pukul 6.30 pagi. malam sebelum nak fly aku tak boleh nak tidur. biasalah takut miss flight. kami sampai di adelaide tepat jam 7.45 pagi waktu tempatan. dan aku terima panggilan telefon dari christine bertanyakan khabar dan bila waktu sesuai untuk berjumpa. lepas tu kami bergerak ke uni adelaide untuk registration. tapi perut lapar pulak. tiba-tiba rosya bagi tahu kak riza nak jumpa pulak. so, kami pergi breakfast kat adelaide archade. tengah breakfast aku terima sms dari tawakal bertanyakan aku di mana. lepas breakfast aku dan krew pergi ke adelaide uni register dan lepas tu aku jumpa tawakal. lama betul tak jumpa mamat ni rasanya dekat dua tahun. dah berisi siket laa tak macam dulu dah ler kecik kurus plak tu..tiup dek angin melayang-layang di udara..haha. esoknya aku jumpa christine. kami keluar untuk beachwalking bersama-sama molly. lama betul aku tak buat aktiviti macam ni. so, kami pon berborak laa sambil berjalan, mengimbas cerita-cerita nan lalu.
esok petangnya aku keluar dengan tawakal. kami berjalan mengambil angin di brighton beach. banyak kenangan di brighton beach ni. cuma dulu kami bertiga, ambil angin dan borak-borak. laa ni dah tinggal dua orang ajer, aku dan tawakal. tapi takpelah, itu cerita dulu dan aku tak mahu ungkit apa-apa lagi. dan aktiviti ini membuatkan aku hilang mood untuk beberapa hari selepas kembali dari adelaide. gembira ada, sedih pun ada. apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada christine for your lovely company and wonderful dinner. seronok betul aku menikmati hidangan makan malam yang begitu 'upper class' - according to wokar, bersama-sama christine, val, sam, molly, yoyo, alvin, wokar, steffi, merri, dan kiki. terima kasih juga buat kak liza sebab menjamu aku dan krew kat rumah dia di flinders housing. juga buat tawakal sampai malam-malam buta pun tetap setia ke sana ke mari jadi driver. sorry laa kal, next time i'll treat you dinner, okay? aku tak sabar untuk berkunjung ke adelaide sekali lagi next winter/summer. kenangan yang memang aku tak boleh lupa sampai bila-bila. terima kasih kota adelaide, ada masa kita berjumpa lagi. koleksi foto-foto ni atas ehsan alvin ang. thank you alvin!


Isnin, Disember 08, 2008

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha

untuk semua yang sudi menatap blogs ini dari masa ke semasa, selamat menyambut aidiladha. penulis baru jer balik dari adelaide - penat tak terkata. terima kasih buat christine dan tawakal yang sudi bawak penulis ke sana dan ke mari - let's do it again next year. untuk semua krew - alvin, rosya, wokar, zack dan cicah, kak rizalawati, ada masa lagi kita bertandang semula ke adelaide - the city of churches.