Rabu, Februari 11, 2009

alkisah buah nangka

kalau sebut buah nangka mesti orang akan terbayangkan isinya yang berwarna keemasan dan keenakannya. buah nangka yang sudah cukup masak memang berbau harum. memang tak sabar kalau nak makan. satu lagi gulai nangka campur ikan kering pon sedap jugak. tapi nangka yang muda remaja lagi ler. aku kalau lauk nangka memang favourite. tapi sesekali ler makan. kalau hari-hari makan jemu laa jugak. satu lagi nangka yang dicelur kemudian dimakan dengan sambal kacang. pon sedap jugak. kat rumah parents aku di felda simpang waha ni, dulu ada laa sebatang pokok nangka. tak lama lepas tu pokok nangka tu tiba-tiba mati pulak. rasanya kena serangan bakteria di bahagian akar kot. perkara yang sama turut terjadi kepada pokok durian. hasilnya takde laa banyak mana pon. tu yang kadang-kadang lebih baik beli buah-buahan tempatan ni kat pasar malam daripada menunggu pohon berbuah punya laa lambat. foto ni dikirimkan oleh member baik aku si miss dari kano state, nigeria beberapa hari yang lalu. menurut miss, orang afrika ni sangat pelik. depa tak makan buah nangka yang subur hidup kat negara dia orang. depa sanggup makan katak panggang. kangkung pun depa tak makan.
satu lagi keistimewaan nangka ialah peristiwa bersejarah almarhum sultan mahmud mangkat dijulang kat daerah kota tinggi daerah bersejarah ni. disebabkan beliau marah sangat kat dang anum (betul ke dang anum? ke dang erwanita? muahahaha sorry laa aku suka gurau, jangan mare) sebab cilok dia punya nangka tak bagi kebenaran. dan yang lebih mengharukan bila megat seri rama (hubby dang anum) ni balik rumah tup tup isteri dah meninggal disebabkan nangka terus mengamuk sakan. habislah ditikamnya sultan mahmud ketika baginda sedang diarak nak pergi solat jumaat. disebabkan luka yang terlalu dalam mangkatlah sultan mahmud ni. tapi sebelum mangkat tu, sempat lagi sultan mahmud bertindakbalas dengan membaling keris baginda ke kaki megat seri rama. maka tumbuh laa rumput (laporan sejarah cakap rumput atau rumpai, aku pun tak tahu menatang apa) dan membawa kepada penderitaan megat seri rama dalam kehidupannya hingga laa meninggal dunia. dan baginda sempat jugak menyumpah keturunan megat seri rama haram menjejakkan kaki ke kota tinggi. kelak muntah darah laa ia. kalau muntah lain tu confirm bukan keturunan megat seri rama...mungkin keturunan ramasamy laa kot. hahahaha. moral disebalik cerita ini, kalau nak sesuatu mintak laa izin beb. dalam kes dang anum vs sultan mahmud, aku rasa beliau bersalah sebab amek nangka dari kebun diraja tak cakap kat sultan. marah laa sultan tu. bendahara (kalau sekarang menteri besar) pun sama bersubahat dengan dang anum bagi nangka tu tanpa pengetahuan sultan. salah tu tak mintak izin. sama laa kes dengan mencurik. tapi pelik gak kan, takkan laa masa tu takde orang lain yang ada nangka. mesti melambak pokok nangka zaman tu. satu lagi moral ialah jangan memandai-mandai nak derhaka kat sultan. kan dah kena sumpah. tujuh keturunan plak tu. siap kena muntah darah lagi. kalau muntah emas permata kira okay lagi. hahaha.

1 ulasan:

Putra berkata...

Amboi..amboi..amboi..celoteh sakan plak..dh ambik gmbr kte jd tatapan umum..tk mintk izin pn...bak kata pepatah mr os..cakap tk serupa bikin...tp sbb ko nie mmber aku dr sekolah tadika thn 1984 lg..aku halalkan la pejamkn mata...ewah sedap tue mkn sayur nangka letak ikan kering...favourite aku gak tue..hengat akhir 1990, de kursus nadwah tue la antara menu utama time lunch..sayur nangka msk lemak, sambal tumis dan ikan kering..plg lawak mkn dlm dulang atau org panggil talam..tp bukan talam dua muka okiey! ko nie keturunan JAWA ek...hehehe..ape aje la noya oii..Jom visit kota tinggi, bandar bersejarah....