Aku pernah mendengar cerita hantu sebelah ni dari member aku yang pernah study di salah sebuah universiti di utara tanah air. dia pun dapat cerita ni dari kawan-kawan sekolej yang sama-sama menuntut di universiti tersebut. Menurut versi mulut ke mulut member aku ni, hantu sebelah ni selalu mengganggu penghuni kolej ketika musim peperiksaan. Menurut beliau, hantu sebelah ni secara fizikal hanyalah sebelah badan sahaja dan selalu cakap orang sebelah, jika ditanya kalau ia mengetuk pintu bilik mangsa. Kalau tak silap, tempat aku berkerja di lembah kelang pun ada juga kisah hantu sebelah dikatakan merayau-rayau di jabata tertentu. Tapi kisah hantu sebelah yang aku nak kongsi kali ini berlaku ketika tinggal di teratak mesra, salah satu flat kos rendah terkenal di ibu kota. Cerita ini takde kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Dan kalau rasa takut sebab duduk sorang-sorang kat dalam ofis tu, baik lupakan sahaja membaca kisah cerita seram satu malam kali ini. Kepada yang berani – selamat membaca!
Tak…tukkkk….tak…tukkkk….dan bunyi itu bersambung agak perlahan. Tidak laju seperti biasa. Apa yang telah terjadi kepada kasut bertapak tinggi pak pung Mustapha gebu? Biasanya berkeletak keletuk mengalahkan supermodel berkulit hitam manis tyra banks. Pagi ini bunyinya agak luar biasa. Tidak lagi membingitkan lagi telinga. Kebetulan aku seorang sahaja yang berada di rumah, maka terus sahaja aku menuju ke pintu. ‘we benai, ohh we benai? Mu doh bangun ko?,’ kedengaran lemah dan perlahan bunyi suara pak pung mustapho gebu. Aku tanpa bertangguh terus membuka pintu rumah. Kelihatan tercegat pak pung mustapho gebu di hadapan pintu yang masih bergril. ‘kenapa kau pak pung? Sakit ke? Sekejap lagi balik laa wan benai tu’ aku menyapanya ringkas sambil terkial-kial membuka gril pintu yang sudah berkarat. Sesekali berkeriut ketat bunyi gril tersebut lantaran sudah terlalu lama tidak dibubuh minyak. ‘ke mana aje wan benai tu, man?,’ soal pak pung Mustapha gebu. ‘ah, takkan kau tak tahu pak pung? Wan benai dapat kerja part time di bangsar. Katanya kerja di restoran makanan orang kaya-kaya. Tak ingat pulak aku apa nama restoren tu. Apa ya? Haaa….satudol!’, jawabku penuh yakin.
‘restoren apa tu, man? Bunyi mace restoren perancis?’, soal pak pung lagi. ‘agaknya laa tu kot. Eh kau boleh masuk tak ni pak pung? Biasalah gril ni dah berkarat. Kadang-kadang memang susah nak bukak,’ sahutku lagi. ‘ah, tak kisah laa man. Kawe buleh berdiri kat depan ni jer. Lagi pun kawe nok tunggu wan benai nih,’ bersungguh pak pung mustapho gebu enggan masuk ke dalam rumah. ‘isk, tak elok laa duduk bertangga depan rumah ni pak pung. Moh laa masuk,’ getusku lagi. Mendengarkan gesaanku, pak pung terus masuk ke rumah dan duduk bertimpuh. Sesekali dia melentikkan jari kelingkingnya. Tapi lentikan kali ini agak sedikit lemah, tidak seperti biasa. ‘kenapa kau pak pung? Macam ada masalah jer?’, soalku tanpa bertangguh. ‘kawe takut nak cakap dengan mu, man. Nanti mu tak takut tak tido malam,’ jawab pak pung mustapho gebu lemah. ‘uiks, macam ada cerita hantu jer,’ tiba-tiba sahaja muncul kelibat firuan di depan muka pintu. Aku pun tidak perasan entah bila dia tiba-tiba pulang ke rumah. ‘eh kau dari mana ni firuan basah kuyup? Hujan ke kat luar tu,’ soalku tiba-tiba. ‘aku pergi pantai dalam tadi hantar kawan. Tiba-tiba pulak hujan. Tu yang basah lukus ni,’ terang firuan panjang lebar. ‘haa, aku dengar tadi macam ada cerita seram. Apa ceritanya?,’ soal firuan lagi. ‘tak tahu laa aku si pak pung ni. Dia datang pun tadi muka pucat semacam jer,’ jawabku lagi bersahaja. ‘aku malah nok ghoyat denge mu. Nanti mu semua takut!,’ sahut pak pung yang sibuk memerhatikan firuan yang tergesa-gesa masuk ke rumah. Aku tanpa membuang masa terus ke dapur menjerang air. sejuk-sejuk begini kalau dapat menghirup kopi cap hang tuah memang seronok. Apatah lagi kalau berkumpul ramai-ramai begini. ‘nah, ambik ni,’ firuan menghulurkan sebungkus plastik kepadaku. ‘apa ni?’, aku menyoalnya. ‘ni aku beli ubi goreng kat makcik yang berniaga tepi lif tadi. Tak tahu laa sedap ke tak, tapi aku tengok macam sedap jer,’ jawab firuan.
‘haa sambung laa cerita kau tadi pak pung,’ soalku lagi sambil mengatur ubi goreng di atas pinggan. Baru sahaja pak pung mustapho mahu meneruskan ceritanya, terpacul pula kelibat wan benai dimuka pintu. Krekkkk!!! Berkeriut gril pintu tidak dibuka habis terus sahaja dia masuk ke dalam rumah dengan muka yang masam mencuka. ‘bodoh! Bebal! Bengong betul!!’ tiba-tiba sahaja wan benai menghempaskan apron yang bertulis ‘Satudol’, jenama restoran kelas atasan tempat dia berkerja separuh masa. ‘kenapa wan benai?’, soalku. Terperanjat betul kami bertiga tiba-tiba dikejutkan oleh tempik wan benai. ‘aku geram betul dengan valuer dari ibu pejabat satudol tu. Ada ke dia kata masakan aku ni tak sedap dan tak memenuhi standard. Aku ni dah masak berpuluh-puluh masakan tau tak? Geram betul aku!’, getus wan benai menahan kemarahan. Kali ni betul-betul tak puas hati nampaknya. ‘apa yang berlaku? Kau curi makan lagi ke?’, aku tergelak kecil bertanya. ‘banyaklah kau. Tiba-tiba jer valuer dari ibu pejabat tu datang nak check kualiti makanan. Aku pun apa lagi bersemangatlah nak siapkan makanan yang terbaik. Aku tekan, aku tekan, aku tekan semua bahan-bahan tu dalam satu ramuan. Biasalah aku kan suka benda-benda kreatif ni. Lepas tu baru makan satu sudu terus kata tak sedap. Bengong betul!’, marah wan benai lagi.
‘mu tak bubuh gulo kot wan benai,’ tiba-tiba sahaja pak pung mustapho gebu menyampuk. Firuan yang memerhatikan sejak tadi terus berpaling ke arah lain apabila melihat muka wan benai bertukar seperti buah limau purut. ‘kau ni pak pung tak habis-habis masak nak bubuh gula itu lah ini lah. Kang nanti aku sumbat mulut kau dengan balang gula. Haa ada apa hal kau datang petang-petang ni?,’ getus wan benai sambil terus ke bilik menukar pakaiannya yang agak lencun dibasahi hujan. ‘aku ni baru baik dari sakit we benai oi! Sakit jupo hatu!’, terang wan benai sungguh-sungguh. ‘hantu???’ aku dan firuan tiba-tiba tersentak bersama secara spontan. ‘hantu mana pulak ni pak pung? Kau ni selalu datang rumah aku bawak cerita yang bukan-bukan,’ sahut wan benai di muka pintu sambil membungkus kepalanya dengan tuala. ‘betul wan benai. Kawe tak tipu. Kawe napok hantu tu dengan mato jemalo kawe nih,’ jawab pak pung mustaho gebu. ‘hantu apa pak pung,’ soal firuan tiba-tiba memberanikan diri.

2 ulasan:
update la wei...
uhm. smbungan?
Catat Ulasan