Isnin, Februari 09, 2009

hari-hari yang memenatkan

seperti biasa pagi tadi aku pergi jumpa seorang responden di blok sebelah. dekat dua jam laa jugak aku conduct in-depth interview dengan mak cik tu. walaupun dia cakap perlahan sangat, dia banyak bagi aku point yang bagus. lepas tu aku terus balik rumah dan rehat jap. then bangun siapkan transkrip. aduh banyaknya nak buat. satu hari satu transkrip. so far aku baru buat empat jer. nak kena dengar betul-betul. lepas tu terjemah dengan tepat. remeh betul. aku rasa senang lagi buat biskut raya. haha. semalam aku ke bandar sekejap membeli vcd pangako sayo. nak tak nak kena ler beli sebagai koleksi peribadi. aku tengah dok mencarik vcd drama thailand. susah betul nak carik. takkan ler nak kena pergi bangkok semata-mata nak carik vcd tu. hari ni berangin seperti biasa. windchimes buluh yang aku beli kat ayer hitam tu tak berhenti-henti berbunyik sampai aku nak tido pon tak bleh. so, ada lagi 5 lagi insan terpilih bagi kategori kampung untuk aku temuramah. banyak betul cabaran. next week aku akan ke KL untuk menyiapkan 10 orang insan terpilih untuk kategori bandar. harap-harap semua okay.

1 ulasan:

Putra berkata...

Hari yang memenatkan...penat ker kalo asyik dok dengor org bercerita..ish ko nie kroni la asyk ambik org simpang waha jer wt interview..bukit waha!!! bukit easter!!! Kawan aku yang dijanjikan utk interview smpi la nie senyap jer ek ko...tunggu offer letter utk d interview...ala kalo g interview mak yang temankan sape2 leh buat,..kah kah..anak manja...betul tak..cerita la ttg politik pulak..baru gempak beb!