Ahad, Februari 27, 2011

one way ticket


semasa berkemas tiba-tiba terjumpa dengan tiket flight yang aku gunakan untuk travel ke Melbourne sekitar awal tahun 2007 dahulu...tak sangka masa berlalu begitu pantas...aku masih ingat lagi betapa berat hati untuk tinggalkan Malaya dan sambung pengajian di Melbourne...tapi aku tetap rasakan bahawa aku telah membuat keputusan yang betul untuk sambung belajar...aku tidak mahu menunggu lagi...terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong...akhirnya aku dapat tamatkan pengajian di sini walaupun sedang nervous menunggu keputusan...

Jumaat, Februari 25, 2011

berkemas

aku rasakan bilik aku dah macam gudang...penuh dengan kotak sehinggakan aku susah nak bergerak...inilah bilik kecil yang aku diami selama hampir 4 tahun...dari Mac 2007 hinggalah pertengah Mac tahun ini...hanya kerana aku mahu tinggal berdekatan dengan kampus maka aku memilih untuk 'menderita' dalam bilik yang kecil umpama stor ini dengan bayaran 790 dollar sebulan...kira-kira 2400 ringgit malaysia sebulan...rasanya kalau di KL aku boleh hidup di condominium mewah...lupakan saja impian itu...demi kerja aku sanggup korban apa sahaja especially keselesaan hidup...ramai orang cakap belajar di luar negara seronok...tapi takdelah seseronok yang dibayangkan..aku sendiri letih tengok pic ni hahahaha.....

into the wind


ENVY

He was the first always: Fortune
Shone bright in his face.
I fought for years; with no effort
He conquered the place:
We ran; my feet were all bleeding,
But he won the race.

Spite of his many successes,
Men loved him the same;
My one pale ray of good fortune
Met scoffing and blame.
When we erred, they gave him pity,
But me -- only shame.

My home was still in the shadow,
His lay in the sun:
I longed in vain: what he asked for
It straightway was done.
Once I staked all my heart's treasure,
We played -- and he won.

Yes, and just now I have seen him,
Cold, smiling, and blest,
Laid in his coffin. God help me!
While he is at rest,
I am cursed still to live: -- even
Death loved him the best.

Adelaide A. Procter

lima hari di Adelaide: thank you, christine


aku sangat berterima kasih kepada Christine, Val dan Sam sebab sanggup luangkan masa untuk membawa aku dan akmal ke sana ke mari sepanjang lawatan kami ke Adelaide...sedih juga aku nak ucapkan selamat tinggal kat dia tempohari...datang berjemput, balik pun berhantar...tunggu aku sampai aku naik flight...susah nak cari kawan macam ni...apa pun memang seronok laa kat adelaide...kota kecil dan kenangan yang aku takkan lupa sampai bila-bila ...

at sam's

selama aku dan akmal di Adelaide kami menumpang tinggal kat rumah sam...kami jarang dapat jumpa sam disebabkan beliau amat sibuk berkerja di parlimen SA - nak dekat malam baru laa nampak batang hidung dia...Sam amat peramah walaupun sibuk...aku enjoy betul duduk kat rumah dia sebab senyap...sehari selepas pulang dari kangaroo island aku keluar pulak dengan tawakal...tak sangka pulak dia telah memperkenalkan dengan halal meat pie vilis yang cafenya 24 jam hanya terdapat di adelaide...aku tak paham kenapa laa depa tak pasarkan ke melbourne...dah ler sedap...rosya yang suka makantu pun cakap sedap...

lima hari di Adelaide: Kangaroo Island lagi

sebenarnya memang banyak sangat tempat di Kangaroo island yang menarik...cuma aku tak sempat nak menulis banyak tentang maklumat menarik di pulau ni...biasalah aku ni kalau dah berjalan penat terus aku fikir nak makan dan tido aje...tapi apa pun memang menarik pengembaraan bersama Christine dan Val kali ni...oh ya, masih banyak lagi foto-foto yang aku tak sempat upload...jadi hari ni lepas lunch tadi rasa macam takde keje nak buat maka aku upload laa beberapa foto yang aku rasakan menarik...memang puas hati laa dapat pergi kangaroo Island...rasa macam nak pegi lagi in the future wohoooo!!!!














Khamis, Februari 24, 2011

lima hari di Adelaide: Remarkable Rock

pertama kali melihat remarkable rock ni ketika menonton filem December boys...dalam filem kelihatan sangat cantik, tapi ia lebih cantik di pandang dengan mata sendiri...ewahh hahaha...dari jauh lagi dah nampak batu tu terlonggok kat atas cliff yang sangat-sangat hampir dengan laut...tertanya-tanya juga apa istimewanya batu macam ni sebagai product pelancongan...kt malaysia pun banyak batu gak...tapi bila dah sampai sana baru aku tau kenapa ia istimewa...ia bukanlah batu yang biasa...dan paling penting kemudahan utk sampai ke batu istimewa ni sangatlah memuaskan hati sesiap sahaja yang berkunjung ke sini...walaupun sedikit bahaya - pelancong boleh jatuh dengan senangnya ke gaung yang berhampiran - tapi ia amat adventure!!