Khamis, Februari 24, 2011

lima hari di Adelaide: Mannum










hampir empat tahun aku tidak mengambil sebarang cuti walaupun pada dasarnya aku sedang bercuti (belajar). justeru, mengambil keputusan untuk melawat Christine and Family, Tawakal, Tristan, Kak Za, Kak Zatul dan Kak Awan di Adelaide sebelum berlepas pulang. mula-mula aku berbelah bagi juga nak pegi. tapi bila fikir-fikir balik, susah juga nak jumpa mereka semua lepas ni...ya la, dengan kos dan masa yang terhad...tapi apa pun akus ernok betul berjumpa Christine dan Val kali ni...bila fikir2 balik dah hampir 6 tahun kami berkawan baik...dalam tempoh itu, berpuluh kad dan hadiah aku terima sebagai tanda persahabatan yang ikhlas...perbezaan budaya dan ideologi tidak dapat memisahkan persahabatan kami yang telah terjalin bertahun-tahun...untuk mengelakkan rasa boring, aku bawak akmal untuk trip ke Adelaide kali ini...puas juga hati aku sebab akmal betul-betul enjoy...trip yang paling menyeronokkan ialah Kangaroo Island...Christine dah banyak kali cakap dia nak bawa aku ke sini sebelum aku pulang ke Malaysia for good. jadi aku turuti sahaja kehendak beliau...tapi hari pertama ke Adelai dekami ke country side melawat Mannum...aku faham tujuan Christine membawa aku ke sana...mengimbas segala nostalgia sekitar 2005-2006...

Tiada ulasan: