Khamis, Februari 24, 2011

lima hari di Adelaide: Kangaroo Island

pagi-pagi lagi Christine bagitau aku untuk berehat secukupnya sebelum ke Kangaroo Island...khabarnya perjalanan agak memakan masa, dan kami akan menaiki feri untuk ke pulau tersebut...jadi esok keesokan harinya, pagi-pagi buta Christine dah mai..aku pulak tak boleh tido malam tu...ya laa rumah orang kan tak biasa ler...hahaha...oh lupa nak cakap, aku dengan akmal tido kat rumah Sam - anak kepada Christine...best betol laa rumah Sam dah laa selesa tak bising plak tu...tak macam bilik aku kat melbourne ni, harap jer tinggal kat city tapi menderita...tiap2 kali lori sampah mai pagi2 aku dah terjaga...kalau 3-4 hari boleh laa..ni kalau 3-4 tahun aku rasa takde sapa yang boleh tahan kot...at least tahan gak hahaha...perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam juga untuk sampai ke cape Jarvis...dari situ kami kena ambil feri ke Kangaroo Island dan ambil masa sekitar 45 minit untuk sampai ke pulau tu...seingat aku last naik feri ialah pada tahun 1997 ke pulau pangkor...laa ni selepas dekat 14 tahun baru nak naik feri sekali lagi...hampir2 gak aku nak muntah sebab mabuk laut...agaknya kalau erwanita dan raja nor aminogue naik feri ni mesti dia terus muntah-muntah mengandung kah kah kah....




sampai jer di kangaroo Island kami terus melawat prospect hill...ada lebih kurang 400 lebih anak tangga...no problemo..sekejap ajer aku dah sampai kat atas...kesian plak aku tengok christine naik setapak-setapak...dah laa tinggi bukit tu...kira macam mendaki batu caves laa kat selangor tu (wlpn aku tak pernah sampai pon kat situ)...hahahaha....tapi bila sampai ke kemuncak bukit tu memang seronok...tak sangka matthew flinders pun dah sampai sini beratus tahun dulu...pemandangan memang indah...boleh nampak cliff dari jauh dan laut yang membiru...




selepas berpenat lelah di prospect hills kami ke pusat pemuliharaan Seal atau nama komersialnnya dalam bahasa melayu slanga 'hanjing laut'...pantai kat situ punya laa bersih tapi disebabkan ia tertakluk bawah akta pemeliharaan hanjing laut ni, maka sorang umat pun tak boleh mandi kat situ...lepas tu kami kemacam-macam tempat laa kami melawat kat sana....awal-awal lagi Val dah tolong tempah tiket untuk tour hanjing laut ni...mula-mula aku ignat boleh laa pegi jalan2 sekali kat pantai tu tapi memang tetap tak boleh...bayar punya la mahal cuma boleh jalan tak sampai seratus meter pun dari entrance...buang duit betol...tapis eronok laa dapat tengok hanjing laut ni dari dekat....




lunch pun ngetop gak walaupun agak panas sedikit hari tu...tapi tempat yang paling aku tak lupakan ialah remarkable rock...memang menarik....(next entry) ..hampir sehari suntuk kami habiskan masa merayap kat kangaroo Island ni...sampai jer rumah aku tak boleh tido penat gila..terus aku call tristan so aku merayap satu malam dengan mamat tu...

Tiada ulasan: