Rabu, Julai 26, 2006

bangun awal

Hari ni aku telah membuat satu kejutan dengan bangun awal pagi..takde laa terkejut sangat sebab aku kan budak baik apa, selalu bangun pagi...heheheh..nak cover laa pulak...tapi yang kelakar tu, Pauline sampai terkejut beruk sebab aku bangun dan mandi lebih awal dari dia..nak buat macam mana kan sebab aku ada temujanji dengan Carly pagi ni untuk teruskan proses editing yang dah delayed selama beberapa minggu..tapi not bad..dah nak siap..cuma tinggal beberapa perkara jer lagi terutamanya stills dan visual yang penting. Tapi ok laa...

Semalam aku called Kak Nosi..dekat satu jam lebih kami berborak..bercerita laa pasal semua benda..tapi yang paling best ialah topik tetap- keturunan raja-raja...mesti menjadi topik dan agenda wajib yang kami akan borakkan..lepas tu aku called pulak Erwan dan Che Tuan..Che tuan masak bubur kacang durian semalam..ceh..sedap betul tu..dah lama aku tak makan durian..masa aku balik cuti musim panas hari tu pun tak sempat makan durian..kat kedai Thuan Phat tu ada laa jual durian tapi dah termasuk dalam kategori hidup segan mati tak mahu..tak nak laa aku beli..kang tak pasal-pasal aku ambik bahagian dalam acara larian berganti-ganti pergi masuk tandas..dah tensen terus hilang idea semua...

Petang semalam waktu aku nak balik dari shopping kat Marion ada laa sorang pompuan tu aku tanya dia pasal nombor bas..rupa-rupanya dia orang Malaysia baru datang dua minggu..Kak Mazne namanya..kesian kat dia tak tahu sapa-sapa pon kat sini..jadik aku sebagai Datuk Bandar Marion kenalah tolong beliau..so, aku dah kenalkan dia dengan Zura...jumaat ni kita orang pi ajak dia ke Central market..aku ingat nak pergi makan kat Knoodle Junction sebagai jamuan introduction....Ok laa..aku dah banyak membebel..nanti kang terlupa itu ini pulak..aku nak pi unibook shop..tengok reader terbaru..kalau ada yang berkenaan aku boleh beli..ok laa jumpa lagi beb!

Selasa, Julai 25, 2006

kelip-kelip dari jauh


Minggu ini adalah permulaan semester yang terakhir di universiti. Rasa memang tidak sabar untuk kembali ke tanah air. Bukan tidak suka untuk tinggal lebih lama di sini tetapi hati aku tetap di Malaya. Jika permohonanku untuk sambung belajar menjadi kenyataan alamatnya lebih lama aku akan tinggal di sini. Mungkin untuk dua hingga tiga tahun lagi. Penghujung musim dingin kali ini tidak begitu menyeronokkan seperti tahun lepas. Mungkin kerana tidak ada aktiviti yang dijalankan. Tapi bila aku fikir balik aktiviti yang aku ikuti tahun lepas tidaklah bermakna sangat selain daripada menonton rancangan kegemaran di televisyen dan DVD. Teruk betul.

Esok aku ada appointment dengan Cole, Helen, dan Carly. Aku pun tidak tahu apa yang Cole akan arahkan untuk aku laksanakan semester ini. Tapi apa yang aku harapkan projek bersama Kementerian akan terlaksana secepat mungkin. Projek ini betul-betul menyeksakan kerana terikat dengan masa dan kualiti produk. Sebenarnya aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh tercebur dalam bidang produksi atau lebih tepat lagi film studies. Ini bukanlah bidang yang aku betul-betul pakar sebenarnya kerana aku lebih berminat dengan dunia politik dan kewartawanan.

Tapi aku tetap bersyukur kerana bidang ini memberikan pengalaman baru yang lebih berharga. Tidak mengutamakan teori tetapi lebih kepada praktikal dan kreativiti. Dan mungkin alasan ini jugalah aku berasa seperti rusa masuk kampung kerana tidak ada satu asas pun yang pernah kupelajari semasa di ijazah pertama dahulu. Ok lah..banyak pulak merapu daripada buat kerja..nanti kena marah pulak..

Isnin, Julai 24, 2006

mengerling bintang

Dalam kehidupan kita selalu mengharapkan sesuatu. Tapi tak semua yang kita harapkan akan jadi kenyataan. Namun kadangkala impian itu akan hadir walaupun ia tiba dengan jangka masa yang agak lewat. Tetapi lebih menakjubkan jika ia datang tanpa kita sedari. Itulah kuasa Tuhan. Sewaktu kecil-kecil dahulu aku cukup suka melihat bintang. Jika terlihat shooting star cepat-cepat aku memejamkan mata dan berhajat sesuatu. Walaupun ia agak kurang logik tetapi ia sebenarnya menambahkan keyakinan dan semangat untuk berusaha mencapai cita-cita. Tidak semua insan di dunia ini mencapai cita-cita dengan jalan yang mudah. Jika berasal dari keluarga yang kurang berada, kejayaan yang dicapai memang menerbitkan bibit-bibit kepuasan dan rasa terharu dalam diri. Puas kerana segala yang dicitakan tercapai dan terharu apabila mengenangkan segala cabaran dan pengorbanan yang telah dilakukan.

Setiap manusia di dunia ini melihat sesuatu dengan persepsi yang berbeza. Jika persepsi itu sama itu mungkin suatu kebetulan. Tetapi mungkin juga tidak jika diasuh dari latar belakang yang sama. Setiap benda akan dinilai dengan pandangan yang serupa. Jika berbeza pun mungkin hanyalah perkataan dan cara ia disampaikan. Aku masih ingat sewaktu aku berjalan kaki ke sekolah rendah antara tahun 1985 hingga tahun 1990. Perjalanan yang mengambil masa hampir 20 minit menjadikan aku biasa dengan tempat yang akan aku lalui dan lewati. Kemungkinan besar apa yang aku lihat sepanjang perjalanan ke sekolah ketika itu tidak sama dengan apa yang aku lihat sekarang jika aku memandu ke arah tempat yang sama. Jalan yang sama dan udara yang sama. Tetapi ‘rasa’ yang dinikmati antara tahun 1985 hingga tahun 1990 mungkin pudar sedikit. Dan ini mungkin adat dan kebiasaan yang pasti akan ditempuhi oleh sesiapa pun.

Kelmarin aku mendongak ke langit dan melihat taburan bintang. Aku berada beribu-ribu batu jauhnya dari kampung halaman. Namun bintang tetap bintang. Bintang yang kuamati dahulu masih tetap sama. Ia memancar terang. Sinar dan kerlipannya jelas dari jauh. Pancaran itu menusuk mata dan jatuh ke hati.

Anugerah yang diberi, kekuatan kita sebenarnya..

Khamis, Julai 20, 2006

tak puas hati betul - 24 punya pasal

Isk, sejak malam tadi sampailah waktu kat dalam shower room aku memang tak puas hati dengan Presiden Charles Logan tu...kurang asam betul..taktik beliau dengan menjadi seorang Presiden Amerika yang pura-pura bodoh telah menipu banyak orang terutamanya isteri beliau Martha dan penasihatnya Mike..tak puas hati sungguh aku..apa pun aku musti beli laa dvd 244 tu..bagus betul laa idea yang datang dari kepala otak pengarah 24 tu..apa pun aku sertakan profile Jack Bauer, Chloe O'Brian dan Presiden Charles Logan...boleh juga dilihat keterangan lanjut tentang siri 24 di http://www.fox.com/24/ yang begitu hebat menentang pengganas..hahaha..lawaknya...sesungguhnya media mempunyai peranan dan pengaruh cukup besar dalam masyarakat..



JACK BAUER
EXPERIENCE: Department of Defense, Washington DC – Special Assistant to the Secretary of DefenseCTU – Director of Field Operations, Los Angeles Domestic UnitCTU – Former Special Agent in Charge, Los Angeles Domestic UnitLos Angeles PD - Special Weapons and Tactics
EDUCATION:LASD - Basic SWAT School Master of Science, Criminology and Law - University of California (Berkeley)Bachelor of Arts, English Literature - University of California (Los Angeles) Special Forces Operations Training Course
MILTARY: US Army - Combat Applications Group, Delta Force Counter Terrorist Group
PERSONAL: WidowedDaughter - Kimberly Bauer


CHLOE O'BRIAN
EXPERIENCE: CTU – Senior Analyst, Los Angeles Domestic UnitCTU – Intelligence Agent, Los Angeles Domestic UnitCTU – Internet Protocol Manager, Los Angeles Domestic Unit
EXPERTISE: Built IPSec architecture.Attacks scripts, computer vulnerabilities, intrusion detection, penetration testing, operational security, viruses Proficiency in Cerberus and PlutoPlus.
EDUCATION: Bachelor of Science, Computer Science - University of California (Davis)
PERSONAL: Single


PRESIDENT CHARLES LOGAN
EXPERIENCE: President of the United States Lt. Governor of CaliforniaCalifornia State Congress, Representative (Santa Barbara)CEO, Western Energy Coal & ReserveVice President, Western Energy Coal & ReserveDirector, Pacific Nuclear Energy
EDUCATION: Bachelor of Arts, History – Princeton University
HONORS: Energy CEO of the Year
PERSONAL: Married – Martha Logan

ikan paus bersama christine

Alamak..penat betul hari ni...aku ni sebenarnya baru balik pergi tengok whales (ikan Paus) kat Victor harbour dan Port Elliot..best jugak sebab waktu kat Great Ocean Road dulu cuma nampak ekor jer dari jauh..laa ni bukan takat ekor malah seluruh badan ikan paus tu aku nampak..adalah besar rumah...waktu aku pergi tengok tadi adalah dalam enam hingga tujuh ekor..kalau masak kenduri boleh laa cover tiga hingga empat negeri kat semenanjung...

Al-kisah semalam aku telah diserang cirit-birit..inilah akibatnya pergi minum air tak masak kat main library..malam ni seperti biasa aku nak pergi memasak...sekejap lagi aku nak tengok siri kegemaran aku 24...lepas tu aku nak buat marketing kit jap sebelum tidur...harap-harap hari ni takde apa-apa masalah lagi seperti semalam..aku dah buang masa banyak disebabkan cirit-birit..ok laa..dah nak malam ni..aku nak balik masak..nanti senang siket kerja aku..jumpa lagi..

Selasa, Julai 18, 2006

diari dan kehidupan

Aku masih ingat lagi dulu aku memang rajin tulis diari..kalau tak silap ada lima hingga enam diari aku ada..tapi lepas jer aku habis study terus aku tak tulis diari dah..beli jer tapi tulis tak..malas betul nak tulis..lagi pun tiada apa yang menarik disamping bilangan kawan-kawan yang semakin mengecil..kalau ada member ramai dah tentu seronok menulis diari..watak dan peristiwa sering bertukar ganti...jika dibaca berulang-ulang pun tidak akan jemu..

Memang betul kata Prof Rajenthran sewaktu di kuliah terakhir tahun ketiga di universiti..kenangan yang paling indah adalah kenangan sewaktu kita sedang berada di alam persekolahan sehinggalah tahun terakhir pengajian ijazah pertama di univerisiti..selepas itu terpulanglah kepada diri kita untuk mencorakkan kenangan seterusnya sama ada indah atau sebaliknya..

Aku mula menulis sewaktu di tingkatan 4..banyak betul benda nak tulis masa tu..pasal cikgu, rakan taulan dan apa-apa sahajalah..tapi kalau diberikan diari sekarang untuk ditulis mesti jadik macam laporan kerja..langsung tiada unsur naratif..kaku dan nak tulis punyalah payah..hehehe..apa laa..lawak betul..

ok laa.aku sebenarnya tengah berborak dengan si erwan ni..dia tengah dok jaga pameran kat DTC..lepas tu malu-malu kucing nak explain kat budak-budak sekolah tentang kajian sex industries yang dia hasilkan tu..apa laa..teruk betul..itu kan realiti masyarakat Thailand..lain kalau made in Malaysia..mesti orang dok kutuk tak habis..

dia wanita....(bukan erwanita)

Bagai pohon tegak berdiri
Sentiasa kau tahan diuji
Bagai Sungai yang terus mengalir
Pengorbanan tetap tak pernah berakhir

Wanita
Engkau bulan engkau juga suria
Wanita
Kerana keistimewaanmu
Terpikul segala amanah di bahumu

Demi kebahagiaan semua
Api kau genggam menjadi bara
Jasad lebur
Semangat tak luntur
Wanita mithali engkaulah obor

lagu nyanyian oleh salamiah hassan dan lirik oleh Habsah Hassan ni pernah berkumandang di Televisyen waktu aku form 3...lama dah..tapi aku cukup terpesona dengan lirik yang terbina..apa pun enjoy..untuk semua wanita di dunia ini...kecuali Erwanita... (hahaha..jangan ko terajang aku sudah..)

Isnin, Julai 17, 2006

Flat yang memalukan

Tengok..aku baru jer puji semalam dah ada pulak kerosakan lain...hot water pulak takde...macam mana aku nak mandi? nasib baik laa tetiba aku mendapat hidayah untuk bangun pagi..kalau tidak biasanya aku bangun tengahari..sampai Frank asyik dok tanya aku "Is this your lunch?" walhal dia tak nampak aku tengah letak spread dan jem kat atas toast....nasib baik tak kena terajang peringkat ketiga pagi-pagi nih..

hmm...khamis ni aku nak pergi Victor Harbour dengan Christine..seronoknya!!! lama tak pergi excursion dengan dia..tapi aku nak suruh dia bawak aku pergi rumah kakak dia waktu penghujung semester akhir ini sebab aku nak tengok kuda secara lebih dekat..boleh bawak Molly sekali...mesti seronok tu main kejar-kejar tengah padang...terasa macam cerita House in Praire pulak...hahahaha...

ok..laa..cukup setakat nih...aku ingat nak ke Sturt campus..nak tengok apa jadi dengan dokumentari aku..lama tak jengah kang tak pasal-pasal aku kena marah dengan Cole pulak..ok laa jumpa lagi...bai! bai! bedebai!

Ahad, Julai 16, 2006

Hai...macam mana nih...sejuk siket tak tahan...bila sejuk jer sampai dua heater aku pasang...bilik aku dah jadik macam tempat membakar kek dan biskut...tapi memang banyak kek dan biskut pun...bekalan semasa winter...bosan laa takde apa-apa yang nak dikunyah nanti..nak-nak lagi bila di 'faraidkan' dengan shot black..hmmm...nyaman sekali...ngetop gue!!

Semalam aku pergi pasar dengan budak Zura..kali ni dengan misi membeli ikan dan makanan laut..bermacam-macam laa aku beli..nampak macam iron chef semua sekali aku borong termasuk apam balik (kesemuanya aku dah terbalikkan) dan nasi lemak...bukan senang nak dapat benda-benda macam ni kat sini..kena travel laa dulu selama setengah jam..ceh! kalau kat kerinchi, petik jari jer boleh dapat kat depan gate Vista tu...

Hmm..pagi tadi aku sms si erwan..ingat nak telefon dia jap..biasa laa berbincang tentang isu-isu semasa yang terkini...politik, ekonomi, sosial dan lain-lain..tapi dia ada kelas pulak..sekali dengan che tuang kot..tapi takpe lepas aku call mak aku jap lagi, then aku call erwan laa pulak...Azah pun ada text aku tadi..dia tengah sibuk menonton Pirates of The Carribean..tapi secara jujur dia beritahu aku yang dia cuma nak melihat aksi Orlando Bloom..bukan nak menghayati cerita..teruk betul minah ni..

ok laa..library pon dah nak tutup..teruk betul laa mat salleh nih..weekend pun tutup cepat..hey, malam ni ada cerita favourite aku dan Erwan..Legally Blond....kalau ada si Erwan mesti dia dah mengajuk semua dialog dalam filem ni..hahaha...
Malam tadi aku bersengkang mata (pura-pura jer bersengkang tu) sebab jadi ahli fikir sekejap nak menggoreng proposal yang aku kena tulis ni..kelakar sungguh sebab bila dah dapat idea tiba-tiba jer buku-buku rujukan tu aku dah pulang..apa pun kena siapkan jugak proposal dan borang-borang segala sebelum Ogos menjelang..kalau tidak nanti payah nak apply lagi..

pagi ahad ni hujan...pagi semalam pun hujan jugak..tapi syok laa jugak tak panas macam kat Malaya...itu antara punca ramai yang tertekan dengan kerja..nak-nak insan yang sibuk nak jadikan anak bangsa pandai-pandai...macam cikgu contohnya...hehehe...apa laa..fakta tak telus..
jap lagi aku nak call erwan..lama dah tak call...semalam dia text aku cakap pergi beli durian nak buat pengat..hebat jugak dia sekarang dah terror buat pengat...mest dia menuntut ilmu dengan Che Tuan tu..hahaha...Che tuan memang pandai masak..cakap laa apa ajer semua dia tahu buat..tapi ada juga masakan yang dia tak terror lagi..contohnya masakan yang aku masak..dia memang tak boleh tiru punya laa.....kah kah kah...

*sapa makan masakan aku musti sakit perut lepas tu...that's why takde siapa pun yang boleh mencabar masakanku itu...

Sabtu, Julai 15, 2006

lirik yang cukup nostalgik..
untuk semua wanita di dunia ini (kecuali erwanita)

Wajah selembut bayu
Lenggang dan lenggokmu
Keperibadian wanita
Ayu
Di dalam keayuan
Ada kekuatan, Engkaulah racun
Kau penawarInsan
Bagai dermaga di pelabuhan
Berdiri gagah, sendirian
Hadapi gelora, kehidupan
Kau memberi, Menerima
Menempuhi segala dengan rela
Tapi ada masanya
Engkau api panas membakar
Ada ketikanya
Kau penawar bisa
Kaum wanita, ciptaan istimewa
Suka duka berganti,Rahsia tersembunyi di hati
Tabahnya hatimu
Beriman berilmu
Wanita sumber ilham selalu

Selasa, Julai 11, 2006

Acara wajib pagi sabtu macam ini ialah menonton rancangan kegemaran aku- That's so Raven....gelagat Raven dan rakan-rakannya membuatkan aku tergelak besar...walau apa pun memang enjoy..malam ni aku mesti sambung balik tulis proposal...kalau tidak alamat memang lambatlah siap..apatah lagi dengan cuaca yang tidak menentu dan selalu buat aku tarik selimut..
Beberapa hari yang lepas aku terima e-mail dari Hussien. Dia sudah hampir menjawat jawatan tetap di LHDN...cuma sekarang ini dia dalam proses ke arah itu dan terpaksa melibatkan diri dalam PALAPES...senanglah sedikit kerja aku nanti dalam acara membayar cukai..hahahaha...apa pun Hussien, tahniah kerana tidak jemu-jemu berusaha...

Hmmm...hari ini aku ingat nak ke Medical Library untuk memulangkan beberapa khazanah yang telah kupinjam beberapa hari...tak sangka pulak aku boleh pulang buku yang ku pinjam di mana-mana library di sini (walaupun aku bukan pelajar perubatan)....jimat sedikit masa aku..hahaha...Erwan beritahu aku dua hari lepas Che Tuan jatuh di tengah jalan raya...simpati pulak aku dengar walaupun dalam hati menahan gelak..sebabnya mudah...waktu Erwan hampir dirompak tempohari Che Tuan gelak besar..kali ni orang pulak gelakkan dia...

ok laaa..sebelum aku pulang ke flat aku nak tengok suntingan dokumentari yang hampir 80 peratus siap..aku masih lagi tertunggu berita dari Carly dan Helen..bimbang juga aku kerana footage yang dijanjikan tidak juga sampai-sampai...apa pula kata Cole nanti..ok laa..aku nak e-mail Carly sekarang juga..
bye!