Ahad, September 27, 2009

~ and the way you sip, your tea.....



hari ni aku bangun agak lewat -- sekitar jam lapan pagi..cuaca agak sejuk hari ni..tak tau ler apesal..lepas jer mandi, aku terus basuh baju yang hampir seminggu tak berbasuh...siap jer basuh baju, terus aku bersiap pergi office..sampai office, tengok alvin dah sampai..aku ingat takde orang weekend macam ni...semua orang ah panik sebab presentation dah nak dekat...kakakaka...takutnya...hari ni kena buat kerja lebih siket..aku terus bancuh kopi dan bakar roti...makan sambil tengok pokok yang ditiup angin menerusi tetingkap kaca...

gambar waktu form 5 -- sekolah menengah bandar easter (1995)

aku memang tak berapa gemar letak sebarang gambar kat dalam blogs harum sundal malam ni..maklumlah, nanti orang cakap aku gila populariti..kakakaka....anyway, aku nak ucap banyak terima kasih kat encik hairul zairi bachok sebab sudi scan koleksi gambar-gambar pelajar tingkatan lima sesi 1995, sekolah menengah bandar easter, kota tinggi johor..sekali dia bagi empat keping gambar sekali..semuanya dari kelas tingkatan lima sains (perasan glamour), lima perdagangan, lima teknikal 1 dan lima teknikal 2 (kelas aku). dengan kehidupan beliau yang semakin sibuk, bukan senang nak mintak special request dari beliau..apa pun terima kasih banyak-banyak...tapi macam biasa laa kan...masa tu takde lagi culture ambik gambar in very poetic way macam hari ni...jadi mutu gambar sangat ler teruk dan kualitinya boleh dikira tahap satu bintang setengah...tapi dari segi nostalgia, ia boleh laa diberi 3 bintang setengah..okay la tu kan..takkan nak bagi lima bintang...kalau sekolah tu macma high schol music boleh laa aku bagi lima bintang...kakakaka...tengok jer laa background gambar tu...dengan dinding berlumut dan tiang bendera...entah hapa-hapa...patut amek laa gambar dengan lebih kreatif...tapi seperti apa yang aku cakap tadi, zaman tu belum moden sepenuhnya lagi...teknologi pon banyak tak sampai...jadi, sila ambil perhatian ya? kakakaka....



ini gambar kelas aku -- lima teknikal dua...dan seperti biasa aku superimpose muka aku yang glamour tu dengan lukisan abstract ala salvador dali -- liquid desire laa kononnya...kakakaka..tak perlu laa tunjuk muka, lagi pon aku bukan gila publisiti...cikgu kelas aku ni cikgu wardah haji daud..dia ajar matematik dan aku seperti biasa sebagai ketua kelas -- ehemm ehemm... (tapi masa tu aku takde laa berlagak wakakakakaka)akan tolong beliau isi rekod kedatangan, amek kapur kat pejabat, kelas sentiasa kemas dan tak bising kalau cikgu takde...disebabkan kelas aku ni budak lelaki boleh dibilang dengan jari, maka takde laa bising macam nak rak kalau cikgu takde...lagi pon semua pelajar pompuan kelas aku bersopan santun dan ramah tamah...kakakaka...nak sebut nama satu-satu pon aku dah tak berapa ingat, tapi nanti aku update balik laa blogs ni dari masa ke semasa dengan nama budak-budak kelas aku tu...



ini pulak foto ahli kelas lima perdagangan bersama cikgu noriah tua...maklumlah ada dua cikgu nama noriah masa tu..satu noriah muda yang kami panggil norah cun..yang ni plak cikgu noriah yang lebih tua dari cikgu noriah cun...jadi, kami gelarkan dia cikgu noriah yang tua...ketua kelas ni ialah encik hairul zairi bachok..kelas ni adalah kelas kedua terbijak mengikut ranking rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat pengetua sekolah menengah bandar easter..tapi aku tak tau laa macam mana kaedah ranking yang depa buat..guna hitungan astronomi atau undi sms kot? kah kah kah..sorry laa kutuk siket..apa pon selamat hari raya maaf zahir batin...kelas zairi ni ramai geng-geng budak 6 cempaka waktu sekolah kebangsaan bandar easter dulu..antaranya macam zaki pua'at (member baik aku), norlindah riduan, dan amizah amin..aku selalu bertandang ke kelas lima perdagangan ni untuk menyertai festival filem syok sendiri anjuran razali and the gang...lama takd engar kisah si razali ni..mana dia pergi sekarang? sebut pasal dia, teringat aku waktu dia sibuk berkempen dan melobi jawatan pengerusi putera islam, selepas tewas teruk dalam persaingan merebut jawatan ketua pengawas dan penolong ketua pengawas...hebat betul masa tu berkempen dah sama tahap pemilihan bahagian UMNO Malaysia..cuma takde laa rasuah atau character assasination...bersih kempen masa tu...



ini pulak kelas paling pandai dan genius tahun 1995, sekolah menengah bandar easter...guru kelas ni ialah cikgu sunnah...yer laa kan, kelas sains...dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang...kira kelas ni macma kelas kucing belang disebabkan kepintaran dalam matematik dan subjek sains kritikal macam kimia, biologi dan math tambah tolak...yang kelas-kelas tahap pariah macam kelas teknikal dan kemanusiaan hanya bertumpu dengan subjek tak popular dan geli orang nak amek macam sastera, pendidikan seni dan sains pertanian (apa tu? nak jadik petani ke?)..aku tak berapa kenal sangat orang-orang kelas sains ni sebab mereka terasing di tingkat dua dan hidup dalam dunia mereka di makmal..kalau budak-budak sains ni lalu, semua budak-budak kelas pariah akan tunduk dan bagi hormat...kira macam hubungan antara raja dengan rakyat pacal yang hina laa...itu tak masuk lagi masa pelajar bijak pandai terpilih belum pergi asrama penuh..lagi laa nak lalu depan kelas mereka pon takut...nak tengok muka pon tak berani...kakakakaka...aku cuma kenal yahya fadzli sebab dia ketua pengawas dan agak rapat juga dengan geng-geng aku masa tu...satu perkara yang aku ingat pasal si yahya ni, dia suka pakai krim muka hazeline snow...so, pagi-pagi nampak ler bercahaya muka dia macam seputih salji dipanahi mentari..kakakakaka....sorry ek..kutuk siket..selamat hari raya maaf zahir batin...



ini gambar kelas lima teknikal satu...guru kelas -- cikgu zuraidah..kelas ni di kira kelas celebriti sebab ramai ahli sukan dan artis yang kononnya mereka glamour tahap serena dan venus williams....masa tu yang wakils ekolah dalam pelbagai bidang sukan datang dari kelas ni ler..antara yang terkenal macma yasir ali dan norhazlin kliwon...yang popular mengalahkan artis macam esmawati multar, lailizah rahman, aini shahrin, rizal haron (hahahahaha) dan ramai lagi...tak larat aku nak mengingatnya...ada yang bergaduh baling-baling kerusi semua dtang dari kelas ni laa jugak...kira masa tu nak mendalami teknik lakonan laa kan..tu yang sampai baling-baling kerusi...hahahaha..lawak-lawak...selamat hari raya maaf zahir batin laa yer...

khabar dari felda simpang waha






semalam aku bergosip dengan mak aku..biasalah hujung minggu macam ni bergosip laa kejenya...semuanya tentang hal ehwal semasa dan perkembangan penduduk di felda simpang waha, kota tinggi, johor. mak aku bergebang yang cikgu wardah dan cikgu iskandar ada mai rumah pada malam hari raya pertama. khabarnya mereka tak nak datang waktu siang hari kelak orang tiada kat rumah macam selalu. kakakaka....zatul pun dah masuk sekolah menengah..teringat dulu waktu dia kecik aku ler yang sibuk mendukung ke sana ke mari kalau mak aku sibuk buat keje kat dapur...lama betul aku tak contact cikgu iskandar..tapi bila contact pon apa yang aku nak cakap? jadik sms jer laa..kakaka....cuma yang aku ingat ialah kenangan dan nostalgia waktu kat sekolah menengah bandar easter 1994-95 ler...itu pon sebab cikgu wardah tu cikgu kelas aku...kebetulan, cikgu Iskandar ajar aku pendidikan seni...tapi yang aku paling tak lupa bila dia bagi aku hadiah kotak punya besar dan aku bawak ler hadiah tu dari sekolah sampai ke rumah...udah ler panas terik, jalan kaki pulak tu pegang kotak hadiah tu...aku pon tertanya-tanya apa kebenda laa besar sangat rupanya hadiah punya ler kecik...kakakaka...terkena jugak aku...aku simpan lagi buku autograf tu sampai sekarang kat dalam laci kat felda waha tu...bila sesekali aku bukak, nak tergelak-gelak ler jugak...hari raya pertama tahun ni di rumah aku agak sibuk..dengan nak kena marhaban dari rumah yang sebanyak dua puluh empat buah dan saudara mara yang datang dari jauh...hari raya kedua pergi pula ke segamat, pahang dan negeri sembilan..mak aii jauhnya...tak penat ke? kalau aku dha lama aku tido kat rumah lagi baik..al-maklumlah, raya kan sebulan..bila-bila boleh pergi ke rumah sedara mara...kakakaka....cakap macam hebat -- macam biasa ler...takat bilang, semua orang boleh....oh ya...dengarnya kampung dayang erwanita --paya rumput; dirasuk hantu puaka...hahaha..itu laa hang dok hias bilik macam studio celebriti...itu yang smeua hantu dok mai tumpang sekali...kakakaka....lawak-lawak...

Jumaat, September 25, 2009

all the way....





















aku dok perhati kat meja ofis...bersepah-sepah...dengan surat khabar lama, tupperware, coffee plunger, cabel, notes, etc...buku-buku tak usah cakap..dan aku pon dah tak tahu nak bezakan mana satu buku library dengan yang aku punya..tapi takpe..yang cantik dan baru tu aku punya laa...kah kah...bila fikir-fikir balik dah pun nak masuk tiga tahun..cepat betul masa berlalu..rasa macam sekejap jer aku say good bye kat dayang erwanita di terminal ERL, KL sentral..dan dalam masa tiga tahun tu jugak bermacam-macam perkara yang berlaku yang aku malas nak fikir lagi...masa outing dengan secret society semalam macam-macam isu aku dengar...tapi aku harap aku tak berhadapan dengan apa-apa masalah untuk siapkan kerja-kerja aku kat sini...okay laa..aku nak sambung keje ni...

keje laa beb!!

hari ini aku sampai agak awal, walaupun tak seawal semalam...hujan baru jer berhenti...tapi tak sesejuk bulan-bulan yang lepas...jadi aku keluar dengan pakai t-shirt dan jeans macma biasa...tapi akus arung laa jugak jaket yang dah bertahun tak berganti..nak beli yang baru tapi pokai pulak...maklumlah semua budget terpaksa spend banyak kat amazon...tapi okay ler, bukan orang perasan pon...semalam rosya bagi aku biskut suji...dia tak sangka plak aku peminat setia biskut suji..tu yang dia bawak semangkuk untuk aku...kakakakaka...aku bukanlah peminat nombor satu pon, cuma aku ni peminat bab makan-makan....hahaha...semalam aku keluar dengan geng-geng secret society ke french cafe...macam biasa aku pon melantak tak hengat ler...kakakaka...hari ni vicky mesti mai office...tu mesti nak ajak aku kuar minum lagi...boleh laa..kat mana yer nak pergi?

Rabu, September 23, 2009

tido lewat

malam tadi aku tido lewat jadi aku rasa macam mata aku dah koyak rabak...memang aku takde mood nak pi office hari ni tapi aku gagahkan jer pergi..cuma aku nak balik awal kot hari ni dan tido awal..semalam aku ke rumah rosya dan zack sebagai memenuhi jemputan aidilfitri..mula-mula memang malas nak pergi tapi bila difikirkan semula rasa tak seronok pula kalau tak datang..jadi, aku pun pergi laaa...lepas jer balik aku terus pi ofis jap dan balik rumah...tido sekejap dan kembali semula ke ofis...type itu ini lebih kurang dan terus balik ke rumah tido...tapi sebelum tido rosya called pulak...maka bergossip laa sekejap untuk jangka masa 45 minit sebelum bateri phone dia flat...alvin ajak lunch lepas ni..tak tau nak lunch kat mana lagi...

Selasa, September 22, 2009

hujan lebat

malam tadi hujan turun sangat lebat...aku dok kat ofis sampai jam 11 lebih sebelum decide balik rumah...alvin dan wotka dah balik awal..rasanya depa dah tak tahan mengantuk kot...aku ingat nak stay back sampai jam 2-3 pagi tapi memandangkan keselamatan tak terjamin, takut ler pulak...jadi, aku decide balik dalam hujan renyai-renyai berbekalkan sekaki payung...nasib baik hujan kat sini tak selebat hujan di kuala lumpur...jalan kaki tanpa payung pon lambat basah...kalau kat KL habis basah macam masuk dalam sungai...kakakaka....balik jer rumah faizal suruh aku makan banyak benda..ada cake, cookies entah dari mana dia dapat pon aku tak tahu...aku pon sebat jer laaa...dah ler lapar sebab pagi tadi aku cuma makan instand noodles jer...kakaka...cam gampang...

Ahad, September 20, 2009

as time goes by ~






















bulan puasa dan hari raya pon dah over..sekarang aku bleh fokus dengan lebih kuat lagi dengan research...malam tadi aku bersembang dengan housemate (yang hingga sekarang aku tak ingat siapa namanya)sampai jam tiga pagi..lepas tu aku bantai membuta sampai jam sebelas setengah pagi...aku terjaga pun sebab terima sms dari yudi di Jakarta - wish selamat hari raya...diikuti oleh beberapa orang lagi research mate yang ucap selamat hari raya...well, selamat hari raya laa jugak....lepas jer mandi, aku terus ke kitchen bawah tu...selalunya faizal akan masa awal sempena hari raya ni..lagi pon restoren tak bukak...tengok-tengok takde apa pon..tak kisah laa tu...aku terus jer pergi office...rupanya Alvin dah sampai sejak pagi tadi...aku call Wotka...malangnya dia ada hal pulak...kalau tak boleh pergi keluar minum...bukak fridge smoked salmon semalam ada lagi..terus aku buat sandwich..not bad...boleh laa...siapkan milk tea dan orange juice...pasang lagu as time goes by...what a day! hahaha....

Eid Mubarak!





pemilik blogs ini ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua pengunjung. Terima kasih.

Ahad, September 13, 2009

acara maki hamun


















aku geram betol tengok footy malam tadi adelaide crows kalah tipis dengan collingwood...maka terkeluarlah maki hamun...macam biasa laa kan bila team favourite kalah keluar laa ayat-ayat cinta yang tak patot...aku ni dok tertunggu-tunggu bila laa Adelaide Crows nak menjuarai AFL...lembab betol...apa laa...tak pasal-pasal aku yang tak pernah tengok footy bleh terjangkit sama..ni yang angelo cakap aku dah terkena footbal fever...kah kah kah...

keje laa wei...

maaf laa...aku tak sempat nak update apa pon kat sini...pulak tu tak tau nak cerita apa selain daripada duduk kat ofis mengadap pc dan menulis...minggu ni last puasa...boleh laa aku makan dan minum macam biasa...dan paling penting boleh laa aku fokus dengan lebih baik menulis dan membaca...tak ada mengira (i hate maths)...dua hari lepas kak liza inform aku yang pak din mai ke Ade. untuk bengkel...lama batoi aku tak call orang tua tu..musti dia bengang giler..jadik, aku pon try ler call...seperti yang dijangka dengar laa siket bebelan sarcastic..kah kah kah..nak buat macam mana aku pon bila buat keje leka tak sempat nak call bekas penghulu pasadena tu...tapi apa pon aku nak ucap tahniah kat pak din sebab dia berjaya dalam misi menyiapkan kajian dalam masa yang ditetapkan..maka, berkobar-kobar ler aku dengan kak liza nak buat cam tu gak...kakakaka....oh, ya...apa plan hari raya tahun ni? takde apa pon kot sebab aku kena gak pi ofis..bila dah bertahun-tahun bua tbenda sama, sometimes tu rindu gak nak berhari raya...masalahnya nak berhari raya macam mana kerja tak siap..lain laa kalau kerja semua dah siap boleh laa aku goyang kaki....hari ni suam-suam kuku..malam tadi angin bertiup kencang...nasib baik aku tak terbang sekali...sepanjang jalan aku asyik laa dok terbersin sebab pollen yang berterbangan ke sana sini...