Ahad, September 27, 2009

gambar waktu form 5 -- sekolah menengah bandar easter (1995)

aku memang tak berapa gemar letak sebarang gambar kat dalam blogs harum sundal malam ni..maklumlah, nanti orang cakap aku gila populariti..kakakaka....anyway, aku nak ucap banyak terima kasih kat encik hairul zairi bachok sebab sudi scan koleksi gambar-gambar pelajar tingkatan lima sesi 1995, sekolah menengah bandar easter, kota tinggi johor..sekali dia bagi empat keping gambar sekali..semuanya dari kelas tingkatan lima sains (perasan glamour), lima perdagangan, lima teknikal 1 dan lima teknikal 2 (kelas aku). dengan kehidupan beliau yang semakin sibuk, bukan senang nak mintak special request dari beliau..apa pun terima kasih banyak-banyak...tapi macam biasa laa kan...masa tu takde lagi culture ambik gambar in very poetic way macam hari ni...jadi mutu gambar sangat ler teruk dan kualitinya boleh dikira tahap satu bintang setengah...tapi dari segi nostalgia, ia boleh laa diberi 3 bintang setengah..okay la tu kan..takkan nak bagi lima bintang...kalau sekolah tu macma high schol music boleh laa aku bagi lima bintang...kakakaka...tengok jer laa background gambar tu...dengan dinding berlumut dan tiang bendera...entah hapa-hapa...patut amek laa gambar dengan lebih kreatif...tapi seperti apa yang aku cakap tadi, zaman tu belum moden sepenuhnya lagi...teknologi pon banyak tak sampai...jadi, sila ambil perhatian ya? kakakaka....



ini gambar kelas aku -- lima teknikal dua...dan seperti biasa aku superimpose muka aku yang glamour tu dengan lukisan abstract ala salvador dali -- liquid desire laa kononnya...kakakaka..tak perlu laa tunjuk muka, lagi pon aku bukan gila publisiti...cikgu kelas aku ni cikgu wardah haji daud..dia ajar matematik dan aku seperti biasa sebagai ketua kelas -- ehemm ehemm... (tapi masa tu aku takde laa berlagak wakakakakaka)akan tolong beliau isi rekod kedatangan, amek kapur kat pejabat, kelas sentiasa kemas dan tak bising kalau cikgu takde...disebabkan kelas aku ni budak lelaki boleh dibilang dengan jari, maka takde laa bising macam nak rak kalau cikgu takde...lagi pon semua pelajar pompuan kelas aku bersopan santun dan ramah tamah...kakakaka...nak sebut nama satu-satu pon aku dah tak berapa ingat, tapi nanti aku update balik laa blogs ni dari masa ke semasa dengan nama budak-budak kelas aku tu...



ini pulak foto ahli kelas lima perdagangan bersama cikgu noriah tua...maklumlah ada dua cikgu nama noriah masa tu..satu noriah muda yang kami panggil norah cun..yang ni plak cikgu noriah yang lebih tua dari cikgu noriah cun...jadi, kami gelarkan dia cikgu noriah yang tua...ketua kelas ni ialah encik hairul zairi bachok..kelas ni adalah kelas kedua terbijak mengikut ranking rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat pengetua sekolah menengah bandar easter..tapi aku tak tau laa macam mana kaedah ranking yang depa buat..guna hitungan astronomi atau undi sms kot? kah kah kah..sorry laa kutuk siket..apa pon selamat hari raya maaf zahir batin...kelas zairi ni ramai geng-geng budak 6 cempaka waktu sekolah kebangsaan bandar easter dulu..antaranya macam zaki pua'at (member baik aku), norlindah riduan, dan amizah amin..aku selalu bertandang ke kelas lima perdagangan ni untuk menyertai festival filem syok sendiri anjuran razali and the gang...lama takd engar kisah si razali ni..mana dia pergi sekarang? sebut pasal dia, teringat aku waktu dia sibuk berkempen dan melobi jawatan pengerusi putera islam, selepas tewas teruk dalam persaingan merebut jawatan ketua pengawas dan penolong ketua pengawas...hebat betul masa tu berkempen dah sama tahap pemilihan bahagian UMNO Malaysia..cuma takde laa rasuah atau character assasination...bersih kempen masa tu...



ini pulak kelas paling pandai dan genius tahun 1995, sekolah menengah bandar easter...guru kelas ni ialah cikgu sunnah...yer laa kan, kelas sains...dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang...kira kelas ni macma kelas kucing belang disebabkan kepintaran dalam matematik dan subjek sains kritikal macam kimia, biologi dan math tambah tolak...yang kelas-kelas tahap pariah macam kelas teknikal dan kemanusiaan hanya bertumpu dengan subjek tak popular dan geli orang nak amek macam sastera, pendidikan seni dan sains pertanian (apa tu? nak jadik petani ke?)..aku tak berapa kenal sangat orang-orang kelas sains ni sebab mereka terasing di tingkat dua dan hidup dalam dunia mereka di makmal..kalau budak-budak sains ni lalu, semua budak-budak kelas pariah akan tunduk dan bagi hormat...kira macam hubungan antara raja dengan rakyat pacal yang hina laa...itu tak masuk lagi masa pelajar bijak pandai terpilih belum pergi asrama penuh..lagi laa nak lalu depan kelas mereka pon takut...nak tengok muka pon tak berani...kakakakaka...aku cuma kenal yahya fadzli sebab dia ketua pengawas dan agak rapat juga dengan geng-geng aku masa tu...satu perkara yang aku ingat pasal si yahya ni, dia suka pakai krim muka hazeline snow...so, pagi-pagi nampak ler bercahaya muka dia macam seputih salji dipanahi mentari..kakakakaka....sorry ek..kutuk siket..selamat hari raya maaf zahir batin...



ini gambar kelas lima teknikal satu...guru kelas -- cikgu zuraidah..kelas ni di kira kelas celebriti sebab ramai ahli sukan dan artis yang kononnya mereka glamour tahap serena dan venus williams....masa tu yang wakils ekolah dalam pelbagai bidang sukan datang dari kelas ni ler..antara yang terkenal macma yasir ali dan norhazlin kliwon...yang popular mengalahkan artis macam esmawati multar, lailizah rahman, aini shahrin, rizal haron (hahahahaha) dan ramai lagi...tak larat aku nak mengingatnya...ada yang bergaduh baling-baling kerusi semua dtang dari kelas ni laa jugak...kira masa tu nak mendalami teknik lakonan laa kan..tu yang sampai baling-baling kerusi...hahahaha..lawak-lawak...selamat hari raya maaf zahir batin laa yer...

2 ulasan:

joew travolta berkata...

bro, lu dok cite kisah lu jer.. tunjuk la gambar lu...

joew travolta berkata...

bro, lu dok cite kisah lu jer.. tunjuk la gambar lu...