Ahad, September 27, 2009

khabar dari felda simpang waha






semalam aku bergosip dengan mak aku..biasalah hujung minggu macam ni bergosip laa kejenya...semuanya tentang hal ehwal semasa dan perkembangan penduduk di felda simpang waha, kota tinggi, johor. mak aku bergebang yang cikgu wardah dan cikgu iskandar ada mai rumah pada malam hari raya pertama. khabarnya mereka tak nak datang waktu siang hari kelak orang tiada kat rumah macam selalu. kakakaka....zatul pun dah masuk sekolah menengah..teringat dulu waktu dia kecik aku ler yang sibuk mendukung ke sana ke mari kalau mak aku sibuk buat keje kat dapur...lama betul aku tak contact cikgu iskandar..tapi bila contact pon apa yang aku nak cakap? jadik sms jer laa..kakaka....cuma yang aku ingat ialah kenangan dan nostalgia waktu kat sekolah menengah bandar easter 1994-95 ler...itu pon sebab cikgu wardah tu cikgu kelas aku...kebetulan, cikgu Iskandar ajar aku pendidikan seni...tapi yang aku paling tak lupa bila dia bagi aku hadiah kotak punya besar dan aku bawak ler hadiah tu dari sekolah sampai ke rumah...udah ler panas terik, jalan kaki pulak tu pegang kotak hadiah tu...aku pon tertanya-tanya apa kebenda laa besar sangat rupanya hadiah punya ler kecik...kakakaka...terkena jugak aku...aku simpan lagi buku autograf tu sampai sekarang kat dalam laci kat felda waha tu...bila sesekali aku bukak, nak tergelak-gelak ler jugak...hari raya pertama tahun ni di rumah aku agak sibuk..dengan nak kena marhaban dari rumah yang sebanyak dua puluh empat buah dan saudara mara yang datang dari jauh...hari raya kedua pergi pula ke segamat, pahang dan negeri sembilan..mak aii jauhnya...tak penat ke? kalau aku dha lama aku tido kat rumah lagi baik..al-maklumlah, raya kan sebulan..bila-bila boleh pergi ke rumah sedara mara...kakakaka....cakap macam hebat -- macam biasa ler...takat bilang, semua orang boleh....oh ya...dengarnya kampung dayang erwanita --paya rumput; dirasuk hantu puaka...hahaha..itu laa hang dok hias bilik macam studio celebriti...itu yang smeua hantu dok mai tumpang sekali...kakakaka....lawak-lawak...

Tiada ulasan: