Ahad, Oktober 25, 2009

special edition - workin space :P

aku memang tak pernah letak any photos tentang tempat keje aku...tapi entry kali ini aku akan letakkan beberapa keping foto tempat aku berkerja sejak april 2007 sehinggalah berakhir pada 6 november 2009 ni...lepas ni kami akan berpindah ke working space yang baru di building 9...aku sebenarnya lebih menggemari building 4 sebab kaya dengan nilai-nilai sejarah...foto-foto ni aku snap semalam sebab aku takde keje nak buat..biasalah break sekejap lepas presentation....pecah kepala beb nak menulis tanpa henti 24 jam...ingat printing machine ke? hahaha...okay laa any way enjoy...
- ini pintu masuk utama working space...buruk kan? maklumlah bangunan lama...rasa dekat 150 tahun dah...tu yang pintu macam pintu penjara...muahahahaha

-yang ni plak tangga yang aku panjat tiap-tiap hari nak pergi masuk office...moral untukr ajak nok humalagapas, kalau nak kurus panjatlah tangga selalu..haha..

-ini pintu masuk workin space...nampak macam pintu bilik air jer..kah kah..buruk betul...siap ada tampal-tampal kertas lagi...

-ini shot pintu masuk dari dalam working space...jangan ingat uni kat sini kaya walaupun hang bayar dekat setengah juta yuran...

- tempat viki...berhabuk dan sapa pi situ mesti bersin sebab banyak habuk..pemalas punya viki...haha..

- yang ni plak communal kitchen...bersepah-sepah...nasib baik ad acleaner datang tiap-tiap pagi tolong kemas..mesti dia maki hamun tiap2 hari...

- nama pon bangunan umur lebih 100 tahun...jadi tingkap pon klasik ler...tu yang semua lalat dan langau masuk sekali...

- beberapa lagi tiang yang ada kat dalam workin space...tapi aku tak panjat laaa...

- tu dia...bersepah-sepah macam tongkang pecah...maklumlah takde siapa yang sudi tolong kemas....tengok jer laa dengan cawan, buku segala...semua ada...

-tiang ni kat tepi cubicle workin space aku jer...tiap2 hari aku peluk dan cakap dengan tiang ni..kah kah kah...jangan ingat aku gila plak...

too much


aku dah mula start kemas working space...malas nak tunggu next week sebab ada banyak benda lain aku nak buat...dengar-dengar new working space takde laa sengetop working space sekarang..mesti takde privacy...tapi kita tengok laa dulu macam mana design space baru tu...tapi waktu aku pergi lunch dua hari lepas kat building 9, design memang ngetop...tapi tak tau laa kalau indah khabar dari rupa....nurul dan wotka mai ofis semalam...kita orang dok berborak tentang research dan isu-isu semasa...disebabkan aku lewat bangun pagi tadi, jadi taks empat nak join dia orang pi vic market shopping..tapi bagus gak sebab aku pon dah broke giler laa ni..kah kah kah...bila laa scholar nak masuk? hari ni agak mendung berarak awan kelabu, tapi masih sejuk siket...okay laa, aku nak start packing buku-buku aku dulu...my precious....haha...

Sabtu, Oktober 24, 2009

penat...


maaf sebab dah lama tak update anything...aku terlalu sibuk dengan presentation dan kerja-kerja sampingan...tapi aku agak seronok minggu ini, sebab christine dan val datang ke melbourne...dah hampir 5 bulan aku tak bertemu christine...dan seperti biasa dia yang selalu melawat aku kat sini sedangkan aku tak pernah ke adelaide hampir setahun...tapi takpe, next year aku akan pergi ke sana...kali ni pasti confirm...selain daripada tak banyak masa yang tinggal untuk aku siapkan kerja-kerja di sini, aku jugak kena berjimat sebab scholar tak banyak yang tinggal. tapi tak apa lah...aku harap aku boleh melawat christine at least setahun sekali bertanya khabar berita...lepas jer habis presentation - thanks to andrew and nurul sebab mai bagi support, aku terus keluar dengan christine, val, alvin dan wotka untuk makan malam. kali ni christine belanja kami di restoren mewah walaupun makanannya aku rasa faizal masak lagi best...kah kah kah..mungkin tekak aku ni tekak melayu kot...wakakaka...lepas makan, kami pergi ke brunetti untuk minum kopi dan dessert..kami berborak hingga lewat 9 malam dan terus hantar christine dan val di service apartment tempat mereka menginap..nasib baik ler tak jauh...hehe.

Khamis, Oktober 15, 2009

memori semalam - maktab adabi maharani muar


masa aku dok berborak dengan raja nok hum alagapas kelmarin, terkeluar pulak kisah-kisah waktu aku study kat maktab adabi maharani muar untuk stpm tahun 1997/98...dah lama betul aku tak contact cikgu hassan (pengetua maktab adabi sekarang)...aku dnegar dia dah beli maktab tu dan ia tidak lagi dikelolakan oleh maktab adabi pusat...tapi nama maktab adabi tersebut masih dikekalkan untuk tujuan komersial (mungkin). kali terakhir aku ke muar rasanya pada tahun 2003/04 macam tu...itu pon jumpa nak jumpa cikgu hassan...lepas tu aku dah tak pergi ke sana lagi...tapi ada juga called cikgu hassan sekitar dua tahun sudah...bila aku berjalan pergi ofis pagi ni dalam keadaan lepas hujan, aku teringat macam mana aku berjalan pergi sekolah dalam keadaan yang sama pada tahun 1997...jalan beramai-ramai dengan rakan seasrama dari asrama lelaki yang terletak di jalan omri..kemudian akan lintas jalan di belakang rumah orang..kemudian lalu di belakang sebuah kuil india dan terus melintas jalan masuk ke maktab adabi...mana agaknya member-member satu asrama macam jawa, petlat, rezal, un, ajak, bob, tok batin, otai, azmi, zam, tajul, am, din, zai, jai, aidil, auzar, atoi, dan ramai lagi yang aku dah tak ingat nama...walaupun aku rasa keputusan untuk amek stpm di maktab adabi maharani adalah keputusan yang cukup perit dalam hidup, tapi aku tetap tak boleh lupa pengalaman belajar di situ sampai bila-bila...begitu juga dengan rakan-rakan sekelas macam kamarul, zam, bob (paling hensem dan baik hahaha), am, ajak, azmi, murugan, abang N, asrul, ina, tasha, azah, BJ, taufik, emy gemuk, adriana, nazalilah, kak huda, rabiah, giah, tariq, eja, diana, sheila, priya, naga, gobi, semah, dan ramai lagi yang aku tak ingat..aku rasa bob boleh tolong remind..hehe..

fly by ~

hujan renyai-renyai pagi ni..nasib baik masa aku berjalan ke opis tadi tak hujan...apa pun pagi ni aku dah tak terbatuk-batuk lagi...jadi, boleh laa berkerja dengan selesa..masa sampai ofis takde sorang umat pon kecuali angelo..jadi, borak-borak laa dulu...cerita pasal family tree laa, tentang culture, outing minum-minum, pong pang pong pang tamat cerita then sambung buat keje....semalam aku berborak dengan raja nok hum alagapas...kesian pulak aku tengok dia kena buat banyak betul kerja..tapi takpe, yang penting hang dapat income lebih...hahaha...tengahari ni aku ada lunch date dengan si nurul..tak tau laa mak cik tu datang ke tak...viky plak ajak aku minum petang ni...tengok laa kalau sempat...tapi mesti pakcik tu paksa aku pergi macam biasa...dan aku mesti paksa alvin pergi sekali kah kah kah..nak buat camner...kalau tak nanti aku tak pasal-pasal kena dengar ceramah masuk bakul si viky tu...entah hapa-hapa laa mamat tu...hari ni jugak aku kena siapkan semua preparation untuk presentation...aku arap kali ni aku boleh buat betul-betul..tka nak laa macam presentation lepas entah hapa-hapa aku cakap...kah kah kah...

Selasa, Oktober 13, 2009

sibuk


semakin hari semakin sibuk..bukan sibuk sangat-sangat pon....cuma buat-buat menyibuk..hahaha...christine e-mail aku tadi...dia dan val akan mai ke sini sebab val ada business trip...jadi, hari pertama dia akan luangkan untuk berjumpa aku, alvin dan wotka..then dia suruh fikir kat mana untuk dinner petang tu sebab dia nak belanja makan...hahaha...bab makan-makan ni laa yang best..tapi makan luar tak best..tak seronok macam dinner kat rumah christine...very proper and upper class -- kata mat salleh...aku dah siapkan presentation slide dan hari ni aku ingat nak siapkan apa yang patut aku cakap waktu presentation..aku nak siapkan semuanya minggu ni..jadi next week aku takde laa terbarai dengan saratan kerja-kerja remeh temeh ni....cuaca hari ni sejuk....spring tapi sejuk macam nak start winter...apa laa...tu yang buat aku sakit lima hari minggu lepas...wakakaka....p.s- awas, dayang erwanita tu bukan pic gua okay...itu gambar gua curik kat net..kakakakaka....

Isnin, Oktober 12, 2009

kembali sembuh

selepas sakit hampir seminggu, hari ni kesihatan aku bertambah pulih..doktor mengingatkan aku agar pergi jumpa dia awal, bukan dah teruk baru nak jumpa...hahaha...selepas makan antibiotik, sakit tekak terus hilang dan aku pon boleh tidur dengan selesa...cuma ada batuk-batuk siket laa lebih kurang...tapi aku harap sebelum presentation, kesihatan sembuh 100 peratus dan aku boleh perform dengan lebih yakin...hari ni windy dan banyak betul debunga berterbangan...maka aku pon terbersin-bersin bagai nak gila...tapi bila dah masuk ofis rasa selesa siket..haha...hari ni aku just isi form, siapkan abstract, dan bersedia untuk tulis presentation...allrigt, break a leg!!

Jumaat, Oktober 09, 2009

jatuh sakit


aku telah mengalami sakit tekak yang tak tak pernah berlaku dalam sejarah aku duduk kat sini...walaupun demam dah baik, tapi aku tak boleh tidor sempurna pada waktu malam disebabkan sakit tekak yang amat pedih..aku rasa tekak aku macam ada pasir, atau dihiris-hiris oleh pisau..adakah aku kena sihir? oh tidaks...ini semua gara-gara makan orange sebelum tido...getah orange tersebut yang aku rasakan menjadikan tekak aku semakin sakit...udah ler tu, malam tadi aku terlupa tutup tingkap bilik...dengan keadaan luar yang sejuk maka bertambah-tambah sakit ler aku...dah dekat seminggu aku tak buat keje..apa pon aku kena mintak antibiotik dengan doctor...aku memang tak larat...jadi, aku isytiharkan minggu ini adalah minggu cuti sakit...

Ahad, Oktober 04, 2009

pagi hujung minggu...


masa bangun pagi tadi bila tengok jam aku rasa macam awal...then bila tengok mobile phone dah flat..cari charger terus on balik...tengok-tengok hari ni dah start daylight saving..alamak rupanya aku bangun lewat...kena set up semua jam balik...sampai jer uni tengok takde apa pon..jadi pergi safeway jap beli roti, salad, dan salmon spread...balik jer tengok-tengok rupanya kopi pon dah habis..alamak...malas betol ler aku nak berjalan pergi pasar...nak tak nak kena laa menapak..mencungap laa jugak sebab dah lama tak bersenam....tu yang alvin dok pelik ape ke hal? kena keja dengan penyamun ke? hahaha....kali ni aku beli mexican and cuban coffee..hail to Castro! hahaha...terus buat sandwiches..sedapnya...lepas tu bukak lagu blue..dah lama ler tak dengar lagu zaman-zaman undergrade dulu...tu yang raja nok humalagapas dok cakap, teringat zaman-zaman pergi clubbing...tak silap dayang erwanita cukup suka dengan lagu kumpulan ni..walaupun kedengaran macam budak-budak - walaupun umur dah remaja hahaha - tetap enjoy every time dengar lagu-lagu macam ni...ewahhh....

Khamis, Oktober 01, 2009

why don't you settle back?



membilang hari-hari untuk presentation memang mendebarkan tapi itu ler yang aku paling suka...tekanan memberikan satu panorama indah (tapi menurut erwanita atau raja nok humalapagas -- mesti depa akan cakap kepala hotak hang)kepada aku...tak tau kenapa sejak dari dulu lagi kalau ada tekanan mesti aku akan rasa bergumbira macam berlari-lari ke langit ke tujuh (melampau ler pulak)...kelmarin aku called dayang erwanita...aku pon apa lagi dok tanya pasal kisah kampugn beliau yang diganggu hantu pontianak...seronok betul aku dengar cerita lisan tersebut...seolah-olah aku dapat bayangkan dia tinggal bersama-sama cik ponti kat dalam bilik tidor dia yang terhias indah tu...aku dah cakap jangan hias terlalu cantik bilik tido nanti cik ponti datang..apatah lagi letak langsir berwarna-warni tu lagi laa suka dia bergayut malam-malam..tak caya cuba tunggu jam 12 tengah malam kang...wakakakaka.....

majlis daerah kota tinggi



masa aku dok melayari internet (disebabkan tiba-tiba jadik malas) tiba-tiba aku terfikir untuk google majlis daerah kota tinggi...dan dengan takjubnya keluar satu laman web yang bertemakan warna biru dan penuh dengan maklumat semasa tentag perjalanan pembangunan daerah tempat aku membesar ni...dan baru laa aku tau siapa ler insan yang jadik yang dipertua majlis daerah kota tinggi ni -- Tuan Haji Norizan bin Kulob...yang kelakar tu siap ada lagu tema lagi...walaupun lagu tu macam ala-ala makcik dok sibuk berdangdut ketika majlis orang kawin, tapi aku bangga ler jugak sebab ada usaha untuk menterjemahkan pembangunan kota tinggi dalam bentuk teknologi maklumat..tapi yang aku paling tak tahan tu depa dok propa pasar raya kip mart yang berharga sepuluh juta tu penuh dengan segala kemudahan.. memang ler tak dinafikan kemudahan okay, tapi takde hentian bas dan teksi..sapa nak mai situ kena laa ada kereta..bagi yang tak berkereta macam aku ni macam mana laa nak pergike sana? kesian betul kat aku...ingat lagi aku dengan miss pergi kat situ last year lepas tu nak tahan teksi punya laa azab...kena mintak tolong kat pak guard lagi...nasib baik pak guard tu baik hati...dah ler panas dan berpeluh-peluh bawak barang...kah kah kah...