Khamis, Oktober 01, 2009

majlis daerah kota tinggi



masa aku dok melayari internet (disebabkan tiba-tiba jadik malas) tiba-tiba aku terfikir untuk google majlis daerah kota tinggi...dan dengan takjubnya keluar satu laman web yang bertemakan warna biru dan penuh dengan maklumat semasa tentag perjalanan pembangunan daerah tempat aku membesar ni...dan baru laa aku tau siapa ler insan yang jadik yang dipertua majlis daerah kota tinggi ni -- Tuan Haji Norizan bin Kulob...yang kelakar tu siap ada lagu tema lagi...walaupun lagu tu macam ala-ala makcik dok sibuk berdangdut ketika majlis orang kawin, tapi aku bangga ler jugak sebab ada usaha untuk menterjemahkan pembangunan kota tinggi dalam bentuk teknologi maklumat..tapi yang aku paling tak tahan tu depa dok propa pasar raya kip mart yang berharga sepuluh juta tu penuh dengan segala kemudahan.. memang ler tak dinafikan kemudahan okay, tapi takde hentian bas dan teksi..sapa nak mai situ kena laa ada kereta..bagi yang tak berkereta macam aku ni macam mana laa nak pergike sana? kesian betul kat aku...ingat lagi aku dengan miss pergi kat situ last year lepas tu nak tahan teksi punya laa azab...kena mintak tolong kat pak guard lagi...nasib baik pak guard tu baik hati...dah ler panas dan berpeluh-peluh bawak barang...kah kah kah...

Tiada ulasan: