Huwaaaaghhhhhhhhhh.....sekali aku menguap ala dinoosur pagi nih sebab malam tadi sejuk amat...mula-mula aku ingat nak bangun jam lapan pagi tapi mengenangkan cleaner baru yang suka buat bising tu aku sambung lagi tidur aku sejam..malam tadi aku tak boleh tidur laa sebab aku minum kopi banyak sangat...ingatkan nak mula tulis proposal tapi aku ingat nak siapkan laporan kewangan kepada kementerian dulu laa...lagi pon aku ada banyak masa lagi...
semalam aku pi marion nak pergi beli barang..tetiba jer bila check duit alamak dah nak hampir bankrupt...nasib baik aku tak muflis...ini laa akibatnya sebab dah lari budget tempohari..kuang hajau betul...cih..terpaksa laa aku memintak bantuan kewangan dengan kadar segera tanpa ada faedah...semalam aku dah jumpa Helen...dia suruh aku pi tanya Steve untuk ambik time lapse shot yang dia pegang selama beberapa ketika...tetiba plak Steve text aku pagi ni dia ada kat pulau..pulau mana aku pon tak tahu..tapi aku rasa kat Kangaroo Island kot...
seperti biasa bila mula musim cuti-cuti australia nih, Christine dah mula ajak pi excursion..kali nih dia nak ajak aku pergi buat aktiviti whales spotting kat Victor Harbour...tapi lepas dia balik dari Falls Creek sebab dia, Val dan Alex nak pergi main Ski jap selama beberapa hari di sana...nasib baik dia tak suruh aku pi jaga Molly dengan Frisky...kalau tak aku tak tahu nak sumbat kat mana binatang dua ekor tu...
semalam aku call kak nosi...dekat dua tiga kali aku called makcik tu tak ada kat rumah..rupa-rupanya ada meeting..dia nak kena keluar jugak dari flat yang popular dengan kejadian rogol dan bunuh tak lama dulu tu...sebelum tu aku called si Azah...sekarang azah dan elis dah kerja kat standard Chattered bank....pelik betul budak dua orang nih senang banget dapat kerja...aku called gak e-she sebab dah lama tak update dengan mamat tuh...sekarang ni dia tengah busy dengan pendatang tanpa izin yang melambak-lambak datang mintak rawatan percuma kat hospital kerajaan...teruk betul...dah laa berlagak...dasar lupa diri betul...
ok laaa...aku nak pi touch up dokumentari aku tu...hehehehe...tak sabar rasanya tunggu Cole balik...senang siket aku nak siapkan terus dan fokus dengan potrait documentary bersama-sama Nick semester depan...aku nak fokus pada sound recording dan pro tools next semester...so nanti senang...tak payah laa nak bukak kitab tebal-tebal nak membaca satu-satu..ok laa jumpa lagi nanti..
P.s- ok laa min..nanti lan belanja laa...gue enggak pernah lupak janjik!