terima kasih - 'I don't want to grow up, wendy' hahaha...
Isnin, Mac 30, 2009
Sabtu, Mac 28, 2009
okes - balik 'kampung'
posting sebelum depart malam esok...semua dah kemas...barang-barang semua dah packed...cuma nak fotocopy semua transkrip interview...aku harap kali ni semua maklumat yang diperolehi cukup dan aku tak perlu lagi buat any interview...penat..bukan apa penat nak cari responden...itu pon nasib baik mak aku tolong kat kampung...kat jb lak, amad najahal punya laa bersungguh-sungguh tolong...cuma kat kl jer aku carik sendiri...nasib baik ada member sporting macam si mas, azah, eliz, kak ayu, ika, kak kathijah, kak haizan, che tuan dan ramai lagi yang sukarela untuk jadi responden dan membantu aku mencari responden. so, lusa persekitaran aku akan berubah seratus persen...ini bermakna attitude aku turut berubah mengikut pusingan 360 darjah...wakakaka...tak caya tanya ler member kat sini...kalau erwanita tengok aku kat sini mesti terkeluar nasik lemak yang dia makan pagi tadi (anyway selamat meyambut hari wanita 2009 wakakakaka - kutuk siket)...
apa pun aku nak ucapkan terima kasih laa kat semua member-member yang sudi spare time untuk lepaks dengan aku sepanjang tiga bulan terutama kat dayang erwanita (bukan nama sebenar) dan amad najahalina (nama samaran)...muahaha...thanks a lot gak buat maria farida (fizikal tak sama hahaha) sebab sudi datang jemput kat kuala lumpur semata-mata nak introduce kat aku apa itu daerah rawang...mak aii takut giler aku....punya laa jauh dan gelap...keh keh keh....terima kasih daun keladi laa jugak kat semua makcik-makcik terpilih felda simpang waha sebab sporting banget untuk diinterview..lepas ni musti kena jadik participant for the next research....wakakaka....ni balik 112 lygon st aku kena mengemas bilik laaa pulak..dah ler bilik tu aku tak pernah vacuum dah lama giler..aku rasa mesti dah tumbuh pokok atau ada forest spirit macam dalam anime princess mononoke arahan hayao miyazaki...lepas tu nak kena hangkut semua buku-buku dari bilik ke working space..nasib baik ler depa delay pindah ke new building...kalau tak dah satu keje aku nak angkut semua barang-barang aku dari current building...tensen gak..tapi tak ler setensen dok kat office di kl....betul-betul bosan..muahahaha...
Labels:
erwanita,
felda simpang waha,
kengkawan,
rmit,
universiti malaya
satu hari untuk selamanya
macam tajuk filem...harap si raihan tak expect aku bubuh foto nicholas saputra kat sini plak...suka-suka kutuk ek...hampes...aku baru jer balik dari melaka ni...selepas bersama-sama erwanita mengalunkan suara merdu kat tengah bandaraya melaka...aku tengok erwan dok menyanyi sampai nak terkeluar semua nasik goreng yang dia baru makan..wakakaka..kutuk siket...tadi petang aku ke jaya jusco tebrau..walaupun aku dah sampai kota tinggi dan pada mulanya ingat nak balik jer terus, tapi aku terus ambil keputusan ke jaya jusco untuk beli barang-barang yang aku nak bawak balik ke melb. sorry laa erwan kalau menyusahkan hang kelmarin...bukan apa, rasanya aku tak tahu bila lagi akan balik sebab ini adalah tahun kritikal bagi aku untuk fokus dengan semolek-moleknya kepada kerja-kerja di melb. kalau balik nanti pon mesti sekejap jer..tapi kalau balik lagi sekali kita mesti pergi ke genting atau ke langkawi...baru ler ada kick siket...ni plan nak ke cameron higlands pon tak jadi...wakakaka...
Khamis, Mac 26, 2009
ruang rindu
bila menonton sinetron intan, acara wajib yang perlu aku buat ialah mendengar lagu temanya..wakaka...sekali jadik jiwang lak dengar lagu letto, ruang rindu nih...tapi nak buat macam mana kan, dah best...respondent aku lagi laa siap sungguh -sungguh lagi cakap kat aku yang lagu ruang rindu ni laa yang menyebabkan mereka terasa ada mood nak tengok intan...oh ya, bercakap tentang intan malam kelmarin aku ke warung idah untuk makan mee bandung...dah lama tak jumpa idah..kalau nak tahu idah ni kawan aku waktu kecik-kecik dulu...siap masuk pertandingan menyanyi sama-sama lagi kat sekolah kebangsaan sedili besar dalam kejohanan pertandingan adubakat peringkat zon sedili..entah mana piala tu aku sumbat....hahaha...seronok betul bila jumpa kawan lama ni...tu yang idah bagitahu kat aku yang dia suka betul tonton sinetron intan ni...nak-nak pelakon si dude harlino tu...wakaka..teringat aku kat kak katijah, di plaza campbell sebelah sogo tu..siap pergi jakarta lagi cari vcd intan sebab punya minat dengan dude harlino...aku dah agak dah...pompuan yang tengok intan ni bukan tengok sangat pon pelakon utama yang pegang watak intan tu, tapi si rado - kekasih si intan ni...siap nangis-nangis lagi bila si rado tu jadik buta bila accident...keh keh keh...nak tergelak pon ada..tapi memang seronok jumpa makcik-makcik ni...sebab kita tahu apa yang sebenarnya mereka suka tengok dan apa yang mereka tak nak tengok...biasalah..setiap orang ada citarasa tersendiri....
Rabu, Mac 25, 2009
KL - last minute appointment
esok aku naik kl jap untuk jumpa zuwairy...nak settlekan segera semua transcription...kalau aku tau dah mintak zuwairy siapkan awal-awal dulu, nak-nak yang aku dah buat untuk pilot test. pagi-pagi lagi chris dah e-mail aku tanya bila nak balik...nampaknya ada satu lagi projek nak kena buat..nasib baik tak banyak sangat beza dengan apa yang sedang aku buat laa ni...so, boleh laa tumpang semangkuk....aku dah sms ustaz mintak amek aku kat airport pagi isnin...nasib baik ustaz reply...sampai dia tersalah bagi mesej bini dia kat aku...muahahaha....entah hapa-hapa laa mamat tu...aku ingat kalau erwan free petang esok lepas keje, aku akan terus ke melaka...sajer nak ajak beliau melepak....dah lama tak jumpa (walhal baru jer jumpa 2 minggu sudah)...tapi memang tak seronok betul kalau duduk dah berjauhan ni...nak jumpa berborak-borak pon susah...apatah lagi kalau dah ada family...langit runtuh pun belum tentu sms akan berbalas...keh keh keh....betul ler kata pepatah mat salleh - friends may come and go, but family is bond forever...memang betul laa kan...bagi orang yang suka acara solo macam aku ni, jenis tak kisah dah dengan keadaan macam ni....ceh hahaha...tapi memang betul, sebab aku dah mengalami pengalaman suka duka sejak dari bangku sekolah sampai laa ke universiti...adat laa kan....setiap pertemuan pasti ada perpisahan....cuma satu jer resipi yang aku buat iaitu sentiasa sibukkan diri dengan kerja...kalau ada masa call laa member-member lama yang terpisah antara benua...haha..teringat plak lagu cinta antara benua....
last minute outing - nuwa
aku baru jer balik dari jb, outing dengan nuwa....nuwa atau nama sebenornya khairul anuar abdul rahman ni aku kenal sepuluh tahun yang lampau waktu aku study kat maktab adabi maharani muar johor...kebetulan plak hari ni hari jadi beliau jadi aku pon pi laa ajak dia kuar minum teh kat starbuck city square....happy birthday nuwa! nasib baik mamat tu tak keje hari ni...jadi bleh ler kuar window shopping sekali...masa dok bershopping tu aku terpandang robot gundam...alamak punyalah excited aku nak beli..tunggu laaa...balik dari kl nanti aku akan terus beli robot tu....bleh ler aku letak kat working space aku nanti...muahahaha....oh bercakap pasal nuwa ni, kami memang dah beberapa tahun tak jumpa...lepas jer si nuwa tu hilangkan dia punya cellphone terus jer aku lost contact....nasib baik aku jumpa dia semula dalam friendster...tu yang jumpa syahril dan fadzil sekali...masa aku upper six kat maktab adabi maharani tahun 1998 aku selalu kuar shopping dengan pak cik ni...biasalah masa tu kan gila bershopping...agaknya disebabkan berzodiak serupa - aries, kami mempunyai hobi yang lebih kurang sama...kecuali satu - si nuwa ni siap masuk audition akademi fantasia lagi...wakakaka...kalau aku jangan harap ler...alamak sorry laa nuwa, terkutuk plak...keh keh keh....
Isnin, Mac 23, 2009
lega ... rock kapak
at last siap pon visa aku...punya laa lama kena tunggu...dekat 3 minggu selesaikan menatang ni punya lambat...tapi apa pun Alhamdulilah...harap-harap aku tak stuck kat airport...fieldwork pon dah berakhir pagi tadi..cuma aku baru sedar yang aku dah hilang dua tape interview masa aku buat pilot test dulu...entah mana ler aku letak...habis laa kalau betul-betul hilang..mahu aku kena bantai gedebak gedebuk bila present nanti...itu laa yang tak syok kalau pakai manual...kena guna digital jugak...sambil-sambil aku mencari tape yang hilang tu aku dok sibuk melayan lagu rock kapak...bila dengar lagu rock kapak ni mesti aku teringat raja aminah...dia tu peminat setia lagu-lagu rock kapak ni...hahaha...kalau keluar dengan mak cik tu mesti dia asyik dok bersembang pasal rock kapak dengan aku...ni aku tengah layan bumiputera rockers - dari sinar mata...sapa yang membesar tahun 90 an mesti terkenang lagu-lagu macam ni...
waktu kumpulan ni glamour, aku baru darjah 4-5 macam tu kat sekolah kebangsaan bandar easter kota tinggi johor. yang paling aku tak lupa ialah member aku si miss tu suka menganjurkan muzik-muzik (dulu juara lagu takde lagi)...jadi kita orang yang satu kumpulan tu - zaki puaat, lailizah rahman, miswadi abdul rahim, khairul nizam jamaludin, marlina omar dan esmawaty multar dan aku sendiri menjadi peserta secara automatik...juri tetap sapa lagi, si miss tu laa yang selalu berat sebelah...mesti dia akan judge aku dengan zaki dengan markah rendah walaupun aku dapat A ujian muzik (kategori nyanyian)....siap menyumbangkan suara lagi untuk pasukan koir sekolah rendah...(ni mesti dia jeles dengan kita orang ni sebab tak dapat join pasukan koir sekolah wakakaka)....tapi insan yang selalu pilih lagu rock kapak ni ialah marlina omar...dia paling suka lagu ekamatra - pusara di lebuh raya....balik-balik nyanyi lagu tu...entah hapa-hapa laa mak cik tu...lawak betul masa tu....
yang lebih exciting si miss tu siap sediakan hadiah lagi...kononnya nak kena ada feeling muzik-muzik betul-betul lagi tu...siap ada pengacara semua...cuma persembahan selingan jer takde....bila buat hari-hari ia jadik makin excited...jadi ada laa peserta dari kumpulan lain nak join sekali....antaranya ialah norwati abdul rahim yang berkebolehan untuk menyanyi dan meneran ala wann...lagu yang famous tu lagu 'esok tetap di tangan Tuhan....' sekali beliau nyanyi satu kelas tepuk tangan mengalahkan konsert kampung tualang man laksa....macam-macam masa tu....masa buat keje-keje bodoh macam ni aku memang expert...bila tiba bab exam semester dan upsr hancur berderai-derai....alamak macam lirik lagu laa plak...hahaha....jadik jangan laa tiru perangai aku yang pemalas tak nak study betol-betol waktu sekolah rendah..tu yang sampai PMR dan SPM pun tercungap-cungap mengalahkan ikan kat dalam akuarium tak cukup oksigen....muahahaha.....
Ahad, Mac 22, 2009
final week - tiada lagi bulan madu
baru jer balik dari kl...bosan betul...tak tahu lately aku memang tak begitu gemar balik kl. mungkin member best-best dah bersepah-sepah. jadi aku takde member. nak pura-pura busy pon tak guna sebab aku ada banyak keje lain nak buat. jadi cara mudah untuk selesaikan semua ini ialah dengan menamatkan percutian berkerja ini dengan seberapa segera yang mungkin. hahaha...last week sepanjang kat kl memang best. terima kasih kepada erwan dan amad najahal sebab sporting untuk berkumpul sama-sama di grand season hotel. reunion mini yang aku selalu pastikan akan berlaku tiap-tiap kali aku balik malaysia. hahaha. walaupun erwan dan amad najahal selalu perang mulut, aku akan make sure takde sorang pun terpelanting keluar dari tingkat 9, lemas dalam bilik air atau mati terpijak sebab katil cuma ada dua jer...hahaha...lepas ni mungkin takde peluang aku nak balik lama-lama siket sebab aku kena fokus dengan kerja yang lebih penting di bowen st. tak sabar betul aku nak fly next week. aku rasa makin lama aku duduk kat kl makin stress lak. hahaha..
Khamis, Mac 12, 2009
tahniah buat semua peneroka blok 9 felda simpang waha
masih lagi hangat dengan hari penyampaian geran tanah. wakaka..maaflah erwan, bukan aku yang dapat tanah..mak bapak aku laaa...disebabkan ia tanah pusaka maka tak boleh dijual beli. cuma boleh datang melancong bila-bila masa yang disukai dengan kos ditaja sepenuhnya. wakakaka..tapi cuma tengok ladang kelapa sawit jer laaa..paling kuat pun tangki air kat atas bukit sana tu...muahaha...pagi tadi hari cukup cerah..nasib baik tak hujan. kalau hujan habislah spoil acara. acara dimulakan dengan lagu bangsa johor dan negaraku. kemudian diikuti pula dengan ucapan doa. majlis diteruskan pula dengan ucapan wakil penduduk felda simpang waha iaitu en. ibrahim tasrip, yang disebut-sebut bakal menggantikan tuan haji arbain darmawi sebagai ketua penduduk felda simpang waha yang baru. anak en ibrahim tasrip ni dulu kawan sekelas aku dengan miss. norwati namanya. beliau merupakan salah seorang pemain bola jaring terhandal waktu kat sekolah rendah dulu - miss ko jangan pulak nak bagi komen bukan-bukan. wakakaka...selepas ucapan wakil penduduk tibalah pula giliran YB Asiah menyampaikan ucapan. agaknya beliau mewakili YB Rasman yang tidak dapat hadir. tapi menurut afidah beliau hadir sekali tadi. mungkin agaknya nak memberi penghormatan kepada YB Asiah yang banyak berjasa kat felda simpang waha sewaktu beliau menjadi ADUN Sedili dulu. habis jer YB Asiah berucap, tok ghani othman plak sambung. seperti biasalah kalau bab-bab berucap ni aku memang malas nak dengar kecuali yang amboi amboi amboi jer. hahaha...jadik aku pun sibuk berucap dengan sdin dan afidah kat belakang. habis jer tok ghani berucap terus penyampain geran tanah disempurnakan oleh beliau sendiri. maka berduyun-duyunlah peneroka dan penerokawati berpasang-pasangan mengambil geran tanah mengikut giliran. bagi yang telah pergi dulu mengadap Ilahi maka diwakilkan pula oleh anak yang bertindak sebagai generasi kedua felda simpang waha. terpancar jugalah kepuasan dan kegembiraan mereka kerana usaha yang mereka tabur selama ini terbalas jua dengan jayanya. Alhamdulillah!
Felda Simpang Waha: Hari Penyampaian Geran Tanah 2009
akhirnya selepas 28 tahun lebih, berjaya jugak peneroka felda simpang waha memperolehi geran tanah mereka...dalam istilah lain tanah yang mereka terokai sekitar awal tahun 1981 telah berjaya mereka miliki secara tetap. pagi-pagi buta lagi bapak aku dah kejutkan untuk pergi sekali tengok penyampaian geran tanah oleh menteri besar johor tok ghani othman. jadi aku dengan sukarelanya pergi laa dengan buat muka tebal siket. kalau nak ikutkan jangan harap ler aku nak keluar rumah. sampai sana aku dah gelabah. dah ler orang ramai takkan aku nak duduk sebelah mak bapak aku pulak. lagi pun bukan aku yang akan naik atas pentas. kebetulan aku nampak afidah abu bakar - member lama waktu kecik-kecik dulu main getah dan ting ting. terus ajer aku suruh parents aku pergi ke tempat menunggu dan aku pulak berborak sakan dengan afidah atau nama teman tapi mesranya idah. macam-macam laa dia dok bertanya tentang aku sebab memang lama tak jumpa. last kami jumpa waktu awal tahun 90an macam tu. masa dia kawin aku pun tak masuk tengok dia. cuma pi makan nasik minyak kat luar. tak sangka dah ada 3 orang anak termasuk sepasang kembar seiras perempuan.
lepas berborak sakan dengan idah, tiba-tiba aku ternampak sudin - member kamcing waktu sekolah menengah dan sekolah agama. lama betul aku tak jumpa dia. jadik kami pon berborak sakan ler. bertanyakan itu dan ini. sudin bagitahu aku dia masih lagi di senai. lama betul dia tinggal di sana. khabarnya dah beli rumah pun. masa tengah berborak dengan sudin ni laa tok ghani pun sampai. antara dif kehormat lain yang datang ialah Y.B. Puan Asiah. yang lawak tu aku dapat dengar khabar dan lihat ramai orang felda simpang waha berduyun-duyun datang. rugi miss takde. tapi aku jumpa adik dia orang kat situ. selain tu aku nampak norismah ismail. sudin bagitahu aku dia ada nampak tut! jugak. tapi kami buat tak endah jer. lepas tu zaini jumaat pon datang berborak dengan kami. dari beliau macam-macam kami dengar cerita tentang kawan-kawan lama. haha kelakar betul. bak kata afidah, kalau dapat sekolah semula memang seronok. tak sangka pulak aku afidah begitu aktif dengan pertubuhan belia felda simpang waha ni. no wonder laa mereka boleh menang pertubuhan belia terbaik peringkat kebangsaan beberapa tahun sudah.
menonton gelagat orang felda memang tidak membosankan. kadang-kadang tu nak tergelak pun ada juga. tapi hari ni penuh dengan tema pakaian warna-warni pelangi. ada yang pakai baju merah menyala dan ada juga yang pakai baju yang bergemerlapan macam lampu lip lap waktu malam raya. ada yang pakai kaca mata ala paris hilton dan ada juga yang membawa beg tangan berjenama terkemuka. kenderaan jangan cakap laa. semuanya bertaraf tip top high class. terperanjat gak aku tengok orang felda sekarang. dulu cuma bawak motor cabuk kapcai jer ke sana ke mari...anak-anak felda pun cuma bawak basikal bmx. itu pun merayu meratap kat mak bapak minta tolong belikan. laa ni paling teruk pun depa bawak myvi atau kancil. isk-isk. tapi itulah hasil yang mereka tuai selepas 28 tahun berbudi kepada tanah. banyak betul berjasa ladang kelapa sawit felda simpang waha ni kepada penduduk. apa pun aku ucapkan tahniah laa kat mak bapak aku sebab dapat geran yang dinanti-nantikan selama ni. yang lawak tu macam majlis konvokesyen plak aku tengok. muahahaha.
Rabu, Mac 11, 2009
pekan rabu J.B.
pagi tadi aku keluar dengan parents (dah besau panjang pon kuar dengan parents muahahaha) pi renew pasport. mula-mula pergi ler ke wisma persekutuan dekat dengan tabung haji j.b. dan pantai lido tu. sekali umat punya laa ramai. plak tu aku ada allergy sepi siket dengan perkataan wisma persekutuan ni disebabkan slow tahap siput babi bila time buat keje. jadi aku pun cuma amek borang dan buat gambar ukuran pasport dan terus ajak parents aku balik. then, tiba-tiba plak abah aku suggests suruh pi pekan rabu j.b. sebab kat situ ada satu lagi pejabat cawangan imigresen. masa aku sampai kat sana orang agak ramai tapi aku berjaya menyiapkan proses pembaharuan pasport selama dua jam menunggu. lepas tu depa suruh amek pasport tu pukul 4 petang. layanan memang ngetop. tak macam keadaan yang berlaku tahun 2004 dulu waktu aku nak apply pasport first time. mak aii...Tuhan sahaja laa yang tahu..dengan pegawai yang bagi layanan macam gampang. tapi hari ni dah berubah ler siket walaupun tak sampai tahap gaban. seorang pegawai tahap mak cik jalan mundar mandir tanya pelanggan jika ada sebarang masalah. not bad ler...petang aku called erwanita nak tanya sama ada jadik ke tak plan kita. nampaknya macam jadik. then aku alert amad - jumaat ni turun ke melaka bertemu dengan erwanita sebelum ke kl secara trio... muahahaha...pada masa yang sama aku alert eliz jelita untuk keluar dinner petang sabtu- selepas balik perkelahan dari ulu yam (itu pun tak tahu kalau jadik ke tak harap takde perubahan last minute). keh keh keh..teruk betul....apa pun hari khamis ni ada acara bersejarah di felda simpang waha iaitu hari penyampaian geran tanah kepada penduduk. jadi aku pun nak ler jugak turun menyaksikan bersama-sama peristiwa penting ini. sayang miss takde. teringat aku dengan hari peneroka waktu kecik-kecik dulu. tapi hari khamis ni betul-betul meraikan semua peneroka bagi mengenang jasa mereka berbudi kepada tanah lebih 20 tahun...tahniah!!
Isnin, Mac 09, 2009
tiga minggu lagi
hari ni hujan renyai-renyai sejak pagi tadi kat felda simpang waha ni. aku palk bangun agak lewat sebab terlalu penat sangat interview makcik kat plentong dan juga taman seri pulai semalam. terima kasih kat amad najahal sebab tolong aku banyak. petang ni aku nak jumpa dia sebab nak bagi dvd dokumentari yang aku buat tahun 2006 dulu. dah lama beul aku tak jumpa si amad najahal ni. ada laa jugak 2-3 tahun. tak sangka plak kurus kering dia sekarang. putus cinta laa kot. kalau si erwanita tengok mesti dia nak tahu apakah tip-tip yang beliau lakukan untuk menjadi kurus kering tahap eliz jelita. muahahaha. amad najahal ni aku kenal dari tahun satu lagi waktu study kat malaya dulu. tapi masa tu kami takde laa rapat sangat. kira sama laa macam aku kenal dengan erwanita dulu. kami jadik geng baik bila dah masuk final year. masa tu aku selalu tumpang motor si amad najahal ni. banyak laa paper yang kami amek sekali. masa tu azah tudung labuh dan eliz jelita dah graduate awal. berlagak laa dia orang masa tu..muahaha...tinggal ler aku, amad, erwanita, mary, mas (isteri kamarul), dan beberapa lagi member yang tak sefakulti macam tok met, din, j.ja, dan e-she. petang ni aku nak ajak dia plan untuk reunion di genting highlands..erwanita dan eliz jelita dah setuju nak join sekali. aku rasa azah tudung labuh pun mesti nak join gak. harap-harap budak-budak ni tak bagi alasan sampah macam biasa..kalau tak balik-balik muka aku dengan erwanita jer yang pergi.
Sabtu, Mac 07, 2009
menyepi memang best
aku busy giler lately..takde masa pon nak jenguk-jenguk blogs sendiri. blogs orang lain aku jenguk-jenguk laa siket-siket. research aku tinggal lagi siket nak habis...terima kasih laa kepada auntie mas (bukan nama sebenar), auntie eliz (bukan nama sebenar), auntie azah (pon bukan nama sebenar), dan auntie ika (nama samaran) yang banyak membantu sepanjang aku berada kat kl. esok aku akan ke johor bahru dan member sekuliah waktu kat malaya dulu akan turun membantu. dah lama tak jumpa si ahmad najahalhayyi ni. apa cerita agaknya. mesti banyak benda dia nak cakap. keh keh keh.
Langgan:
Catatan (Atom)