masih lagi hangat dengan hari penyampaian geran tanah. wakaka..maaflah erwan, bukan aku yang dapat tanah..mak bapak aku laaa...disebabkan ia tanah pusaka maka tak boleh dijual beli. cuma boleh datang melancong bila-bila masa yang disukai dengan kos ditaja sepenuhnya. wakakaka..tapi cuma tengok ladang kelapa sawit jer laaa..paling kuat pun tangki air kat atas bukit sana tu...muahaha...pagi tadi hari cukup cerah..nasib baik tak hujan. kalau hujan habislah spoil acara. acara dimulakan dengan lagu bangsa johor dan negaraku. kemudian diikuti pula dengan ucapan doa. majlis diteruskan pula dengan ucapan wakil penduduk felda simpang waha iaitu en. ibrahim tasrip, yang disebut-sebut bakal menggantikan tuan haji arbain darmawi sebagai ketua penduduk felda simpang waha yang baru. anak en ibrahim tasrip ni dulu kawan sekelas aku dengan miss. norwati namanya. beliau merupakan salah seorang pemain bola jaring terhandal waktu kat sekolah rendah dulu - miss ko jangan pulak nak bagi komen bukan-bukan. wakakaka...selepas ucapan wakil penduduk tibalah pula giliran YB Asiah menyampaikan ucapan. agaknya beliau mewakili YB Rasman yang tidak dapat hadir. tapi menurut afidah beliau hadir sekali tadi. mungkin agaknya nak memberi penghormatan kepada YB Asiah yang banyak berjasa kat felda simpang waha sewaktu beliau menjadi ADUN Sedili dulu. habis jer YB Asiah berucap, tok ghani othman plak sambung. seperti biasalah kalau bab-bab berucap ni aku memang malas nak dengar kecuali yang amboi amboi amboi jer. hahaha...jadik aku pun sibuk berucap dengan sdin dan afidah kat belakang. habis jer tok ghani berucap terus penyampain geran tanah disempurnakan oleh beliau sendiri. maka berduyun-duyunlah peneroka dan penerokawati berpasang-pasangan mengambil geran tanah mengikut giliran. bagi yang telah pergi dulu mengadap Ilahi maka diwakilkan pula oleh anak yang bertindak sebagai generasi kedua felda simpang waha. terpancar jugalah kepuasan dan kegembiraan mereka kerana usaha yang mereka tabur selama ini terbalas jua dengan jayanya. Alhamdulillah!
1 ulasan:
aha shays...hubby akak pon seeebook berlagak dapat salam ngan tok ghani..huh...errr cam kenal je pakcik dalam gambo tuhh
Catat Ulasan