Isnin, Mac 09, 2009

tiga minggu lagi


hari ni hujan renyai-renyai sejak pagi tadi kat felda simpang waha ni. aku palk bangun agak lewat sebab terlalu penat sangat interview makcik kat plentong dan juga taman seri pulai semalam. terima kasih kat amad najahal sebab tolong aku banyak. petang ni aku nak jumpa dia sebab nak bagi dvd dokumentari yang aku buat tahun 2006 dulu. dah lama beul aku tak jumpa si amad najahal ni. ada laa jugak 2-3 tahun. tak sangka plak kurus kering dia sekarang. putus cinta laa kot. kalau si erwanita tengok mesti dia nak tahu apakah tip-tip yang beliau lakukan untuk menjadi kurus kering tahap eliz jelita. muahahaha. amad najahal ni aku kenal dari tahun satu lagi waktu study kat malaya dulu. tapi masa tu kami takde laa rapat sangat. kira sama laa macam aku kenal dengan erwanita dulu. kami jadik geng baik bila dah masuk final year. masa tu aku selalu tumpang motor si amad najahal ni. banyak laa paper yang kami amek sekali. masa tu azah tudung labuh dan eliz jelita dah graduate awal. berlagak laa dia orang masa tu..muahaha...tinggal ler aku, amad, erwanita, mary, mas (isteri kamarul), dan beberapa lagi member yang tak sefakulti macam tok met, din, j.ja, dan e-she. petang ni aku nak ajak dia plan untuk reunion di genting highlands..erwanita dan eliz jelita dah setuju nak join sekali. aku rasa azah tudung labuh pun mesti nak join gak. harap-harap budak-budak ni tak bagi alasan sampah macam biasa..kalau tak balik-balik muka aku dengan erwanita jer yang pergi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woit apa laaaa korang ni plan....pilih tarikh yang tak sesueiiii...adik aku nak betunang ler time tu....uwaaaaaaa aku nak ikot, aku nak ikot, aku nak ikot