Khamis, Oktober 15, 2009

memori semalam - maktab adabi maharani muar


masa aku dok berborak dengan raja nok hum alagapas kelmarin, terkeluar pulak kisah-kisah waktu aku study kat maktab adabi maharani muar untuk stpm tahun 1997/98...dah lama betul aku tak contact cikgu hassan (pengetua maktab adabi sekarang)...aku dnegar dia dah beli maktab tu dan ia tidak lagi dikelolakan oleh maktab adabi pusat...tapi nama maktab adabi tersebut masih dikekalkan untuk tujuan komersial (mungkin). kali terakhir aku ke muar rasanya pada tahun 2003/04 macam tu...itu pon jumpa nak jumpa cikgu hassan...lepas tu aku dah tak pergi ke sana lagi...tapi ada juga called cikgu hassan sekitar dua tahun sudah...bila aku berjalan pergi ofis pagi ni dalam keadaan lepas hujan, aku teringat macam mana aku berjalan pergi sekolah dalam keadaan yang sama pada tahun 1997...jalan beramai-ramai dengan rakan seasrama dari asrama lelaki yang terletak di jalan omri..kemudian akan lintas jalan di belakang rumah orang..kemudian lalu di belakang sebuah kuil india dan terus melintas jalan masuk ke maktab adabi...mana agaknya member-member satu asrama macam jawa, petlat, rezal, un, ajak, bob, tok batin, otai, azmi, zam, tajul, am, din, zai, jai, aidil, auzar, atoi, dan ramai lagi yang aku dah tak ingat nama...walaupun aku rasa keputusan untuk amek stpm di maktab adabi maharani adalah keputusan yang cukup perit dalam hidup, tapi aku tetap tak boleh lupa pengalaman belajar di situ sampai bila-bila...begitu juga dengan rakan-rakan sekelas macam kamarul, zam, bob (paling hensem dan baik hahaha), am, ajak, azmi, murugan, abang N, asrul, ina, tasha, azah, BJ, taufik, emy gemuk, adriana, nazalilah, kak huda, rabiah, giah, tariq, eja, diana, sheila, priya, naga, gobi, semah, dan ramai lagi yang aku tak ingat..aku rasa bob boleh tolong remind..hehe..

5 ulasan:

DzuLagiL berkata...

salam,
erm...
kenangan lama erk?

hargailah masa skrng...
sesungguhnya...
ia tidak akan berulang...

Teratak pena berkata...

wei, cam kenal je nama-nama sume tu. masa tu cikgu Hassan jadi guru disiplin. Tak sangka dia dah jadi pengetua. masih pakai van merah dia ke? masa tu kelas mana yeh? rasanya masa 1997 mesti 6 bwh kan? sebab ajak tu 6 bawah mase tu. kalau tak silap

Teratak pena berkata...

wei, cam kenal je nama-nama sume tu. rasanya masa tu (1997) mesti dalam tingkatan 6 bwhkan????

airikamalek berkata...

seronok bila dapat mengimbas kenangan lalu kan...

Yatt Haycruz berkata...

reunion Maktab Adabi Maharani, Muar..
tarikh : 15 MEI 2010..
Masa : 8 malam.
Tempat : Kelab Golf Tanjung Emas.
sila dtg beramai2 utk memeriahkan majlis..

sebarang pertanyaan :
office : 06-9522486
En.hasan(pengetua) : 012-6703286

*van cikgu hasan dah tukar warna gold..hehehe