Ahad, September 28, 2008

Terkenang Semasa Dulu (Siri 4): Dari SMBE ke ITM


beberapa bulan selepas dapat keputusan spm pada tahun 1995, aku dapat tiga panggilan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. pertama - ITM, untuk kursus matrikulasi sains perpustakaan dan pengurusan maklumat. kedua - IIUM - tawaran kursus matrikulasi sains kemanusiaan dan ilmu wahyu. ketiga - form six - di sekolah menengah kebangsaan laksamana kota tinggi johor. atas nasihat cikgu iskandarrani aku memilih ITM walaupun pada dasarnya abah mahukan aku terus ke tingkatan enam. biasalah masa tu bila tengok teman-teman lain macam zaki dapat ke UTM skudai, miss pulak ke UPM untuk matrikulasi sains matematik, asrif ke UMS sabah, yazid abu bakar ke UTM skudai, zam-zam minirin dapat tawaran ke pusat persediaan pelajar di ITM untuk ke australia, suhayani dapat ke UPM (satu kursus lagi dengan si miss), dan ramai lagilah. masa mula-mula dapat tawaran ke ITM rasa seronok sangat, apatah lagi aku dapat tahu rakan sekelas shalawati sidek turut berjaya ke sana untuk ijazah seni lukis dan seni reka. aku rasa berdebar-debar gila apatah lagi masa tu kali eprtama nak berjauhan dari keluarga. bila sampai ke kampus dan mak bapak aku pun say good bye and good luck aku ditempatkan di kolej delima untuk minggu orientasi.


aku dapat rasakan betapa teruknya kami kena ragging oleh senior kat ITM masa tu. ketika itu sekitar bulan jun 1996. kami dimaki hamun macam orang gila. aku yang baru menyaksikan kejadian seperti itu untuk pertama kali terkejut beruk. tiap-tiap hari kami dipaksa menyanyi lagu ITM bertajuk ITM: usaha jaya mara. tapi tak kisah laa tu sebab melalui orientasi kami dapat kenal ramai orang. namun sikap aku yang pemalu sedikit sebanyak telah menjadi penghalang kepada pembentukan kawan-kawan baru. aku rasa terpinggir masa tu. tapi nak buat macam mana aku kautkan juga semangat. nanti kang mak bapak aku marah ler pulak. selepas seminggu aku dipindahkan ke asrama perindu khas untuk pelajar lelaki. orang eprtama yang aku jumpa ketika itu ialah zaidi. apa khabar zaidi sekarang? last aku jumpa zaidi sebelum aku fly ke adelaide 2 tahun lepas. rasanya dia dah kawin. kami jadik kawan baik walaupun berlainan kursus. dia mengambil kursus kejuruteraan awam. melalui zaidi aku mengenali zaini abdul karim - kawan baik si miss ketika mereka sama-sama menuntut di sekolah menengah teknik johor bahru. selain zaidi, roomate aku dalam dorm tu ialah hafiez, yang juga satu kursus dengan aku. yang lain-lain semuanya senior seperti abang kamal (adik abang kamal ni satu kursus dengan zaki di UTM Skudai), abang aries, ustaz (aku tak ingat sapa nama dia yang sebenar) dan beberapa orang lagi yang aku rasakan mereka cukup baik sebab tak tahu buli orang.


kelas pertama di ITM buat aku cukup terperanjat. iyalah kan, kuliah dan tutorial dibuat di pusat persediaan pelajar (atau PPP sekarang KPP- dan selepas beberapa ketika aku terserempak dengan zam zam minirin di situ) kebanyakan pelajar yang ditemui semuanya bijak-bijak danyang paling penting, mereka mampu bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik. malang bagi aku yang hanya dapat c6 dalam bahasa ingeris spm dan seringkali terkial-kial ketika ditanya dalam kelas. selain itu aku cukup pemalu. sampai satu tahap aku rasa agak menyesal sebab segala kursus yang diikuti semuanya aku tak minat. aku jangkakan mereka akan ajar kursus yang berkaitan dengan sains perpustakaan dan maklumat tetapi kursus foundation bahasa inggeris. di sini aku belajar suatu perkara iaitu seseorang tidak boleh dibentuk, disaring dan diasingkan hanya kerana kelebihan dan kekurangan dalam menuntut ilmu. selain itu, jangan silap pilih kursus ketika nak melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. sebenarnya tidak banyak kenalan yang aku ingat sepanjang berada selama satu semester di ITM selain zaidi. rakan sekuliah yang cukup baik denganku ialah wan saidatul shafina - sekarang beliau bertugas sebagai setiausaha akhbar datuk seri shahrizat jalil. walaupun aku gagal keluar dari ITM dia sering menghubungi dan menghantar khabar berita - memberi semangat dan dorongan.


peperiksaan semester 1 tahun 1996 di ITM amat mengecewakan. aku hanya memperolehi cgpa 2.0 dan aku rasakan ia adalah keputusan terteruk yang pernah aku perolehi dalam hidup. masa tu Tuhan ajer laa yang tahu perasaan aku macam mana. aku tak sangka pulak ketika pulang bercuti aku bungkus semua barang-brang aku dan tak akan balik semula ke kampus. hahaha. walaupun ITM berkali-kali menghantar telegram memberikan aku peluang kedua, tapi aku tidak ada hati lagi untuk ke sana. cukuplah satu semester dan aku kembali semula ke felda simpang waha, kota tinggi johor dan merancang kembali apa yang aku perlu lakukan seterusnya. semasa aku bercuti untuk beberapa ketika di felda simpang waha, aku ada cuba untuk memohon masuk ke beberapa tempat pengajian yang lain tapi jawapan yang diterima amatlah menghampakan. aku cuba untuk memohon masuk semula ke tingkatan enam di sekolah menengah laksamana tetapi pegawai pendidikan daerah ketika itu menolak mentah-mentah jika aku mahu masuk ke tingkatan enam bawah. tetapi menerima jika terus ke tingkatan enam atas. macam mana aku nak revise semua sukatan kalau tak belajar di enam bawah dahulu. sapa laa yang malang lantik pegawai pendidikan daerah yang muka tak hensem tu. dah laa takde kredbiliti lepas tu buat keputusan tak berhikmah. tapi aku tetap tak putus asa. sehinggalah tiba-tiba satu hari abahku memberikan sekeping nota iklan maktab adabi maharani muar. dan ia betul-betul menarik minat aku untuk mencuba.

Sabtu, September 27, 2008

TeRkEnAnG KiSaH DuLu DuLu...AkU DaN NoYa (Part 1)

ini adalah edited version...yang original ada tapi tak boleh masuk semua...apa laa miss kutuk aku gila-gila..walhal dia yang buat..macam hampeh jer...
Pejam tak pejam, celik pun tak...tinggal seminggu jer nak raye dah....aku pun dah lame tak updated catatan ttg mmber yg mcm lakhanat nie....Walaupun dalam bulan ramadhan yang mulia lagi berkat, tapi aku still tetap nak brceloteh jugak la...kira celoteh2 manja la...kurang sikit dapat dosa...ahakss! pada part kali nie aku nak continue balik ape yg dah aku story tentang Azalan last 2 months aku rasa laa. Azalan atau nickname manja di kalangan member2 as angah, alan, ilan, shah, azz, kosyok....NOYA...tapi aku sorang jer yg panggil dia dengan name tu..pada mulanye aku malas gak nak bukak pekung member sendiri tp aku terpaksa demi menegakkan keadilan....REFORMASI! nama pun manusia, kadang-kadang kawan leh jadik lawan begitu gak laa sebaliknya...macam ahli politik laa.... Bertemankan lagu raya nyanyian Rafeah Buang...Salam Adilfitri....betul-betul rasa raya dekat di hati....Ceritanya start begini ~ pada zaman dahulu di sebuah tanah rancangan felda terletak laa sebuah penempatan penduduk yg aman damai, Felda Simpang Waha...terletak kira2 35 km dari bandar Kota Tinggi (hai selalu banjir pun panggil kota tinggi jugak ker....bodoh!), didiami lebih kurang 15,000 orang penduduk yg kebanyakkan terdiri daripada peneroka, penerokawati, minah-minah kilang, mat-mat motor, mat-mat gian, mat-mat patah tulang, minah senget dand sebagainya termasuklah doktor suntik! disini hidupnya habitat yg bernafas dan bwrnyawa...Noya...berdarah panas atau lebih dikenali sebagai mamalia....certain2 day boleh change jadik amfibia! Noya nie mrupakan anak kedua kpd pasangan Uncle Syed ngan Auntie Pidah...abang dia yg sulung pernah baling biji kelapa sawit kat kepala aku, sampai sekarang aku tetap ingat peristiwa tu walaupun berlaku kira-kira 26 tahun yang lalu....tapi tak sangka pulak adik dia jadik member aku rupenye....Penempatan peneroka felda mula didiami oleh penduduk yang kebanyakannya berdarah melayu celup, jawa, banjar, bugis, org asli dll...kira si Noya nie aku tk tau la asal dari mane...beliau mempunyai best frendz sejak dari sekolah rendah lagi tapi malu nak mengaku kawan seperti zaki, rizal, sudin, harmizam, zairi, arni. izat, lina, lah, suhayani dan lain-lain...yang bersama-sama main congkak, getah (zero point), belon acah (galah panjang), baling selipar, baling tin (tin susu mak dia tak bukak lagi pun dia rembat buat main) dan batu seremban serta ceper (penutup botol mnuman). Tapi yang pelik dan betul-betul terkilan tahap cipan, nape asyik nama aku ajer yang dia mention! Propaganda aku sebagai PEMBULI melalui catatan beliau dlm blogs kepunyaannye...aku suka membuli dia!!!....itu adalah satu fitnah semata-mata...sebenarnya dia rasa happy bila ada orang BULI dia....sebab dia ni anak manja, kene cubit sikit dah ngadu kat mak dia...hahaha.....tu adalah fakta yg tak boleh diubah...kira macam sejarah malaysia lah...kalau Noya ni TENSION kene buli oleh aku...KENAPA? sampai sekarang kami still jadi kawan baik! Cuba renungkan dan fikirkan.......

Sebab dah lame berkawan dari sekolah tadika lagi, so banyak benda yang kita orang share dan minat antaranya main badminton, tennis, baca majalah bujal, bambino, lima sekawan dan juga kisah-kisah politik dan hiburan...kalau cakap tentang hiburan tak lepas dari story minat dia yang mendalam tentang penyanyi seperti datuk sharifah aini, sheila majid dan ning baizura...tak lupa juga penyanyi lama seperti arwah rosiah chik yang popular dengan lagu melirik...memang dia minat gila!...kita orang minat jugak dalam politik..tapi disebabkan terlalu banyak politician dalam belia felda, menyebabkan minat kita orang terbantut..mane taknya semua jawatan belia dah ditentukan oleh mereka-mereka yang ada kepentingan...hahahaha...tu cerita yang berlaku 10 tahun yang lalu...kesudahnnya itu la pertama kali dan terakhir aku join meeting persatuan belia...noya ni jugak addict atau minat giler kat pasangan adik beradik william, venus dan serena! jugak roger federer! Dulu-dulu mana ada court tennis kat tempat tinggal kita orang! Sekarang dah tua-tua ni nak main tak larat oii...patah pulak tulang belakng! Selalu la gak kita orang komentar time online...tapi aku lebih minat maria sharapova dengan rafael nadal! Selalu gak kita orang bertekak coz support pemain kesayangan masing-masing! Huhuhu...uwekks! selain tu lepas exam SPM, banyak masa kita orang dihabiskan di court badminton menjalani latihan...yelah ingat nak masuk sukan olimpik atlanta 1996..tapi harapan tu berkecai bila noya memutuskan untuk sambung study. 2 tahun kemudian mengumumkan persaraannya dari arena badminton selepas patah tangan disebabkan accident...dengan serta merta team badminton felda simpang waha yang terdiri daripada zaki, aku, noya (single) asrif, sudin, adik noli, rizal (double) dibubarkan secara rasmi penghujung 1998. Masing2 membawa haluan sendiri...Tapi aku yg cuba bangkit semula tahun lepas hanya mampu berlatih untuk 3 jam sahaja coz mengalami kecederaan lutut yg menyebabkan aku menderita selama 3 bulan sampai la nie tak ok lagi lutut aku...Waaaa!


Dulu-dulu masa kita orang study kat Sekolah kebangsaan Bandar Easter (1985-1990), setiap orang kena masuk rumah sukan...ada laa rumah sukan masing-masing mengikut nama tokoh-tokoh penentang penjajah inggeris...Dol Said, Dato Bahaman, Mat Kilau dan Tok Janggut...tapi cita-cita noya nak tubuhkan rumah sukan Rentap pahlawan sarawak ditentang habis-habisan oleh cikgu-cikgu yang berasal dari sarawak! Dulu-dulu semangat patriotik tinggi tak macam sekarang! Hampeh...time tu, bila sampai jer sekolah kena pegi area rumah sukan masing-masing...nak tau buat apa?? kena kutip sampah...macam takde keja lain pulak time tu, datang sekolah nak belajar tapi kena pulak kutip sampah!....kat rumah sendiri bila suruh cuci pinggan sebijik, muka tarik seribu, mulut dah macam muncung tapir...aku tertanta-tanya sampai sekarang mana ek pegi tukang kebun time tu???...tak pasal-pasal kita orang yang kena kutip sampah.....tapi si Noya ni bijak tipu helah, selalu datang lambat ke sekolah..so bila lambat tak payah laa pegi kutip sampah....so malang laa rumah Dol Said ni dapat dia..PEMALAS..secara kebetulan pulak nama seakan-akan nama bapak dia...uncle syed...Semekum uncle, lame tak naik teksi uncle..yelah malu gak coz asyik dapat naik free jer..tu yang aku selalu bile balik kota terpaksa sembunyi muka takut nampak bapak si Noya nie..MALU beb! Lagi satu si noya nie dulu-dulu bila menulis kat buku, suka tulis tekan kuat-kuat..sampai 30 helai pages pun masih ada bekas lagi...tulisan pun takdelah cantik mane sampai la sekarang..ala-ala doctor RUSHDI (dlm filem ibu mertuaku)...huhuhuhu.....Kat sekolah dulu si Noya ni selalu bertekak dengan Elly anak wak rahman...ala satu blok pun nak gaduh-gaduh..


Masa darjah lima, kita orang ada join pergi Perkhemahan Tahunan PBSM peringkat Kota Tinggi kat Jason Bay....fuyoo nama hebat..TAPI nama kampungnya dipanggil Tanjung Lembu...kenapa?? sebab dulu-dulu banyak lembu duk berkeliaran…berak bersepah-sepah takde adab sebagai binatang! Dulu-dulu macam BONGOK! bila ada perkhemahan jer mesti kena bawak barang untuk memasak dari rumah macam beras, bawang, maggi, gula dll…lepas tu kita orang kumpulkan laa barang-barang....mak aku selalu jugak complain...aiks, cikgu ko tak boleh beli ker??...entahla maybe gaji cikgu dulu-dulu sikit kot...Almost 5 hari kita orang pergi, adalah dalam 30 orang...naik van plak tu..sekali masuk adalah dekat 15 orang..dapat tak bayangkan time tu macam sardin dalam van 2, berhimpit-himpit dan bersesak-sesak..dah laa jauh dekat sejam perjalanan...bila ajer sampai, kita orang pun berebut-rebut laa pilih khemah...mana tak nye khemah dulu-dulu mana ada zip tepi, jenis open air...tgh dok sibuk-sibuk pasang khemah...tiba-tiba ada orang meraung kesakitan..ingatkan apa yang berlaku...rupa-rupanya si Noya ni dah ketuk kepala member dengan HAMMER...kira nak buat macam aksi WWF wrestling laa kat TV....Latip!..kesian dia, sampai lekuk kepala si latip dikerjakan..tapi secara tak sengaja laa...merah padam muka takut kena marah dengan cikgu time tu.., dia beruntung ada member yang bagi support time tu..aku ler! ala latip, anak cik biah blok 8....pereka baju melayu aku time raye....dah kawin latip sekarang, anak pun dh dua yg aku tau dengor dari cerita mak aku la...


sepanjang prkhemahan tu macam-macam aktivit yang kita orang buat macam melukis pemandangan pantai..aku nie memang tangan pengkor tak reti melukis..mewarna aku reti la..sama jugak la dengan si Noya nie...langsung kita orang tak mandi pun selama 5 hari...just tukar seluar baju jer..macam mana nak mandi, toilet pun takde...nak mandi kat laut.. air masin! Hahaha tak kuasa aku! Malam terakhir kat situ ada buat pertandingan malam kebudayaan laa…sekolah kita orang buat persembahan nyanyian...nyanyi lagu rock tapi gaya macam kumpulan nasyid...ala gerak-gerak malu..tapi kita orang tak laa masuk dalam pertandingan tu, jadi penonton jer, bagi support laa kat mmber-meber..yang aku ingat lagu yang budak-budak ni nyanyi lagu kump may ~ kau umpama bunga yang mekar dihatiku..dan lagu..POM-POM...pom pom pom pom dua-dua....macam taik pun ada masa tu...TAPI yang pasti sekolah kita orang jadi johan persembahn terbaik! Mana menghilangnya member-member time tu ~ irwan, nasrul hisham, asmanita, jasopha, nazarudin noh, nazri noh, siti atan, razilah, latip, tajul dan tak lupa kat sorang budak ni aku lupe name dia tapi kita orang panggil MR. OS...hahaha...Noya pergi sakat budak tu sampai menangis terlolong-lolong...kesian dia..tu la perangai noya kalo nak tau...suka menyakat! ada satu hari tu kita orang ramai-ramai kena ketuk ketampi aku rasa dekat 2-3 ratus gak arr...cikgu yaasin tak puas hati kat kita orang kenapa tak pasang tali, buat ampaian kat khemah...naik bergetar lutut aku time tu...sengal giler...nasib baik laa budak-budak time tu...kalo tak!!!

Selain tu masa kita orang darjah 6, pergi lagi join Perkhemahan PBSM di SMBE...kira dulu muka kita orang ajelah yang suka pergi benda-benda macam ni..bukan apa best dapat jalan-jalan...jumpa member baru...walaupun budak-budak lain sibuk dok study coz UPSR dah nak dekat tapi kita orang still enjoy...yang paling penting dapat sijil...yelah nak penuhkan satu file folder bukan senang-senang...tapi kadang-kadang sijil-sijil yang kita orang dapat tu buat ala kadar jer...pakai kertas manila..lepas tu digelek dengan mesin penggelek! Dulu mane ada mesin fotostat...kene la menggelek sampai hitam baju aku dulu kena carbon mesin penggelek tu...dulu-dulu manila kad terkenal seantero kota tinggi..ada macam-macam warna laa sampai cikgu pun guna kertas tu untuk sesi pengajaran...tampal kat papan hitam lepas tu lekatkan dengan tanah liat...tapi orang sekarang tak panggil tanah liat panggil plastisin laa.....time tu macam-macam laa aktiviti kita orang terlibat..ala biasa ler bila dah pergi program-program macam tu tak dapat lari dari kawad kaki, nyanyi, merentas desa, pertolongan cemas dan lain-lain...antara perkara yang aku ingat time tu, ade sorang cikgu dari sekolah menengah arab kota tinggi...baik giler dengan group kita orang..cikgu soleha! Dia gak yang suruh kita orang berlakon sketsa pertolongan cemas...kene pisau la, accident la, patah kaki la, patah tangan la..dalam banyak-banyak watak tu aku kene angkat! Tau laa macam mana, aku dulu gemuk macam giant (Doraemon), sampai 6 org angkat dari stage turun bawah..sampai bawah dicampaknya aku kat tepi pokok...gedebuk! kalau ingat time tu bodoh laa! lepas tu makan rambutan masam...hahaha...TAPI paling aku tak boleh lupa laa satu insiden! Time tu pukul dua pagi loceng bunyi..perhimpunan kawad!

Kita orang lambat turun, so aku, noya dengan zairi pergi sembunyi bawah meja kerana takut! Peraturan time tu, siapa turun lambat kena buat kawad kaki la..kira kene mengadap komandan...kena kawad, tabik dan lain-lain..kita orang tak tau macam mana nak buat! Nanti kena denda laa pulak! So kita orang decided terus sembunyi bawah meja! Lama jugak sampai semua orang cari coz 3 org hilang time tu...tapi bila dah lama sangat member-member lain tak naik bilik, kita orang pun turun tunjuk muka..aku tak ingat laa apa alasan aku...ko bagi alasan apa noya! tapi member aku si zairi ni tipu cakap sakit perut! Siap buat muka sakit tu...taik la kau bro! Pandai betul berlakon...dia sesuai pegang watak toyol jer....Tak pasal-pasal dia kena baring kat kantin, sapu minyak angin..padahal tak kena apa-apa tindakan pun dan terus balik bilik! Haha padan muka kau zairi..tu la nak tipu sangat...kuang kuang! ada sorang kakak tu (kakak haslilin), suke sangat nyanyi lagu rohana jalil..woit..time tu rohana jalil tengah top setaraf dengan ramlah ram, zaiton sameon dan norsheila amin! Balik-balik nyanyi lagu~ rayuanku, resahku..tapi yang syoknya suara dia memang best...Kalo masuk AIM gerenti dapat artis baru terbaik! Hahaha...

Kursus Nadwah...ala kursus time nak dekat periksa upsr...wajib time tu kena join....kira kena buat amal ibadah la...solat hajat, taubat, tahjud, duha dll..so ada satu malam tu tengah syok-syok tido, tiba-tiba kena kejut dengan cikgu aminudin! Aku kene bantai coz buat bising..padahal aku tido dah...kita orang kena baca Yassin sampai pagi sebagai denda! Last-last tinggal aku dengan noya jer yang baca Yassin tu.. orang lain semua dah tido..BENGANG GILER!...time makan guna dulang...sayur lemak nangka, sambal tumis ikan bilis dan ikan kering.....satu dulang share 4 orang...ko ingat lagi x sape jadik pelajar terbaik kursus...sape lagi orang blok ko la...idris anak wak berahim dengan asrif (member baik noya)..mane laa dia sekarang..tapi aku rasa time tu memang noya ni ade hati nak dapat pelajar terbaik!..kira over confident laa cume tak ada rezeki jer....yelah coz kita orang tak pakai serban macam idris dengan asrif 2...hehehe....kalo tau mesti dah pakai PURDAH!...isam anak wak parman pun dah kawin...elly anak wak rahman pun dah kawin...tinggal anak pak syed jer tak kawin-kawin lagi...budak pompuan yang dapat pelajar terbaik ialah roslizawati (noya pnggil dia mak mok) dan normala mulut bebek (mulut macam itik, cakap melewe)...TAPI ada benda yang aku tak boleh lupe sampai sekarang...time idris jadi imam solat subuh...tengah khusyuk dok solat tiba-tiba dia berhenti...boleh plak cakap “aku lupe la nak baca doa qunut” tak ke haru time tu..sudahnye semua orang gelakkan dia...lawak-lawak..better ko jadi imam dulu la noya! Ko baca pun best maklumlah pernah masuk pertandingan musabaqah baca Al-Quran wakil blok 9. Walaupun dapat saguhati jer orait ape bro! Salute la...Ko ingat tak lagu favourite time kursus tu...DI PONDOK KECIL...di pondok kecil, dipantai ombak, berbuih putih, beralun-alun..di suatu hari ayah berkata, jaga adikmu ayahkan pergi jauh..duhai anakku sayang jangan menangis...ayahkan tetap pulang…dipangkuan mu sayang...duhai ayahku sayang....sedih laa...time tu noya nyanyi siap ajuk lagi buat macam menangis! Yang pasti si noya la yang lebih-lebih...TAPI lagu tu memang sedih even sekarangkan..ko dengan aku duduk jauh!

Last sekali aktiviti terakhir yg kita orang join sebelum tamat darjah enam, Perkhemahan tahunan unit uniform SKBE.....PBSM, pengakap, pengakap muda, tunas puteri dan puteri islam....time ni pun dapat sijil guna kertas manila....sedih-sedih malang sungguh.....bak kata noya “miskin betul takde budget”...tak sayang mulut ko ek! Perkhemahan ni kalo tak silap aku 3 hari...sebelum tu kita orang dah pergi cari buluh untuk buat tiang khemah, buatt gajet ( letak pinggan mangkuk), belajar simpul ikatan tali dll....cari kayu api, angkut air dan macam-macam lagi laa yang kita orang buat time tu....macam-macam aktiviti dan pertandingan yang kita orang sertai...yang pasti aku dengan noya terlibat aktiviti dan pertandingan yang berbeza...macam noya (malam kebudayaan, kawad kaki, mrentas halangan) aku pulak (masak cara hutan, akuarium hidup).....tapi nasib aku malang coz semua acara yang aku terlibat semua tak menang walaupun no 3, terutama yang paling memalukan pertandingan akuarium hidup...group lain punya laa cantik buat macam objek khemah dan suasana tapak prkhemahan...hehehe...group aku yang terdiri daripada zaki, nurazuan, norwati (awek noya dulu-dulu) dan arbaah bawak apa nak masuk pertandingan tu...bawak bekas akuarium, batu-batu, rumput dengan ikan dibuat dari kertas!! Hahahaha...memalukan sungguh! Silap strategi laa...cikgu rukimin laa yang jadik advisor! Terus kita orang decide tarik diri selepas digelak kaw-kaw secara besar-besaran dan terancang oleh cikgu qayyum (pengakap) dan cikgu noraini karim and khairunnisa - mata jengkol (tunas puteri) dan lain-lain member..antara yang aku ingat dan perasan ialah amran muharam, nazir mohajir, khir ramli (musuh kita orang tapi member baik zairi) tapi bini dia, noraidah samsuri (musuh noya) dan suhayani rugani...

woit ko ni berapa ramai musuh daa!...sejak hari tu memang aku benggang dan rasa meluat giler dengan cikgu qayyum lebih-lebih lagi bila dia masuk kelas kita orang 6 cempaka dan sound direct ~ kalau kamu ni pandai macam suzana dan rinda tak apa tak payah belajar saya tak marah!....siapa tak benggang...TAPI malam kebudayaan la yg paling havoc dalam banyak-banyak pertandingan...aku rasa sampai laa ni noya tak kan lupa peristiwa tu sampai bila-bila...yelah dah joget macam tak hengat dunia...dia ni dulu kalau bab-bab hiburan macam nyanyian, tarian dan joget memang serahkan kat dia..siapa-siapa pun tak dapat celen! Berjoget, tergedik-gedik..pulak tu dengan pompuan lagi tu...yang aku ingat time tu yang jantan-jantan patah tulang seperti noya, zaki, rizal dengan yunos...yang pompuan suhaila bunawan, norwati, zetty asmara...lagi sorang aku tak ingat la...nyanyi lagu..DARAH MUDA...top dulu lagu tu..penyanyi WANN kot...dibimbing oleh cikgu amil dan cikgu amir! Menggelarkan group diorang sebagai KEKWAT PETET....dan akhirnya jadi juara pada malam tu....HEBAT....HEBAT...noya, aku bangun ni bagi standing ovation kat ko....hehehehe....tapi masa ko tergedik-gedik joget...aku, nurazuan dengan arwah cikgu syed dok makan ikan pari bakar kat tepi longkang...best! ala longkang tempat kita selalu lepak laa time rehat...ko kan suka makan nasik lemak mak jah kerepot yang kini menjadi musuh nombor satu aku...hahaha....sebelum tamat esoknya pihak sekolah belanja semua budak-budak makan sup ayam dengan roti perancis! Roti favourite aku sampai laa skrg! Cicah kopi o panas terangkat beb...

itu laa cerita-cerita lama yang masih segar dalam ingatan aku hingga ke hari ini...aku catit segala peristiwa lampau yang berlaku sebagai satu kenangan manis dan takkan mungkin dapat diulang kembali suasana ceria time tu.....aku, noya dan kenangan! Wassalam!

Berkhidmat Untuk Negara,
Sahabatmu yg setia,

Addy Putra,
KanoState,
Nigeria....

Selasa, September 23, 2008

Terkenang Semasa Dulu (Siri 3): Dari SKBE ke SMBE


bila dapat jer result UPSR pada tahun 1990, aku dah dapat membayangkan yang tempat yang layak bagi aku untuk sambung belajar di sekolah menengah hanyalah di sekolah menengah bandar easter yang jaraknya terletak hampir 2 kilometer dari rumah aku. yer laa kan, dengan 2A mana nak pegi? sekolah berasrama penuh jauh sekali. first time aku masuk ke tingkatan satu di sekolah menengah bandar easter (SMBE) ni ialah tahun 1990. masa tu aku ditempatkan di tingkatan 1 damai. miss pulak di kelas 1 erat bersama-sama dengan zaki. nervouslah jugak aku sebab takde member. nasib baiklah hairul zairi bachok sekelas dengan aku. pelajar sekelas masya'allah Tuhan ajer yang tahu. semuanya macam pelajar sekolah henry gurney. tapi antara yang aku ignat ialah salwa saedon, maslinda dali, sapa entah lagi tak ingat laaa...cikgu kelas kalau tak silap cikgu ujang. dah lama sangat aku tak berapa nak recall. aku dilantik menjadi ketua tingkatan menerusi sistem demokrasi. keh keh keh. tapi walaupun jadi ketua tingkatan aku selalu kena buli dengan budak-budak ni. selepas hampir 3 minggu, tiba-tiba telah berlaku satu rombakan kelas secara besar-besaran. bagi insan-insan yang dapat lebih dari 1A berkelayakan untuk masuk ke kelas yang lebih baik. aku menggunakan kesempatan yang ada untuk melarikan diri dari kelas yang aku anggap amat teruk perangai pelajarnya. keh keh keh. jahat betul aku ni dok melabel jer kejenya. aku dipindahkan ke tingkatan 1 Ilham dan antara yang menyertai aku ialah zaki puaat (member kamcing aku), esmawaty multar, marlina omar, dan beberapa orang lagi yang sememangnya datang dari SKBE. cikgu kelas kami kalau tak silap cikgu md zain yang baik hati tu. dia ajar sejarah best giler. masa kat sekolah menengah bandar easter ni laa aku start kenal ramai pelajar dari sekolah kebangsaan lain yang berdekatana. antaranya ialah sekolah kebangsaan bukit waha dan sekolah kebangsaan bukit mahkota yang terletak di felda aping timur. kat dalam kelas aku duduk dengan zaki. aku ingat lagi maslina saiman dan kasmah kamis duduk di belakang kami. di depan kami pulak esmawaty multar bersama-sama norzlyana zainudin. dan sekali lagi aku dilantik menjadi ketua tingkatan menerusi sistem demokrasi. aku mendapat sokongan ramai sebab rata-rata yang dudukkat dalam kelas tu datang dari SKBE. keh keh keh. gila kuasa betul aku masa tu. antara rakan sekelas yang aku ingat ialah shalawati sidek (rakan baik aku sehingga habis sekolah dan kami sekelas), norhaslin rominoor (atau nama glamournya nani, beliau merupakan s/usaha kelab kembara smbe tahun 1993/4 - sila rujuk majalah ulung), nazri Noh (member baik miss sebelum dia berubah jadik samseng kampung dusun - lawak betol), marlina omar (anak pengurus bukit waha), zaiham azril zainon, roslila ishak, norman salleh, norhadzli md noor, azmam abu, suriyati mansor, entah sapa lagi aku tak ingat.

bebudak dari aping pulak macam maslina saiman, kasmah kamis, harmizi hassan, mohd fais, dan ada laa a few aku tak ingat lagi sapa. dari bukit waha pulak azman gemuk (dia ni baik walaupun selalu bergaduh dengan aku), yazid wagiman, noraida shamsuri, helly amiza, esamudin johan, arwah shuhaimi (zairi beritahu dia dah meniggal dunia sbb accident - al-Fatihah), norfaezah mohammad, suziana, amidah ali, dan ramai lagi laa... masa nak lantik monitor dalam kelas tu aku mendapat tentangan sengit dari ajid (yazid wagiman) yang disokong kuat oleh noraidah shamsuri tu. aku pon pelik dengan budak noraidah tu dari masuk kelas lagi dia tak suka dengan aku. satu hari tu aku tak hantar buku latihan subjek pendidikan islam dekat beberapa bulan dan uztazah apa entah nama dia dok panggil dan ketuk tangan aku dalam kelas dengan pembaris. lepas tu dia siap cakap lagi 'macam ni ke ketua tingkatan' then si noraidah dan geng-geng dia siap mengutuk aku depan-depan lagi tu. sampai bila-bila aku akan ingat apa yang dia cakap. walaupun dia dah kawin dengan khir (kawan baik si miss dan zairi) yang kononnya glamour ala david beckham (macam best sangat), tapi aku akan semat dalam hati sampai bila-bila. ewah...maslina saiman (aku panggil dia jai) antara insan yang paling baik dengan aku waktu form 1. dia selalu tolong aku ajar matematik. masa ni budak miss tu kat kelas 1 erat. aku dan zaki jarang jumpa mamat tu. ada laa sekali jer dia datang. masa tingkatan dua kami dipindahkan ke sebelah pagi. dan masa ni aku berkenalan dengan senior2 macam harmizam mis dan syamsudin razali. lepas tu member lain seperti rizal harun pun turut join klik kami. walaupun kami aktif kelab kebudayaan dan sering dibuli oleh pelajar sekolah, kami buat pekak telinga jer. pencapaian akademik aku masa ni kira boleh tahan walaupun matematik seperti biasa tak pernah lulus. kalau lulus pun cukup-cukup makan jer. masa zaman awal 90an ni, dan ditambah pulak dengan alam remaja, ramai laa yang perasan bagus. wujudlah satu istilah popular guy atau popular girl (menurut istilah drew barrymore dalam filem never been kissed) yang semuanya perasan macam hebat walhal takde hapa pon yang boleh dibanggakan. alamak aku rasa aku ni dok mengutuk jer daripada menulis..keh keh nak buat macam mana kan...time zaman aku sekolah sapa yang active dalam sport dan muka hensem siket maka akan diadmire oleh semua pelejar perempuan. kalau student perempuan yang muka putih melepak (walhal tepek bedak punya laa tebal) dan cantik siket (sebenarnya takde laa cantik pon) terus perasan glamour. maka bermulalah seisi menghantar surat, berdating kat bawah pokok mempelam sebelah makmal sains...kalau tak pun kat dalam kelas yang kosong atau kat kantin.

yang kelakar tu, ada yang hantar surat cinta siap letak bedak lagi. mak aii kalah towkey kilang bedak. mula-mula aku tak perasan sangat fenomena ni. ia agak ketara sewaktu aku berada di tingkatan 3 jasa. kelas paling pandai (kononnya) untuk PMR tahun 1993. tapi hampeh. masa aku masuk 3 jasa ni, aku sorang-sorang kat dalam kelas tu yang takde geng. cuma esamudin johan jer laa..itupun aku tak berapa rapat sangat dengan mamat ni. zaki pulak masuk ke kelas 3 gemilang. kesian zaki masa tu. aku sebenarnya teringin nak ikut zaki jer tapi cikgu SMBE masa tu tak best betol ada ke depa isolated student ikut kepandaian. bengong! (sorry laa cikgu SMBE esp. kak gie - teremosional siket) aku sebenarnya tak berapa gemar teknik pecah perintah ala zaman british ni dilaksanakan mengikut pecahan kepandaian. tapi nak buat macam mana kan, jadi aku terpaksalah masuk kelas 3 jasa tu. dalam kelas 3 jasa ni aku rasa macam tak seronok sangat sebab bebudaknya semua pandai sangat. antara ahli kumpulan aku ialah hazli othman (dengar kata dah jadik cikgu) faisal razif, yazid abu bakar (dah kawin dan ada anak pun), esamudin johan (lost contact ler), dan zulkifli sai'an (dia ni dulu digosipkan dengan suhayani). antara pelajar sekelas yang lain ialah erwan mohamad, nor zam zam minirin (best student PMR dapat 7A) , maslina saiman, asrif samion, surya rahmad, sumiamah sakimin, suhayani rugani, norfaiezah hanafi (kalau tak silap), dan ramai lagi. masa ni budak miss tu kat kelas 3 Amanah - juga kelas terbaik untuk kemahiran hidup aliran seni perusahaan. 3 jasa mengkhusus kepada sains pertanian. cikgu kelas 3 jasa ialah cikgu ramesh. tapi yang lawak tu aku takde member jadi aku selalu ke kelas zaki dan rizal untuk berborak. tapi aku rasa terseksa jiwa dan raga duduk kat dalam kelas 3 jasa ni. dan hasilnya aku hanya dapat 1A jer dalam PMR. hebat betul. kalau aku tak silap miss dapat 4 A dan keputusan itu melayakkan beliau pergi ke sekolah teknik johor bahru. zaki pun dapat 1A jadi dia bersama-sama dengan aku meneruskan pengajian di SMBE ajerlah. selain daripada ketidakserasian dalam kelas, aktiviti kebudayaan telah membuatkan aku leka dengan PMR. tapi aku rasa kalau aku duduki semula PMR tu Insya'allah boleh dapat 7A - tak termasuk matematik yang for sure aku dapat F. keh keh keh. jadi dengan sukarelanya aku telah kena marah ler dek bapak aku sebab banyak main. justeru, aku pun tarik diri dari kelab kebudayaan tersebut. good bye kelab! masa tingkatan tiga ni aku sering pi join pertunjukan kebudayaan di bawah bimbingan cikgu nasarudin ahmad. kami pernah buat pertunjukan kat johor craft village yang dah berkubur laa ni. antara member yang sekali join ialah zaki puaat, harmizam mis (sekarang bertambah masyhur dengan Arts Collection Studio kat JB), rizal harun (sekarang bekerja di Blue Wave hotel JB), syamsudin razali (lost contact tak tahu ke mana), norismah ismail (last time aku jumpa tahun ni - dah bukak gerai prepaid moble kat simpang waha), zuraini dan zuraina (kembar dari felda easter), Sani(tak tahu ke mana, dengan masuk ITM), hairul azahar mohammad (popular guy waktu zaman sekolah, pengawas, tak silap di masuk UTM skudai) dan ramai lagi. aku pun bila tengok result teruk aku quit ler serta merta. terus cikgu nasarudin tu marah kat aku sampai dia tak bagi apa-apa sijil pun kat aku. ceh ingat aku boleh carik makan ke dengan menari? kalau boleh pon takkan nak menari sampai tua? keh keh keh..jahat betol aku ni..

habis jer PMR, kebanyakan rakan sekelas kat 3jasa semua sambung belajar di sekolah berasrama penuh. miss, zam zam, yazid pergi ke sekolah teknik JB. irwan pulak dengarnya join nerazuan nin (3 amanah) ke asrama penuh. aku plak ke asmaradana jer lah. smbe pun apa kurangnya. masa mula-mula masuk ke tingkatan 4 di smbe ni aku dimasukkan ke dalam kelas 4 teknikal 2 di blok A tingkat paling atas, kelas ke empat dari tangga. betul-betul mengadap ke tapak perhimpunan. mula-mula zaki suruh aku merayu untuk masuk ke 4 perdagangan bersama-sama beliau tapi aku rasa macam malas pulak. apatah lagi aku telah dilantik jadik monitor kelas oleh cikgu wardah hj daud (dan sekali lagi aku mendapat tentangan sengit dari ajid - yazid wagiman, cuma kali ni backup singer dia si noraidah tu kat kelas perdagangan satu geng dengan zairi). aku rasa selesa pulak sbb ramai betul geng-geng waktu tingkatan 1 dan 2 ilham berada kat dalam kelas ni macam norfaezah mohammad, suriyati mansor, amidah ali, shalawati sidek, dan lain-lain. cuma yang lelaki jer semuanya baru-baru macam norizam othman, hazidi, razmi ali, nazarudin sani, sarizan abdul hamid (wak yan - rakan sekelas waktu darjah 4-6 cempaka, skbe). masa baru-baru masuk tingkatan 4 ni, budak-budak kelas sains macam si miswadi abdul rahim, hazli othman, faisal razib, yazid abu bakar, nor zam zam minirin, zulkifli saian dan ramai lagilah semuanya berlagak giler. rasa malu betul nak lalu kat depan kelas dia orang. yer laa kan dah ler masuk kelas teknikal pulak tu pelajar lelakinya cuma 7 orang jer. 36 orang yang lain semuanya pompuan. tahap akademik takde laa boleh dibanggakan sangat. bila lama-lama aku makin seronok duduk dalam kelas 4 teknikal 2 ni. nak-nak kebanyakan budak kelas 4 sains (yang rata-ratanya rakan sekelas waktu 3 jasa) semuanya dah pegi sekolah lain termasuklah si miss tu. jadi takdelah malu sangat nak lalu kat tangga sebelah kelas sains tu. untuk aliran teknikal bagi spm ni, aku amek lapan subjek kalau tak silap- bahasa melayu (cikgu rohana), bahasa inggeris (cikgu azhar), matematik (cikgu wardah), sejarah (cikgu baba), ekonomi (cikgu wan zawiyah), perdagangan (cikgu vincent), sains pertanian (cikgu shis), sains teras (cikgu maat), agama islam (uztaz shukur), pendidikan seni (cikgu iskandarrani) . nampak solid so aku teruskan jer lah. sebelah kelas aku ialah kelas rizal - 4 teknikal 1, dan juga kelas zaki dan zairi - 4 perdagangan. jadi seronok laa jugak at least ada geng. masa ni aku kenal ramai kengkawan baru maca razali mohammad (juara 100 meter waktu aku form 1 dulu tapi bila masuk form 5 kalah teruk dengan yasir ali), yahya fadzli (ketua pengawas), dan ramai lagi lah. popular guy masa ni macam yasir ali (sekarang dah kawin dengan hairani budak kelas perdagangan), norhazlin kliwon (satu geng dengan yasir main bola sepak), dan ada laa sorang dua lagi yang aku dah tak ingat. popular girls masa tu macam suhayani ruhani (bekas awek miss), surya rahmad dan ramai lagi.


tahun 1995 adalah tahun paling mencabar sebab aku akan duduki spm. start tahun ni aku belajar betul-betul sebab tak nak jadik macam tahun 1993 - aku cuma dapat 1 A (with attitude) jer..buang karen jer bapak aku hantar aku ke sekolah. tapi pada masa yang sama ada laa jugak perkara-perkara lain macam hari sukantara, merentas desa dan perkehmahan di smbe kat tepi padang. aku ingat lagi bila cikgu iskandar panggil kami berkumpul semua perserta lambat datang. jadis ebagai denda kami disuruh bergolek kat atas padang yang basah lecak dengan air hujan. ramailah muntah-muntah dan pening kepala. kelakar betul kalau nak diingatkan semula. masa ni cikgu wardah selalu bagi aku encouragement untuk berjaya. dia selalu cerita pasal pengalaman dia study kat north carolina university. aku pon teringin laa nak study kat sana. yer laa kan bila dengar dia cerita pasal disneyland, snow dan itu ini, imaginasi pon bergerak ke sana ke mari. walhal matematik tak pernah lulus ada hati nak pi U.S. aku ingat-ingat lupa bila aku amek spm. tak silap aku bulan november 1995 macam tu. aku ingat lagi mak aku dok sibuk ke sana ke mari mintak air penerang hati. yer laa kan takut tak dapat jawab. bagi aku cuma spm ni jer laa satunya yang boleh menjadi tiket untuk aku terus ke peringkat yang lebih tinggi. SPM di umumkan pada bulan jun tahun 1996. alhmadulillah, nasib aku baik sebab dapat pangkat satu dengan 13 agregat. dan seperti biasa, maths akan spoil kan segalanya. jadi aku terpaksa pilih antara dua iaitu nak masuk ke tingkatan enam bawah atau pun nak masuk ke IPTA bagi program matrikulasi. bila tengok orang seronok masuk universiti so aku try apply ke IPTA. then aku dapat dua tawaran iaitu Institut teknologi MARA untuk matrikulasi sains perpustakaan dan maklumat, serta matrikulasi ilmu kemanusiaan di universiti islam antarabangsa. selepas menimbang-nimbang, aku pilih ke ITM walaupun abah aku lebih suka aku pergi ke form 6 untuk stpm.

begitulah serba sedikit kisah aku di smbe. sebenarnya ada banyak nak cerita tapi terlalu banyak sangat. nanti tak cukup pulak satu hari satu malam. memang banyak kenangan. jadik ketua pustakawan laa, tapi sebenarnya banyak tido. lepas tu kena marah sebab buat bising. tapi aku sebenarnya budak baik tau sepanjang berada kat smbe tu. kih kih kih. anyway, untuk cikgu-cikgu smbe selamat hari raya maaf zahir dan batin. maaflah kalau ada terkutuk ke kan, adat laa tu. untuk cikgu wardah hj daud dan cikgu iskandarrani mohamad - selamat hari raya maaf zahir dan batin. maaflah sebab dah lama tak jumpa. everytime cikgu rumah saya waktu hari raya, saya mesti tak ada. takde rezeki laa nak jumpa. Insya'allah ada rezeki akan berjumpalah jua. buat teman-teman kelas 5 teknikal 2, 5 teknikal 1 dan 5 perdagangan tahun 1995, selamat hari raya dan maaf zahir batin juga. buat kak gie sekeluarga selamat hari raya dan maaf zahir batin. sorry laa ek saya cilok gambar dari blogs akak. raya nanti jemputlah datang rumah. pelik pulak rasanya ucap selamat hari raya kat dalam blogs. sapa ajer laa nak baca... keh keh keh....nak kirim kat utusan malaysia, saya ni pemalu orangnya. lain kali jer la ye..hehehe...ciao!


Ahad, September 21, 2008

Terkenang Semasa Dulu (Siri 2): Dari Tadika ke SKBE

pengalaman ke sekolah tadika adalah suatu perkara yang tak begitu menyeronokkan. tak tahulah kenapa. walaupun aku ke sekolah tadika selama dua tahun tapi tak banyak kenangan yang aku ingat. apa yang pasti kat tadika felda simpang waha ni kami akan diajar menyanyi dan mewarna. lepas tu adalah makan-makan siket. ada satu hari tu aku tak nak pegi ke sekolah tadika then bapak aku punyalah naik marahlah. yang palin glawak tu dia sumbat aku masuk ke dalam tong. masa tu aku punyalah takut sebab aku ingatkan tong tu perigi. keh keh keh..apa lagi meraung laa aku macam orang nak mati. antara member yang aku paling ingat muka waktu kat tadika cuma miss dan zaki jer...itu pon kami tak berapa rapat. sehinggalah kami sama-sama masuk ke sekolah kebangsaan bandar easter. bangunan tadika kat felda simpang waha masa tu takdelah besar mana pun. cuma dua buah rumah felda yang diubah suai. kena naik tangga bila nak masuk. ada dua orang cikgu tadika massa tu. cikgu aishah dan cikgu halimah. cikgu aishah ni punyalah baik orangnya. lembut jer. cikgu halimah aku tak berapa tahu sangat sebab dia bukan cikgu kelas aku. yang paling kelakar tu tiap-tiap hujung tahun akan diadakan hari tadika. masa tu ramailah budak-budak akan buat persembahan. tapi aku yang gampang masa tu cuma sertai pasukan nyanyian beramai-ramai (choir) untuk nyanyi lagu negaraku. zaki dan miss ambik bahagian untuk mempersembahkan tarian kuda kepang. aku tak tahu pulak sama ada bagus ke tak persembahannya sebab aku terus jer balik rumah lepas persembahan. keh keh keh...setakat tu jer laa yang aku ingat tentang kenangan kat tadika. nanti laa kalau aku chat dengan miss, aku nak tanya apa lagi yang berlaku waktu kat tadika. dia tu ingat semua perkara. habis jer bertadika selama dua tahun dari tahun 1983-84, aku pun sambung plak study ke sekolah kebangsaan bandar easter. waktu tu tahun 1985. sukatan pelajaran baru telah diperkenalkan. dah takde lagi buku dengan karakter tipikal ali, ah kow, ahmad, swee lan, samy dan lain-lain. aku masih ingat lagi watak tipikal tu sebab baca buku-buku abang aku yang bersepah kat rumah. disebabkan aku antara pelajar yang paling awal boleh membaca kat dalam kelas, jadi aku pun bantai laa baca semua perkara. aku ingat lagi cikgu kelas 1 amanah - cikgu shuhaimi mintak aku baca satu petikan karangan kat depan kelas. bangga giler masa tu. keh keh keh...tapi bila dapat keputusan peperiksaan, aku laa antara yang terteruk..tapi takdelah sampai dapat nombor belakang dan masuk kelas pemulihan. masa tu marlina omar anak pegawai felda bukit waha tu yang menggondol banyak hadiah untuk peperiksaan tahun akhir. member-meber lain macam miss, zaki, nizam, lailizah pun join sekali. cuma aku ni jer laa yang teruk satu hadiah pun tak dapat waktu tahun satu amanah masa tu. kesian aku. nak menangis bila tengok orang lain dapat hadiah tapi kita tak dapat apa pun. isk isk..keh keh keh.


bersekolah kat skbe ni memang banyak pengalaman yang boleh dikongsi. selain banyak mewakili sekolah dalam pertandingan itu dan ini, tapi yang lebih menyeronokkan ialah rakan sekumpulan macam miss (budak blok 8 simpang waha yang suka buli aku), zaki (member kamceng aku kat sekolah menengah), lailizah (anak orang kuat blok 9 simpang waha), nizam (anak pegawai felda), esmawati (anak pak cik multar taxi driver), marlina (anak pengurus felda bukit waha). walaupun aku yang sering terkecuali utk apa-apa perkara yang melibatkan akademik, contohnya - peperiksaan kelayakan ke asrama penuh semai bakti dan biasiswa, tapi aku tetap happy dengan cara aku sendiri. subjek yang aku paling minat waktu kat sekolah rendah ialah bahasa melayu dan alam manusia. seronok betul baca alam manusia sebab banyak cerita tentang sejarah. thats why aku minat baca buku sejarah sampai laa sekarang. perkara yang merosakkan otak aku ialah matematik sampai si miss tu asyik cakap aku ni terlalu bengong kalau bab-bab kira mengira. tapi aku kira okay apa dalam subjek bahasa inggeris dan aku selalu cakap kat miss yang dia pun bengong gak dalam bab bahasa inggeris. hahaha. masa aku berada dalam darjah tiga kat SKBE ni, cikgu kelas masa tu namanya cikgu dalimah dali. cikgu ni telah menempeleng aku sebab aku tak dapat selesaikan soalan matematik dalam kelas. menangis laa jugak bila kena tempeleng. terus jer aku bertambah trauma bila bab-bab matematik ni. pengajarannya ialah jangan gunakan tangan bila nak mengajar anak murid. sebab anak murid akan terus jadik bebal. bagi cikgu-cikgu kat luar sana sila gunakan pendekatan yang baik-baik ketika mengajar terutamanya psikologi. aku rasa cerpen ali majod bertajuk 'pensel nan sebatang' adalah contoh yang terbaik. tapi yang paling lawak kan cikgu bahasa inggeris aku punya laa garang masa tu. namanya cikgu kalsum. aku paling kelakar bila tengok tudung dia pakai jambul terkeluar tu. kira trend laa masa tu kan. lepas tu baju ala-alah tok pah masa zaman kegemilangan dia dulu. kerja cikgu kalsum ni asyik nak mencubit dan tempeleng orang kalau tak dapat jawab bila dia soal. satu hari tu dia ajar aku dengan member sekelas lagu old mcdonald. bila tiba jer bab bunyik lembu suara kami tak keluar .moo moo moo lebih kurang... dia apa lagi terus marah cakap bunyik lembu moooohhhhh mooohhhh...nak tergelak-gelak aku kat belakang dengar.


ada satu hari tu dia ajar sebut hari (how to pronounce days) dalam bahasa inggeris. maka sebutlah kami sunday, monday, tuesday...yang kelakar tu member sekelas - zahid, tersalah sebut. baik-baik sunday, monday dia sebut sooonday, mooonday...maka tak pasal-pasal dia kena cubitan percuma yang menyakitkan dek cikgu kalsom tu...nak gelak kuat-kuat aku takut, jadik gelak dalam hati jer laa...satu hari tu tiba-tiba miss goh, sorang lagi cikgu bahasa inggeris datang cari aku. aku pun terperanjat laa sebab aku yang teruk pencapaian akademik ni boleh diburu oleh salah sorang cikgu bukan melayu kat skbe tu. rupa-rupanya dia suruh aku masuk reading competition. lepas tu dia suruh aku datang rumah dia beberapa kali seminggu sebelum pertandingan berlangsung. yang paling best tu aku menang competition tu dengan mudahnya menewaskan geng-geng kelas 3 melati yang buat persembahan gampang dengan lagu little indian girls. keh keh keh..riak laa plak..start hari tu cikgu kalsum tak pernah cubit aku lagi.

masa aku berada dalam darjah enam aku start aktif dengan aktiviti kurikulum sekolah. tapi aku paling tak lupa macam mana cikgu rukimin abu kahar dan cikgu subri sumirin recruit aku untuk pertandingan syarahan bahasa melayu di sekolah menengah sri aman, felda aping barat. masa tu aku ke sana dengan mashaniza (tak tahu ke mana dia sekarang), norazuan razali (sekarang mengajar di sekolah sukan bandar penawar). tiap-tiap hari cikgu subri suruh aku hafal dan bercakap depan dia. hasilnya skbe dapat johan (aku laa tu...keh keh keh) dan naib johan untuk pertandingan tersebut. eh sebut pasla norazuan razali ni, tak tahu apa khabar dia sekarang. last aku jumpa dia waktu majlis kawin kakak beliau beberapa tahun lepas. member baik si miss ni dan juga pelajar cemerlang UPSR SKBE tahun 1990. jadi dia telah terpilih untuk ke asrama semai bakti di salah sebuah sekolah berprestij di pahang. masa kat SKBE ni ada beberapa lagi cikgu yang aku ingat. antaranya cikgu khairunnisa haji baharum. dia ni orang parit pinang seribu, muar johor. punya laa garang. selalu bergaduh dengan miss kat dalam kelas. miss panggil dia cikgu mata jengkol sebab bila dia marah mata dia macam nak terkeluar. cikgu khairunnisa ni pernah bagi aku hadiah sebab aku dapat pencapaian yang bagus dalam bahasa inggeris waktu darjah empat dan kena maki hamun dengan dia kat dalam kelas malam (tuition tambahan) bila aku dapat markah yang tak best dalam english. keh keh keh. siap dia ugut lagi tak bagi aku sertai mana-mana lagi competition in the future. dan secara terhormatnya aku telah ditendang keluar dari kelas express (kononnya kelas paling pandai) dan masuk ke kelas satu. aku pun tak paham cikgu dulu-dulu ni, suka isolated golongan yang pandai dengan yang tak pandai. habis kalau semua yang pandai tak bergaul dengan yang tak pandai, maka yang tak pandai tu terus laa bengong sampai bila-bila. teringat aku dengan teori pasca kolonial edward said. sebab tu laa sampai hari ni bangsa asing suka melabel orang melayu ni pemalas walhal tak semua begitu.

penghujung tahun 1990 aku pun menduduki exam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang baru diperkenalkan. pendek kata, batch aku ni menjadi lab rat untuk setiap kali pembaharuan kurikulum sekolah seluruh Malaysia dilakukan. tapi aku dapat keputusan cukupc-ukup makan jer..dapatlah dua A. dan tempat yang paling layak untuk aku ialah sekolah menengah bandar easter yang kira-kira tiga empat pelaung jaraknya dari sekolah kebangsaan bandar easter. tapi aku tak keseorangan di sana sebab rakan sekumpulan seperti miswadi bin abdul rahim, md zaki pua'at, lailizah abdul rahman, marlina omar pun turut belajar di situ. selain itu, rakan-rakan sekelas macam norwati abdul rahim, zahid ponari, hisham parman, norlaily abdul hamid, amizah amin, murni ibrahim, norlinda riduan, azlin & azlan lazim, ridzuan yusuf, hasnor atmuri, norhaziah abdul hamid, ramlee idris, nazaruddin sani, nasrul hisham someran, sarizan abdul hamid, Norizad din, normala jemahat, nahidah mehah, roslila ishak, roslizawati ebarahim, norzita ibrahim, khairul anuar dagang, nurul azlin rahman, hairul zairi bachok, norfamilah ngatmi, dan lain-lain...dan yang tidak bersama-sama tetapi bertukar ke sekolah lain ialah faizal riza, khairul nizam jamaluddin, mardiana, murniwati abu kassim, lilihidayu nasir, dan ramai lagi. kalau jumpa mesti dah tak kenal lagi unless aku jadi perdana menteri..keh keh keh...








Sabtu, September 20, 2008

kisah burung pungguk

waktu kecik-kecik dulu, mak aku selalu cerita pasal burung hantu. kalau kat felda simpang waha tu, bila lepas jer pukul sepuluh malam akan berbunyik laa burung hantu ukkkk...ukkk..(kalau nak tahu bunyik yang lebih original boleh tanya erwanita - hehe) terus jer mak aku masuk tidur awal sebab takut yang amat. aku pun kadang-kadang tu ada laa jugak dengar sesekali...kalau bunyi burung hantu yang normal tu kira takde laa takut sangat. tapi bila bunyi yang tak normal dan seakan-akan bunyi orang tua batuk-batuk yang memerlukan ubat batuk cap ibu dan anak tu, terus jer aku tarik selimut sampai ke muka. nak pergi buang air kecik pun aku takut. kata orang tua-tua, bila burung hantu berbunyi tu tanda perkara buruk seperti kematian, atau pun gangguan hantu puaka yang sedang berkeliaran. isk...meremang pulak bulu tengkuk aku..apa laa..aku yang tulis aku sendiri yang takut. keh keh keh..burung hantu ni terdapat dalam pelbagai spesies dan nama gelaran..ada yang panggil burung hantu, burung pungguk atau burung jampuk. tapi aku lebih biasa panggil burung hantu...yer la akan kesian burung ni bila nama dah dikaitkan dengan hantu, maka ia akan dikonotasi dengan perkara-perkara yang tak best..walhal, waktu belajar alam dan manusia dan sains paduan waktu kat sekolah rendah dan menengah, burung hantu ni laa yang tolong peneroka tangkap tikus dan perosak pokok kelapa sawit. kaedah biologi..yeap..aku ingat lagi..kat dalam ladang kelapa sawit bapak aku tu, adalah satu sarang burung hantu yang dibina khas oleh felda untuk pembiakan spesies ni. ada laa sekali tu aku datang laa dekat nak tengok macam mana bentuk burung hantu ni..sekali jer berebut burung hantu tu keluar sebab mesti dia ingat aku nak takutkan dia..keh keh keh...punya laa besar burung hantu tu...dengan muka yang putih kalah erwanita yang suka pakai mask waktu malam-malam buta kat vista angkasa dulu...keh keh keh...(sorry aaaaa)
tapi bila dah sekolah tinggi siket, baru aku tahu tentang 'jenama' lain burung hantu ni iaitu burung pungguk...kira sedaplah siket berbanding nama burung hantu tu kan. bila bercakap pasal burung pungguk ni aku teringat pulak dengan lagu tok pah tajuknya burung pungguk. dalam bait-bait lirik tu tok pah adalah sebut 'oh burung pungguk, malang nasibmu....rupamu buruk, tak siapa yang mahu...' lirik ni memang membawa makna yang mendalam. mak dan abah aku selalu beritahu waktu aku kecik-kecik dulu...dalam hidup manusia akan menilai dari segi rupa sahaja tapi bukan dari segi hati dan budi..kalau kita ni takde rupa dan harta maka takde orang nak pandang...dan tak siapa yang mahu (jangan pulak ada yang terasa kat luar tu ya?) ini realiti kehidupan. jadi mak dan abah aku nasihatkan hanya satu jer yang boleh menjadi benteng kekuatan kita iaitu ilmu. tak berharta atau tak berupa tak apalah, yang penting ilmu mesti ada di dada. apa guna berwajah rupa dan berharta tetapi ilmu di dada tiada? ewahhh....cak pong! cak pong! apa kata kita menghayati lagu dan lirik burung pungguk oleh tok pah? aku dah paste kat bawah ni..enjoy!!



Oh burung pungguk, malang nasibmu,
rupamu buruk tak siapa yang mahu
,
bila malam telah tiba, di langit bulan bercahaya,
kau berbunyi berhiba-hiba, merindukan bulan purnama
sungguh suaramu, menawan hati
kedengaran di pohon kayu, bagaikan bintang dikasihi

tetapi wahai pungguk
kau tak diacuhkan walaupun kau merajuk menatapi diri,
bulan hanya bagai mengatakan kau, oh kasihan
malangnya nasib mu wahai burung pungguk
tidak seperti burung nuri di dalam sangkar
dikasihi lelaki dan perempuan untuk menghibur hati yang rawan

Jumaat, September 19, 2008

Terkenang Semasa Dulu: Felda Simpang Waha (siri 1)

aku tercarik-carik kat dalam alam maya tentang felda nan satu ni. langsung takde lelaman mahupun tetapak web yang menyebut felda simpang waha dengan panjang lebar. kalau ada pun kak gie tu jer laa. itu pun kak gie limit dengan sekolah menengah bandar easter jer. kalau tengok kat dalam friendster atau forum umum dalam lelaman web memang ramai anak-anak felda simpang waha. pertubuhan belia simpang waha tu ada laa jugak constructed satu laman web khusus untuk pembangunan belia simpang waha tapi macam hidup segan mati tak mahu jer aku tengok. tak update langsung. tapi takpelah, at least ada jugak. cuma kena update selalu jer. walaupun posting ni tak mengkhusus kepada sejarah atau asal-usul felda simpang waha, tapi aku akan cuba ringkaskan sedikit melalui pemerhatian turut serta sepanjang lebih 15 tahun aku duduk kat situ sebelum keluar merantau. tapi aku balik jugak setahun sekali apa. sesiapa yang nak mempertikaikan kefeldaan aku tu (terutamanya si erwanita) baik fikir dua tiga kali. keh keh keh keh. felda simpang waha ni takdelah besar sangat. tapi bagi aku yang jarang keluar ke bandar besar macam kat jb tu tentulah akan anggap besar. sebab felda ni jer laa satu-satunya tempat aku mengenali dunia ini. ewah. bersastera laa pulak. kat dalam felda simpang waha ni ada satu sekolah rendah yang kami panggil sekolah kebangsaan bandar easter. walaupun ia terletak agak jauh dengan felda simpang waha tapi aku tetap meletakkannya kat dalam zon simpang waha jugak. keh keh keh. selain itu ada sebuah sekolah agama yang baru sahaja ditubuhkan. kalau tak silap dah lebih lima tahun. kalau dulu aku terpaksa menapak punya jauh pergi sekolah agama kat kawasan felda bukit waha tu, tapi sekarang ni dalam sepuluh minit jer jalan kaki nak ke sekolah agama yang baru ni. selain tu ada laadewan raya yang besar laa jugak, perpustakaan awam yang hidup segan mati tak mahu (tak tahulah apa yang pihak pengurusan felda ni buat) tadika, padang permainan yang tak best tu, dan juga surau yang lokasinya bersebelahan dengan sekolah agama. tapi dengar-dengar surau tu dah dinaiktaraf sebagai masjid.

kat felda simpang waha ni komunitinya agak besar jugak. kalau tak silap aku ada 24 buah blok yang setiap satunya mengandungi 24 buah rumah. tiap-tiap malam jumaat mesti ada majlis bacaan yassin untuk kategori lelaki kat salah sebuah rumah dan hujung minggu untuk kategori wanita dengan kaedah yang sama. aku masih ingat lagi bapak aku paksa aku betul-betul suruh pergi majlis tu tiap-tiap minggu - alasannya nanti takkenal orang dan orang pon tak kenal aku. penyudahnya orang semua tak kenal aku hari ni kecuali jiran yang dekat-dekat jer. keh keh keh..masa aku sekolah rendah dulu library kat simpang waha ni berfungsi dengan bagus sekali. tak silap kerani yang jaga library tu kak ida yang suka pakai tudung cikgu kaunseling. masa tu memang banyak buku dan aku belajar membaca kat situ laa..tiap-tiap minggu aku akan pinjam buku sastera klasik melayu. tapi untuk siri kanak-kanak bukan siri dewasa. dalam masa yang sama aku pinjam jugak buku dari library sekolah rendah - ni waktu aku sekolah kat sekolah kebangsaan bandar easter tu laa.. antara buku yang aku paling ingat dan baca berulang-ulang kali ialah anak rimba dan anak warisan zaman yang ditulis oleh hamdan raja abdullah. cerita tentang kisah suka duka seorang budak yang nak menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi untuk membela nasib keluarga. olahan ceritanya amat menarik - tu yang aku suka baca. kami dapat jalan yang bertar waktu tahun 1987. masa tu aku darjah tiga dan sebelum ditar dengan cantiknya, jalan kampung kat felda simpang waha ni semuanya berwarna merah. paling bagus pon depa turap dengan himpunan batu kelikir yang membocorkan semua tayar motor peneroka tiap-tiap kali nak ke kebun sawit. tak lama lepas tu ada laa projek buat kolam ikan. kalau tak silap kat sepanjang belakang blok 4. aku ingat lagi menapak ke rumah cikgu guna (cikgu india ni mengajar kat sekolah menengah bandar easter) untuk belajar bahasa inggeris mesti lalu kolam ikan ni. biasanya aku akan menapak sorang diri sebelum member sekelas si nasrul hisham tu join sekali. apa khabar agaknya nasrul hisham laa ni? dah kawin ke belom?


satu perkara yang menarik tentang duduk kat felda simpang waha pada awal-awal penubuhannya ialah kedai koperasi PNF (perbadanan niaga felda). bila sampai awal bulan maka berduyun-duyun laa umat manusia ke sana untuk ambik barang-barang keperluan harian dan bayarannya akan dipotong melalui gaji bulanan. aku tak terkecuali ler ikut bapak aku ke sana dan tiap-tiap kali pergi ke situ mesti aku nak coklat yang bulat-bulat tu, dan setiap kali permintaan aku akan ditolak dengan alasan mahal. nak tak nak telan air liur jer laa. dan sampai sekarang aku tak makan coklat sangat bila terkenang balik kisah tu. tapi sesekali bila terasa nak makan aku akan pergi Haighs utk beli coklat bercitarasa tinggi yang bentuknya bulat-bulat jugak. keh keh keh,...kira balas dendam laa...satu lagi duduk kat felda ni tiap-tiap bulan ketua blok akan bagi majalah felda. tak tahu wujud lagi ke tak majalah felda tu. sapa laa sidang editor majalah felda tu teruk betul kandungannya. keh keh keh..siap kutuk tu. satu lagi pemandangan klise penduduk felda simpang waha ni waktu aku kecik-kecik dulu tu ialah party tupperware. dulu aku tak tahu tupperware ni apa. rupanya jenama barang. aku ingatkan bekas makanan berpenutup tu dipanggil tupperware. kalau aku ke coles atau safeway mesti ternampak jenama tupperware ni. tapi untuk set lunchbox jer laa. tiap-tiap petang sabtu atau ahad nanti adalah jiran-jiran yang akan panggil bertandang untuk dengar penerangan tentang produk tupperware ni. kadang-kadang tu mereka ambil kesempatan untuk buat kelas masakan. selalunya gerakan persatuan wanita yang akan buat hujung-hujung minggu. tapi setiap blok pun ada buat juga. aku ingat lagi mak aku bawak balik murtabak biskut. punya laa sedap masa tu. dah laa siket lepas tu terpaksa bagi-bagi dengan adik-adik aku dah ler dapat makan siket jer. a few years back aku ada laa pergi pasar malam kat KL...ada laa jual murtabak biskut tu and aku beli punyalah banyak sekali jer tak sedap..keh keh keh..agaknya akud ah terlebih makan biskut jacob's.



selain tu, tiap-tiap tahun akan ada satu temasya (bukan temasya kampung talang) hari peneroka. masa ni berduyun-duyun laa peneroka felda generasi pertama dan anak-anak mereka saling bertanding mewakili blok masing-masing. ada pertandingan bola sepak, merentas desa, dan tarik tali. kalau tak silap, hari peneroka ni diadakan di sebuah padang belakang sekolah agama gugusan waha (sekarang ni dah jadik sekolah agama bukit waha). punya la ramai umat masa tu yang datang. laa ni hampes tak tahu laa ada lagi ke tak hari peneroka tu. rasanya memang takde lagi kot sebab semua orang sibuk berkerja. disebabkan elektrik hanya datang di felda simpang waha pada tahun 1993 (ketika itu aku tingkatan tiga kat SMBE) maka penggunaan generator untuk menhasilkan eletrik menjadi pilihan penduduk. tapi setakat antara jam 7 hingga 12:30 malam sahaja. lepas tu kami hanya guna pelita kerosin (orang felda panggil minyak tanah). aku laa yang selalu pergi beli minyak tanah ni kat kedai belakang rumah. selain tu, satu lagi acara yang paling ditunggu ialah kenduri kahwin. iyer laa kan kenduri kawin kat kawasan felda ni memang diadakan secara besar-besaran. dah nama pun felda kawasan nya pun jauh dari bandar..jadi elemen kekampungan masih lagi menebal. yang paling seronok tu seminggu lagi nak berlangsung majlis sudah ada acara rewang...(bahasa jawa ni - sila sebut betul-betul ya rewang bukan merewang macam budak-budak zaman ni selalu buat)..punya laa meriah...masa tu pengantin betul-betul bukan sahaj jadik raja sehari tapi raja tiga empat hari. glamour laa konon..laa ni takde nye glamour..keh keh keh..biasanya aku dengan kengkawan asyik dok mengumpul telur pindang jer laa..sedap betul telur pindang ni..dimasak dengan menggunakan rempah ratus antaranya buah senduduk tu...tak tahu ler ada lagi ke dok pokok senduduk ni..dulu bersepah kat depan rumah aku...lepas tu ada plak kugiran (kumpulan gitar rancak) yang mendendangkan lagu-lagu pop yeah yeah dan jugak rock kapak. bila elektrik dah masuk ke felda sekitar tahun 1993, persembahan kugiran ni berlanjutan hingga ke malam sampai aku nak tido pon tak boleh...punya laa teruk depa nyanyi...yang ada tu nyanyi suara tak sampai...kalah serigala kat padang pasir...sampai macam nak terberak pun ada punya laa tarik suara...tapi ada juga yang tak nak kugiran tapi hanya buat persembahan kuda kepang atau ghazal di sebelah malam.


tinggal kat kawasan felda ni ketika waktu awal pembukaannya memang takde banyak hiburan. selain main ting ting atau join bebudak pompuan main getah, televisyen jer lah yang jadik hiburan sementara. dulu-dulu ketika baru masuk ada jugak yang jiran yang masih belum memilik televisyen...biasanya jiran yang takde televisyen akan datang ke rumah untuk tumpang tengok. seronok gak tengok ramai-ramai rasa macam kat pedalaman brazil pulak. laa ni jangan haraplah satu rumah dah boleh beli 3-4 bijik televisyen flat screen. bila masuk jer awal tahun 90an fenomena minah karan menular kat kawasan felda simpang waha ni. ramailah mak-mak dan kakak-kakak pergi kerja kilang kat kawasan perindustrian kota tinggi tu termasuklah mak aku sekali. tapi sekejap jer kerja dalam lebih kurang 2 tahun sebelum mak aku berhenti sebab aku sibuk nak spm..tak silap tahun 1995...kat felda ni pun ada peristiwa-peristiwa besar yang bagus dan tak bagus..antara yang bagus ialah waktu tan sri muhyiddin datang..waktu tu dia menteri besar johor lagi...jadi ramai laa yang berkampung kat waha ni. apatah lagi dewan raya yang besar (ketika tu nampak laa besar sebab aku kecik lagi) baru siap dan ready nak dirasmikan. banyaklah pameran itu ini..laa ni sunyi sepi jer..takde apa pon kat waha tu..cuma aku dengar adalah angkasawan negara datang sekali...


peristiwa yang tak best ialah kejadian penyamun dan pencuri..biasalah felda kan..kanan dan kiri pokok kelapa sawit..jadik ramai laa penyamun tarbus dan lanun bersembunyi..pulak tu mat-mat indon pun ramai jugak jadik pekerja ladang bagi tuan punya kebun yang mampu nak bayar upah mereka untuk kerjakan kebun/ladang. aku ingat lagi masa tu aku darjah enam. punya laa ramai orang bergilir-gilir berjaga malam. seperti biasa cerita tokok tambah perisa itu dan ini pun bertebaran. ada yang kata penyamun tu boleh menjelma jadi ayam jantan laa, menjelma jadik biawak lah..ada satu malam tu ketika balikd ari kelas malam kat sekolah (aku dok tengok orang bertempiaran lari kejar pencuri)..katanya yang berbaju belang...tapi yang kelakar tu, orang yang mengejar pun ramai yang pakai baju belang..entah hapa-hapa...plak tu ada cerita hantu..katanya ada hantu susu laa, keranda terbang laa...ada yang mengaku jumpa kat tengah jalan...jiran-jiran ada jugak cakap jumpa benda bergolek kat tengah jalan sekitar 4-5 pagi waktu nak pergi kerja kilang..begitulah adanya...anyway, dah letih menaip...ada masa nanti aku nak cerita pulak tentang sekolah kebangsaan bandar easter dan jugak sekolah menengah bandar easter. dah lama betul tak ke sekolah ni..nasib baik kak gie update from time to time tentang SMKBE (dah tukar laa ni dulu SMBE jer)...apa pun aku sertakan beberapa keping foto dari koleksi peribadi..terima kasih erwanita kerana sudi menjadi model...keh keh keh...dan terima kasih kepada pemilik blogs khaalish kerana telah mengambil beberapa gambar menarik di felda simpang waha. saya cuplik ya gambar tu? harap bagi keizinan.

Khamis, September 18, 2008

hari menjejak kasih

walaupun hari ni prestasi aku agak lembab seperti selalu, tapi at least aku siapkan jugak beberapa perkara. aku masih lagi menunggu buku yang aku order dari amazon.com tu. teruk betul dah berapa minggu tak sampai-sampai lagi. tapi kira okay laa berbanding bookshop uni yang perap aku punya order untuk sampai 3-4 bulan. hari ni waktu aku browse friendster aku terjumpa beberapa orang kawan lama. pertama, otai dan kedua nuwa. aku kenal otai waktu aku berada dalam kelas lower six, di maktab adabi maharani muar johor. tapi kami tak sekelas cuma seasrama. walaupun dia ni selalu buli aku, tapi dia baik sebenarnya. tak sangka otai dah kawin. aku masih ingat lagi, kami pergi menapak ke pasar malam punya jauh kat satu tempat di muar tu. hehehe..lawak betul. aku mula kenal nuwa semasa berada dalam kelas upper six. pon kami tak sekelas sebab dia ambik spm. aku kenal mamat ni melalui zulezam, rakan serumah. dia sekelas dengan nuwa. aku lost contact dengan otai tapi tetap berhubung dengan nuwa. cuma aku tak dapat contact nuwa lagi sekitar 2-3 tahun sudah sebab cell number dia dah tak boleh pakai lagi.

aku cuma jangkakan cellphone dia hilang..lagi satu dia pun tak hafal cell no aku kat sini. tapi takpe aku dah bagi mesej melalui friendster kat dia. mesti dia balas. kalau dia tak balas jugak aku akan arahkan charlie angels johor bahru untuk mencari dia kat hyatt hotel tu. alah bukan susah sangat pon nak carik. lainlah kalau dia tinggal kat milan atau cologne. kelakar betul hari ni. selain daripada makan salmon pasta bersama alvin dan wotka tadi, aku terjumpa semula insan-insan ini. kebetulan. terasa excited pula, seexcited sewaktu aku menyumbat pasta dan salmon ke dalam mulut lantaran kelaparan yang amat sangat akibat berpuasa (aku puasa laa erwanita, aku budak baik apa, dan jangan risau aku tak minum red wine) hari ni agak sejuk. terbatuk-batuk aku sebab dada aku sedikit sakit. bimbang pula sebab dengan cuaca empat musim dalam seminggu ni membuatkan aku rasa macam nak pitam. anyway, sorry laa aku tak sempat nak tulis siri cerita seram. takde idea laa. nanti kalau ada idea aku akan tulis balik. keh keh keh.

Rabu, September 17, 2008

kengkawan dan kenangan

memang seronok kalau dapat berjumpa dan berborak dengan kengkawan..bagi aku kengkawan dan sahabat takde beza apa pun..sama ajer..yang penting kena ikhlas dalam berkawan..kalau tak ikhlas sapa pun tak nak berkawan dengan kita. tapi iyalah, dalam berkawan ni kita akan jumpa dengan jenis manusia yang pelbagai ragam dan budaya..ada yang okay dan ada yang tak okay juga...tahun ni genap tiga belas tahun aku meninggalkan sekolah menengah bandar easter, kota tinggi johor tu...tapi aku cuma ada sorang jer kawan yang masih berhubung sehingga ke hari ini iaitu si miss. yang lain-lain tak tahu apa khabar beritanya. walaupun miss kat nigeria laa ni, tapi kami still chat hari-hari. agaknya dia sunyi first time pi oversea. kat benua afrika plak tu...dan tahun ini genaplah juga sepuluh tahun aku meninggalkan maktab adabi maharani muar, johor. walaupun sekolah tu tak dikelolakan oleh kumpulan maktab adabi, tapi masih lagi mengekalkan namanya sebagai 'jenama' yang pernah memulihkan pelajar-pelajar yang 'terencat' dalam SPM atau pra universiti agar menjadi 'manusia' semula.
minggu lepas aku berbual dengan bob. lama betul aku tak berbual dengannya hampir dua tahun. itu pun nasib baik dia menghubungi aku semula melalui fotopages. kiranya tak sia-sia laa aku mengupload gambar-gambar kat dalam fotopages tu. laa ni bob dah jadik designer kat ramunia - antara syarikat yang tersenarai dalam papan utama BSKL. tahniah bob. aku tumpang bangga. selain itu, tahun ini genap sembilan tahun aku menjadi sebahagian dari Malaya campus. walaupun erwanita tak bertugas lagi kat Malaya tapi aku tetap menghubunginya dari masa ke semasa. itulah yang dinamakan tanda ingatan - ewahhh. keh keh keh...begitu juga dengan budak farid yang dah keje kat rawang laa ni..buat kotak rokok ke? hebat...(meminjam kata-kata lazim erwanita). sudah lama aku tak menghubungi tok met teman sebilik aku dan juga erwanita. apa khabar laa agaknya mamat tu sekarang? sejak menjadi bapa mithali ni terus enyap jer. busy sangat kot.
cuti musim panas ini aku sekali lagi akan pulang ke Kota Tinggi tanpa lupa menjengah ke kampus Malaya. ada satu kenangan besar di kampus walaupun pada akhirnya aku akan terus berkhidmat di sana - itu pun kalau ada rezeki. antara yang paling tak dapat dilupakan apabila berebut-rebut setengah mati untuk mendaftar kursus. ada yang sanggup beratur panjang sejak pukul 10 malam dan berkelah di padang varsiti hanya semata-mata untuk daftar satu kursus. walaupun menyakitkan tapi ia meninggalkan kenangan yang cukup lawak. rasanya budak-budak freshies yang baru ni tak merasa kenangan seperti ini. dan paling melawakkan ialah perkenalan rapat dengan erwanita ketika sama-sama mengambil kursus sejarah sosial india moden. walaupun aku tidak kenal rapat si erwanita ni - tapi aku selalu laa nampak dia dan kengkawannya ke sana ke mari setiap kali melalui jabatan asia tenggara - masa tu dia berambut kuning dan still kurus lagi - artis laa katakan - kah kah kah (jangan marah aaaa) - tapi kursus sejarah sosial india moden tu laa yang merapatkan kami. ingat lagi first tutorial - prof rajentharan marah kat budak-budak ni sebab tak ready bila dalam kelas - pemalas laa tu tak nak baca buku, nasib baik aku tak kena marah sbb aku jawab soalan dengan betul dan tepat - keh keh keh (riak laa pulak)
bila sampai kuliah penghujung prof rajentharan siap sebut lagi nama aku, erwanita dan a few fellas yang dia ingat. sehinggakan loh chun chuan member baik aku tu jelous dan asyik kutuk aku sbb namaku ini sentiasa glamour tahap diva.. (lagi riak laa pulak) tapi satu benda yang paling aku takkan lupa ialah apa yang disebutkan oleh prof rajentharan tentang keseronokan berada di alam kampus - 'inilah satu-satunya pengalaman yang sangat menyeronokkan, malah lebih seronok dari zaman sekolah, dan percayalah kamu semua tidak akan lupa zaman keemasan ini sampai bila-bila.' memang betul apa yang dikatakan oleh prof rajentharan tu. sampai sekarang ni aku masih lagi terkenangkan zaman jadik budak undergrade. banyak betul benda yang kami terokai bersama-sama. kepada yang diluar sana - terutamanya yang berada di alam kampus, hargailah apa yang kamu ada, terutamanya ilmu yang sedang dipelajari dan juga kengkawan yang sebenarnya menghiburkan - kalau pun ada yang terkecil hati. bak kata tok pah - 'berlalu kisah di taman, bak mimpi diganggu siang...disebut diingat jangan, tak guna dikenang-kenang...' keh keh keh..jiwang laa pulak, to erwanita sorry aaa....jangan marah, nanti jadik wanita...anyway enjoy lagu ni...

Siri cerita seram satu malam (Episod terakhir)

kisah kali ini: puaka flat teratak mesra

‘haaaaaaaa….!!!!’, aku tiba-tiba menjerit sambil menepuk lantai. ‘makkkkkkkkk!!!!!!!’, wan benai, pak pong mustapho gebu dan firuan menjerit ketakutan. Aku mengekek ketawa melihatkan keadaan mereka terperanjat. Hampir terkeluar kepala ikan kering yang dikunyah oleh wan benai dek terperanjat yang amat sangat. Ku lihat pak pung mustapho gebu mengurut dadanya dengan jari yang melentik-lentik. ‘mu nih, nasib baik buah dada eh jantung aku ni tak gugur’, marah pak pung mustapho gebu. ‘hahaha..jangan lah marah pak pung, aku saja nak buat lawak kat deme semua,’ jawabku sambil mengekek tanpa henti. ‘haaa apa jadi dengan cerita seram kau tu,’ wan benai menyoalku. ‘ala wan benai, aku buat joke jer laa..hahahaha,’ aku tergelak lagi. ‘hushhh….kau ni, buat menyusahkan aku ajer. Kalau aku tahu lebih baik aku tengok filem sumpah orang minyak tadi,’ bebel wan benai. ‘betul tu wan benai,’ sokong firuan. ‘takat cerita seram ni aku pun ada kisah yang lebih hebat,’ sahut wan benai lagi. ‘cerita seram apa tu wan benai?,’ giliranku pula menyoal. ‘ alah, kisah ni dah lama..masa tu kau tak masuk lagi ke rumah sewa ni. Kalau kau nak tahu aku tiap-tiap malam asyik kena tindih,’ bersungguh wan benai bercerita. ‘kena tindih?’, sampuk pak pung mustapho gebu yang dari tadi asyik melentikkan jarinya bagi menghilangkan ketakutan. ‘iyerrr…kena tindih pak pung oiii…,’ jawab wan benai sambil meletikkan jarinya sekali.

Tergelak kecil aku memerhatikan wan benai. Agaknya dia nak mula bersaing dengan pak pung dalam sesi bercerita pulak. Lepas ni mesti pak pung mustapho gebu tu ada cerita seram jugak. ‘macam ada cerita seram jer,’ sengih pak pung meleret. Sesekali dia meletakkan jarinya ditepi bibir. ‘masa tu aku tinggal kat rumah ni sorang-sorang. Sebelum che puteh jiran sebelah rumah kita ni pindah ke sini lagi. Yer laa kan flat ni baru bukak. Kata orang kalau tempat yang baru dibuka ni keras. Aku ni jenis tak kisah. Bukak ke tutup ke sama jer bagi aku. Masa balik keja satu hari tu aku rasa penat. Dah laa cuaca hari tu panas. Jadi aku ni separuh bogel jer kat rumah. Nasib baik takde housemate kalau tak susah jugak,’ terang wan benai panjang lebar. Aku melirik mata ke arah firuan. Walaupun sedang mengunyah nasik yang aku sendiri tak pasti pinggan yang ke berapa, dia tetap mampu tersengih mendengar cerita wan benai. ‘eh mu dok keno intai ko wan benai kalau berseparuh bogel hok dale rumoh? Mu nih bahayo laa ni banyok orang minyok!’ maso sedaro kawe melancong pegi Honolulu duo bule lepas jiran dio dok sibuk kato ado nampok lembago hite,’ beriya-iya pak pung mustapho gebu meyakinkan wan benai. ‘mana ada orang nak intai. Aku mangga laa pintu rumah ni pak pung,’ jawab wan benai selamba.

‘haa apa lagi wan benai ceritalah cepat,’ gesaku kerana malas mahu mendengar celoteh pak pung mustapho gebu. ‘aku pon masuklah tido awal sebab penat sangat kan...lepas tu panas pulak..aku pun tido pakai seluar dalam jer,’ terang wan benai. ‘kih kih kih,’ terdengar firuan tergelak kecil. ‘apehal kau gelak-gelak firuan? Aku cerita yang betul ni,’ tegur wan benai agak tidak selesa. Mesti dia berfikir si firuan cuba mentertawakannya. ‘lepas tu?’ , soalku lagi. ‘masa aku tengah syok-syok tido, tiba-tiba aku rasa tak boleh bergerak. Seolah-olah ada benda duduk kat atas badan aku nih. Masa tu Tuhan sahajalah yang tahu. Tak boleh pandang kiri kanan langsung,’ terang wan benai lagi. ‘agaknya dia makan banyak sangat kot, tu yang tak boleh bergerak,’ fikirku dalam hati. ‘hebat…..’, celah firuan ketawa mengekek. ‘eh apa kau gelak-gelak? Aku cerita yang betul ni, bengong,’ gerutu wan benai. Aku tergelak kecil. Lawak jugak budak firuan ni. ‘habis tu apa jadi wan benai?’, soalku lagi. ‘aku tak boleh bergerak dekat dua jam, rasa kena tindih macam nak pitam pun ada, korang tau tak,’ jawab wan benai. ‘betul ko wan benai hok mu keno tindih? Jange-jange mu keno tindih denge oghe minyok. Mu ada tengok ke dahi mu dok? Mano tahu kalau ada tando pangkoh,’ sahut pak pung mustapho gebu. ‘ah dah mula laa tu pak pung ni,’ kataku dalam hati. Mesti lepas ni dia pulak nak cerita pengalaman dia kena tindih jugak. ‘ah sudah laa, aku malas nak cerita lagi. Ha kau tu pak pung ceritalah kalau-kalau pernah jumpa hantu jembalang,’ berdengus-dengus wan benai menahan kemarahan.

‘aku memang ado cerito seram ni hok nok bagitahu you all,’ pak pung mustapho gebu memulakan ceritanya. ‘aku dah agak dah,’ aku tertawa kecil dalam hati. ‘haaa apa ceritanya?,’ wan benai pula menyoal. ‘cerito ni berlaku maso aku kat kampong, di guo muse sano tu. You know guo muse?’, tiba-tiba pak pung mustapho bertanyakan pula soalan geografi tingkatan tiga kepada kami. ‘kau ni nak bercerita pasal hantu ke atau nak mengajar ilmu alam pak pung?,’ soal firuan. ‘huk aloh mu ni, aku ni nak menguji ja. Manolah tahu you all semuo ni dok tahu gapo-gapo pasal guo muse,’ ujar pak pung lagi. ‘dah laa tu cepatlah aku nak tahu ni. Ada pontianak gua musang ke,’ soalku tanpa bertangguh. ‘mano ado pontianok guo muse. Muse banyoklah kat belake umoh aku,’tiba-tiba pak pung meninggikan suara. ‘eee..eh marah pulak si mulut murai ni,’ aku berbisik dalam hati. ‘habis tu apa yang ada,’ soal firuan pula. ‘rumoh aku kat kampung tu keras. Pok aku kato ado jembale tanoh, mu tahu dok?’ kelihatan beberapa titik air liur pak pung bertempiaran dek bersungguhnya dia bercerita. ‘kau pernah jumpa ke pak pung?’ soal wan benai. ‘jumpo tu takdok lah, tapi aku raso aku pernah keno tindih jugok. Tapi aku keno tindih limo jam, mu tahu,’ jawab pak pung. ‘dah agak dah. Entah betul atau tidak tu, entah-entah dia yang jadik jembalang,’ tuduhku dalam hati. ‘aii pak pung, lamanya kau kena tindih?,’ wan benai bertanya dengan agak sinis. ‘betul wan benai oii...aku tak tipu. Memang aku kena tindih tak buleh gerok sano sini doh,’ jawab pak pung lagi.

‘alah itu tak seram sangat,’ sahut wan benai lagi. ‘kalau mu nak tahu kat bilik air kampung aku tu lagi keras. Dah laa belakang rumah aku tu belukar gelap. Bilik air aku pulak boleh nampak jelas dari luar sebab ada lubang-lubang angin untuk aliran udara. Kadang-kadang tu rasa takut jugak kalau nampak sepasang mata warna merah ke kan…heeee..takut kau! Pernah satu hari tu aku tengah mandi dalam bilik air aku dengar ada orang menjerit-jerit dari jauh cakap wannnn…wannnnn…wannnnn…masa tu aku nak pegang gayung ambik air pon rasa tak larat…sebab takut sangat,’ ujar wan benai bersungguh-sungguh. ‘masa tengah mandi tu kau ada buat apa-apa tak wan?,’ soal firuan. ‘aku biasalah waktu nak mandi ni kena laa nyanyi sikit-sikit...nak praktis vocal la katakan,’ jawab wan benai. ‘itulah agaknya kau menyanyi kuat sangat kot tu yang hantu datang,’ ujar firuan pula. ‘betul ke hantu?,’ getusku dalam hati. Entah-entah mak dia kot dok menjerit dari luar marah-marah sebab mandi sambil menyanyi. Setahu aku wan benai pernah bercerita kepada aku dulu yang dia dimarahi ibunya kerana menyanyi lagu ning baizura – ‘antara mungkin dan curiga’ di dalam bilik air. ‘nyanyi suara lelaki! nyanyi suara lelaki! Jangan nyanyi suara pompuan!’,’ begitulah lebih kurang jeritan mak si wan benai ni. Berdasarkan apa yang si wan benai ni cerita dulu, aku rasa mungkin si wan benai ni keliru antara perkataan ‘wan’ dan ‘perempuan’. Bunyiknya pun dekat-dekat sama. ‘agaknyalah, sebab tu laa hantu datang. Aku nyanyi kuat sangat,’ wan benai mengiakan pandangan firuan. Mengekek aku tergelak dalam hati. ‘aku pun ada cerita seram jugak,’ tiba-tiba firuan pula mencelah.

‘cerito seram apo firuan?,’ soal pak pung mustapho gebu. ‘ni cerita waktu aku nak balik kampung. Masa tu aku drive sorang-sorang kat lebuh raya,’ terang firuan. ‘isk, macam ado cerito seram jo,’ sahut pak pung mustapho gebu dengan jari melentik dan kali ini lebih lentik dari tadi. ‘apa ceritanya? Tak pernah pulak aku dengar kau balik kampung drive sorang-sorang,’ sahut wan benai yang sudah mula bosan dengan karenah pak pung mustapho gebu. ‘betul aku tak tipu. Masa aku drive sorang-sorang dari KL ni ke kampung aku, aku ada nampak benda putih meloncat-loncat kat tengah lebuh raya tu,’ ujar firuan lagi. ‘betul ke ni firuan?,’ soal pak pung mustapho gebu lagi. ‘betul, aku nampak dari jauh benda tu meloncat-loncat! Adalah dalam beberapa kilometer,’ jawab firuan. ‘wah hebat. Mungkin si firuan ni keturunan bionic woman. Boleh nampak sesuatu benda berkilometer jauhnya,’ bisikku dalam hati. ‘alah, mengaku jer laa firuan. Takdok nyo mu nak drive sore-sore kelik kampung nu. Aku tahu mu tu penakut,’ jeling pak pung mustapho gebu sambil tersenyum. Kali ini bukan sahaja jari malah kedua-dua tangannya pula menjadi lentik seperti mahu menari pula. Aku tersengih sahaja. Kelihatan firuan menggaru-garu kepala yang tidak gatal.’betullah, aku tak tipu. Kau ingat aku tipu ke pak pung,’ jawab firuan. ‘takdolah. Aku cumo ragu-ragu,’ senyum pak pung.

‘dah laa tu, moh laa kita habiskan makan ikan kering campur nenas ni. Bukan senang ni nak makan ramai-ramai ni,’ aku cuba menyuraikan keadaan. ‘aku sebenarnya ado lagi cerito seram kalau mu semuo nak tahu. Pasal nasik kangke,’ sampuk pak pung mustapho gebu lagi. ‘dah laa tu pak pung, aku boleh bagi nasik masa kau nak balik nanti. Lepas tu kau kangkang laa puas-puas,’ sampuk wan benai. ‘entahnya pak pung ni. Tak habis-habis,’ sahut firuan pula. ‘udah ler tu. Moh laa kita makan,’ sahutku pula. Aku tergelak memerhatikan gelagat mereka. Niat dihati pada mulanya nak makan nasik dengan gulai lemak ikan masin campur nenas. Tapi terus jadik sidang cerita seram pula. Yang lawak tu, semuanya tak seram pon. Macam hampeh!

Ahad, September 14, 2008

Siri cerita seram satu malam (Episod dua)

kisah kali ini: puaka flat teratak mesra
Sebaik sahaja habis kerja aku terus ke pasaraya berdekatan membeli bahan-bahan untuk memasak. Sebelum itu aku menelefon wan benai untuk memberi makluman agar tidak keluar makan malam lantaran aku telah membeli segala bahan untuk gulai lemak ikan masin yang sememangnya menjadi kegemaranku sejak dulu lagi. Walaupun hanya kedengaran dengusan seperti naga baru bangun tidur, aku tahu wan benai mesti suka bab-bab makan ni. Sampai ajer aku di rumah aku melihat si wan benai dan firuan yang berperut bori itu sedang melepak dan bersantai sambil menonton tv. ‘haa dah balik pon kau…mana kau pergi? Aku ingat kau tak tahu nak balik rumah’ brok brek brok brek kedengaran bebelan wan benai..seperti mak-mak lagaknya..mak aku yang kat kampong pon takde membebel seperti itu. Cuma satu jer yang tak lengkap..kalau dia pakai tudung dengan kain batik for sure memang macam mak-mak orang kat kampung.

‘kau nak masak apa hari ni?’ soalnya. ‘macam biasalah, gulai lemak ikan masin campur nenas,’ balasku. ‘uiks, sedap tu..firuan..apa lagi kau pergi masak nasi cepat,’ getus wan benai. Firuan bangun sambil mengusap-usap perutnya. ‘nak masak banyak ke siket?’, soal firuan. ‘masaklah untuk kita bertiga, kita ni bukan nak buat jamuan,’ balas wan benai memberi arahan. Selepas sahaja aku mandi, proses memasak pun bermula. Bersungguh wan benai memotong sayur dan merendam ikan kering. Firuan pula sibuk mengemas ruang tamu dan mengalas helaian akhbar lama agar kuah tidak tertumpah di atas tikar. Setelah lebih kurang 20 minit mengacau dan menggulai, akhirnya semua pun siap. Baru sahaja kami mahu melabuhkan punggung di atas tikar tiba tiba kedengaran bunyi yang tidak asing dari jauh. Keletak! Keletuk! Keletak! Keletuk! ‘wan! Oh wan benai! mu buak gapo tu? Dah makan ko?’ pak pung mustapho gebu menjerit ayu dari jauh. ‘iyer lah, nak makan laa ni, kau nak apa pak pung?, rengus wan benai. ‘I dah agok dah…’ sengih pak pung mustapho gebu sambil jarinya melentik-lentik. Melihat keadaan itu Firuan tergelak kecil. Kadang-kadang aku rasa seperti ada persamaan dengan pelakon filem zombie kampung manggis.

‘meh laa join sekali pak pung,’ aku mempelawa ikhlas. Bukan apa, pak pung mustapho bukannya orang lain. Lagi pun dia laa yang bersusah payah membawa kami pergi berkelah di jeram bukit timah bersama-sama limah mandul tiga bulan lepas. Bukan main beriya-iya wan benai ketika itu mandi bersama limah mandul. Kalah puteri kayangan langit ke tujuh turun mandi ke dunia. ‘you all masok gapo hari ni?’ , pak pun mustapho gebu terus saja bertanya sebaik sahaja masak ke rumah. ‘tak masak apa pon pak pung, cuma gulai lemak ikan masin campur nenas jer,’ sahut firuan sambil menghulurkan pinggan. ‘aku dah agok doh..’, senyum pak pung mustapho gebu meleret. Sesekali wan benai menjuihkan bibir. Aku terus tersengih-sengih. Geli benar hatiku melihatkan perlakuan wan benai. Sejak dulu lagi wan benai begitu tidak gemar kalau pak pung mustapho gebu datang ke rumah ketika waktu makan. Sikapnya yang suka mengkritik apa yang disajikan cukup membuatkan wan benai meluat. Pernah wan benai membebel tidak henti-henti apabila pak pung mustapho gebu mengkritik mee asap gua musang yang disajikan oleh wan benai ketika jamuan hari raya peringkat flat teratak mesra tahun sudah.

‘dah laa tu, apa lagi meh laa kita makan’, tiba-tiba wan benai memecah keadaan yang sedikit sunyi. Berkeletang keletung sudu dan pinggan berlaga. ‘uhhhh…..tak cukup manih ni…mu tak letok gulo ko?’, tiba-tiba pak pung mustapho menegur. Seraya aku melihat air muka wan benai berubah kepada suhu mendidih 100 darjah celcius. ‘hai laa pak pung, takkanlah masak lemak pon kau nak letak gula jugak? Kencing manis kau nanti’, dengus wan benai. ‘tak lengkap wan benai oiii, kawe ni mari kelate, keno laa make manih siket,' sahut pak pung mengerutkan dahinya. ‘buleh kawe mintak gulo siket?’ pintanya lagi. ‘bekas gulo dah hilang, pak pung!’, jawab firuan yang asyik sibuk mengunyah tanpa henti dari tadi. ‘hilang?’ hampir terkeluar mata pak pung mustapho gebu sebab terkejut. ‘Macam ada cerita hantu jer’, jeling pak pung mustapho gebu lagi sambil melentikkan jarinya. ‘betul pak pung, kami tak bohong,’ kataku cuba meyakinkannya lagi. ‘iskkk…takkan lah bekas gulo buleh hilang? Apo cerito? ghoyatlah siket?’ aku melihat jari-jemari pak pung mustapho gebu sudah mula melentik-lentik macam nak menari inang dan zapin. Memang semua orang tahu yang pak pung mustapho gebu memang sering mengajar kanak-kanak di flat teratak mesra ini menari zapin dan inang tiap-tiap petang lepas sekolah.

‘begini ceritanya, pak pung. Satu malam tu cuma aku dengan wan benai jer tinggal kat rumah ni. Bukan sahaja bekas gula dengan lauk-pauk yang kami masak tiba-tiba hilang dari dapur. Rasa-rasanya rumah ni keras,’ aku memulakan cerita. ‘aku dah agok dah…..mesti ada cerita seram ni…ni yang buat aku nak tidur sini malam ni,’ kata pak pung mustapho gebu penuh minat. Aku melihat wan benai menjeling tajam ke arahku. Aku tergelak besar dalam hati. Sesekali aku berpaling ke arah lain menahan tawa. Firuan yang asyik makan dari tadi tiba-tiba berhenti kerana mahu mendengar cerita. ‘apa ceritanya man? Korang tak penah beritahu aku pun?,’ soal firuan. ‘mu tak takut ke firuan nak mendengor cerita seram ni,' soal pak pung mustapho gebu tiba-tiba. ‘apa nak takut? Aku ni setakat cerita seram ni takde apa-apa masalah pun, jangankan hantu polong, jembalang tanah pon aku tak takut,’ dabik firuan. ‘aloh, cerito jer laa yang sebenornya. Kami-kami ni semua tahu yang kamu tu penakut takdok buoh,’ jawab pak pong mustapho gebu sambil senyum meleret ke arah firuan. ‘errr…yang sebenarnya, aku nak pi toilet tak tahan nak terkencing,’ terus sahaja firuan berlari ke arah toilet. Kihhh kihhhhhh kihhh….hilai pak pung mustapho gebu melihat gelagat firuan.

‘Haaa..sampai mano kito tadi? Cepatlah cerita…,’ gesa pak pung mustapho gebu. ‘betul tu man, sambunglah, cerita seram kau tu,’ tambah wan benai sambil menyenduk lagi kuah gulai ikan masin yang dicampur dengan nenas. ‘ceritanya begini…satu malam tu cuma aku dengan wan benai jer yang ada kat rumah. Waktu tu baru jer pukul 9 malam. Tapi kami dah mengantuk. Maklumlah baru lepas makan gulai lemak ikan masin campur nenas yang macam kita masak hari ni..tapi entah kenapa malam tu aku terlelap lebih awal. Agaknya sedap sangat kot gulai lemak tu sampai tak perasan terus tidur. Nasib baiklah aku dah gosok gigi. Kalau tak mesti mulut aku bau ikan kering. Wan benai dah lama masuk tidur. Sebabnya aku dok mendengar dia berdengkur kroihhh kroihh kroohhhhhh dari luar ni..’ terangku panjang lebar. ‘aku dah agok doh…mesti ado cerito seram ni,’ pak pung mustapho gebu membalas lagi dengan penuh minat. ‘malam tu agak sejuk sebab sebelah petang hujan. Jadik aku pun teruslah tarik selimut. Iyalah kan, kalau sejuk-sejuk ni makin sedaplah tidur nak-nak lagi bila perut dah kenyang. Tiba-tiba…,’ aku terhenti seketika sambil memerhatikan mulut wan benai, pak pung mustapho gebu dan firuan yang aku tak perasan entah bila dia datang kembali dari toilet melopong ke arahku.

Bersambung….