Ahad, September 21, 2008

Terkenang Semasa Dulu (Siri 2): Dari Tadika ke SKBE

pengalaman ke sekolah tadika adalah suatu perkara yang tak begitu menyeronokkan. tak tahulah kenapa. walaupun aku ke sekolah tadika selama dua tahun tapi tak banyak kenangan yang aku ingat. apa yang pasti kat tadika felda simpang waha ni kami akan diajar menyanyi dan mewarna. lepas tu adalah makan-makan siket. ada satu hari tu aku tak nak pegi ke sekolah tadika then bapak aku punyalah naik marahlah. yang palin glawak tu dia sumbat aku masuk ke dalam tong. masa tu aku punyalah takut sebab aku ingatkan tong tu perigi. keh keh keh..apa lagi meraung laa aku macam orang nak mati. antara member yang aku paling ingat muka waktu kat tadika cuma miss dan zaki jer...itu pon kami tak berapa rapat. sehinggalah kami sama-sama masuk ke sekolah kebangsaan bandar easter. bangunan tadika kat felda simpang waha masa tu takdelah besar mana pun. cuma dua buah rumah felda yang diubah suai. kena naik tangga bila nak masuk. ada dua orang cikgu tadika massa tu. cikgu aishah dan cikgu halimah. cikgu aishah ni punyalah baik orangnya. lembut jer. cikgu halimah aku tak berapa tahu sangat sebab dia bukan cikgu kelas aku. yang paling kelakar tu tiap-tiap hujung tahun akan diadakan hari tadika. masa tu ramailah budak-budak akan buat persembahan. tapi aku yang gampang masa tu cuma sertai pasukan nyanyian beramai-ramai (choir) untuk nyanyi lagu negaraku. zaki dan miss ambik bahagian untuk mempersembahkan tarian kuda kepang. aku tak tahu pulak sama ada bagus ke tak persembahannya sebab aku terus jer balik rumah lepas persembahan. keh keh keh...setakat tu jer laa yang aku ingat tentang kenangan kat tadika. nanti laa kalau aku chat dengan miss, aku nak tanya apa lagi yang berlaku waktu kat tadika. dia tu ingat semua perkara. habis jer bertadika selama dua tahun dari tahun 1983-84, aku pun sambung plak study ke sekolah kebangsaan bandar easter. waktu tu tahun 1985. sukatan pelajaran baru telah diperkenalkan. dah takde lagi buku dengan karakter tipikal ali, ah kow, ahmad, swee lan, samy dan lain-lain. aku masih ingat lagi watak tipikal tu sebab baca buku-buku abang aku yang bersepah kat rumah. disebabkan aku antara pelajar yang paling awal boleh membaca kat dalam kelas, jadi aku pun bantai laa baca semua perkara. aku ingat lagi cikgu kelas 1 amanah - cikgu shuhaimi mintak aku baca satu petikan karangan kat depan kelas. bangga giler masa tu. keh keh keh...tapi bila dapat keputusan peperiksaan, aku laa antara yang terteruk..tapi takdelah sampai dapat nombor belakang dan masuk kelas pemulihan. masa tu marlina omar anak pegawai felda bukit waha tu yang menggondol banyak hadiah untuk peperiksaan tahun akhir. member-meber lain macam miss, zaki, nizam, lailizah pun join sekali. cuma aku ni jer laa yang teruk satu hadiah pun tak dapat waktu tahun satu amanah masa tu. kesian aku. nak menangis bila tengok orang lain dapat hadiah tapi kita tak dapat apa pun. isk isk..keh keh keh.


bersekolah kat skbe ni memang banyak pengalaman yang boleh dikongsi. selain banyak mewakili sekolah dalam pertandingan itu dan ini, tapi yang lebih menyeronokkan ialah rakan sekumpulan macam miss (budak blok 8 simpang waha yang suka buli aku), zaki (member kamceng aku kat sekolah menengah), lailizah (anak orang kuat blok 9 simpang waha), nizam (anak pegawai felda), esmawati (anak pak cik multar taxi driver), marlina (anak pengurus felda bukit waha). walaupun aku yang sering terkecuali utk apa-apa perkara yang melibatkan akademik, contohnya - peperiksaan kelayakan ke asrama penuh semai bakti dan biasiswa, tapi aku tetap happy dengan cara aku sendiri. subjek yang aku paling minat waktu kat sekolah rendah ialah bahasa melayu dan alam manusia. seronok betul baca alam manusia sebab banyak cerita tentang sejarah. thats why aku minat baca buku sejarah sampai laa sekarang. perkara yang merosakkan otak aku ialah matematik sampai si miss tu asyik cakap aku ni terlalu bengong kalau bab-bab kira mengira. tapi aku kira okay apa dalam subjek bahasa inggeris dan aku selalu cakap kat miss yang dia pun bengong gak dalam bab bahasa inggeris. hahaha. masa aku berada dalam darjah tiga kat SKBE ni, cikgu kelas masa tu namanya cikgu dalimah dali. cikgu ni telah menempeleng aku sebab aku tak dapat selesaikan soalan matematik dalam kelas. menangis laa jugak bila kena tempeleng. terus jer aku bertambah trauma bila bab-bab matematik ni. pengajarannya ialah jangan gunakan tangan bila nak mengajar anak murid. sebab anak murid akan terus jadik bebal. bagi cikgu-cikgu kat luar sana sila gunakan pendekatan yang baik-baik ketika mengajar terutamanya psikologi. aku rasa cerpen ali majod bertajuk 'pensel nan sebatang' adalah contoh yang terbaik. tapi yang paling lawak kan cikgu bahasa inggeris aku punya laa garang masa tu. namanya cikgu kalsum. aku paling kelakar bila tengok tudung dia pakai jambul terkeluar tu. kira trend laa masa tu kan. lepas tu baju ala-alah tok pah masa zaman kegemilangan dia dulu. kerja cikgu kalsum ni asyik nak mencubit dan tempeleng orang kalau tak dapat jawab bila dia soal. satu hari tu dia ajar aku dengan member sekelas lagu old mcdonald. bila tiba jer bab bunyik lembu suara kami tak keluar .moo moo moo lebih kurang... dia apa lagi terus marah cakap bunyik lembu moooohhhhh mooohhhh...nak tergelak-gelak aku kat belakang dengar.


ada satu hari tu dia ajar sebut hari (how to pronounce days) dalam bahasa inggeris. maka sebutlah kami sunday, monday, tuesday...yang kelakar tu member sekelas - zahid, tersalah sebut. baik-baik sunday, monday dia sebut sooonday, mooonday...maka tak pasal-pasal dia kena cubitan percuma yang menyakitkan dek cikgu kalsom tu...nak gelak kuat-kuat aku takut, jadik gelak dalam hati jer laa...satu hari tu tiba-tiba miss goh, sorang lagi cikgu bahasa inggeris datang cari aku. aku pun terperanjat laa sebab aku yang teruk pencapaian akademik ni boleh diburu oleh salah sorang cikgu bukan melayu kat skbe tu. rupa-rupanya dia suruh aku masuk reading competition. lepas tu dia suruh aku datang rumah dia beberapa kali seminggu sebelum pertandingan berlangsung. yang paling best tu aku menang competition tu dengan mudahnya menewaskan geng-geng kelas 3 melati yang buat persembahan gampang dengan lagu little indian girls. keh keh keh..riak laa plak..start hari tu cikgu kalsum tak pernah cubit aku lagi.

masa aku berada dalam darjah enam aku start aktif dengan aktiviti kurikulum sekolah. tapi aku paling tak lupa macam mana cikgu rukimin abu kahar dan cikgu subri sumirin recruit aku untuk pertandingan syarahan bahasa melayu di sekolah menengah sri aman, felda aping barat. masa tu aku ke sana dengan mashaniza (tak tahu ke mana dia sekarang), norazuan razali (sekarang mengajar di sekolah sukan bandar penawar). tiap-tiap hari cikgu subri suruh aku hafal dan bercakap depan dia. hasilnya skbe dapat johan (aku laa tu...keh keh keh) dan naib johan untuk pertandingan tersebut. eh sebut pasla norazuan razali ni, tak tahu apa khabar dia sekarang. last aku jumpa dia waktu majlis kawin kakak beliau beberapa tahun lepas. member baik si miss ni dan juga pelajar cemerlang UPSR SKBE tahun 1990. jadi dia telah terpilih untuk ke asrama semai bakti di salah sebuah sekolah berprestij di pahang. masa kat SKBE ni ada beberapa lagi cikgu yang aku ingat. antaranya cikgu khairunnisa haji baharum. dia ni orang parit pinang seribu, muar johor. punya laa garang. selalu bergaduh dengan miss kat dalam kelas. miss panggil dia cikgu mata jengkol sebab bila dia marah mata dia macam nak terkeluar. cikgu khairunnisa ni pernah bagi aku hadiah sebab aku dapat pencapaian yang bagus dalam bahasa inggeris waktu darjah empat dan kena maki hamun dengan dia kat dalam kelas malam (tuition tambahan) bila aku dapat markah yang tak best dalam english. keh keh keh. siap dia ugut lagi tak bagi aku sertai mana-mana lagi competition in the future. dan secara terhormatnya aku telah ditendang keluar dari kelas express (kononnya kelas paling pandai) dan masuk ke kelas satu. aku pun tak paham cikgu dulu-dulu ni, suka isolated golongan yang pandai dengan yang tak pandai. habis kalau semua yang pandai tak bergaul dengan yang tak pandai, maka yang tak pandai tu terus laa bengong sampai bila-bila. teringat aku dengan teori pasca kolonial edward said. sebab tu laa sampai hari ni bangsa asing suka melabel orang melayu ni pemalas walhal tak semua begitu.

penghujung tahun 1990 aku pun menduduki exam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang baru diperkenalkan. pendek kata, batch aku ni menjadi lab rat untuk setiap kali pembaharuan kurikulum sekolah seluruh Malaysia dilakukan. tapi aku dapat keputusan cukupc-ukup makan jer..dapatlah dua A. dan tempat yang paling layak untuk aku ialah sekolah menengah bandar easter yang kira-kira tiga empat pelaung jaraknya dari sekolah kebangsaan bandar easter. tapi aku tak keseorangan di sana sebab rakan sekumpulan seperti miswadi bin abdul rahim, md zaki pua'at, lailizah abdul rahman, marlina omar pun turut belajar di situ. selain itu, rakan-rakan sekelas macam norwati abdul rahim, zahid ponari, hisham parman, norlaily abdul hamid, amizah amin, murni ibrahim, norlinda riduan, azlin & azlan lazim, ridzuan yusuf, hasnor atmuri, norhaziah abdul hamid, ramlee idris, nazaruddin sani, nasrul hisham someran, sarizan abdul hamid, Norizad din, normala jemahat, nahidah mehah, roslila ishak, roslizawati ebarahim, norzita ibrahim, khairul anuar dagang, nurul azlin rahman, hairul zairi bachok, norfamilah ngatmi, dan lain-lain...dan yang tidak bersama-sama tetapi bertukar ke sekolah lain ialah faizal riza, khairul nizam jamaluddin, mardiana, murniwati abu kassim, lilihidayu nasir, dan ramai lagi. kalau jumpa mesti dah tak kenal lagi unless aku jadi perdana menteri..keh keh keh...








Tiada ulasan: