Khamis, September 18, 2008

hari menjejak kasih

walaupun hari ni prestasi aku agak lembab seperti selalu, tapi at least aku siapkan jugak beberapa perkara. aku masih lagi menunggu buku yang aku order dari amazon.com tu. teruk betul dah berapa minggu tak sampai-sampai lagi. tapi kira okay laa berbanding bookshop uni yang perap aku punya order untuk sampai 3-4 bulan. hari ni waktu aku browse friendster aku terjumpa beberapa orang kawan lama. pertama, otai dan kedua nuwa. aku kenal otai waktu aku berada dalam kelas lower six, di maktab adabi maharani muar johor. tapi kami tak sekelas cuma seasrama. walaupun dia ni selalu buli aku, tapi dia baik sebenarnya. tak sangka otai dah kawin. aku masih ingat lagi, kami pergi menapak ke pasar malam punya jauh kat satu tempat di muar tu. hehehe..lawak betul. aku mula kenal nuwa semasa berada dalam kelas upper six. pon kami tak sekelas sebab dia ambik spm. aku kenal mamat ni melalui zulezam, rakan serumah. dia sekelas dengan nuwa. aku lost contact dengan otai tapi tetap berhubung dengan nuwa. cuma aku tak dapat contact nuwa lagi sekitar 2-3 tahun sudah sebab cell number dia dah tak boleh pakai lagi.

aku cuma jangkakan cellphone dia hilang..lagi satu dia pun tak hafal cell no aku kat sini. tapi takpe aku dah bagi mesej melalui friendster kat dia. mesti dia balas. kalau dia tak balas jugak aku akan arahkan charlie angels johor bahru untuk mencari dia kat hyatt hotel tu. alah bukan susah sangat pon nak carik. lainlah kalau dia tinggal kat milan atau cologne. kelakar betul hari ni. selain daripada makan salmon pasta bersama alvin dan wotka tadi, aku terjumpa semula insan-insan ini. kebetulan. terasa excited pula, seexcited sewaktu aku menyumbat pasta dan salmon ke dalam mulut lantaran kelaparan yang amat sangat akibat berpuasa (aku puasa laa erwanita, aku budak baik apa, dan jangan risau aku tak minum red wine) hari ni agak sejuk. terbatuk-batuk aku sebab dada aku sedikit sakit. bimbang pula sebab dengan cuaca empat musim dalam seminggu ni membuatkan aku rasa macam nak pitam. anyway, sorry laa aku tak sempat nak tulis siri cerita seram. takde idea laa. nanti kalau ada idea aku akan tulis balik. keh keh keh.

3 ulasan:

Sohaib Zikri berkata...

wah..rintik..kita sekampung la..
aku pun orang waha..

SayangKuAnisHan berkata...

Salam...nak tanya "Zulezam" yang di maksudkan Zulezam bin talib ke? dlu study kat maktab tu gak,org sabah....

cherita nan lalu berkata...

sayangkuanishan, saudara zulezam telah kembali ke rahmatullah selepas terlibat dengan kemalangan ngeri pada beberapa minggu yang lalu