Ahad, September 28, 2008

Terkenang Semasa Dulu (Siri 4): Dari SMBE ke ITM


beberapa bulan selepas dapat keputusan spm pada tahun 1995, aku dapat tiga panggilan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. pertama - ITM, untuk kursus matrikulasi sains perpustakaan dan pengurusan maklumat. kedua - IIUM - tawaran kursus matrikulasi sains kemanusiaan dan ilmu wahyu. ketiga - form six - di sekolah menengah kebangsaan laksamana kota tinggi johor. atas nasihat cikgu iskandarrani aku memilih ITM walaupun pada dasarnya abah mahukan aku terus ke tingkatan enam. biasalah masa tu bila tengok teman-teman lain macam zaki dapat ke UTM skudai, miss pulak ke UPM untuk matrikulasi sains matematik, asrif ke UMS sabah, yazid abu bakar ke UTM skudai, zam-zam minirin dapat tawaran ke pusat persediaan pelajar di ITM untuk ke australia, suhayani dapat ke UPM (satu kursus lagi dengan si miss), dan ramai lagilah. masa mula-mula dapat tawaran ke ITM rasa seronok sangat, apatah lagi aku dapat tahu rakan sekelas shalawati sidek turut berjaya ke sana untuk ijazah seni lukis dan seni reka. aku rasa berdebar-debar gila apatah lagi masa tu kali eprtama nak berjauhan dari keluarga. bila sampai ke kampus dan mak bapak aku pun say good bye and good luck aku ditempatkan di kolej delima untuk minggu orientasi.


aku dapat rasakan betapa teruknya kami kena ragging oleh senior kat ITM masa tu. ketika itu sekitar bulan jun 1996. kami dimaki hamun macam orang gila. aku yang baru menyaksikan kejadian seperti itu untuk pertama kali terkejut beruk. tiap-tiap hari kami dipaksa menyanyi lagu ITM bertajuk ITM: usaha jaya mara. tapi tak kisah laa tu sebab melalui orientasi kami dapat kenal ramai orang. namun sikap aku yang pemalu sedikit sebanyak telah menjadi penghalang kepada pembentukan kawan-kawan baru. aku rasa terpinggir masa tu. tapi nak buat macam mana aku kautkan juga semangat. nanti kang mak bapak aku marah ler pulak. selepas seminggu aku dipindahkan ke asrama perindu khas untuk pelajar lelaki. orang eprtama yang aku jumpa ketika itu ialah zaidi. apa khabar zaidi sekarang? last aku jumpa zaidi sebelum aku fly ke adelaide 2 tahun lepas. rasanya dia dah kawin. kami jadik kawan baik walaupun berlainan kursus. dia mengambil kursus kejuruteraan awam. melalui zaidi aku mengenali zaini abdul karim - kawan baik si miss ketika mereka sama-sama menuntut di sekolah menengah teknik johor bahru. selain zaidi, roomate aku dalam dorm tu ialah hafiez, yang juga satu kursus dengan aku. yang lain-lain semuanya senior seperti abang kamal (adik abang kamal ni satu kursus dengan zaki di UTM Skudai), abang aries, ustaz (aku tak ingat sapa nama dia yang sebenar) dan beberapa orang lagi yang aku rasakan mereka cukup baik sebab tak tahu buli orang.


kelas pertama di ITM buat aku cukup terperanjat. iyalah kan, kuliah dan tutorial dibuat di pusat persediaan pelajar (atau PPP sekarang KPP- dan selepas beberapa ketika aku terserempak dengan zam zam minirin di situ) kebanyakan pelajar yang ditemui semuanya bijak-bijak danyang paling penting, mereka mampu bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik. malang bagi aku yang hanya dapat c6 dalam bahasa ingeris spm dan seringkali terkial-kial ketika ditanya dalam kelas. selain itu aku cukup pemalu. sampai satu tahap aku rasa agak menyesal sebab segala kursus yang diikuti semuanya aku tak minat. aku jangkakan mereka akan ajar kursus yang berkaitan dengan sains perpustakaan dan maklumat tetapi kursus foundation bahasa inggeris. di sini aku belajar suatu perkara iaitu seseorang tidak boleh dibentuk, disaring dan diasingkan hanya kerana kelebihan dan kekurangan dalam menuntut ilmu. selain itu, jangan silap pilih kursus ketika nak melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. sebenarnya tidak banyak kenalan yang aku ingat sepanjang berada selama satu semester di ITM selain zaidi. rakan sekuliah yang cukup baik denganku ialah wan saidatul shafina - sekarang beliau bertugas sebagai setiausaha akhbar datuk seri shahrizat jalil. walaupun aku gagal keluar dari ITM dia sering menghubungi dan menghantar khabar berita - memberi semangat dan dorongan.


peperiksaan semester 1 tahun 1996 di ITM amat mengecewakan. aku hanya memperolehi cgpa 2.0 dan aku rasakan ia adalah keputusan terteruk yang pernah aku perolehi dalam hidup. masa tu Tuhan ajer laa yang tahu perasaan aku macam mana. aku tak sangka pulak ketika pulang bercuti aku bungkus semua barang-brang aku dan tak akan balik semula ke kampus. hahaha. walaupun ITM berkali-kali menghantar telegram memberikan aku peluang kedua, tapi aku tidak ada hati lagi untuk ke sana. cukuplah satu semester dan aku kembali semula ke felda simpang waha, kota tinggi johor dan merancang kembali apa yang aku perlu lakukan seterusnya. semasa aku bercuti untuk beberapa ketika di felda simpang waha, aku ada cuba untuk memohon masuk ke beberapa tempat pengajian yang lain tapi jawapan yang diterima amatlah menghampakan. aku cuba untuk memohon masuk semula ke tingkatan enam di sekolah menengah laksamana tetapi pegawai pendidikan daerah ketika itu menolak mentah-mentah jika aku mahu masuk ke tingkatan enam bawah. tetapi menerima jika terus ke tingkatan enam atas. macam mana aku nak revise semua sukatan kalau tak belajar di enam bawah dahulu. sapa laa yang malang lantik pegawai pendidikan daerah yang muka tak hensem tu. dah laa takde kredbiliti lepas tu buat keputusan tak berhikmah. tapi aku tetap tak putus asa. sehinggalah tiba-tiba satu hari abahku memberikan sekeping nota iklan maktab adabi maharani muar. dan ia betul-betul menarik minat aku untuk mencuba.

1 ulasan:

fina berkata...

LAN!!!! jenuh aku mencari! email add ofce yg slalu lan antar news dr overseas tuh dah crash. smua emel lan & ur emel add tak dpt nak retrieve. arini google nama sendri, pastu terjumpa blog nih. rindunyer kat hang. dah balik cni tak? bg emel add ye. nnt sms kat aku yek 012-2121465