bebudak dari aping pulak macam maslina saiman, kasmah kamis, harmizi hassan, mohd fais, dan ada laa a few aku tak ingat lagi sapa. dari bukit waha pulak azman gemuk (dia ni baik walaupun selalu bergaduh dengan aku), yazid wagiman, noraida shamsuri, helly amiza, esamudin johan, arwah shuhaimi (zairi beritahu dia dah meniggal dunia sbb accident - al-Fatihah), norfaezah mohammad, suziana, amidah ali, dan ramai lagi laa... masa nak lantik monitor dalam kelas tu aku mendapat tentangan sengit dari ajid (yazid wagiman) yang disokong kuat oleh noraidah shamsuri tu. aku pon pelik dengan budak noraidah tu dari masuk kelas lagi dia tak suka dengan aku. satu hari tu aku tak hantar buku latihan subjek pendidikan islam dekat beberapa bulan dan uztazah apa entah nama dia dok panggil dan ketuk tangan aku dalam kelas dengan pembaris. lepas tu dia siap cakap lagi 'macam ni ke ketua tingkatan' then si noraidah dan geng-geng dia siap mengutuk aku depan-depan lagi tu. sampai bila-bila aku akan ingat apa yang dia cakap. walaupun dia dah kawin dengan khir (kawan baik si miss dan zairi) yang kononnya glamour ala david beckham (macam best sangat), tapi aku akan semat dalam hati sampai bila-bila. ewah...maslina saiman (aku panggil dia jai) antara insan yang paling baik dengan aku waktu form 1. dia selalu tolong aku ajar matematik. masa ni budak miss tu kat kelas 1 erat. aku dan zaki jarang jumpa mamat tu. ada laa sekali jer dia datang. masa tingkatan dua kami dipindahkan ke sebelah pagi. dan masa ni aku berkenalan dengan senior2 macam harmizam mis dan syamsudin razali. lepas tu member lain seperti rizal harun pun turut join klik kami. walaupun kami aktif kelab kebudayaan dan sering dibuli oleh pelajar sekolah, kami buat pekak telinga jer. pencapaian akademik aku masa ni kira boleh tahan walaupun matematik seperti biasa tak pernah lulus. kalau lulus pun cukup-cukup makan jer. masa zaman awal 90an ni, dan ditambah pulak dengan alam remaja, ramai laa yang perasan bagus. wujudlah satu istilah popular guy atau popular girl (menurut istilah drew barrymore dalam filem never been kissed) yang semuanya perasan macam hebat walhal takde hapa pon yang boleh dibanggakan. alamak aku rasa aku ni dok mengutuk jer daripada menulis..keh keh nak buat macam mana kan...time zaman aku sekolah sapa yang active dalam sport dan muka hensem siket maka akan diadmire oleh semua pelejar perempuan. kalau student perempuan yang muka putih melepak (walhal tepek bedak punya laa tebal) dan cantik siket (sebenarnya takde laa cantik pon) terus perasan glamour. maka bermulalah seisi menghantar surat, berdating kat bawah pokok mempelam sebelah makmal sains...kalau tak pun kat dalam kelas yang kosong atau kat kantin. habis jer PMR, kebanyakan rakan sekelas kat 3jasa semua sambung belajar di sekolah berasrama penuh. miss, zam zam, yazid pergi ke sekolah teknik JB. irwan pulak dengarnya join nerazuan nin (3 amanah) ke asrama penuh. aku plak ke asmaradana jer lah. smbe pun apa kurangnya. masa mula-mula masuk ke tingkatan 4 di smbe ni aku dimasukkan ke dalam kelas 4 teknikal 2 di blok A tingkat paling atas, kelas ke empat dari tangga. betul-betul mengadap ke tapak perhimpunan. mula-mula zaki suruh aku merayu untuk masuk ke 4 perdagangan bersama-sama beliau tapi aku rasa macam malas pulak. apatah lagi aku telah dilantik jadik monitor kelas oleh cikgu wardah hj daud (dan sekali lagi aku mendapat tentangan sengit dari ajid - yazid wagiman, cuma kali ni backup singer dia si noraidah tu kat kelas perdagangan satu geng dengan zairi). aku rasa selesa pulak sbb ramai betul geng-geng waktu tingkatan 1 dan 2 ilham berada kat dalam kelas ni macam norfaezah mohammad, suriyati mansor, amidah ali, shalawati sidek, dan lain-lain. cuma yang lelaki jer semuanya baru-baru macam norizam othman, hazidi, razmi ali, nazarudin sani, sarizan abdul hamid (wak yan - rakan sekelas waktu darjah 4-6 cempaka, skbe). masa baru-baru masuk tingkatan 4 ni, budak-budak kelas sains macam si miswadi abdul rahim, hazli othman, faisal razib, yazid abu bakar, nor zam zam minirin, zulkifli saian dan ramai lagilah semuanya berlagak giler. rasa malu betul nak lalu kat depan kelas dia orang. yer laa kan dah ler masuk kelas teknikal pulak tu pelajar lelakinya cuma 7 orang jer. 36 orang yang lain semuanya pompuan. tahap akademik takde laa boleh dibanggakan sangat. bila lama-lama aku makin seronok duduk dalam kelas 4 teknikal 2 ni. nak-nak kebanyakan budak kelas 4 sains (yang rata-ratanya rakan sekelas waktu 3 jasa) semuanya dah pegi sekolah lain termasuklah si miss tu. jadi takdelah malu sangat nak lalu kat tangga sebelah kelas sains tu. untuk aliran teknikal bagi spm ni, aku amek lapan subjek kalau tak silap- bahasa melayu (cikgu rohana), bahasa inggeris (cikgu azhar), matematik (cikgu wardah), sejarah (cikgu baba), ekonomi (cikgu wan zawiyah), perdagangan (cikgu vincent), sains pertanian (cikgu shis), sains teras (cikgu maat), agama islam (uztaz shukur), pendidikan seni (cikgu iskandarrani) . nampak solid so aku teruskan jer lah. sebelah kelas aku ialah kelas rizal - 4 teknikal 1, dan juga kelas zaki dan zairi - 4 perdagangan. jadi seronok laa jugak at least ada geng. masa ni aku kenal ramai kengkawan baru maca razali mohammad (juara 100 meter waktu aku form 1 dulu tapi bila masuk form 5 kalah teruk dengan yasir ali), yahya fadzli (ketua pengawas), dan ramai lagi lah. popular guy masa ni macam yasir ali (sekarang dah kawin dengan hairani budak kelas perdagangan), norhazlin kliwon (satu geng dengan yasir main bola sepak), dan ada laa sorang dua lagi yang aku dah tak ingat. popular girls masa tu macam suhayani ruhani (bekas awek miss), surya rahmad dan ramai lagi.

tahun 1995 adalah tahun paling mencabar sebab aku akan duduki spm. start tahun ni aku belajar betul-betul sebab tak nak jadik macam tahun 1993 - aku cuma dapat 1 A (with attitude) jer..buang karen jer bapak aku hantar aku ke sekolah. tapi pada masa yang sama ada laa jugak perkara-perkara lain macam hari sukantara, merentas desa dan perkehmahan di smbe kat tepi padang. aku ingat lagi bila cikgu iskandar panggil kami berkumpul semua perserta lambat datang. jadis ebagai denda kami disuruh bergolek kat atas padang yang basah lecak dengan air hujan. ramailah muntah-muntah dan pening kepala. kelakar betul kalau nak diingatkan semula. masa ni cikgu wardah selalu bagi aku encouragement untuk berjaya. dia selalu cerita pasal pengalaman dia study kat north carolina university. aku pon teringin laa nak study kat sana. yer laa kan bila dengar dia cerita pasal disneyland, snow dan itu ini, imaginasi pon bergerak ke sana ke mari. walhal matematik tak pernah lulus ada hati nak pi U.S. aku ingat-ingat lupa bila aku amek spm. tak silap aku bulan november 1995 macam tu. aku ingat lagi mak aku dok sibuk ke sana ke mari mintak air penerang hati. yer laa kan takut tak dapat jawab. bagi aku cuma spm ni jer laa satunya yang boleh menjadi tiket untuk aku terus ke peringkat yang lebih tinggi. SPM di umumkan pada bulan jun tahun 1996. alhmadulillah, nasib aku baik sebab dapat pangkat satu dengan 13 agregat. dan seperti biasa, maths akan spoil kan segalanya. jadi aku terpaksa pilih antara dua iaitu nak masuk ke tingkatan enam bawah atau pun nak masuk ke IPTA bagi program matrikulasi. bila tengok orang seronok masuk universiti so aku try apply ke IPTA. then aku dapat dua tawaran iaitu Institut teknologi MARA untuk matrikulasi sains perpustakaan dan maklumat, serta matrikulasi ilmu kemanusiaan di universiti islam antarabangsa. selepas menimbang-nimbang, aku pilih ke ITM walaupun abah aku lebih suka aku pergi ke form 6 untuk stpm.
begitulah serba sedikit kisah aku di smbe. sebenarnya ada banyak nak cerita tapi terlalu banyak sangat. nanti tak cukup pulak satu hari satu malam. memang banyak kenangan. jadik ketua pustakawan laa, tapi sebenarnya banyak tido. lepas tu kena marah sebab buat bising. tapi aku sebenarnya budak baik tau sepanjang berada kat smbe tu. kih kih kih. anyway, untuk cikgu-cikgu smbe selamat hari raya maaf zahir dan batin. maaflah kalau ada terkutuk ke kan, adat laa tu. untuk cikgu wardah hj daud dan cikgu iskandarrani mohamad - selamat hari raya maaf zahir dan batin. maaflah sebab dah lama tak jumpa. everytime cikgu rumah saya waktu hari raya, saya mesti tak ada. takde rezeki laa nak jumpa. Insya'allah ada rezeki akan berjumpalah jua. buat teman-teman kelas 5 teknikal 2, 5 teknikal 1 dan 5 perdagangan tahun 1995, selamat hari raya dan maaf zahir batin juga. buat kak gie sekeluarga selamat hari raya dan maaf zahir batin. sorry laa ek saya cilok gambar dari blogs akak. raya nanti jemputlah datang rumah. pelik pulak rasanya ucap selamat hari raya kat dalam blogs. sapa ajer laa nak baca... keh keh keh....nak kirim kat utusan malaysia, saya ni pemalu orangnya. lain kali jer la ye..hehehe...ciao!
4 ulasan:
Amboi hang noya bercerita sungguh no..nie tulis time bler..pas sahur ker bukak pose...tk g terawih ek...seronok bc kisah ko nie..bo diadaptasikn kepada layar perak..aku rs calon yg sesuai untuk watak ko nie...apek senario la..aku afdlin shauki, zaki ( nabil raja lawak), zairi (lan petpet)....mesti meletopps! mane de budak2 sains brlagak time 2, ko jer tk nk join ktorang...aku ok jer..si zairi 2 wlpn duk kelas lain tp still menempek kt aku tiap2 hari...sampai la aku msuk asrama! hahaha...selamat maju jaya..teruskan bro! satu lg aku nk tnye time ble la ko nk mncari cinta..kone kawin beb coz aku tgk desperate sgt2 nie....hahaha..selamat hari raye..
Amboi2 sedapnye kata sistem streaming kelas tu x bagus yea...awak x pernah jadi cikgu x tahu apa fedahnya sisitem tu...cuba la bayangkan kalau 1 kelas tu bercampur2 tahap pelajarnya macam mana cikgu nak mengajar dengan efektif....macam nmana nak bagi latihan..kalau ader5-6 orng pelajar yang terer gilek n ader yang slow glek..nanti pelajar yang slow tu x dapat ikut pembelajaran dengan berkesan..kalau awak nak tahu, kaedah mengajar ni bukan main hentam keromo je..ader caranya yang tersendiri tau...ader cara nak tackle pelajar yang lemah n buat dia faham macam jugak buat kuih, lain kuih lain caranya...lain tahap pelajar lain la cara pendekatannya...wahai shays, ingatlah n berpijak la di bumi yang nyata..tanpa cikgu...awak x akan berada dikedudukan awak sekarang..... ingatla seorang cikgu tetap cikgu selama-lamanya...tapi ader pelajarnya yang menjadi lawyer...doctor...pegawai...dan bermacam2 lagi jawatan yang bagus..tanpa guru tadika awak x akan mengenal abc...tanpa guru sekolah rendah awak x akan berjaya menempuh upsr...tanpa guru seolah menengah awak x akan berjaya menempuh pmr n spm...tanpa insan bergelar guru juga awak x akan berjaya menempuh alam ipta, dan verjaya....cuba carikan akak seorang manusia yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam pembelajaran dengan tidak bersekolah dan tidak diajar oleh guru.....langsung...hanya belajar sendiri....!!!! Jika seorang pelajar gagal...dengan pantas dikata guru tidak pandai mengajar, tapi jika seorang pelajar berjaya...susah pelajar itu nak datang n ucapkan terima kasih pada gurunya kerana membimbing dia...akak dah 9 tahun jadi cikgu, dalam masa sembilan tahun ni hanya sebahagian kecil pelajar yang berjaya datang dan mengucapkan terima kasih kerana telah membimbing mereka hingga mencapai kejayaan..ada antara pelajar SMKBE yang langsung tidak menegur gurunya ni apabila bersua muka...bukannya kerja bagus sangat pun, cuma jadi waitress kat KFC, bila ambik order ngan cikgu ni, buat2 x kenal je..muka toye....sedihnya hati seorang manusia yang bergelar guru ni...tu baru jadi waitress kalau jadi pegawai, macam mana la lagaknya yea......kadang2 rasa panas juga apabila membaca komen2 dari insan2 yang tak pernah menjadi cikgu, tapi kutuk cikgu bermacam2.....tapi kami x kisah, kereta kena calar pun kami redha, kena gelar dengan bermacam2 nama gelaran pun kami redha, kena keluarkan duit fotostat bahan pun kami redha, budak kurang ajar dengan kami, tengking guru....menjawab cakap guru... pun, kami sabar, budak x buat kerja rumah, x bawak buku teks, x buat latihan yang diberi, kertas latihan yang diberi dengan harapan pelajar menjadi cemerlang, dibuat jet kertas dan digumpal depan kami, pun kami masih sabar lagi, kami tetap masuk kelas dan mengajar macam biasa......demi memberikan pendidikan kepada anak-anak felda (anak bangsa kami)....fikir2kan lah....
hmmm..tu la pasal akak x nak tulis pasal pengalaman akak di smkbe, tak nak la bukak pekung anak2 felda di kampung kesayangan kita tu kan, lagipun akak dah hampir 7 tahun secara rasmi menjadi menantu peneroka dan isteri kepada anak felda kat Waha ni macam2 yang akak nampak dan lalui...kalau cerita rsanya banyak yang shays tak tahu...dan mungkin akan terperanjat...kang tergezut susah lak lagipun ramai yang bleh baca...malu le..hahahaha
Terima kasih cikgu tanpa kelian saya x mungkin jadi pensyarah di ipg..skg aku pulak ajar cikgu aku sorry ye cikgu..masih hormat dgn cikgu walau pernah cubit.. cubit cayang.. x gitu cikgu.. apabila and a jadi cikgu betapa indah dunia guru.. kata A Ramle dgn lagu cikgu cantik kalau cikgu cantik mat a pun mata mengantuk..salam dari x student smkbe..dari aping Timur ke bandar Easter. Ehehe bandar ke..naik pula bus bukit kepong..jasa cikgu a at besar sekali..cikgu adalah jurutera innovation... menjadi agen perubahan.. dari x tau kepada
tau, dari kanak2 kepada remaja, dark remaja
Catat Ulasan