Jumaat, September 12, 2008

siri cerita seram satu malam (dengan kisah hantu air)

cerita ini memang dah lama aku nak kongsi dengan kengkawan...tapi biasalah bila dah busy ada ajer alasan tak sempat nak menulis...bila melawat blogs farid baru-baru ni, dia dok sibuk bercerita pasal hantu pocong...mula-mula aku ingat dia dok menari poco-poco kat lebuh raya seisi keluarga..rupanya jumpa pocong..keh keh keh...tapi takde laa seram sangat berbanding dengan cerita yang aku nak kongsi bersama ni...cerita seram ni berlaku kira-kira empat tahun yang lampau sewaktu aku tinggal di kuala lumpur...masa tu aku baru jer grade dan kerja sebagai pengajar di salah sebuah ipta di sana. nak dijadikan cerita aku masuk tidur awal pada malam tu. roommate aku - tok met, erwanita dan kamarul dah lama membuta...aku sorang jer lewat sebab nak kena habiskan beberapa kerja di ofis yang tak sempat disiapkan..pulak tu aku makan malam agak lewat so aku ambik laa kesempatan tengok dvd dulu sambil melantak...

sebelum nak masuk tido tu aku pi laa berus gigi dulu..biasalah kan, dah makan benda segala kena laa berus gigi sebelum tido...untuk menjaga kebersihan laa...keh keh keh..masa aku nak masuk bilik air aku dok tengok si erwanita punya laa lena sambil berdengkur kroohh krohhh krohhhh tak ingat dunia.. kalau hantu atau penyamun datang malam-malam buta nak kacau mesti tak jadik dan lari lintang-pukang sebab terperanjat...entah hapa-hapa laa...si tok met plak tido macam batang kayu...kalau dia tidur gaya godfather - sampai pagi laa jawabnya takkan berubah...macam tu laa jugak..si kamarul tu plak siket-siket terbangun jawab sms dari si kekasih hati si mas tu..(masa tu belum berkahwin lagi)...si mas tu sibuk dok tanya dah tido ke belom..kalau dah tido dah berapa lama? seminit, dua minit? aduhai, itu pon nak tanya ke? keh keh keh...

berbalik dengan kisah seram ni ...sorry laa terlalu banyak corner baring...tu yang terlupa dengan cerita seram yang aku nak kongsi ni...okay laa...lepas jer gosok gigi dan basuh muka dengan pencuci muka eversoft (menurut erwanita pencuci muka eversoft ni bagus sbb akan melembutkan lagi kulit muka kita) aku akan terus ke balkoni untuk mengelap muka sambil menikmati angin malam...tapi yang pelik tu kan malam tu sunyi dan sepi...aku tengok laa jam kat dinding - alamak rupanya dah jam 1 pagi..aku tak tidur lagi...esok ada kelas jam 10 pagi pulak tu..harap-harap larat laa aku bangun...tiba-tiba aku rasa seram sejuk...alamak kenapa jadik macam ni? takutnya..rupa-rupanya hari nak hujan...angin punya lah menderu-deru...patut laa sunyi dan sepi jer malam ni..semua orang tidor awal rupanya....mesti akan hujan lebat malam ni...

pulak tu langit kat luar pun mendung kelabu dan tak berbintang...mesti nak hujan laa tu - aku cakap dalam hati...boleh laa aku tarik selimut dan tido dengan selesanya...so, apa lagi aku terus laa pegi masuk bilik dan tarik selimut...tak lama lepas tu aku dengar hujan lebat turun kat luar...walaupun kami tinggal kat semi-apartment tapi dapat dengar dengan jelas hujan turun dengan lebatnya...yess...aku menjerit dalam hati...cuaca menjadi bertambah sejuk dan aku pun tarik selimut dan peluk bantal dengan eratnya...malam semakin larut..hanya ditemani dengan bunyi hujan dan kilat yang sabung menyabung...sesekali kelihatan dengan jelas silauan kilat memancar dari kaca tingkap...mujurlah si erwanita dah gantung beberapa kain hiasan kat tingkap so takdelah silau sangat...hampir satu jam berlalu...hujan di luar masih tidak reda...dan kilat dan guruh bersilih ganti... aku tiba-tiba terjaga bila terdengar bunyi orang merintih..ahhhhh....ahhhh....ihhhh...ihhh....alamak bunyi apa tu...bunyik macam orang menangis pun ada....bila dengar bunyik macam tu aku pun apa lagi meremang laa bulu tengkuk...menurut cerita mulut ke mulut orang-orang yang tingal kat kawasan perumahan ni, blok tempat kami tinggal ni memang keras....

dulu pernah ada orang terjun dari tingkat 13 bunuh diri...tiba-tiba kedengaran pula bunyi anjing bersahut-sahutan...menambahkan lagi keseraman yang ada...macam mana ni...peluh dingin mula mengalir di dahi dan tengkuk...aku membatukan diri... bunyi orang merintih tu semakin kuat...ihhhhh huhhh....aduhhhh...tolonggg....alamak...mintak tolong laa pulak...pernah aku baca buku cerita seram tok awang ngah dan tamar jalis tentang bagaimana orang yang membunuh diri tu bangkit semula dan mengganggu penduduk kampung kerana tak diterima bumi...biasanya roh yang bangkit tu akan mintak tolong dan menangis dengan syahdu..yer laa sebab roh tak diterima bumi kan...lepas tu boleh menjelma dan menunjukkan dirinya kat depan sesiapa yang dia suka nak mengacau...aku dah kecut separuh mati...dalam hati aku kenapa laa si erwanita ni tak berdengkur kuat-kuat lagi supaya suara orang merintih tu tak kedengaran...at least takde laa takut sangat aku ni...bunyi orang merintih tu semakin kuat...kali ni dari arah tingkap bilik aku...aku pejam mata kuat-kuat..disbbkan aku suka tidur menghadap ke tingkap aku tak dapat nak beralih ke tempat lain..yer laa takut laa jugak kot-kot hantu tu perasan aku dah sedar yang dia datang nak kacau kan...(aku buat assumption yang hantu tu dok terbang kat tepi tingkap sambil menunjukkan muka yang menggerunkan...apatah lagi dengan hujan dan angin yang menderu-deru...mata yang merah menyala dan rambut yang panjang berjela-jela...aku cuba menggerakkan sedikit kelopak mata...sebaba aku rasakan ada sesuatu yang bergerak-gerak dari arah tingkap...


dalam fikiran aku itu mesti kain hiasan yang erwanita gantung untuk menghalang sinar cahaya matahari...tapi ia bergerak-gerak macam tubuh manusia...aku pejamkan semula mata aku rapat-rapat...bunyi orang merintih semakin kuat....uhhh...uhh...aduhh....tolong....alamak dia mintak tolong laa pulak...aku dah kejang separuh mati..punya laa takut...kalau nak diikutkan, mahu sahaja aku menjerit kuat-kuat...aku dah mula rasa tak selesa...aku buka lagi kelopak mata...kali ni agak luas sedikit...betuk tekaan aku satu susuk lembaga hitam sedang berdiri dari arah tingkap...Ya' Allah....mulut aku terkumat kamit mebaca ayat-ayat suci...itu pun sampai tak betul tajwid..sesia jer aku pergi sekolah agama...ihfak hakiki ke mana, izhar halki pon ke mana...tapi tak kisah laa tu...yang penting ada bunyik arab...lepas tu aku dengar pulak derapan tapak kaki ke sana ke sini...macam mana ni...betul laa ni...ni mesti hantu hantu polong...kalau tak polong mesti jembalang tanah....aku bukak lagi siket kelopak mata aku...kali ni susuk lembaga hitam tu mengadap tingkap pulak...alamak apa pulak hantu ni nak buat? takkan dia nak ajak terjun dari tingkap...ni mesti hantu yang bunuh diri kat blok ni tu kot...?

kali ni hantu tu merungut pulak...'iskk..iskk...benci betul..benci..benci..' macam tu laa lebih kurang..agaknya hantu ni kecewa kot ditingalkan suami/isteri...tak tahu laa pulak aku jantina hantu ni...sebab gelap sangat...hujan semakin lebat...kilat dan guruh masih sabung menyabung..aku pun semakin kecut dan takut...perut aku yang kenyang makan nasik dengan tomyam kat gerai depan rumah tadi berbunyik-bunyik...terus jadik lapar sebab takut yang amat sangat....bunyik rintihan dari lembaga hitam tersebut masih kedengaran...kali ni lain pulak bunyiknya...'tolong....tolong..alamak macma mana ni...bodoh! bodoh! bodoh!'...eh lain macam pulak bunyik hantu ni...boleh cakap bodoh laa pulak....dan suara tu macam aku kenal jer...takpe laa....tutup laa jer mata...manalah tahu hantu tu nak menyamar suara orang yang aku kenal..nak kelirukan aku laa tu..tak guna punya hantu...

'haaa...alamak..tolong....shah...aku basah...tolongg.....' alamak..apa pulak tu...bunyi tapak kaki semakin kuat...agaknya hantu ni kena bunuh dalam sungai kot...tapi nak kata ada sungai, tapak tempat yang aku tinggal ni bukan sungai...lombong jauh sekali...'tolong...tolong...shah..wei bangunlah bengong..aku basah ni..' eh hantu ni macam mana pulak boleh tahu nama aku? setahu aku kad matrik aku dah simpan dalam wallet...mesti hantu ni educated..kali ni aku memberanikan diri dan bukak kelopak mata luas-luas...rupanya lembaga yang aku sangkakan jembalang tu si erwanita dok memunggah barang-barang dia ke tempat lain..bunyik orang merintih tu pon rupanya si erwanita yang dok menyumpah-nyumpah air hujan dok tempias masuk membasahi tilam dan buku-buku yang dia letakkan kat tepi tingkap..aku tak dapat nak tahan gelak...berdekah-dekah aku ketawa sampai tok met yang tido macam batang kayu tu pon bangun dan gelak sekali...tak lama lepas tu si kamarul pun bangun tolong punggah sekali barang-barang si erwanita...terus aku tak tido lagi lewat malam tu sebab kelakar yang amat sangat sampai aku tak boleh nak berhenti gelak beberapa hari yang berikutnya....sorry laa ya erwanita...nanti aku belanja ko makan kat umbai bila aku balik cuti nanti..kuang kuang kuang...

1 ulasan:

sentuhan @rjuna berkata...

memanglah hawau ko nie! mana idaknya space aku mengdap betul2 kat tingkap besar. itu pun ko charge aku mahal!..mcm2 aku kena, bukan kata ujan, makhluk menimpa aku pun ada, kena jankitan kudis sbb mcm2 penyakit terbang kat tingkap tuh! aku juga yang kena...nasib baiklah aku tak mengigau malam2 dan terjun dari tingkap kalau idak akulah hantu yang akan menjelma kat blok tuh!...anyway, aku tangkap gelak besak bila baca dan teringat cerita2 nie..aku mengesahkan kisah ini memang benar, ujan terlalu lebat sehingga basah aku..ingat2 boleh tahan lagik lah, sejuk ala ada ujan yang merintik di muka..syok jugak ! tapi kalau dah basah kuyup! takkan aku nak senyum dan buat2 tido..haruk